yg sudi bersama cm....

Sabtu, Mac 27

Aku budak Melaka..

(Gambar rumah Tradisional Melaka yg CM snap ketika menunggu trafic light dalam perjalanan KE PASAU BESAU MELAYMAU....hehehehe)comel jer kan...


Cuti sekolah penggal pertama aku berpeluang balik ke kampung,bermanja dengan mak dan abah.Hampir 5 hari dikampung,masa terasa sungguh pendek.Pada suatu hari mak menyuruh aku ke kedai membeli barang dapur,lama benar rasanya aku tak kedai runcit di kampung tengah tu,orang kampung ku memanggil kedai tu dengan nama kedai `dak` nas.`Dak tu adalah panggilan untuk org Melaka yer merujuk pada perkataan budak.Jangan marah ,muda ke ,tua ker semua nya di bantai jadi budak dan kependekkan nyer jadi dak.sebab tu orang Melaka awet muda..sampai dah nak mati pun melekat gelaran dak....

Sampai ke kedai,ada 3 ,4 orang perempuan yang ku kenali semuanya,tapi mereka berkerut-kerut memandang aku,antara kenal atau tidak,aku mengakui aku jarang keluar rumah atau pergi ke kenduri kendara kalau balik kampung.Aku pun jarang ada di kampung,sejak tingkatan satu aku bersekolah diluar,duduk asrama dan menyambung pelajaran di KL seterusnya bekerja dan menetap di KL,menyebabkan hubungan aku dengan orang kampung agak terbatas,dan mungkin perubahan saiz badan dari aku remaja sampai beranak dua yang sangat ketara menyebabkan mereka lambat mengecamku.

Aku memulakan bicara dan menegur sorang kawan sekolahku..sampai hati dia tak cam aku..

"idah!!!ko tak kenal aku????aku memulakan sapaan..

eeeeeh,suria yer???(orang kampung panggil saya suria)..dalam berkerut ida bersuara.
ye lahhh sapa lagi,amboiii sombong ko tak kenal aku yer...saya memicit lengan ida...

haaaah,sepah hawau,cilaka ,cilanat,kau suria,lama benauu kiter tak jumpa.aku ingat kau dah meninggal...hidup lagi kau rupanyer....Apa kabauuuu kou sekarangg yerrr!!!!!..suara ida tinggi lagak nk bergaduh tetapi berbaur mesra..

Aduuuuuuuuh,!!!!!!
menikam jantung rasanya...tapi aku tergelak,lama benar dah aku tak dengar orang menyapa memaki begitu.Walaupun aku ni orang Melaka,mak dan abah tidak membiasakan kami bercakap kasar,menyapa memaki...tapi aku tak berkecil hati memang itulah caranya mereka menyapa,cara itu menunjukkan kemesraan dan kasih sayang hanya untuk kawan dan kenalan rapat mereka.Orang yang baru mereka kenali,ikut adat tidak akan mereka sapa dengan sapaan begitu,jangan terkeliru,Kalau orang luar mereka akan sambut dengan mesra,berpantun seloka.Orang Melaka ni mesra dan ramah.Kakak ipar dari Kelantan kata orang Melaka kalau bercakap macam nak bergaduh,aku mengakui ,memang begitu gayana mereka bercakap kalau ada kenduri kendara atau pertemuan keluarga.

Lama aku berbual dengan ida,keluar loghat ,dialek,bahasa Melakaku yang lama tersimpan masa berbual dengan Ida,puas rasanya,cuma aku tak membiasakan diriku bercakap bahasa maki hamun,atau terlalu kasar takut jadi kebiasaan dan tak elok didengar anak-anak dan pelajar..

so hari ni rasa nyer aku nak recall balik bahasa dan loghat yg jarang aku gunaa,tapi kalao orang melaka jati dia faham istilah-istilah di bawah ni..
  • Gebau - Selimut
  • Contoh ayat "Abang tolong lipat gebau"...pasti suamiku berkerut. dengar perkataan gebau....
  • Kain sal - merujuk pada tuala/towel mandi
  • Contoh ayat: Lepas guna tolong sidai kain sal tu.
  • Kelesa - Pemalas  sebutnya kelayse..bukan kelisa yerr
  • Terlokoppp- merujuk pada hancur ,jahanam
  • Berkepauu- bersepah atau selerak
  • ghayang - terhoyong hayangg.
  • moh - jomm,mari
  • menonong- pergi meluru
  • handau - sia-sia
  • mengulauu - curi tulangg
  • gobok- kabinet dapur atau almari lauk
  • tak mengompongg - tak tahu buat kerja
  • godak-kacau atau bega sesuatu
  • lorat - melebih-lebih
  • nau -melampau atau bersangat-sangat.
  • sasau- gila
  • kuak-ketepi
  • cuti - disebut coti tauu
  • kunci- disebut konci
  • rumah - di sebuat ghumahh

itulah sebahagian perkataan yg kalau diguna ,saya tau yang bercakap tu berasal dari Melaka,loghat mereka tak begitu ketara macam orang Utara atau Pantai Timur,tapi cara bercakap saya cepat mengenali orang senegeri saya,CM berasal dari Umbai Merlimau tapi kalau Melaka pureee diorang sebut Melaymauu...saya tau lah mereka Melaka jati.Saya akui agak kasar di pendengaran orang negeri lain,terutama di bahagian melaka tengah macam Kelebang,Bachang,Alai,Tengkera,kalau bercakap fuuuh,kembang kempis dada menahan panahannya.Tapi percayalah orang Melaka ni mesra peramah dan baik hati..SAYA BANGGA BERGELAR ANAK MELAKA.....


34 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum CM

Wahhhh
puji bangat orang Melaka
tapi tak apa, memang orang Melaka baik hati semuanya

istilah tu ada yg sama dengan lorat Perak

Wassalam

mama ju berkata...

Salam CM

Seronok juga dapat belajar bahasa melaka!
Lain tempat lain adatnya...

khairyn berkata...

salam cm

opkos! Orang Melaka peramah err... walaupun hamba dagang di melaka ittew.

First time dengar 'makian' orang melaka, masa tu kat stesen bas lama yg kat tengah bandar tu. Ada satu pakcik ni jerit kuat sangat.. Lahabau kau! bla bla bla.. perkh senak perut dengar.. tapi lepas tu sengih2 jer.. baru ingat.. oh aku kat melaka la ni hahaha

PAK NGAH MAN berkata...

salam, CM
saya mak metua dan ayah orang melaka tapi cakap nogori sembilan ikut adat NS

rosli berkata...

Salam CL,

Best dpt baca pasal org Melaka dan dialek ni, atuk saya asala org Kuala Sg Baru, sedara mara dulu ramai tinggak di Jeram dan Banting selangor. Dah lama tak dengar maki hamun tu, last saya bercakap dengan staff di MITC Melaka Disember lalu, kena jugak lah bahasa tu.

Selasa ni saya kena buat audit di Banda Kaba, budak2 muda ni jarang nak bergurau dgn kita yg senior ni, tp sebelah petang saya akan jumpa sorang kawan lama, boleh tahan bahasa dia...rindu jugak bahasa tu.Teruskan paparkan bahasa Melaka tu

aznaz berkata...

salam from makkah..

pompuan melaka rajin rajin tau cikgu...


walsam

ReD berkata...

salam k.mas

baru saya tahu serba sedikit ttg mksud2 bhasa melaka ni. brguna jgak.
hehe...

Che' Pit berkata...

kalau kat johor

gebau jadi gebor
kelesa jadi kelebang
mengulau - mengulor
gobok - robok
kunci - key

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

mang aiiiiiii, banyaknya vocab awat tak tambah lagi

skulla = sekolah
dak = orang contoh : mana pergi dak mas ni. walaupun dah besar panjang 'dak' tu masih dignakan.

ada banyak lagikan.

nanti bila az tepon CM nak maki seranah dulu lah . hahahhahhaha

mama ju berkata...

salam CM

Mama bila tak perasaanlah bila pulak bubuh gambar budak come ketawa tu....

Mama tak pernah dengarL org melaka maki hamun...mama tau org melaka baik hati...tengok CL tu kata...perempuan Melaka rajin2...Wah ada harapan siapa yg berasal dr melaka!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

mas,

orang melaka cepat mesra. dulu2 masa zaman2 belajar..kawan baik kak nab dari masjid tanah.

rezeki berkata...

salam cm

AKU PULAK BUDAK MUAUU hehehe

lahabau kau hehehehehe

sonata anak kancil berkata...

salam....mula2 datang ke melaka...panik seminggu dua....anak saya pun bengong...dengar orang melaka cakap.....

yang best ade kata......ko ni dah nak bau tanah!!! ( nak mati la tu...)

kalau sebut unta = ongta!!!
ayat : orang arab naik ongta!!!

CM kata kalau balik coti nak calling dak sonata....dak sonata tunggu lah sampai habis coti....rupa2nya dak cm dok diam2 kat melaymauuuu.....

Hjh Noralenna Abbas berkata...

Salam Cg CM,
Akak singgah rumah budak Melaka, boleh? Akak pun orang Melaka, dondang sayang...

shami2 berkata...

Salam CM...

cantiknya rumah tukan kecik molek jar..shami suka jalan2 sambil tgok rumah2 orang kg...impian nak bina rumah kayu, ala2 kg tapi moden hehehe berangan jer kerja..

Psssssst kawan baik shami ada kat telok mas larr ..orang melaka gak..mak sedar ada kat jasin kawin ngan orang melaka...wah2 cakap dia ...berapi betul...hehehhe

CM kawan baru shami pun orang melaka gak kan..tapi bg samad hahahah mai mana....ngeh..ngeh..ngeh

Shhhh CL ..pompuan melaka rajin2 aar..pompuan kedah camnar pulak..bagi skit komen hihihi

Atik berkata...

Salam Kak,

Saya pertama kali dengar org melaka cakap, tekejut.... kasar jer bunyinya... nk menangis saya... tp bla dah lama mengenali baru tahu kisahnya... tulah cara org melaka menunjukan kemesraan mereka...

Unknown berkata...

Salam CM,

Lamanyer x bahasakan diri oghang. Ghindu betul zaman bebudak esp time sekolah dulu. Byk memori masam, manis, pahit dan kelat.

Apa khabar CM? Sihat ke!

CM berkata...

Salam rozali

mesti puji masyarakat negeri kelahiran sendiri..hehehe

CM berkata...

salam mama ju


silakan belajar kak..

CM berkata...

salam khairyn


oooh baru ku tahu tak `ori` melaka rupanyer...

habis tu dah khatam ker istilah panas tu..

CM berkata...

Salam pak ngah

ooh kalau gitu tak tulen arr melakanyer...

CM berkata...

salam en rosli

biasanya mereka bercakap pedas untuk kawan dan kenalan rapatnya..

CM berkata...

salam ciklie


ye kerrr,pompuan melaka rajin ada can arr budak melaka nk tekel ciklie ni...yo lah arwah mak cl kan org melaka,dia tgk contoh mak dia tu..

CM berkata...

salam red


belajar dik,mana tau mak mertua org melaka nanti..

CM berkata...

salam CP

ooh ye ker sama istilah lain bunyi yerr..

CM berkata...

Salam Az

yerr banyak lg vocab tu,,


hehehe ..apa nk maki????leh ajer tapi sama2 lah kita tunjuk power.

CM berkata...

salam..


yer mamaju,tukaq gambar...

aaahkan pompuan melaka dah ada satu ciri yg cl suka tu,antar arr proposal.

CM berkata...

salam mama zainab


betul tu,susah nk disangkal..

CM berkata...

salam pak itam

ooh budak muauuu,lahabau taik kobou hehehehe..

CM berkata...

salam cikgu sonata


diizinkan Allah kita bertemu nanti..

CM berkata...

Salam kak nora


datang lerrr selalu ghumahh kiter ni..kiter suker..oh org melaka yer..

CM berkata...

salam kak shami


oooh teluk mas tu dekat beb=nauuu dgn kg kiter..

CM berkata...

salam tika

laaa naper nangis,biasa-biasakam diri..

CM berkata...

salam che na

aaah sorang lagi anak melaka tulen,,mekasih che na baca blog cm..

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....