yg sudi bersama cm....

Jumaat, Oktober 12

Percutian Ke Bandar Sri Begawan Brunei Darulsalam April 2018 (Part 1)


Mengunjungi Bandar Sri Begawan adalah " one of my bucket list", Alhamdulillah Allah mengabulkan impian ini bila pada 7-8 April 2018 hari sabtu dan Ahad saya berjaya tiba ke sebuah bandar aman damai bernama BSB bersama rakan-rakan sekerja di bawah anjuran Girls Travel Club. Masa tu tiket Promo Air Asia pun agak murah dalam RM 178 return tapi daripada KL-Miri, kami turun di Airport Miri dan menyewa kereta di bandar Miri seterusnya memandu masuk ke Bandar Sri Begawan.Percutian hujung minggu ini sangat berbaloi dan meninggalkan kenangan indah buat kami..dapat juga akhirnya saya mengunjungi Brunei dan Bandar Seri Begawan yang aman damai.

Flight kami pukul 7 pgi dari KLIA 2 kami sampai ke Airport Miri sekitar 9.30 kalau tak silap, bila flight delay jugak pagi tu...ini lah kali pertama saya sampai ke Miri

Perjalanan masuk ke Brunai melalui Miri yang mengambil masa kira-kira 2jam dengan beberapa kali berhenti ,jalan menuju ke Brunei lenggang..jalanya seperti jalan-jalan negeri di Malaysia.
kami menyewa 2 perodua Alza dan satu kereta Bezza dari Miri, diingatkan sila penuhkan tank minyak  di bandar Miri kerana sepanjang jalan menuju BSB sangat susah untuk mencari petrol pam kalau ada pun harga untuk warganegara Malaysia adalah berlainan dengan warga Brunei,orang Malaysia terpaksa membeli minyak dua kali ganda mahalnya dari orang tempatan.

 Ada tol yer dari Miri ke Brunei kira-kira B$ 3.00 ..hehee covert lah lumayan jugak kan.
Menikmati pemandangan dari Miri ke Brunei keadaan nya seperti  jalan-jalan negeri di Malaysia..tetapi rumah orang Brunei besar-besar..tak nampak rumah kayu yang comel2..tapi suasana perjalanan sunyi dan lengang...
Sebelum ke Brunei jenuh nk mencari Dollar Brunei di Money changer di KL, tak banyak money changer punya stock Dollar Brunei kalau adapun cuma note $100..kata ketua rombongan kami Chiko kita tukar di Miri lebih banyak dan ratenya bagus..bagus pun tetap B$1 bersammaan RM3.02. Kami mengunjungi E-Mart sebuah pasar besar di pinggir bandar Miri untuk menukar duit..kami nak pergi makan-makan jer kata chiko B$50-150 sangat cukup untuk makan kerana makanan di Brunei murah...penginapan dan sewa kereta telah included dalam pakej ground yang kami bayar RM250 kepada GTC (Girls travel Club)



Kami menukar Dollar Brunei di sebuah bandar di Sempadan Miri-Brunei ..maaf saya lupa nama Bandar ni,,,,tapi tempat ni namanya E Mart...tapi ada pasar besar seperti UTC di sini..kami bersarapan di sini dan meninjau-ninjau pasar yang ada disini..sementara ahli rombongan lain beratur menukar ringgit ke dollar brunei

Sebelum tengahari kami sampai ke Bandar Sri Begawan...kami check in di sebuah hotel sederhana saya kira hotel 2 bintang tapi oklah biliknya besar..bersih..

Bilik untuk tidur sahaja..yang penting bersih dan selesa nama hotel ni Le Galeria  suite Hotel..berapa harga semalam boleh rujuk Agoda atau Trivago..sekitar hotel ini ada beberapa restoran makanan Brunei yang sedap agak dekat jugak dengan Masjid Hasanal Bolkiah hotel ini.di belakangnya ada shopping mall tapi taklah besar.

Kami masuk BSB sangat teruja dengan kedamaian dan  ketenangan bandar ini..
Petang itu selepas lunch..solat zohor dan berehat sekejap kami memandu menuju ke Kg Air untuk meninjau suasana masyarakat Brunei. Kemudian kami solat Maghrib dan Isyak di Masjid cantik Hasanal Bolkiah sebelum cari makan untuk dinner di Pasar Gadong BSB.

Next entry saya akan bercerita tentang..Kg Air di Brunei dan pengalaman kami makan Ambuyat di Pasar Gadong Bandar Seri Begawan

2 ulasan:

afeezz berkata...

katanya dollar singapura boleh diterima di sana... betol kah?

CM berkata...

Yer dollar singapura diterima sama macam dollar Brunei..kalau ada dollar Singapore tak perlu tukar ke B$

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....