yg sudi bersama cm....

Ahad, Februari 21

Ikuti Kisah Sahabatku...


Aku anak orang susah cikgu,
kemiskinan  dimasa kecil mengajar aku erti hidup.
Kesempitan hidup membawa aku mengenal erti budi,
Hidup ketika itulah yang membentuk jati diriku kini.Meskipun kini aku dah berjaya cikgu!!
,aku tak mahu menonggak  langit,!!!!!.



.antara salah satu kisah sedih berlaku pada tahun 1975
...cikgu dengar yer....


ketika itu aku baru berusia 9 tahun,
satu hari mak dan abah membawa aku ke bandar,nak ke Kuala Lumpur untuk mengambil wang pencen abah..girangnya hatiku tak terkata,inilah peluang untuk aku berjalan dan berkesempatan menaiki bas,peluang ini sentiasa aku nantikan.Abah dan mak membawaku bersama ke satu bangunan tinggi,
kini bangunan tu bergelar Cahaya Suria.


Dari situ kami menahan bas untuk pulang selepas selesai mengambil wang pencen.
Masa itu wang pencen sebanyak RM 230 itulah sumber hidup kami sekeluarga di bandar besar ni,.
Kami menaiki bas tata tahun 1970an,kembang hatiku dapat naik bas,aku meninjau-ninjau pemandangan luar,kesibukan kota dengan kenderaan bersimpang siur buat aku ralit.


Tiba-tiba mak menarik tanganku,
bas berhenti lamunanku juga terhenti.Aku terpingga-pingga ,
kedengaran juga suara konduktor bas tu bertempik kasar seolah menghalau kami.
Mak terus mengheretku turun,wajah abah kelihatan berkerut,resah dan bimbang.Aku masih lagi kebingungan,kami turun di satu kawasan yang sungguh asing buatku,
kini kawasan tu dah jadi shopping complex Pavilion.
Aku bertanya pada abah kenapa turun disini????kenapa bukan di Kampung P ,
disitulah rumah kami......


Dengan wajah berkerut kebimbangan abah menjawab
"dompet duit abah dah kena curi".
..mata mak berkaca,.
.abah menyambung "kita kena turun dari bas sebab abah tak de duit nak bayar tambang nak!!!
..ooh aku sebenarnya kurang mengerti,aku hanya mengikut langkah abah dan mak,kami berjalan kaki pulang ke rumah,cuaca yang panas dan tenagaku sebagai budak kecil menyebabkan aku merasa benar-benar keletihan,Jauh benar perjalanan dari Jln Pudu ke Kampung P dengan berjalan kaki,
tapi apakan daya kami terpaksa...


Sampai ke rumah kami di sebuah kawasan setinggan cuaca dah gelap,
rumah kami tiada elektrik,kebetulan bekalan minyak tanah habis,kami tak de arah ,
abah tiada satu sen duit pun lagi,semua duit abah telah dicuri..mahu tak mahu terpaksa abah menyuruh aku ke rumah nenek meminjamkan sebotol minyak tanah untuk kegunaan kami malam tu.
Aku menurut kata abah,tapi malangnya sampai saja ke rumah nenek dan aku memberitahu pesanan abah aku terus di herdik "apa kau ingat rumah aku ni welfare????kasar jawapan nenek.

Aku pulang dengan hampa tanpa setitis pun hajat kami dipenuhi.
Aku memberitahu abah.
Abah menjawab ringkas "tak per arr".Mungkin abah dah faham dan masak benar peragai nenek,
malam tu kami sekeluarga berteman cahaya lilin.
Malam tu jugak abah memanggil kami 7 beradik berpesan
"JIKA DAH BERJAYA DAN KAYA JGN LUPA TOLONG ORANG YG MEMERLUKAN".
.pesan abah ku ingat sampai bila-bila cikgu!!!!


Bulan itu hidup kami sangat sulit cikgu.
Abah meredah semak belukar mencari ubi kayu untuk bekalan makanan kami sebulan hinggalah kami mendapat duit pencen untuk bulan seterusnya.
Saudara mara langsung tak menjengguk membantu.
Prinsip abah kalau dah orang tak mahu tolong jangan diminta lagi.
Kesabaran  dan kasih sayang ibu bapaku menyebabkan tak pernah sesaat aku melupakan mereka.
Merekalah sesuatu yang terbaik dalam hidupku.
Namun kini mereka dah tiada untuk ku balas segala budi.
Hidup mereka diuliti kemiskinan namun tetap pasrah dan sabar membesar kan kami 7 beradik.

Al fatihah untuk ibu bapaku...



Selesai sahabatku bercerita....
.air matanya bercucur keluar,
dia menangis!!!!
dia menangis untuk ibunya!!
dia menangis untuk abahnya
dia menangis untuk zaman kecilnya!!!
dia menangis kerana mengenangkan saudaranya..!!!!



AKU ,DIA DAN KISAHNYA...SAMA MENANGIS!!!!!!!!!!!!!!!






50 ulasan:

My Life berkata...

salam
dear cm

masyaallah.. betapa tabahnya sahabat cikgu tuh..
terasa sayu yg amat membaca kisah tu

My Life berkata...

salam
dear cm

no 2..

alangkah bagusnya kalau azie juga setabah sahabat cikgu tu

My Life berkata...

salam
dear cm
no 3
(cukup sampai 3 dulu, nak kena masuk opis sekejap)

semoga mak dan ayah sahabat cikgu dalam redhaNYA selalu.. insyaallah

My Life berkata...

salam
dear cm

1 lagi yer cikgu..
semoga mak dan ayah sahabat cikgu ditempatkan disisi org2 beriman.. insyaallah

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

masya allah CM, melelh airmata az nih. hang ceita sampai ke tulang hitam az la. Hang boleh dapat trofi kalau difilemkan ni

TK berkata...

Salam...sedih ya dgr cerita ur friend tu. Bangunan Cahaya Suria tu nostalgia jugak pd saya.Masa saya sek men tahun 80 an saya tunggu bas di jalan silang berdekatan bangunan cahaya suria tu..Saya teringt menyusuri jalan2 di bkt bintang dan jalan tar dulu jalan kaki. Nak naik bas x berapa byk duit. save sikit kalau jalan.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

mama menangis! mama simpati! mama nangis...nangis...nangis! Insya Allah kawan cg itu diberikan ganjaran olehNya.

diamond mumtaz berkata...

salam mas,

kasih saudara sama berada,
kasih ibu bapa membawa ke syurga..

Moga Allah beri kita sekeping hati yang suka memberi sedekah

wassalam

mama ju berkata...

salam cikgu

Sedihya membaca N3 ni...moga sekarang mereka sdg berbahagia...al fatihah utk ibuayahnya yg bersusahpayah mengharungi kehidupan.

rosli berkata...

Salam CM,

Saya sebak , saya mengerti, saya faham....dan yang paling perit saya juga pernah melalui peristiwa begini....anak2 sekarang lebih bernasib baik....

Atikah berkata...

Salam kak,

Sebak membaca kisah sahabat akak nie...

Alfatihan buat ayah n ibu sahabat akak...

Maiyah berkata...

sbnrnya itulah erti kehidupan yg sebenarnya

afeezz berkata...

salam kanda mas : org yg membaca cerita ni pon macam nak nangis. klu kita yang mengalami nyer entah macam mana agaknya...

Kak Sidah berkata...

Salam CM,

Sedihnya kisah ni, susahnya kehidupan kawan cm tu, betul tu kasih saudara masa berada, kasih ibu bawa kesyurga, kita harus bersyukur dengan nikmat yang Allah beri pada kita.

Tahun 70an memang banyak penyeluk saku kat area tu, akak pun pernah di seluk hb masa balik dari pej. bila nak bayar tambang bas tengok purse tak ada lagi, tapi masih ada duit di selit2 hb tu.

Kisah sedih begini selalunya kita dengar dikampung2 masa dulu2, kisah seperti ini elok kita ceritakan pada anak2 kita masa ni kan sebab dia org tu tak faham sangat kehidupan susah macam ni.

Sahabat CM tu sekarang kat mana.

Azima berkata...

Salam Kak Mas,

Sedih baca kisah sahabat Kak Mas ni...
Kesusahan dan kesempitan hidup di masa silam menjadikan kita seorang yang tabah dan menghargai kehidupan.Kesusahan itu juga menjadikan kita mengerti akan kesusahan insan lain di masa kini...

Semoga kita senantiasa diberi kelembutan hati utk menolong mereka yg memerlukan pertologan dan menjadi hambaNya yg suka bersedekah.

Al-Fatihah buat ayah & bondanya.

rezeki berkata...

salam CM

pak itam rasa pak itam tahu siapa sahabat cm tu dalam cerita tu ...

alhamdulillah, semoga ceritanya menjadi iktibar dan pengajaran kpd kita semua agar sentiasa mengenang asal usul kita dan tak memandang rendah pada insan lain yg kurang bernasib baik, sentiasa membantu insan yang memerlukan

hari ini mereka, esok lusa kita tak tahu hari kita pula

jgnlah kita sombong dan bongkak dgn apa yg kita ada krn semua itu hanya sementara, bisa di cabut segala kenikmatan itu sekelip mata oleh Allah sekiranya Dia mengkehendakinya

shami2 berkata...

Salam CM....

Sedey kisah tu..kan..
Naper sedey...aar..
Itu dalam betul2 kesusahan..
Nenek pulak herdik macam tu
Mak ngan anak bole herdik2..pulak dah susah nak buat macam mana..kenalah tolong...bukan masalah welfare ke aper tapi anak cucu zuriat keturunan...bantulah...naper berkira,...itu yg sedey..CM..
Tapi ibu..buruk pun dia tetap ibu..doanya, kata2nya satu doa yg makbul disisi Allah...insyallah Allah makbul juga doa dari orang2 yg dizalimi lagi teraniaya...apa pun semua tu ujian Allah...mugnkin rezeki tu bukan hak milik mereka kan...tgok ssuatu kejadian dalam bentuk hikmah ..semuanya untuk tambah baik manusia itu sendiri...

mfisma berkata...

Salam CM,
Semalam saya diTakdirkan Allah berjumpa satu keluarga yang tiba-tiba datang kat sya memohon bantuan (semasa di Carefore Batu Belah, Kelang)..sepasang suami isteri dgn 3 orang anak merayu memohon sedikit wang untuk beri keperluan anaknya..katanye dia kena buang kerja..tak de duit nak beli makanan anak.saya cuma ada RM 30 dalam dompet sebab baru je habis duit beri barang ...Saya hulurkan duit baby saya yang ada dalam dompet wife..(adalah lebih sikit)..Saya sedih melihat anak mata anak-anaknya yang membuatkan saya cukup sayu.. dan saya bersyukur...bila terbaca cerita CM ini, saya terus terkenang keluarga semalam...Semoga Allah berkati kawan CM dan keluarga semalam..

ReD berkata...

waaa.... sedeynye cerita nie...
sy brtmbh down bce cerita benar nie... :((

ainhany berkata...

salam CM

indahnya kenangan semlam untuk panduan generasi akan datang. Jika hari ini seperti semalam esok pulak untuk siapa ya...??

hmmm mungkin disebabkan pngalaman semalam jugalah kwn CM tabah, berjaya dan ringan tulang mmbntu..mudah2an iktibar buat semua dan tmekasih CM...

bolehla selongkar lagi kisah2 nostalgia....

Acik Erna berkata...

sedih..sebab ape yang sahabat itu rasa..pernah juga terjadi..pada diri ini..sewaktu kecil..begitu susah..

Noor berkata...

Salam CM..

Alhamdullilah.. segala kesusahan dan keperitan yang dilalui oleh sahabat mu itu telah dibalas oleh Yang Esa dengan kesenangan dan kebahagian nya dimasa ini.. Semoga Allah merahmati sahabatmu itu.. amin

Alfatihah untuk kedua orang tua nya..

Aidil Fadzil berkata...

Salam,
Itulah kekuatan dan kehebatan dalam memburu sesuap rezeki. Keperitan itu menjadikan diri kita dewasa dan sentiasa bersuykur di atas anugerah Ilahi.

KAMATO berkata...

Cerita ini banyak menimbulkan keinsafan

tajnur berkata...

Salam!
Bila saya terbaca coretan ni, tersebyum sinis saya, bukan krn nak menghina tetapi itulah kejadian yg pernah menimpa saya cuma saya ketika tu yatim piatu! Jgn ceritalah penderitaan yg saya alami cuma saya belajar jgn sekali2 menerima simpati org biarpun melarat. Usaha sendiri walaupun ambil masa dan melalui jalan yg jauh. Akhirnya, dpt juga saya menjadi seorang guru ...

Che' Pit berkata...

erkk CM..

CP kenal benar sahabat CM tu..
bukan CP tak sedih, tapi CP dah bersedih lama dahulu..

Semasa sahabat CM tu bercerita kpd sy tidak lama dahulu, hati sy yg menangis..

sob sob, ok nak ke toilet..
tak tak, CP bukan nangis sampai nak ke toilet..
err air mata yg menitis ni bukan sbb menangis, ada habuk masuk mata..

CM berkata...

salam my life

dia memang tabah,kuat dan bersemangat..
insyallah moga roh ibu bapanya ditempat dikalangan solihin..

CM berkata...

salam Az

kisah benar,kisah yang dialaminya sendiri,saya tidak menokok tambah apapun..jika az sedih maknanya az mempunyai hati yg lembut n penuh empati..

CM berkata...

salam TK

aduuuh city girl ni,bersekolah di tengah bandaraya...hmm bngunan cahaya suria tu mmg bagai mercu tanda tgh2 bandar tu,mmg cerita nostalgia..

CM berkata...

salam mama

tangisan mama adalah tangisan dari hati yg lembut,sahabatku ini juga sahabat mama...

CM berkata...

salam kak mala

sangat benar tu komen kak,amalan bersedekah membersihkan hati kita..

CM berkata...

salam mamaju

terimakasih atas doa pada org tua sahabatku,kasih ibubapa adalah kasih yg suci dan luhur..

CM berkata...

salam rosli

saudara rosli jugak seperti sahabatku,keperitan dan kesusahan membentuk jati diri kita..

CM berkata...

salam atka

kalau tika sebak,kak mas menangis mendengar kisahnya..

CM berkata...

salam..

yup kak maiyah...itulah hidup

CM berkata...

salam afeez

tuhan kata..ujiannya pada mereka yg mampu,jgn risau kita mungkin mampu megharunginyer seperti mana sahabatku..

CM berkata...

salam kak shidah

masa sy tahun 3 di universiti,di bangkok bank saya pernah diragut tu,kawasan tu mmg kawasan yg perlu kita berhati-hati,banyak penjenayah yg tak berhati perut kt situ

sapa sahabat cm??oh kawan cm tu kerja di Mekah,kak mungkin mengenalinya..

CM berkata...

salam azima

terimakasih atas komen,doalah moga hati kita tidak disaluti sifat sombong dan menghina orang susah.kerana segala yg kita ada hanyalah pinjaman..

CM berkata...

salam pak itam

hehehe,kenal dia ker?ye lah tu pak itam mesti kenal punya,umpama teman sebaya..

betul tu pak itam jangannnnnlah kita jadi manusia sombong.Allah benci benar sifat sombong.kita hanya hamba Allah sajer..

CM berkata...

salam kak syahmi

tu lah manusia ni biasanyer lupa,selalu benar terjadi harta membutakan mata..nafsu bermaharajalela menghitamkan hati,jadilah segelintir dr kita manusia sombong yg susah betul membantu org..moga kita dilindungi dr sifat2 keji..

CM berkata...

salam mfisma

terimakasih atas komen dan perkongsian cerita,Allah mmemang menemukan kita dgn situasi begitu untuk menilai tahap kerendahan hati kita.moga mfisma sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah..

CM berkata...

salam red

alahaii dik,kenapa ni sayang..life is too short,be hepi dear..

CM berkata...

salam ainhanny

kawan cm ni banyaaaaaakkk cerita nostalgia nanti cm risik lg dr dia..

CM berkata...

salam erna

kita fikir secara positif yarrr,kesusahan ni adakala rahmat ingin memantapkan jiwa dan semangat kita,,,erna juga wanita tabah..

CM berkata...

salam Noor

terimakasih atas komen dan doa noor pada sahabat kita tu..

CM berkata...

salam cikgu aidil

sangat benar komen cikgu tu..kita hidup untuk belajar mengenal hidup..

CM berkata...

salam kamato

yup insaf dan kita faham erti hidup..

CM berkata...

salam tajnur


yup kesusahan hidup juga tlh membuat sahabatku juga tidak betah menerima simpati org,dia tersendiri ,sangat suka membantu tetapi menggelakk untuk dibantu,dia amat berdikari dan berjaya kerana tahu potensi dirinya..

Allah bersamanya..

CM berkata...

salam CP..

lama dah CP sedih ker,yup Cp may be kenal sahabat CM ni..

alahhhh CP,nk nangis nangis jer lah tak yah cuntrooolll macho tu..

abang sulong berkata...

Salam Cikgu,

Semalam dah baca N3 cikgu ni. Cuma tak tinggalkan jejak.

Saya pun kenal juga ngan sahabat cikgu ni. Sedih tau..bila baca kisah dia. Hidup ini umpama putaran roda. Namun kuasa Allah menentukan segalanya, alhamdulillah sekarang ianya seorang yang berjaya dan dikasihi semua. Semuga rahmat tuhan sentiasa bertambah-tambah kepada sahabat cikgu tu.

Wasalam.

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....