yg sudi bersama cm....

Jumaat, Oktober 12

Percutian di Bandar Seri Begawan Brunei -Kg Ayer Brunei (Part 2)


Kg Ayer di Bandar seri Begawan ini adalah satu destinasi yang tidak boleh ditinggalkan jika mengunjungi BSB. Perkampungan ini dikatakan berusia 1300 tahun dan merupakan Kg Air terbesar di Asia Tenggara, penempatan masyarakat Brunei di atas air ini telah wujud sejak zaman sebelum kedatangan Barat.Ia pernah digelar Venice Timur oleh pengembara dunia berbangsa Spanyol Ferdinand Magelan...Dahulu Kg Ayer ini adalah pusat tumpuan para pedagang kebanggaan Kesultanan Brunei.

Masa waktu kami menaiki boat itu,...hari sudah petang,,sudah selesai solat Asar...jarak jeti kg Air dari hotel kami kira-kira 20 minit berkereta...masih lagi di pusat bandar BSB..waktu petang ramai penduduk beristirehat di Jeti mungkin untuk menikmati keindahan matahari terbenam.

Kelihatan penempatan masyarakat Brunei yang lengkap dengan kemudahan sekolah,balai polis,bomba ,dan sebagainya di Kg Air ini..dari kejauhan kelihatan sekolah rendah di Kg Air..ada  juga sekolah Menengah...Ada berpuluh-puluh kampung di Kg Ayer ini..

Kg Air ini besar...ia adalah Kg Air terbesar di Asia Tenggara..ada semua kemudahan untuk masyarakat yang tinggal di Kg Air yang disediakan oleh kerajaan Brunei untuk rakyatya..ada juga Homestay untuk pelancong yang ingin mnerasai kehidupan di Kg Ayer

Kelihatan dari kejauhan pelajar sekolah mahu pulang setelah tamat waktu persekolahan dan menunggu boat untuk di bawa pulang ke rumah  masing-masing.

Ada banyak kampung di kg Air..menurut sumber ada 6 mukim...katanya ada 42 buah kg ..ada berpuluh ribu penduduk..setiap kg disiapkan jeti-jeti untuk kemudahan penduduk..ada juga beberapa masjid di kg ayer..petrol pam pun ada yer

Kami menyewa satu boat panjang penuh kami seramai 20 orang...jika tak silap bayaran pusing kg Air adalah B$13 seorang untuk 2 jam..ada yang lebih mahal jika tidak ramai...harganya berbeza kami murah sikit sebab ramai,..dan ketua rombongan kami mengenali pemilik boat dan kami juga di bawa ke rumah pemilik boat untuk menikmati minum petang dan melihat suasana rumah masyarakat Brunei di Kg Air.disebab saya hanya mengikut rombongan saya tidak menyelidik bagaimana nak mengenali pemilik boat,,,,tapi jangan risau pergi sahaja ke kawasan jeti utama tanyalah pemilik2 boat tu bagaimana hendak ke Kg Air..untuk tour ke Kg Air mmg agak mahal..berpuluh-puluh Brunei Dollar pandai-pandai lah berbincang kira...tapi sekadar nak naik teksi air ke Kg Air dari pembacaan saya cuma 50sen..tapi jika boat tour agak mahal...pusing dengan boat selama 2jam..

Dari luar rumah penduduk di sini seperti setinggan..tetapi sebenarnya rumah mereka luas..di lengkapi perabut yang cantik,bekalan eletrik ..air ..ada aircond segala..ini rumah di kg Air yang telah berusia beratus tahun di jaga rapi oleh pemiliknya generasi demi generasi. Wanita bertudung putih ini anak kepada pemilik boat yang melayani..kalau tak silap dan tak lupa namanya Aisyah..dia mengajar saya bagaimana memakai tudung stail Brunei...

Rumah mereka luas..kami dijamu kuih muih tradisional beraneka jenis..di samping mendengar cerita tentang Kg Air dari pemilik rumah tersebut..

Kami menunggu untuk melihat matahari terbenam di Kg Air



Rumah-rumah kayu ini ada yang masih terjaga rapi ..tetapi ada juga yang banyak telah ditinggalkan kosong atau di sewakan pada pekerja asing yang bekerja di Bandar Seri begawan...menurut cerita pernah berlaku kebakaran besar..dan ramai penduduk asal telah berpindah ke daratan membeli rumah yang lebih selesa..penduduk yang memiliki kereta akan parking kereta mereka berhampiran jeti..menurut sumber mangsa kebakaran telah dihadiahkan rumah yang lebih selesa oleh Sultan Brunei...


kuih muih untuk kami....ada banyak juga juadah ringgan untuk kami..


seap kuih ini..kalau tak silap kuih ni nama selurut..dibungkus dengan daun kelapa
orang Brunei minum teh tawar..tapi disediakan gula di dalam mangkuk untuk diisi sendiri oleh tetamu.


Menjelang senja kami bersedia pulang ke Jeti Besar dengan boat panjang sambil menikmati suasana sunset yang indah

Jambatan besar berkubah hijau tempat kami menaiki boat dan juga identiti Kg Air..
Kg Air adalah warisan dan aset sejarah dan tarikan pelancong di Brunei..ada homestay juga untuk pelancong di sana,,,ada juga restoran makanan Brunei di situ...tapi kami tak sempat pergi sebab bergegas nak ke Masjid Omar Ali Saifudin untuk solat Maghrib sebelum ke Pasar Gadong untuk dinner..


Masjid indah berkubah keemasan kami singgah untuk solat Maghrib...
cantik sangat masjid ini...

Next saya akan cerita tentang Masjid Omar Ali Saifudin dan Pasar Gadong...



Tiada ulasan:

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....