Perjalanan dengan Turkish Airlines dengan penerbangan terus ke Istanbul mengambil masa kira-kira 9jam perjalanan,fuuuuh leguh segala tapi still selesa cuma tak begitu menerima makanan Turkey dalam flight.Saya kurang dapat tidur walaupun dah terlalu letih pada siang harinya, 9 jam saya habiskan dengan tidur sebentar,makan,tengok movie diskrin,dan dengar lagu dari handphone dan akhirnya 9 jam dapat dilalui dengan tabah,syukur tidak terlalu sejuk didalam flight dan suasana senyap sunyi kerana kebanyakkan penumpang tidur.
Hagia Sophia yang selama ini hanya didengar ,dibaca ditatap dari gambar kini didepan mata.. Alhamdulillah syukur pada Allah |
Kembara Turki kali ini saya memilih untuk bergerak secara pakej,2008 saya berumrah dengan Andalusia Travel&Tour,kali ini saya memutuskan untuk kembali menggunakan khidmat Andalusia Holiday untuk menguruskan kembara saya,semasa Matta Fair Mac 2015 berlangsung saya mengunjungi booth Andalusia dan harga yang ditawarkan agak menarik hati dengan harga RM 4998 dengan penerbangan terus Turkish Airlines untuk 10H 7M,ada yang menawarkan harga yang lebih rendah tapi kebanyakkannya perlu transit,
Hippoddrome-Sebuah tugu yang dibina sebagai simbol kemenangan konstaninople yang dibina ketika zaman Rom |
Dataran masjid Biru |
Selepas selesai melawat masjid Biru kami bergerak ke bahagian belakang untuk minum pagi sebentar
Kedai cenderamata di belakang Masjid Biru menawarkan harga yang menarik,saya dapat membeli souvenir berupa poch syiling yang bersulam istanbul product tenunan tangan dengan harga 1 lira sahaja,,hmm 10 saya borong,dan kawan2 memujinya cantik,ditempat lain paling murah pun saya jumpa harganya 2 lira dan banyak yg meletakkan harga 5 lira..sorry takde gambar..selepas berehat dalam 20 minit kami dibawa ke Muzium terkemuka di Istanbul iaitu Topkapi Palace.
Bunga-bunga rose yang segar mekar di perkarangan Topkapi Palace |
Topkapi Palace |
Dalam muzium ini dilarang mengambil gambar,ada tinggalan Rasuluallah saw, saya dapat melihat baju puteri Nabi saw Fatimah Al Zahra,senjata-senjata perang zaman Nabi,sejarah zaman Uthmaniyah yang tak mungkin habis jika hanya diberi masa selama 2 jam sahaja disini,harga tiket ialah 15 lira,ia beroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang.Orang sangat ramai pelbagai bangsa pelancong berpusu-pusu untuk ke muzium ini.
Selesai melawat muzium,kami dibawa makan tengahari disebuah restoran yang cantik dikawasan seperti pasar seni di Istanbul,teringat cerita Istanbul aku datang lakonan Lisa Surihani ketika kami berjalan kaki menuju restoran itu,selesai makan bas mengambil kami kerana kami perlu meneruskan perjalanan ke Bursa kira-kira 3 jam perjalanan dengan 1jam menaiki feri merentasi laut marmara.Seharian kami tak mandi,,,tapi gosok gigi tau...ok stop dulu,,nanti sambung cerita di Bursa pulak,,cerita 10 hari 7malam kami ni,,aduuuh larat ke menulis ni...doa-doakan lah...
3 ulasan:
Seronokkan istanbul...banyak tempat nak p.. rasa nak pergi lg sebab x habis explore lagi.. makan pon sedap2
cerita seterusnya plss....
CM,
Saya percaya ini trip CM yang terbaik....mesti ingin ke sana lagi....saya masih lagi teringat2kan Istanbul walapun dah lebih setahun ke sana. Best....
Catat Ulasan