Tika kau merenung jauh
merenung masa depan yang suram
mengintai sayang dari kamar kasih yang usang
menagih cinta dari jiwa yang gersang...
mengharap belaian dari sentuhan manusia syaitan..
tika itu....
Kau dipijak..kau diinjak
kau dilambung kau disepak
kau ditampar,kau dihempas
tangismu syair merdu buat iblis durjana
esakmu gelak tawa manusia hina
deritamu santapan kotor lelaki buta
sengsaramu makanan enak si buas neraka
airmatamu minuman manis penghilang dahaga
Namun nafas terakhirmu adalah kekalahan mutlaknya
Pergilah wahai si manis yang suci
Disana ditaman firdausi
kau dibelai bidadari syurga
Kau diusap kasih suci tanpa noda
Dari dipijak kau disanjung
Dari dilambung kau dijunjung..
Sudah tamat deritamu wahai wangian syurga
Bermain bergembira disana
Dengar segala kisah dan cerita
dari malaikat pilihan tuhan untuk kamu si bunga syurga
Damailah engkau disana
Tak perlu menangis lagi
Tak usah meraung,meratap hiba
Lenalah anak dalam dakapan kasih
Yang Maha berkuasa
Tinggallah ibu...tinggallah datuk
Mana dirimu saat safiya meraung dalam derita
Tulikah telinga saat safiya menangis hiba
Hilangkah suara saat safiya mohon dibela
Butakah mata saat safiya sakit disiksa
Selamat tinggal ibu
Air mata dah tiada harga
Esak tangis sudah tiada makna
Safiya pergi berkubur segala derita
Pesanku wahai ibu
Bersihkan diri dari noda
Sirami diri dari lumpur dosa
Cari tuhan yang telah kau lupa
Kembali ke pangkal jalan
Sujud taubat pada tuhan
Singkirkan cintamu yang sesat...
Serah diri pada Allah yang maha hebat....
Safiya tunggu disana wahai ibu.....
Segala persoalan...jawapanya adalah dalam ketentuan Tuhan..
22 ulasan:
cm..semoga ibunya bertaubat nasuha..dan menyesal atas apa yang dilakukannya..walaupun..menyesal sudah tidak berguna..yang pergi tetap pergi...
Salam CM,
Kisah yg betul2 menyayat hati..bila iman tiada dijiwa..iblis menjadi teman setia...
Tamatlah derita adik Safiya..Semoga ibunya insaf dan bertaubat dgn keterlanjuran dan dosa2nya kepada Allah..Tenanglah dikau di sana dik..bertemankan bidadari di Syurga..Usah dikisah pada yang lupa..Kerana hidupnya penuh noda.
Wassalam.
Assalamualaikum CM
Nukilan dari CM menyayat naluri
Wassalam
Salam CM
sedihnya kisah ni...muga dia bahgia bersama bidadari syurga...
Salam!
Tak dpt nak bygkan betapa manusia sudah semakin hilang sifat penyayang dan tanggungjawab bersama. Masyarakat kita hanya boleh simpati tanpa membuat apa2 perubahan dari satu peristiwa ke satu peristiwa seumpama ini. Inilah rupanya keadaan masyarakathasil didikan dan keadaan ibu bapa Safiya Humaira ketika mrk masih muda. Apalah yg akan terjadi 5-10 tahun akan dtg jika masyarakat kita terus menerus bersifat keakuan drpd kekitaan?
salam cikgu mas..
Mog roh adik safiya di tempat kan di syurga firdausi..insylah...
wasalam
salam kak mas : sedihnya....
Salam kak...
Kisah yang sedih dan menyayat hati...
Salam Cikgu Mas
Humaira akan kekal gembira disambut dan didakap oleh bidadari-bidadari syurga.
Ibunya nanti yang harus berhadapan dengan dia di sana. Semoga dia sempat bertaubat dan semoga masyarakat pun buka mata. Haish!
semoga rohnya di tempatkan dalam syurga fidausi..Alfatihah..
salam cm
inilah secebis rentetan cerita dan peristiwa yang sekarang saban hari kita baca dan hadapi apabila ajaran islam tidak lagi menjadi tunjang dalam sebuah kehidupan
manusia hilang pertimbangan akal dan fikiran
semoga peristiwa yg berlaku ini menjadi iktibar dan pengajaran kpd kita semua
sama2 kita berdoa agar semoga si ibu kembali kepada ke pangkal jalan dan diberikan petunjuk dan hidayat oleh ALLAH , ini suatu ujian buatnya . hari ini hari dia
mungkin esok lusa , siapa yang tahu
salam CM
anak kecil ini menyusuri firdausi dgn tennang, siksanya cuma sementara, bahgia kini miliknya jua.
yng ditinggalkan wajar bertanya,
sejauhmana syariat terpelihara
bila manusia 'ketegaq" dengan agama, manusia jadi cacamerba..
semuga keluarga ini mengmbil sejarah pengorbannn nabi muhd saw dan bertaubatlaa. pintunya terbuka luas bgi mginsafi yg lalu..
w'alm
Redha dengan pemergian si anak kecil tidak berdosa itu. kini safiya humaira menjadi tetamu di jannah..dan semoga ibunya bertaubat dan kembali kepada ajaran islam.
Salam Mas,
Tanggungjawab kita besar untuk mendidik anak2 remaja agar tidak terjebak dengan gejala negatif sejak di bangku sekolah lagi.
Tapi, tidak semudah yang kita ungkapkan kerana pengaruh tidak baik lebih banyak dalam kehidupan hari ini.
Akak lihat sendiri di sekolah, tak mudah untuk menyuruh pelajar2 bersolat bila tiba waktunya.
Salam...CM..
Al fatihah untuk adik safiya..
Setiap yang terjadi adalah satu hikmah dari Allah..
Supaya manusia itu kembali kepadaNya...
Anak itu tidak berdosa..
Manusia2 disekeliling yang perlu sedar..akan tanggunjawab selayaknya..
kembali dia kepada penciptaNya
Ketempat istimewa bersama ibrahim nabi kita, itulah taman syurga buat anak2 istimewa..setelah diabaikan oleh ibu dan bapa yang mati hatinya....
Ibu dan bapa
Keluarga..
Saudara mara,
Jiran tetangga..
Masyarakat dalam kariahnya
Masyarakat di negerinya
Masyarakat dalam negaranya
Barisan2 masyarakat seagamanya...
Pimpinan negara....
Dimanakah kita..sedarkan kita
Porak poranda sosial..negara kita..
Bolehkah kita berdiam saja..
tulikan telinga, diamkan saja..
Sanggupkah kita pikul dosa bersama
Pikirlah sedalam2nya...
Marilah kita bina semula sosial masyarakat kita yg hampir punah kerna dunia semata...
Ambillah sikap peka akan kejadian sekeliling kita dan berani kedepan bertanggungjawab menjaga keamanan sejagat kita....
Anak2 tak berdosa adalah kupu2 syurga. Dia dah jadi ahli syurga. Semoga kita di dunia ni belajar dari peristiwa ni..
Salam CM
semoga rohnya aman di sana.Humaira akan masuk syurga dengan mudah.
Salam..
Satu cetusan yg amat menyayat hati..
mudah2an adik Safiya bahgia dalam kalangan penghuni syurga..
Salam ukhuwah..
salam,
bidadari Firdaus,
Safiya Humaira.
Salam CM
Anak ini akan bahagia di sama kekal abadi
Salam Cikgu...
Sedihnya...
Salam CM, nyawa manusia dah jadi begitu murah.....
Catat Ulasan