 |
Malam tu selepas solat maghrib kami semua ke Pasar Gadong untuk dinner dan merasa makanan local masyarakat Brunei.Pasar Gadong tak jauh pun dari kawasan bandar..bukak waze jumpalah..pasar ini setingkat sahaja..ada banyak jualan makanan dan kuih muih..kami disarankan merasa ambuyat..sejenis menu tradisi masyarakat Brunei ada juga di Sabah..tepung kanji yang dimasak dimakan bersama lauk lauk..pesan penjual ambuyat..ambuyat perlu ditelan terus jangan dikunyah..agak sedap tp mungkin saya tak biasa..saya tak beli cuma merasa dr kawan2..portionnya besar boleh dimakan beramai ramai |
 |
Kuih muih yang dijual harganya cuma 1dollar Brunei |
Jika anda mempunyai Singapore Dollar boleh juga digunakan di pasar Ini kerana nilainya sama
 |
Ambuyat set tak ingat harganya Tapi tak mahal sangat boleh share dengan kawan2 |
a
Kuih ni sedap..selurut
Ikan tuna yang dibakar sedap makan.bersama nasi putih
Nasi katok yang popular disini dijual sekotak.cuma $ 1.00..
Soto seperti ditempat kita juga harganya $1
Menu sarapan kami di cafe bersebelahan hotel
Mee kolok
Di Pasar gadong ada juga jualan sedikit cenderahati..herba..ubat ubatan dan sedikit baju baju..ada disediakan tempat makan.juga disitu..tak silap saya pasar ini dibuka hingga jam 12 malam..maaf saya tidak pasti ttg pengangkutan.awam.ke sini sebab kami menyewa kereta sepanjang di Brunei..mengunjungi Pasar Gadong memberi kami pengalaman tentang makanan local &tradisi masyarakat Brunei.
1 ulasan:
Hi menarik content. lets blogwalking and click ads. done follow u, follow me back http://acuyuhan.blogspot.com/ . thanks
Catat Ulasan