yg sudi bersama cm....

Sabtu, Februari 27

Kisah Orang Sombong bodoh!!!!




Petang itu aku dan Cikgu Siti perlu ke persinct 16 untuk mencari satu barang untuk persiapan hari merentas desa sekolah.Siti memandu santai sambil kami berbual-bual ,lepas satu ke satu traffic light kami lepasi.Jalan di Putrajaya memang sunyi tapi banyak traffic light,kadang-kadang menimbulkan kebosanan.Sampai ke satu trafik light adalah 4 biji lori tanah di hadapan,menyebabkan sedikit kesesakan kerana lori bergerak perlahan.tiba-tiba kami sedari di belakang kami ada sebuah kereta Perdana Hitam kelihatan menyodok-yodok mahu memintas kami,kami pula  agak perlahan kerana mengekori lori tanah,Kereta tu menyalakan lampu dan cuba menghimpit,Siti kata pedulikan dia,Siti tetap mantain memandu tanpa memberi peluang pada pemandu di belakangnya untuk memintas.Kata Siti kita duduk dilorong yang betul kita tak perlu takut pada apa ancaman pun.Siti memang begitu tegas dan berpendirian.Tak hairan dia dinaikkan pangkat sebagai guru cemerlang dan sudah setingkat grednya denganku walaupun kami sebaya.
pemandu di belakang kelihatan agak brutal,beruasaha menunjukkan kehebatannya bila dia cuba memotong dari sebelah kiri dari lorong kecemasan,fuuuuuh,akhirya dia berjaya memotong ,dia memandang tajam ke arah kami dan memberi isyarat seolah-olah meminta kami berhenti."siti'!!! mamat tu marah kitalah.aku sedikit cuak.kira-kira dlm 100 meter Perdana BGE 8&&% kelihatan sekali lagi menghimpit kami dan memberi isyarat seperti polis trafic minta kami berhenti ke tepi.Siti dengan beraninya berhenti dengan tenang di satu tempat yg agak luas.Tapi kata Siti kita jangan keluar dari kereta ,biar dia datang.Mamat yg sedang marah tu meluru keluar dari keretanya.Siti menurunkan cermin kereta dan menegur.."apa hal encik"???????


Tak semena-mena  mamat tu menengking kami dengan ayat yg keras dan suara yg sangat sombong...
"Camni lah orang pompuan,kalau memandu bodohh tak tahu peraturan"!!!!!!
fuuuhh aku terkejut,kaget dengan nada suaranya...wajah siti merona merah,Siti keluar dari keretanya,aku tahu siti dah mula marah.
"please encik yerrr,apa hal ni.?????"""..kata Siti...
"Kau boleh tanya aku,ko tahu ko memandu macam orang bodoh!!!!!
,mamat tu ulang lagi perkataan bodoh,bagi saya lelaki tu cukup kurang ajar,
saya perhatikan dia saya cuma diam,lelaki tu mungkin baru berusia 28-30 tahun,masih muda,bertali leher ,berkemeja kuning air dan memakai name taq bernama Sh@$$$..kelihatan segak tapi melihat budi bicaranya buruh Bangladesh yang menyapu di tepi jalan tu lebih mulia dan tinggi darjatnya dari lelaki yg kelihatan berpendidikan tapi sombong macam orang jahiliah..

"hello encik!!!!!!
,salam takde kenapa tetiba memaki hamun ni,kami tak langgar pun kereta encik,lainlah kami langgar,encik yg menyondol kami."""!!!
...kata Siti,nada suara gurunya keluar,juga cukup tinggi selaras dengan nada mamat biadap tu..

"Aku nak cepat!!!kau terhenggeh-hengeh kat depan!!!!...mamat tu membalas...
""Eh,encik yang tak tahu peraturan jalan raya,kenapa marah kami.????
..perang mulut sudah bermula,mungkin kerana marah diperlekehkan keluar satu ayat yang buat aku dan siti mual yang kami tak sangka boleh kuar dari mulut mamat hamprak ni...
"""Ehhhh,pompuan ko tahu aku sapa???
fuuuh cara panggilan yer pada kami cukup kurang ajar,
""hahhhh ko sapa,kata Siti????
AKU PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK TAU DG 41!!! siswazah lagi..
hahahahah,aku tergelakkkkkkkk,siti tersenggihhh,tak daya nak kuar kata seketika,melihat kebodohan dan ketandusan idea mamat yang baru nak lihat dunia,dan baru berkepak ni..
Samibl tersenyum sumbingg Siti menyambung,apa!!!! ko ingat kami budak lulus darjah 6,kami siswazah jugak ,saya ni DG44 lagi  Alhamdulillah dah berpangkat guru cemerlang pun..
yerrr kami tak sebutpun...aku tetiba bersuara,aku lihat wajah mamat tu sungguh kelat..

Siti berkhuthbah.
..Sori yer encik,even ko menteri pun(siti ni kejap ko kejap encik)kami tak pandang arr,simpanlah pangkat hang tu dalam bonet kereta buruk hang tu...
hahahaha baru aku sedar kereta mamat tu perdana V6 model lama yang mungkin dah berusia lebih 10tahun.
''kereta hang bukan kemek pun,hang nk marah-marah,kereta saya myvi ni rm 49k tau,lebih mahal dari kereta hang,aduuuuh aku tergelak dengan kenyataan Siti,keluar pulak harga kereta dia,Siti kelihatan begitu serius.
Siti menyambung ...jangan ingat ko pakai tali leher ,ko pegawai gomen ko pandang orang lain cam sampah!!!!
fuuuh seketika aku cam tak caya siti yang kukenali ni dah bertukar karektor,pandai gaduh jugak kawanku ni.garang sehhhhhh

"hahhhh lantak arrr,!!
mamat tu seakan menjerit dan terus ke keretanya dan dia blah begitu saja meninggalkan kami.
Dalam kereta aku menyatakan kekaguman pada cikgu Siti,ko garang yer Siti!!!!dengan budak2 sekolah ko baik,tegas tapi lembut.

"""Aku ni mas,jangan jolok aku,jangan cakap kasar dengan aku,aku boleh lebih kasar dari orang tu,kalau tak aku tak boleh hidup sorang cam ni,kita kena berani pertahankan hak (siti sudah bercerai dengan suami akibat konflik rumahtangga dan 4 bulan selepas itu ex husbandnya meninggal dunia akibat kemalangan),kalau kita betul,kita jangan pernah takut,kalau kita tak kuatkan hati orang tindas kita,kita jadi mangsa.Aku tersentuh dengan kata-kata Siti,kerana aku ni lebih banyak mememdam dari meluahkan,hatiku tak sekuat mana,aku lebih rela terluka dari melukai,bravooo siti,sedekahkan sedikit kekuatan dirimu padaku....aku bangga dengan kamu,jika aku tak sekuat kamu cukuplah aku bersahabat dengan insan-insan kuat seperti kamu,moga tempias yer juga boleh dapat padaku.


Ketika menulis kisah ini aku juga teringat pada sahabatku yang jauh.dia juga seperti Siti,malah lebih hebat dari Siti,kuat dan berani mempertahankan hak,sangat yakin diri,sangat percaya pada keupayaan diri.Dia tak membenarkan dirinya ditindas oleh sesiapapun.Tak hairan dia boleh berjaya seperti hari ni.Namun dia tak sombong,malah sangat merendah diri.Katanya dia kalah pada budi bahasa,pada kerendahan hati insan lain.Sejak dirinya ku dekati diriku ini ku kenali,Moga Allah memberkatinya..


Sebelum sampai ke Percint 16 aku tetiba terpikir sesuatu!!!!!!
"""ehhhhh siti mamat tu kata dia PTD DG 41,??????????"""
DG41 tu kan gred untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah@cikgu cam kita!!!!!!!
Kalau PTD diorangkan pakai Gred N ke M???,napa pulakkk dia guna DG?????
hahahahahaha...kami gelakkkkk besar,alahai kantoiii,nak bercakap tak study dulu
agaknya despatch atau pembantu am sekolah agaknya!!!!!!!!!!!!
Kami tergelak sambil mengeleng kepala...


MORALNYA PADA ADIK-ADIK NI.....
JANGAN SOMBONG,RIAK DAN BONGKAK
 ...ALAHAI RAMAI LAGI ORANG LEBIH BERPANGKAT DARI KITA,
JGN BARU BERGELAR PEGAWAI DAH TAK NAMPAK RUMPUT DI BUMI,
HANYA MEMANDANG BINTANG DAN BULAN,
SEDANGKAN DI BULAN TU DAH BERJUTA BINTANG-BINTANG MEMAGARI,
KITA DIBAWAH HANYA SEPERTI PUNGGUK MERINDUI  BULAN.
IKUT RESMI PADI MAKIN TUNDUK SEMAKIN BERISI!!!!!!!!


62 ulasan:

ReD berkata...

salam.
fuyyo!! hebat la kwn kak mas tu.
tabik spring la!! :)

afeezz berkata...

salam mummy : Cayalah kak siti, i likee... kak mas, masa sy baca tadi pon sy dok pikir, PTD tu sepatutnta M41.. apasal dia cakap DG41?? sy rasakan kak mas, mamat tu mesti baru keje jadi PTD ngan kerajaan, pasal tu dia tak tau sgt, dia igt PTD tu dah tinggi sgt le kot.. yg peliknye, kate nak cepat, tp dan pulak tu nak bergaduh tepi jalan... sah... BODOH!!

KAMATO berkata...

sesekali kena bagi macam tu, saya pun cukaup angin kalau jumpa manusia berlagak seperti itu

Azima berkata...

Salam,

Berani nyer kak siti tu Kak Mas...Betul2 kagum saya..Kalau sy sure sy x brenti..

Zaman skrg ni kna tgk2 jgk..dek dibuatnya org tu samseng jalanan ...nayer kita ditumbuk @ dibelasah oleh mereka..Nauzubillah.

Manusia mudah lupa diri..

Nani berkata...

Salam...
Itu baru DG41...klu DG44 @ DG48...tak taulah lagaknya lagu cam mana...lawak betul mamat tu....

CM berkata...

salam red'

lama tak jengguk k.mas ni...yap cikgu siti mmg power rangers..

CM berkata...

salam afeez

syyyyhhh,jangan panggil cm mummy kat sini,nanti ada orang merajuk tau..hahahaha,sbb cm mmg mummy dia dulu,cayangg dia dulu..

betul tu mmg bo@#$% mamat tu,kata nk cepat rela dia bergaduh dgn pompuan ni...hmmm sungguh kureng asam,afeez tak macam tu kannnn????

CM berkata...

salam mr kamato


fuuuh boleh kn kepala angin jumpa orang berlagak cam ni...

CM berkata...

salam azima


betul tu azima,k.mas pun kureeeng berani berbanding kawan k.mas tu,dia tu mmg cekal,langkah2 keselamatan perlu diambil untuk hadapi org cam ni.kalau sorang ditempat sunyi jgn berhenti..

Pn Kartini berkata...

Salam..:)
Bravooo Cikgu Siti...
Jgn ingat perempuan nampak lembut..lemah sahaja..sesekali dikeluarnya 'taring'..terkedu jg dibuatnya..:):)

CM berkata...

salam nani,salam kenal dr cm tq sudi tinggalkan komen..

budak baru kenal dunia ni,dalam psikologi dipanggil krisis perubahan diri,terasa gah dan hilang diri bila dikurnia rezeki.

tuhan tak suka org sombong rezeki berat..

CM berkata...

salam cikgu kartini

sebab pandang pompuan lemah arr,mamat tu tunjuk taring,akhirnya taringnya yg patah...

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

salam CM,

lain kali suruh cikgu siti genggam penumbuk dan hentamkan ke tapak tangan yang satu lagi.....sebutkan nama Allah 'Ya khohar x3 '....si dia boleh lari bercawat ekor.

wassalam.

Tanpa Nama berkata...

mmg org muda sekolah tinggi konon (bukan semua) tak ada budi bahasa langsung. kurang ajar. mak siti setuju sgt dgn siti tu, dia menegur mereka begitu.kalau ckp baik2 tak msk nya.mak siti pernah kena, berhenti blkg kete org muda, tampan. bunyi hon, yg hon bukan mak siti, org blkg, org muda tmpan tadi turunkan tingkap dia pandang kat mak siti "bodoh" kata nya. hilang rasa hormat mak siti dan terus berdoa moga dia meraskan apa yg mak siti rasa masa tu. tmbhan pegawai PTD. (bukan semua) kebanyakan sombong belaka.

aznaz berkata...

salam cikgu mas...

aduhai cikgu mas...tergelak cl baca coretan nih..bukan tergelak pada cikgu tapi cl gelakkan perangai apa tuh.."Pegawai PTD,DG, DIGI.." yang sombong dan Bongkak tuh...yang mengaku PEgawai Tinggi tapi rendah martabat dan susila nyer...Kalau Cl ada kan sure Cl suruh dia :

a) since dia dah mampu cakap pegawai suruh dia pergi ke kota Paris dan berjumpa dengan Dato Imran kita tuh..insan yang tinggi/mulia hatinyer , suruh dia belajar mengenali diri camner cara seorang pegawai yang berkedudukan tinggi ber tutur kata dan berbahasa..pastu kan cikgu..
b) pegawai mesti dah kaya kan banyak duit as dengar cara dia amrah cikgu tuh memag dah HEBAT kan suruh dia singgah di Makkah , duduk kat depan kaabah nih..belajar kenal erti diri, ingat akan allah swt..sapa yang paling berkuasa...sebab bukan kita tapi allah..semua nih pemberian allah swt so jgn lah nak mendongak langit setinggi KLCC tuh..sedarlah diri tuh kan...bermunasabah diri then baru dia tau akan diri dia sebenarnyer tinggi mana dia berdiri...hehhhehe

Kesiankan tengok pegawai2 muda kita tuh(bukan semua hanya refer to person in your story)hanya baru dapt PTD,DG,DIGI( cl nih bodoh kalau PTD tuh cl ingat Panglima Tentera Darat dan digi tuh tau lah..heheh) lagaknyer macam dunia ni heran sangat ...padahal orang menilai depa ibarat "Belum matang mengenali dunia nih.. aaaala ala budak hingusan lagi.."
sikap Sombong dan Bongkak serta tidak menghormati wanita adalah teman syaitan...nauzubillah..

pada teman cikgu mas tuh..CL nak bagi ucapan taniah padanyer(cikgu sitikan) kerana allah swt telah memilih dia menyedarkan 'Pegawai yang sombong bodoh lagi bongkak tuh"
taniahh cikgu siti bravoooo..

maaf lah cikgu..panjang sangat dan teremosi lak..heheheh


waslam

Unknown berkata...

salam ziarah

saya bukan PTD tapi yg saya tau PTD skim M kan hehehe...sure buat malu jer kan kat PTD yg ok ok

gi satu bila baca kisah ni saya terfikir anak2 ...kita sebagai ibu-bapa kena didik mereka mudah2an bila dah kedunia pekerjaan/luar budi-bahasa kena jaga...bila baca citer CM saya terfikir adakah salah mak bapak budak tu tak ajar?????

aznaz berkata...

salam zie...

tumpang lalu cikgu mas..



DAHHH KESIAN KAN..SKG KENA KAT MAK BAPAK BILA ORG CAKAP ANAK NAKA KURANG HAJAR..BETULTAK CIKGU CAKAP KU TEMPOH HARI...?

ZIE..YOUR RE ABSOLUTELY RIGHT...??? oragn akan slahkan mak bapak jugak akhirnyer..


waslam

atuk berkata...

Assalamualaikum Cikgu Mas

ada fakta mengatakan, orang KL ni 30 peratus ada kecelaruan mentel

hindarkan kita drpnya

Salam Siti
kalau kena kat saya
Siti buka pintu kereta je saya dah cabut lari

ambil petua Ayahanda tu

Wassalam

Kak Sidah berkata...

Salam CM,

Baru kena buku dgn ruas dia ingat besar sgt pangkat dia tu, apa cm tak ckp cm DG48, terkejut dia, tak hormat org langsung, memalukan PTD je, ni kena bagi tau kat PTD yang dah berpangkat tu soh cari dan selidik sapa dia ni, baru dia tau. Tau tak 41 tu org baru masuk keje, baru gradute je.

Kak Sidah berkata...

Salam CM,

Cl geram lah tu panjang lebar komen dia..cl marah yer..

mfisma berkata...

Salam CM, kenapa tak tangakp video kereta dia or perbualan dia and pass ke Pengarah JPJ? Baru kena buku dengan ruas...he..he..

zainon berkata...

Salam Mas.
Mmg selalu ziarah rmh Mas,CL & kwn2 yag lain, cuma tak tinggalkan jejak je....minat membaca drp menulis.

Gelak beso kak & suami bila baca n3 Mas ni. Ada gak PTD DG41 yaaa. U mana le gamaknya. Org JPA baca pun, blh nangis niiii.....

aznaz berkata...

salam Rozali..

tak jugak. org kl ..bagi Cl attitude problem nih takda kena mengena dgn orang mana...sebab dia dtg dalam diri semua insan ...cuma cara kita bina jati diri tuh yang mempergaruhi jiwa kita...

maaf yer cikgu cam rumah cl lak..heheheh


waslam

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam mas,

orang itu banyak kureng kandungan grey matter dlm otaknya..

Atikah berkata...

Salam kak...

Kirim salam kat kak siti... cayalah... kalau saya dah terkedu tak tau nak buat apa-apa...

padan muka mamat tu... belagak sangat...

ihsan isa berkata...

Haha. Lawak2. Memang lawak. Mcm mana la mamat ni boleh lepas masuk JPA. Yang sedihnya dia telah memalukan semua PTD di seluruh Malaysia

Lawak2!

rezeki berkata...

salam cm

apalah hendak dibanggakan dgn pangkat , bukan boleh bawak ke lubang kubor

apalah nak dibanggakan dgn harta , bukan juga boleh dibawa ke lubang kubor

yang dibawa hanya amalan dan taqwa je

PTD ke , pengarah ke waima apa sekali pun
akhirnya kepada tanah juga kita kembali, asal tanah dari tanah


pak itam Gred IIM R1 je, tukang kebun sekolah je he he

psss CL,
PTD = pejabat tanah daerah ha ha ha

Che' Pit berkata...

err, nak berlagak x kena tempat

kalau dah PTD tu, kompem skim M..
kalau skim lain, bukan le PTD nama nya.. hahaha

DG tu skim utk cikgu2 jer..

shami2 berkata...

Salam...CM..

Aduishh puas hati aaar kan kalau tengok buku bertemu dengan ruas..kan..

Budak2 sekarang yg memuda ni ramai macam tu...hehehe..nampak sangatlah kita dah tuo..aar dah lebih banyak sabar dari panas baran...heheh

Tahniah aar CT..joint our group aar amal maaruf nahi mungkar..
CM camtulah kita...mesti kuat..tapi lepas marah2 tukan kalau saya hati tu rasa sebal sangat kenangkan perangai jahiliah dia..dan juga tenaga amarah yg telah dihamburkankan...huhuhu kena carik nasik buat ganti balik tenaga yg ilang tu...huhuhuh kat ofis hari2 camtulah jumpa orang2 yg tak penyabar....kalau saya ilang sabar...jadilah saya cam siti tu..hehheh

mula kenangkan betapa susahnya Rasullullah kita menyebarkan agama islam pada masa dulu2...hingga Allah turunkan wahyu padaNya bagi menenangkannya...

Shh PTD = kalau saya: Pemuda Tu Dunggu ..hehhehe , kalau baca novelkan...kisah dia akhirnya depar jadik bertemu semula dan ...jadi kawan baik atau ..aper2lah...ngeh..ngeh..ngeh camner CM ada betuk ka akak punya imginasi nih...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam cm,

tumpang lalu...

CL...panjangnya tazkirah cl kali nih. bagus tu buat ingatan kita semua supaya sentiasa bersikap merendah diri. tak kemananya dgn pangkat tanpa budi bahasa tu!!

abang sulong berkata...

Salam CM,

Kalau mamat tu baca N3 cikgu ni, (kalau dia reti malu lah..) mau dia tak keluar tiga ari..malu.

Itulah kalau nak bercakap (terutama anak-anak muda) kawal diri dan bersopanlah. Kalau marah pun biarlah dalam keadaan marah bersopan dan jangan sampai mengaibkan orang lain.

Baru dia tahu,langit tinggi ke rendah? Dia DG41 tp ada lagi orang lebih tinggi dari dia. Saya je yang paling rendah dalam N3 ni.. Pak Security Guard.. heh..heh

Cik illya berkata...

salam cikgu mas.patutlah pelik biler mule2x baca PTD DG 41.ingatkan CM salah tulis. Berlagak betui orang tu.apapun, tahniah kpd Cg Siti yang berjaya mematahkan kata-kata orang yg bongkak itu

Noor berkata...

Salam CM..

orang yang sombong bodoh nie tak pernah nak sedar.. kena buku & ruas baru padan muka..

psstt.. penoreh getah gred apa arr..

Tanpa Nama berkata...

salam kanda,


dinda nak tumpang gelang...hahahha..jgn marah ye.....

rezeki berkata...

salam kak ngah

tu penoreh ada ijazah lagi kurang2 gred jusa la la la

Noor berkata...

Salam Pak Itam..

Ijazah??.. alahai.. SRP amik 3 kali.. SPM terus dapat SAP.. tu belum kira UPSR.. opsss, UPSR lum ada lagi masa tu.. penilaian darjah 5 sehh.. heh heh

roslaini saad berkata...

fuhhh...budak berlagak macam tu memang patut diajar.. belum lagi jadi anak menteri dah tunjuk kurang ajar...
bravo Siti,,,

ainhany berkata...

salam CM

beri laluan...
nie baru betui antara fakta atau auta...Tahniah cikgu CT, tabik nie-mgg layaklaa DG44 buat cikgu, cemerlang lagi terbilang.Membina karektor begini bermula dari diri dan konfiden.
Ala2 defence rasanya CM pun boleh tu...btui tak?? Cuma nasibla tak sampai kes bertumbuk, pecah cermin dan pecah kepala...kiranya mamat tu masih ade rasa genre pada wanita...Tak pa laa...kesudahannya happy sbb dia tewas hnya dengan wanita..

Smuga ALLAH berikan hidayah buatnya dan kita terus dibekalkan kesabaran dgn berhemah dalam pemanduan..

Moral of the story, kalau rasa tak seberani CM dan CT beri laluan jer....muga2 ALLAH lapangkan kehidupan kita . AMIN

Naz Mohamed berkata...

Ha..ha..ha..saya pun nak tergelak besar bila mamat bO&%@# tu kata dia PTD, siswazah lagi. Kesian kat dia, baru nak hidup, belum kenal langit tinggi rendah. Bo&%$@* tu balik kat diri sendiri.

Kes sombong bodoh macam mamat tu bukan kes terpencil. Kat sykt saya pun banyak yg mcm tu. Kalau yg bukan eksekutif tu, baru dpt naik pangkat 1 takuk, lagak mengalahkan eksekutif. Rasa dah besar sgt. Kesian kat depa nie.

sinomosa berkata...

Salam Kanda Mas,

Konklusinya: Panas Baran + Tunjuk Pandai + Bodoh Sombong + Poyo...

Baguslah kena dgn Cikgu Siti tue baru dia tau don't jugde a book by its cover..jgn pandang rendah pada orang lain..walaupun orang tue pejalan kaki belum tentu dia low class dari kita..

Ish3x buat malu org Gred 41 je huhu

CM berkata...

salam CL

aduhaiii,cm terkagum denggan komen CL ni,fuyooo semua nya bernas,tepat dan berkesan tu,agaknya PTD kalau jumpa CL ni lagi power yer,,,kalau dia ada Digi CL pulak Digimooon arrr..bravo Cl.hiduuuup CL..

CM berkata...

salam ayahanda

terimakasih atas perkongsian ilmu dn [etua berharga tu,tengok ayahanda pun naik angin kalau bertemu org sombong bodoh cam tu..

CM berkata...

salam mak siti


muda mudi sekarang memang papa budibahasa,orang sombong tak kemana ...

CM berkata...

salam CL dan Zie


kesiankan ibu bapa,akhirnya balik pada ibu bapa,omputih pun pandai bercakap like father like son,org melayu kata bapak borek anak rintik,moralnya didiklah anak kita sebaik mungkin.

CM berkata...

salam Rozali

betul kata CL tu bukan tempat jadi pengukur budi bahasa,kecelaruan mental ni perlu diubati...sbb itu satu penyakit yg boleh merosakkan tradisi budi bahaya org melayu..

CM berkata...

salam kak shidah

orang cam tu doakan supaya selalu berjumpa buku dan ruas.


psst CL tu memng terasa betul kalau jumpa org sombong..

CM berkata...

salam mfisma

lain kali aku jadi camni CM pikirkan alternatif lain pulak..

CM berkata...

salam kak zainon

tu baru baca yg alami sendiri tergelak besar bila mamat tu salah gred..

CM berkata...

salam

CL jgn malu-malu buat cam rumah sendiri..

CM berkata...

salam mama zainab


betul tu something wrong kt mamat ni..

CM berkata...

salam atika

betul tu org berlagak tak kemana..

CM berkata...

salam ihsan

cm sangat bersetuju dgn ihsan,memalukan PTD seluruh mesia..dpt anak murid camni!!

CM berkata...

salam pak itam

tepat sekali komen bernas pak itam tu..

CM berkata...

salam che pit


ty yg peliknya gred pun salah..betul ker mamat tu PTD..

Ann @ DN berkata...

Salam perkenalan CM,
Sebenarnya slalu masok kat umah CM ni...tp dok jengah kat tingkap je la...lebih suka membaca..bru je nk blajo2 nulis ni...
N3 CM yg ni menggamit skali diri ini sbb dah penah kena kat btg idung sdri...anak ingusan yg bru pegang gaji...dok maki hamun orang lame cam kita ni...mentang2 makni ni sempoi je...dah la dia yg overtake kita...yg makNi plak termeluap lah jgk darah tika dan saat itu..dok 'horn' dia sekali...dia keja balik n himpit soh brenti pastu tunjuk istilah2 lucah n 'miming of the mouth' menyebut words2 lucah jgk.
Astaghafar je la bnyak2 sbb mase tuh...ade bwk anak kecik.
Tabik spring la kat cikgu Siti tuu..

babykhalifah berkata...

Salam CM n semua blogger...
Tersentuh hati membaca n3 CM kali ini...masyaAllah moga kita dijauhkan dari sifat yg bongkak itu...doakan sajer org yg bongkak itu menemui khilafnya agar kembali dan hayati sifat2 mulia junjungan besar kita Muhammad SAW...

babykhalifah berkata...

Salam CM n semua blogger...
Tersentuh hati membaca n3 CM kali ini...masyaAllah moga kita dijauhkan dari sifat yg bongkak itu...doakan sajer org yg bongkak itu menemui khilafnya agar kembali dan hayati sifat2 mulia junjungan besar kita Muhammad SAW...

babykhalifah berkata...

Salam CM n semua blogger...
Tersentuh hati membaca n3 CM kali ini...masyaAllah moga kita dijauhkan dari sifat yg bongkak itu...doakan sajer org yg bongkak itu menemui khilafnya agar kembali dan hayati sifat2 mulia junjungan besar kita Muhammad SAW...

Tanpa Nama berkata...

Salam CM...

tumpang menyelah

hehehee..memang power ranger cikgu siti.. tabik tabik...

apa benda PTD tu sebenarnya.. pastu DG M41 tu pon tak paham sebenarnya..

tapi apa ke sombong sgt kawan tuh. stress sgt kot..

nadz berkata...

Salam..Sepatutnya begitulah sikap kita orang perempuan..tapi mama pun tak berani sebegitu..syabas.

Tanpa Nama berkata...

Thanks for every other wonderful post. The
place else may just anybody get that kind of info in such a perfect approach of writing?
I have a presentation next week, and I am at the search for such info.
Look into my weblog liquiddesigns.biz

nonton gratis berkata...

biar kapok dia

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....