yg sudi bersama cm....

Ahad, Jun 13

10 tahun yang indah



(pertemuan terakhir group seliaan Prof Aini sebelum kami ditempatkan di sekolah masing-masing)

 12 Jun 2010 adalah
satu tarikh yang mempunyai signifikasi besar dalam hidup saya
Pada 12 Jun 2000,
saya perlu melaporkan diri sebagai PPPS atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di sebuah sekolah aliran teknikal di Selatan Pahang.
Satu daerah yang cukup asing pada diri saya,sebuah daerah yang tak pernah saya kunjungi seumur hidup saya ketika itu,pada tarikh itu juga saya baru sebulan menamatkan final exam Diploma Pendidikan,belum puas bersama ibu bapa dan keluarga telah pun diarahkan bertugas.Kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah kerana berbanding dengan rakan lain saya tidak kenal erti mengangur.


10 tahun dahulu daerah ini sungguh nyaman dikelilingi sungai dan druan air terjun yang indah,hutan-hutan yang menghijau dan waktu pagi adakalanya cukup dingin dan segar hingga mencengkam tulang hitam,tak hairan kerana sekolah pertama saya ini  dikelilingi dengan bukit-bukit yang hijau,pada waktu malam nampak jelas kerdipan lampu dari sebuah Pusat Peranginan terkemuka di malaysia.Adakalanya walaupun sudah hampir 9 tahun meninggalkan daerah ini rasanya ada sesuatu yang tertinggal yang tak mampu saya kutip bawa pergi.daerah ini tetap meninggalkan kenangan yang cukup indah untuk dikenang...

Di hari pertama melapor diri saya perlu mencari tempat tinggal,disinilah saya berkenalan dengan 3 orang sahabat yang menjadi teman serumah saya disini.Ketiga-tiga guru baru yang sangat manis ini berasal dari Kelantan,2 sahabat saya ini lepasan USM dan seorang lagi yang sudah bergelar Puan dan sarat mengandung anak sulung adalah lepasan UIA.Kami bersama melalui susah dan senang, kerana 10 tahun dahulu seorang guru baru yang baru mendaftar  akan diproses gajinya mengambil masa kira-kira 3 hingga 6 bulan,agak malang bagi kami  bertiga kerana kami menerima gaji pertama setelah 6 bulan bekerja tapi dengan jumlah yang tertunggak selama 6 bulan,,wahh kaya.Seingat saya apa yang dibeli untuk saya sebagai kenangan gaji pertama adalah seutas jam tangan yang saya guna sehingga tahun ke 5 saya berkhidmat sebagai guru,tak lupa juga sumbangan untuk ibubapa dan simpanan kegunaan untuk hari bahagia saya.


Di saat ini terkenang juga pada 3 sahabat serumah saya di daerah ini,dua darinya sangat saya rinduiii hingga kini,mereka kini bahagia bersama keluarga, dan seorang lagi biarlah antara kita menjadi teman biasa kerana benar kata bidalan `rambut sama hitam,hati kita mungkin lain-lain`.Dalam mencari keserasian kita mungkin tak terjumpa titik pertemuan akhirnya dia meninggalkan kami bertiga dan berpindah ke rumah lain,,,namun kemaafan tetap mengiringi pemergiannya yang berlalu biarlah berlalu kerana kita cuma insan biasa yang jauh dari sifat kesempurnaan,,apapun yang menguris hati kita,biarlah jangan ada demdam dihati,kita maafkan segala yang berlaku kita halal segala yang telah berlalu, Kini kami semua telah meninggalkan daerah ini bersama kenangan untuk kami kenang hingga penghujung usia.

Di sekolah ini juga saya mengutip pengalaman indah,saya sangat kurang pengalaman ketika itu,jarak usia saya antara saya dan pelajar batch pertama cuma 7 tahun,mereka sangat manis,comel dan nakal,segala telatah dan kerenah mereka tercatat indah dalam diari kehidupan.Pada musim durian pelajar-pelajar ni membawa untuk saya berbiji2 buah durian sementelah ibubapa mereka mempunyai dusun durian yang besar ,Durian Pahang katakan.Orang Pahang sangat baik,mesra dan ramah...itu yang saya belajar dari warga Pahang,hmmm di kantin sekolah menu wajib mesti ada ikan patin ,Pelajar-pelajar ni di hari perkahwinan saya mereka datang beramai-ramai ,tidur di melaka dan membantu ibu bapa saya menguruskan kenduri..oh so sweet!!!
dimana mereka sekarang,batch pertama kini pasti dah berusia 27 tahun,,,dimana pun kalian sekarang dan apapun yang kalian lakukan doa cikgu sentiasa bersama kalian.pada semua doakan saya mampu memikul tugas ini menjadi seorang guru yang amanah pada tanggungjawabnya..Insyaallah..

12 ulasan:

manzlie berkata...

salam from makkah....


wahhh...nostalgia cerita cikgu kali nihhh


waslam

Pn Kartini berkata...

Salam dear..:)


opss!!seUM kita yaa..cuma meninggalkan UM tahun 95..!!:)
Pe2...segala memori silam bisa menambahkan pengalamannya...:):)

rosli berkata...

salam CM,

Memang nostalgia....kenangan lama, CM tahun 2000,

Saya pulak grad tahun 1986....dah 26 tahun diam tak diam, baru2 ni bergambar semula kat UM di batu tanda tu...2010....terasa dah tua sangat...Tq for sharing.

Hidup UM.....

kak Erna berkata...

Salam CM..terharu akak baca kenangan silam CM..kita semua ada kenangan dalam hidup yang tak bolih dilupakan..akan kita kenang sampai bila2..amacam akak mula2 kerja di negeri selangor...

Rozali berkata...

Assalamualaikum CM

waaaa
ramai yg grad dari UM

saya selalu keluar masuk UM
tumpang lalu je
he he
sebab, dulu duk kat Kg Kerinci

Wassalam

afeezz berkata...

salam kak mas : wah... UM ke akak dulu. sy pon kat UM, dah 11 thn, tak grad2 jugak...

TK berkata...

Baca posting u ni trigt I dulu pun posting pahang jugak n byk sgt kenangan terindah di negeri pahang tu..Kebetulan, saya mengajar di pahang 2 kali..sekali lg mengikut suami. Byk sungguh kenangan dan ramai gak kawan2.

cikguyusof berkata...

eh sy pon posting pertama di pahang, rasanye lbh selatan drp tempat CM, bersempadan Johor, lbh drp 25 thn dulu la....

hehe

rezeki berkata...

salam cm

alhamdulillah

biasalah, kita tak tahu hati budi orgkan

ada yg suka dan ada yg sebaliknya

itulah spt dikatakan, rambut sama hitam hehehe

shami2 berkata...

Salam CM...

Pengalaman lalu indah bila dikenang saat ini..rasa macam bila sekarang nak diulang ohhhhh tidak..kita ingin maju kedepan lagikan...hehehheh

Kenangan rumah sewa duduk ramai2 pompuan..heheh macam2 ada..manis masam pun ada...saya cuma bertahan setahun jar...heheh lepas tu terus kawen....duduk dengan suami..lebih selesa sempurna dan terjaga..

ummu_hanis berkata...

salam mas cyg,
semalam pon aku pg melawat sk convent sentul 1. tmpt aku mula-mula mengajar.... dan sempat jugak melawat rumah sewa aku kat sana.... blok 73 bandar baru sentul... hmmmm... tempat jatuh lg dikenang kan? ini kan pulak tempat cr rezeki....

ummu berkata...

salam CM
syahdunya,27 tahun sudah umur mereka...
sebentar je kan masa berlalu
minggu lepas mendapat jemputan perkahwinan bekas pelajar
yang baru menamatkan pengajian..

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....

PERSAHABATAN ITU KEKUATAN...

Just for Today