yg sudi bersama cm....

Sabtu, April 23

Jenjalan di Hujung Minggu ke Sabah...

                         
              15-17hb April CM berpeluang melawat Kota Kinabalu Sabah,
Percutian yang dirancang lebih kurang 2 bulan lalu,akhirnya menjadi kenyataan.
Percutian bersama 4 rakan sekerja meninggalkan kenangan manis buat CM.
Inilah kali pertama CM tiba di bumi Sabah.
Rupanya Sabah negeri yang digelar `Negeri di Bawah Bayu ini`,,,lebih indah dari khabar....
3 hari 2 malam di sana,CM benar-benar jatuh cinta pada keindahan alam semulajadinya
yang bagaikan gadis sunti merah mekar yang belum terusik ....
Cuaca yang begitu indah pagi tu,,
membuatkan kami dapat melihat jelas Puncak Kinabalu dari kejauhan...

Siang dan malam kami makan sepuasnya seafoodnya yang murah dan segar,,,
loabster yang kelihatan digambar cuma berharga rm 10 seekor...
Makan 4 orang ada ikan,udang,sotong,loabster,umai,,cuma berharga rm70..murahkan?


Di sini CM dan kawan-kawan terasa bagai berada di New Zealand,
cuaca yang nyaman dan kehijauan tanah tinggi Kundasang begitu menawan keindahan alam semulajadi di sini.
Di sini sebenarnya ladang lembu susu..yang dihiasai padang rumput yang kehijauan...



CM,Cikgu Jamilah,Cikgu Naza dan Cikgu Fazi,,,,
kita jenjalan,,hilangkan stress n hepi mepi at Sabah..

Lihatlah air di Pulau Manukan yg bagai kristal,buat ikan berwarna warni nampak jelas...

Berbagai jenis sayur dan buah-buahan segar dari Tanah Tinggi dijual dengan banyaknya di Pekan Kundasang..
Jesellton Point Jetty ,,,kami bercadang Island Hopping pula
Sangat canteeeek keindahan Pulau manukan dan Mamutik,yang cuma kira-kira 15 minit mnaiki bot laju dari Kota Kinabalu Jetty


Saya bagai jatuh cinta pandang pertama dengan bumi Sabah,saya juga berkesempatan melawat dan melepaskan rindu pada satu-satunya kakakku Intan yang sudah 10tahun berada di Sabah.
tergiang-giang di telinga anak saudaraku Zulkarnain dan Salahudin menyanyikan untukku lagu Cinta Kinabalu..

"TINGGI-TINGGI GUNUNG KINABALU.....
TINGGI LAAGI SAYANG SAMA KAMU...
BIRU-BIRU HUJUNG KINABALU..
TENGOK DARI JAUH HATI SAYA  RINDU....


Rabu, Mac 30

Result SPM dah pun keluar...

Muhaimin pelajar terbaik sekolah yang mencapai straight`s A,,
dengan 10A
6A+ 4A

23hb Mac 2011 hari yang dinanti-nanti pun tiba,
Alhamduliillah syukur target sekolah untuk mencapai GPS sekolah sebanyak 3.5 melebihi dari jangkaan bila sekolah berjaya mengapai 3.41...kami hampir tak percaya..tapi tu lah realitinya,,,Semua orang gembira jamuan demi jamuan diadakan untuk meraikan kejayaan besar ini,Menurut sumber belum rasmi sekolah kami dari dahulunya menduduki no 10 sekolah teknik terbaik Malaysia melonjak ke nombor 5.Allhamdulillah,

Subjek sejarah juga melonjak dari 3.63 tahun lepas dengan seorang gagal kepada 100% lulus
 dan mengapai GPS setinggi 2.63  
, sebagai ketua panitia  tak sabar rasanya untuk melaporkan kejayaan ini dalam mesyuarat post mortem nanti,Segalanya didahului dengan ucapan syukur,
Apakah yg lebih bahagia seorang guru bila menerima kejayaan pelajarnya rasa puas,,,berbaloi segala penat lelah,,,moga anak didikku lebih berjaya dimasa akan datang dengan kemantapan iman dan hidup yg lebih bermakna untuk agama bangsa dan negara,

Tahniah pelajar,,,kami sangat berbangga....

 

Selasa, Februari 15

Marina Bay Hotel Singapore

Hari kedua kami bercadang mengelilingi Kota Singa dengan menaiki pengangkutan awamnya.Menaiki SMRT sama seperti menaiki LRT atau mungkin SMRT lebih besar sedikit dr LRT yang ada diKL.
Kami dapat menyaksikan panaroma penempatan di bandar Singapura yg rata-ratanya rakyat Singapura tinggal di flat,apartment dan kondominium.Bandarnya bersih terancang dan bersistem.Terima kasih pada Pn Zainab yg juga rakyat singapura saudara pd Datin Sophie yg menaja sepenuhnya tambang pengangkutan awam kami seramai 7 orang ni,tanpa jasa baik Pn Zainab pasti kelam kabut mencari syiling untuk membayar tambang train.
Dalam SMRT
Marina Bay Hotel dari jauh

Begitu gagah dan unik bangunan kebanggaan Singapura ni..
kelihatan belon-belon putih yang menjadi simbol derma masyarakat Singapura sempena New Year



Suasana malam diatas menara Marina Bay Hotel
Gambar pemandangan malam di Singapura dari puncak Marina Bay
untuk naik menyaksikan view bandaraya Singapura kita perlu membayar SD20.

Di Lobi Marina Bay Hotel
CM dengan Kak Nab yang sangat baik hati orangnya.Semoga kita bertemu lagi


Sabtu, Januari 15

Jom Jenjalan ke Singapore Part 1-Universal Studio

December 2010
,atas pelawaan Datin Sophie...CM berpeluang menjejakkan kaki ke singapura untuk kali pertamanya.Kami menghabiskan masa 2 hari 2malam pusing bandaraya Singapura,,bermula seawal 6.00pagi dan hanya pulang pada pukul 12malam...wowww tak kenal letih..jalan sakan orang kata...Di hari pertama seharian kami di Universal Studio yg kata orang sama seperti yang ada di US,,ye ker???

Layan gambar jer lah yerrrr.....sebahagian kemeriahan USS...

Bersama kak sophie dan anak-anaknya ke Singapore untuk menyaksikan sendiri kemeriahan Universal Studio

CM ditemani oleh anak saudaraku Amir...yang sangat kepingin nk ke Universal Studio
Kemain hepi dia disponsor sepenuhnya oleh makandak tercayang sampai janji dah kerja nanti nak belikan makandak handbag Coach

Sangat meriah dan ramai pengunjung di sini...


beratur untuk masuk ke dalam
Ada Marilyn Monroe



Kami beli tumble air yg unik dan menarik di sana...



Donald Duck....


Ada Marilyn Monroe yg gebu...




Madagascar team....hepi disini...


Aksi di Water World....terlopong mulut CM tengok pembikinan filem stunt disini..





Dan akhir sekali tataplah wajah kesayangan mu ini ....wahhhh perasan ...
,,masih pandai menjeling gitu..
dengan pipi yg bulat,hidung yang bulat dan semuanya bulat CM kelihatan begitu cumiil!!!!!!
tul tak???wakakaka...kata hubby saya saya pipi saya cam kuih pau..


bye-bye nanti kita cerita....kami di Marina Bay Singapore pulak....

Ahad, Januari 9

Sepetang yang indah bersama teman-teman PDKM ...


Setahun yang lalu tanggal 10 Januari 2010 bertempat di Masjid Muadz Setiawangsa
berlaku pertemuan besar antara blogger yg bernaung di dalam PDKM.
Satu majlis yang penuh bermakna yang dianjur penuh teliti dan sempurna oleh penaung PDKM sendiri,Tuan Haji Mohamad Azli (CL).Lebih 100 orang jemputan meraikan majlis tersebut dengan penuh meriah,malah hingga kini masih terasa kehangatan persaudaraan yang terjalin antara kita.

Kini setahun berlalu tanggal 8 Januari 2011,
kami bertemu lagi dalam sebuah majlis yang cukup sederhana
 yang berlangsung di Hotel Singgahsana Petaling Jaya.
Satu Jamuan High tea kami adakan bersama penaung PDKM.
Majlis kecil dan ringkas ini cuma dihadiri sekitar 30 orang jemputan 
.Majlis in bukan dikendalikan oleh CL..tapi  anjuran kami sebagai teman terapat.
.kekangan masa dan kesibukan menyebabkan kami tidak dapat menghubungi semua reader PDKM yg ada.untuk itu ampun dan maaf dr CM bg pihak penganjur atas kelemahan majlis ini,,,bukan niat mengenepikan..namun sebagai manusia biasa kita tak lepas dari kekangan,,
Bergambar bersama CL,Pn Zainab n suami.Datin Azlina,Pn Norsida dan suami dan Ustazah Ummi..



Terasa bahagia melihat gelak ketawa Pn Zainab di usik Kak Ngah dalam majlis tersebut...

3 top model mengayakan Abaya ,,,,kelihatan sangat berseri-seri dan canteek...


Something suprise........Cup Cake hasil tangan yang indah dari Kak Tun atau nama BHS 
yang tertera nama CL...hasil sumbangan dari Haji Arshad di Mekah..
Terimakasih Haji...moga Allah murahkan rezeki haji..

Senyum manis dari CL....

PDKM menyatukan hati kami dalam satu ikatan ukhwah yg manis dan indah..

Makan bersama,,,bertanya khabar bersembang dan bertukar cerita ..
Kelihatan Hj Saifudin dari Masjid Tanah Melaka berselera menikmati hidangan


Bergambar bersama di luar perkarangan hotel...
Mengiringi kepulangan Pn.Zainab dan suami yang datang dari Kuantan untuk bersama kami..



Semoga pertemuan ini bukan menjadi pertemuan terakhir,dan dapat diadakan setiap tahun,
amat berbesar hati jika Ayahanda di Sik,Bapak Rezeki di HC,Abang Sulong,Abang Megat,AKI44,dan semua blogger yang begitu setia bersama PDKM dapat bersama kita pada pertemuan di lain kalinya..Insyaallah


Kalau ada sumur di ladang
boleh hamba menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
Boleh kita bertemu lagi...




Rabu, Disember 15

menumbuk dan terus menumbuk....

Masa muda remaja saya memang `liat` nak di dapur,
Tambah lg saya belajar di asrama ,lagilah jarang ke dapur.
Bila cuti sampai masa memasak jer,
,saya mula pegang buku... study lah kononnya,
Bila dah pegang buku mak saya slow sikit bebelannya,,,tapi  bebel tetap bebel .
Untuk cool kn makcik tu saya mesti janji camni...

"Ok makkk,,mak masak dulu nanti oghangg tolong tumbuk sambal belacan,,"

hehehe mak pasti senyap,
sebab dia memang tak berapa gemar menumbuk,
,tapi abah suka ada sambal,,,akhirnya sampai nak kawin saya hanya reti wat sambal belacan,
,huhuhu tu lahh balasannya..
.dan bertambah malang bila dapat suami yg tak berapa berani makan sambal belacan ,kalau makan merah telinga dia,,,fuuuh pedas tak main,,,terperamlah skill wat sambalku

hari ni saya nak share cara membuat sambal belacan kuini,,ahakkss
pada anak2 dara sapa tak reti tak dibenarkan kawin hihihihihi





bahan-bahanya : 10 biji cili merah,7 biji cili padi (kalau suka),,cili merah +padi tu mak saya tanam
2 biji buah kuini
5cm belacan,,,bakar dulu tauu
garam
hehehehe senangnyarrrr



lesung batu kena ada.....fuuuhh comel berkarahh lesung batu makku ni...
berpuluh tahun dah ni...
lg satu alas dgn kain bontot lesung tu,,,kalau tak satu kampung dengau anda menumbuk..
nanti makku cakappp,,,oooi anak dara menumbuk satu kg dengauu,,lariiii org nak meminangg,,
nanti ku jawab,,,,"Elehhhh org tak heran mamat kt kampung nii...kita nak kawin orang jauhh,,"chewahh menjawab,,kikikikiiki

mulalah tumbuk dengan gigih,,,sambil menyanyi lagu Siti Nurhaliza,Fauziah Latif ,Maria Carey,Celion Dion
hehehehe,,,habiss semua lagu tu mesti dah hancur lada tuu..
nanti makku cakap lagi....menyanyiiii lah dapat laki orang tua baru tahuuu...
hmmm patutlah Siti Nurhaliza dapat Datok K yerr agaknya dia suka menyanyi kt dapur
issssh khurafat semua tu...jodoh pertemuan di tangan tuhan...

masukkan garam dan belacan,,,teruskan menumbukk sambil sambung menyanyii
sekarang dah tak takut menyanyi dah,,,dah kawin pun dapat yg muda remaja lagi kikikikik..
oppps...berzikir dan berselawat lah ,,,tetiba teringat ajaran dan pesanan best fren cm yg gemar memasak tu
cam tu kita tukar lagu Maher Zain...Baraka Allah...


Masukkan hirisan buah kuini yg semerbak tuu,,nyumm,nyum
1/3 lg dah pun cm telan masa menumbuk kikikikikk,,burukk tul peragaiiii...

hahhh dah jadi ,,,kasar lah sikit memang mak pesan gini 
sebab abahku suka hirisan mangga tu kelihatan kasar dan terasa..




hahh dah siapp tu semua lauk cm yg masak
pas kawin ,cm terpaksalah `menyuka`kan diri masuk dapur 
dan belajar memasak
sekarang ni bolehlah sikit-sikit...
Menu : Ketam masak lemak,Ikan parang asam pedas,Kangkung goreng belacan dan sambal kuini..

Silakaaann ...dtg Umbai Melaka CM jamu camni yerrr....


Khamis, November 25

Yang sangat indah di hari ulangtahun ,,,

 I LOVE U SO MUCH DEAR...
Kad dari si kecil yg berusia 7 tahun..
Tuhan Maha Besar mama,,,yuppppp tuhan jua maha pengasih dan penyayang
hihihihi,,,kad dari citarasa budak pompuan peminat Snow White...
`terimakasih kerana menjaga dina,,,TERIMAKASIH JUGA KERANA MENYAYANGI MAMA
katanya.......YANG PENTING ALLAH YG MAHA ESAH(esa ) ada..

Di malam ulangtahun ku yg ke 35 aku menerima pesan dari anak gadis kecilku yg hanya berusia 7 tahun supaya membaca kad ucapan darinya,"Dina letakkan dlm buku `Adab Muslim`dalam laci bilik mama !!baca tau,,dina nk tidur dulu...begitulah pesannya...sambil mengucup pipi saya

Saya tersenyum,,,dalam hati  saya berkata-kata "aku kecik-kecik dulu tak de nyer kad ucapan bagai,,,entah bila dia membelinya saya pun tak pasti...saya kira suprise jugak ni,,,

Namun bila saya membukanya.. hati saya sangat tersentuh,bagai tak percaya dina yg masih berhinggus tu,,,boleh meruntun hati saya dengan kata-kata dan bait ucapan yg saya kira sangat bermakna untuk saya hayati.Anak sekecil itu memujuk hati saya agar percaya serta yakin dengan kuat atas apa kita lakukan,,hidup dan mati kita bahawa Allah yg maha esa ada bersama kita..Dalam sudut hati yang paling dalam saya terasa cukup berbangga  saya kira didikan saya pd si gadis kecil ni sampai ke hatinya,,kerana bila dia bersedih,bila dia sakit saya selalu menanamkan kepercayaan tauhid bahawa Allah sentiasa bersamanya merenungnya dengan penuh kasih sayang,,,kini ayat itu juga dititipkan untuk saya lewat kedewasaan ini...

Dalam hening malam lewat kedewasaan ini  saya memuhasabah diri,merenung dan mengimbau segala yg saya miliki,sesungguhnya tika saya sibuk menghambat pelangi saya sebenarnya lupa saya sudah punya cahaya bintang tujuh yg terang berderang menerangi hidup saya,Saya punya keluarga dan cahaya mata yg amat menyejukkan hati.Kini saya tak perlu kata cinta berbaur asmara loka untuk buat saya tersenyum megah kerana belum pasti ikhlas dan jujurnya,,,kini saya rasa sangat megah menghayati kata semangat dari anak kecil yg pasti menulis atas apa yg dia rasa...bagai satu gelombang motivasi untuk menyemarakkan hidup saya kembali,,,

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,kerana menghidupkan saya  dan masih bisa bernafas di buminya,,,masih mampu tersenyum atas segala nikmat dan kasih sayangnya.Harapan saya di hari ulangtahun ini saya ingin terus merasa kasih sayang Allah,,seperti yg anak gadis saya pesan 
              "SESUNGGUHNYA ALLAH YG MAHA ESA ADA BERSAMA KITA"


TERIMA KASIH ATAS KASIH SAYANG DAN CINTA DARI KALIAN SEMUA...
Cinta yang saya hambat ada bersama saya,melengkapi hidup saya...




datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....