yg sudi bersama cm....

Khamis, Jun 25

Kembara Turkey 3-11 Jun 2015( Part 1) Istanbul Aku Datang

Maha suci Allah yang mendengar dan menerima doaku,tanggal 3hb Jun 2015, sekitar  5 pagi waktu Turki aku sampai akhirnya disalah sebuah tempat yang menjadi idamanku sejak kecil. "Istanbul aku datang "dari kejauhan aku nampak bulan mengambang penuh tanda 16 syaaban..jam 5 pagi tapi waktu suboh dah berlalu,,sementerlah kami sampai Turkey sedang melalui awal musim panas,tapi masih dingin dan nyaman dengan suhu sekitar 16-23C

Perjalanan dengan Turkish Airlines dengan penerbangan terus ke Istanbul mengambil masa kira-kira 9jam perjalanan,fuuuuh leguh segala tapi still selesa cuma tak begitu menerima makanan Turkey dalam flight.Saya kurang dapat tidur walaupun dah terlalu letih pada siang harinya, 9 jam saya habiskan dengan tidur sebentar,makan,tengok movie diskrin,dan dengar lagu dari handphone dan akhirnya 9 jam dapat dilalui dengan tabah,syukur tidak terlalu sejuk didalam flight dan suasana senyap sunyi kerana kebanyakkan penumpang tidur.
Hagia Sophia yang selama ini hanya didengar ,dibaca ditatap dari gambar kini didepan mata..

Alhamdulillah syukur pada Allah

Kembara Turki kali ini saya memilih untuk bergerak secara pakej,2008 saya berumrah dengan Andalusia Travel&Tour,kali ini saya memutuskan untuk kembali menggunakan khidmat Andalusia Holiday untuk menguruskan kembara saya,semasa Matta Fair Mac 2015 berlangsung saya mengunjungi booth Andalusia dan harga yang ditawarkan agak menarik hati dengan harga RM 4998 dengan penerbangan terus Turkish Airlines untuk 10H 7M,ada yang menawarkan harga yang lebih rendah tapi kebanyakkannya perlu transit,


Hippoddrome-Sebuah tugu yang dibina sebagai simbol kemenangan konstaninople yang dibina ketika zaman Rom

Seawal pagi selepas bergambar dihadapan Hagia Sophia,kami berjalan kaki ke dataran Hippodrome.sebuah tugu yang dikatakan ada sejak zaman Rom,batu granitnya dibawa dari Mesir ke Konstaninople oleh Raja Byzaintain (Teodosius 1), Ukirannya mengambarkan seni ukir Mesir tentang gambaran Pharoah Tutmosis 111 dan dewa matahari bangsa Mesir yang digelar Amore, Ini adalah monumen kemenangan Konstaninople. Tugu ini betul-betul berhadapan dengan Masjid Biru atau Masjid Sultan Ahmet,kami pun bergerak masuk ke perkarangan Masjid Sultan Ahmet,,masjid yang dikatakan tercantik di dunia dengan seni bina yang sangat mengkagumkan di tengah-tengah Kota Istanbul yang juga merupakan mercu tanda Kota Istanbul,


Dataran masjid Biru

Impian saya untuk menatap keunikkan seni bina Islam di Masjid Sultan Ahmed Istanbul akhirnya terlaksana,masjid yang siap dibina sekitar 1616 adalah masjid yang dibina atas arahan Sultan Ahmed 1 dari dinasti Othoman Turki,pembinaan dimulakan sejak tahun 1609 diketuai oleh arkitek bernama Mehmed Aga,Masjid ini mempunyai 6 menara.Masjid ini dikatakan dibina untuk menyaingi bangunan Hagia Sophia yang dulunya gereja Byzantine sebelum jatuhnya Turki ke tangan kerajaan Islam.Kenapa masjid ini digelar Masjid Biru walaupun di bahagian luar ia berwarna kelabu kerana hiasan dalaman masjid ini dihiasi batu marmar@keramik biru yang berjumlah 20ribu keping yang diambil dari Iznik.Dalam masjid ini juga beralaskan karpet sutera dan lampu-lampu minyak diperbuat dari kristal,dan terdapat 260 jendela sehinga suasana dalamnya teduh dan sejuk.



Selepas selesai melawat masjid Biru kami bergerak ke bahagian belakang untuk minum pagi sebentar
Kedai cenderamata di belakang Masjid Biru menawarkan harga yang menarik,saya dapat membeli souvenir berupa poch syiling yang bersulam istanbul product tenunan tangan dengan harga 1 lira sahaja,,hmm 10 saya borong,dan kawan2 memujinya cantik,ditempat lain paling murah pun saya jumpa harganya 2 lira dan banyak yg meletakkan harga 5 lira..sorry takde gambar..selepas berehat dalam 20 minit kami dibawa ke Muzium terkemuka di Istanbul iaitu Topkapi Palace.

Bunga-bunga rose yang segar mekar di perkarangan Topkapi Palace

Topkapi Palace
Hari masih awal pagi,kami berpeluang ke Topkapi Palace orang masih belum ramai jadi kami tak perlu beratur panjang untuk masuk ke mana-mana bahagian muzium, Topkapi bermaksud Istana Pintu Meriam,pada asalnya ia adaah sebuah istana kediaman  rasmi Sultan Uthmaniyah selama 400 tahun,Ia dibina oleh Sultan Muhamad Al Fateh ,tetapipada tahun 1924 selepas Turki menjadi republik Presiden pertamanya Mustaffa Kamal Altartuk mengarahkan istana ini dijadikan muzium sehingga kini, pemandangan istana atau muzium ini sangat indah,dibahagian belakangnya kita dapat menikmati keindahan laut Marmara yang sungguh ohsem. Pada zaman kegemilangannya ia dihuni oleh 4000 orang.Istana ini berkeluasan 700,000 ekar dikelilingi pagar sejauh 5km

Dalam muzium ini dilarang mengambil gambar,ada tinggalan Rasuluallah saw, saya dapat melihat baju puteri Nabi saw Fatimah Al Zahra,senjata-senjata perang zaman Nabi,sejarah zaman Uthmaniyah yang tak mungkin habis jika hanya diberi masa selama 2 jam sahaja disini,harga tiket ialah 15 lira,ia beroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang.Orang sangat ramai pelbagai bangsa pelancong berpusu-pusu untuk ke muzium ini.

Selesai melawat muzium,kami dibawa makan tengahari disebuah restoran yang cantik dikawasan seperti pasar seni di Istanbul,teringat cerita Istanbul aku datang lakonan Lisa Surihani ketika kami berjalan kaki menuju restoran itu,selesai makan bas mengambil kami kerana kami perlu meneruskan perjalanan ke Bursa kira-kira 3 jam perjalanan dengan 1jam menaiki feri merentasi laut marmara.Seharian kami tak mandi,,,tapi gosok gigi tau...ok stop dulu,,nanti sambung cerita di Bursa pulak,,cerita 10 hari 7malam kami ni,,aduuuh larat ke menulis ni...doa-doakan lah...

3 ulasan:

Farikica berkata...

Seronokkan istanbul...banyak tempat nak p.. rasa nak pergi lg sebab x habis explore lagi.. makan pon sedap2

afeezz berkata...

cerita seterusnya plss....

rosli berkata...

CM,

Saya percaya ini trip CM yang terbaik....mesti ingin ke sana lagi....saya masih lagi teringat2kan Istanbul walapun dah lebih setahun ke sana. Best....

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....

PERSAHABATAN ITU KEKUATAN...

Just for Today