Saya berpeluang mendengar alunan merdu azan maghrib ketika sampai di perkarangan masjid..Masjid ini siap dibina pada tahun 1958..Nama masjid ini sempena nama sultan Brunei ke 28 ..Sultan Omar Ali Saifudin iaitu nama Sultan yang memerintah Brunei ketika itu..
Semua masjid di Brunei terdapat larangan mengambil gambar di ruang dalam..di ruang dalamanya sangat indah dengan lampu lampu yang cantik..tetapi jika hendak dibandingkan dengan Masjid Iqtilal di Jakarta masjid ini tidak begitu besar ruang solatnya..ia dikatakan boleh menampung 3ribu jemaah
Masjid ini dikatakan seni binanya mengikut pengaruh India..waktu malam kubahnya bercahaya dengan lampu kehijauan..
Dihadapan masjid terdapat seperti tasik di situ terdapat sebuah laguna indah yang dikatakan dibina sekitar tahun 1960an dan digunakan sebagai tempat tilawah Al Quran..Laguna ini waktu malam begitu indah dengan lampu.kehijauan dan dibiasi dengan warna dari air yang menawan.
Di hadapan masjid dibahagian luar berhampiran parking ada jualan makanan seperti pasar malam..saya bersama kawan kawan sempat menikmati nasi katok dan air kelapa bakar untuk mengalas perut sebelum kami dinner di Pasar Gadong.
Next entry saya akan berkongsi tentang keenakan juadah di Brunei di Pasar Gadonh Brunei.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan