yg sudi bersama cm....

Ahad, Jun 20

SELAMAT HARI BAPA- 3 BAPA ISTIMEWA DALAM HIDUPKU....



‘FATHER”:


'A FATHER IS
SOMEONE WHO'S THERE FOR YOU WHEN YOU NEED HIM

A FATHER NEVER LETS YOU DOWN

A FATHER IS
SOMEONE THERE TO HUG YOU WHEN SOMETHING GOES WRONG

A FATHER IS
THERE TO DRY UP THE TEARS

A FATHER IS
THERE FOR YOU WHEN YOU NEED SOMEONE TO TALK TO

A FATHER IS'NT
SOMEONE WHO LEAVES THE MOTHER WHEN HE FINDS OUT SHE'S PERGANT

A FATHER IS'NT
SOMEONE WHO DENYS THEIR OWN CHILD

A FATHER IS'NT
SOMEONE WHO LEAVES YOU LEFT BEHIND

A FATHER IS'NT
SOMEONE WHO SAYS ONE THING TO ONE PERSON THEN SAYS ANOTHER THING TO SOMEONE ELSE

A FATHER IS WHAT I SEE IN YOU”




Ini abah saya,,
Tuan Haji shamsudin bin Ahmad,lelaki hebat yang dilahirkan pada 4 Oktober 1944 di Klang Selangor.
Beliau bapa kepada 8 orang anak,iaitu 6 lelaki 2 perempuan,yang masing-masing anaknya berusia dari 44 tahun hingga 27tahun.Bapa saya mungkin cuma lelaki tua biasa di mata orang lain,dia bukan jutawan,dia bukan hartawan dan juga bukan cendiakiawan...tapi di mata saya abah saya adalah segalanya.
Kalau orang lain mengaku dirinya `anak mak` saya pula `anak abah`.Hingga kini saya tak kekok memeluk erat pinggang abah,,mengucup hangat pipi abah,Masa remaja abah selalu menyisir rambut saya dan membelai saya bagai anak kecil.

Hebatnya abah dan eratnya hati dan perasaan kami bertaut dapat dirasakan jika sesuatu yang tak dingini berlaku pada saya.Abah yang merasa dulu.Pernah satu ketika abah tiba-tiba menelefon saya.Menanyakan keadaan saya...katanya dia bermimpi dan terasa amat rindu pada saya,,ketika itu saya seperti biasa,ceria dan gembira menjalani kehidupan,saya sendiri kehairanan bila dia berpesan supaya saya menjaga diri dan dia berkata hati gelisah memikirkan saya.Kuasa Allah menentukan segalanya 3 hari selepas itu,benar seperti apa yg abah rasa satu peristiwa sedih berlaku ke atas saya,saya sakit,saya jadi hilang punca ,hilang semangat,hilang kekuatan ,hidup diselubungi kesedihan.Abahlah orang pertama saya hubungi,dia datang meniup kembali kekuatan,,menghulur tangan mengangkat saya yg jatuh dalam lubuk kesedihan,Dengan semangatnya saya bangun,dia menyapu air mata saya.Omputih sambut hari bapa,saya pun nak menumpang untuk mengucapkan

SELAMAT HARI BAPA
UNTUK ABAH YANG SANGAT SAYA SAYANGI DUNIA DAN AKHIRAT,,,,,







aiiikkk  ni sapa pulakkk?????
,hmmmm ni pulak ABAH pada anak-anak saya,,,
amboiii interframe dan menayang tuu hubby dia,hihihihi,,,
takper arr gambar ni pun gambar hubby 10 tahun dulu,
sekarang .
 rupa pun dah lain,,,jumpa pun dah tak kenal dah..
lebih encem dan menawan.rambut dah pun jarang ,ukur lilitpun dan bertambah mantooopp,hihihi..

pssst masa ni gambarnye dok bawah bantal saya.
.hihihi,kekasih hati katakan!!bibirnya, matanya semua jadi igauan hihihi,,jangan meluatt yerr bila baca,,
Takdir Allah,,jodoh saya dengan lelaki berkulit cerah dua tone dari saya yg golapp  ni ,,
masa bersanding puas mak andam menyapu bedak agar sama warna,kelakar pulak bila ingat

Dia juga abah yang penyayang,suka melayan anak-anak dan seorang bercita-cita tinggi ,
,Sempena Hari Bapa esok...HAPPY FATHER DAY DEAR.
..moga anak-anak mengkagumimu sebagaimana diriku mengkagumi abahku.



Ini siapa???
ni abang long saya,,tunggak adik beradik kami.
Juga seorang abah yang sangat baik,lemah lembut dan penyayang
,Beliau di lahirkan tanggal 19 Jun 1966,Beliau adalah idola kami dalam pendidikan,Beliau menjadi contoh terbaik untuk kami.Apabila beliau merupakan antara anak kampung dr keluarga yang berpedapatan rendah berjaya mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke Amerika syarikat dalam bidang ekonomi dan kewangan.Bapa kepada 4 orang anak ini juga seorang yg sangat bercita-cita tinggi,hebat dan berkarisma,semalam besday yer,HAPPY BIRTHDAY JUGAK yg ke 44. tuu...abang longg memang besttttttt.....





SELAMAT HARI BAPA ABANG LONG.... TO BE A SUPER DAD..

** inilah 3 orang bapa istimewa dlm hidup saya....Alfatihah untuk bapa mertua saya yang tidak pernah saya kenali...cuma nama dan pusara...


dan untuk semua kawan-kawan yang bergelar bapa,Ayahanda,AZ,Pak itam,Abg sulong,Atok rozali,Imran
Rosli,dan semua follower Happy Father Day...semua yg ada adalah ayah yg hebattttt...






11 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam mas,

wah..mas anak abah yer..mama pun sama, anak ayah!
teringat kat arwah ayah!

manzlie berkata...

salam from Makkah..


seronoknyer cikgu masih punya abahh...alhamdulilah


waslam

Rozali berkata...

Assalamualaikum CM

Semua bapa2 tu hebat, encem dan menawan, sangat baik,lemah lembut dan penyayang
Alhamdulillah
Syukur
moga berterusan, Insyallah
amin

selamat ulang tahun untuk abang long yg ke 44

terima kasih atas ucapan dan ingatan tu

Wassalam

ummu_hanis berkata...

salam cm....
amvoi... tiga tiga emsem belaka.
tp yg paling emsem sure la yg atas sekali tu.
huhuhu.

Ayah Zain berkata...

salam CM

hai anak abah. Bertuahnya CM punya abah yang hebat. Tapi lagi hebat abah yang no dua tu hehhe. Dia tu tak pictofobia ker

mama ju, berkata...

Selamat hari bapa pada semua abah2 semalaysia.

Tak sangka ya CM Anak abah...
tapi budak2 sekarang ni ramai yg lebih kpd anak abah!Bertuah CM....

Umi Azuddin berkata...

Salaam CM,

Hensem abah CM. :)

Selamat Hari Bapa kepada semua ayah, abah, daddy, baba, papa, apak...
Anda semua adalah HERO yang paling unggul di mata anak-anak.

VpeaceV

SiNoMoSa berkata...

Salam Kak,

Hmm sy pun anak ayah..sama laa kita eks hihi

rezeki berkata...

salam cm


selamat hari bapa

sayangi mereka dan berbakti kpd mrk selagi mrk masih hidup


pak iatam sgt merindui arwah ayah

shami2 berkata...

Salam CM..

Hihihii lawak aar CM...

gamabr bawah bantal...matanya bibirnya semua jagi igauan...hahahha CM ni memang terus terang sebab tu abg terpikat kan...hihhi
Tahniah..terus terang senang duk sembunyi2...payah narr kan hehhe

SELAMAT HARI BAPA UTK BAPA CM, SUAMI DAN ABANG LONG...SEMOGA MEREKALAH BAPA TERBAIK DAN CONTOH ..PADA ANAK2

abangsulung berkata...

Salam Cikgu,

Terima kasih atas ucapan cikgu pada Hari Bapa ni. Semuga kita semua sama-sama bergembira menjadi ibubapa kepada anak-anak yang kita sayangi..

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....

PERSAHABATAN ITU KEKUATAN...

Just for Today