Setahun yang lalu tanggal 10 Januari 2010 bertempat di Masjid Muadz Setiawangsa
berlaku pertemuan besar antara blogger yg bernaung di dalam PDKM.
Satu majlis yang penuh bermakna yang dianjur penuh teliti dan sempurna oleh penaung PDKM sendiri,Tuan Haji Mohamad Azli (CL).Lebih 100 orang jemputan meraikan majlis tersebut dengan penuh meriah,malah hingga kini masih terasa kehangatan persaudaraan yang terjalin antara kita.
Kini setahun berlalu tanggal 8 Januari 2011,
kami bertemu lagi dalam sebuah majlis yang cukup sederhana
yang berlangsung di Hotel Singgahsana Petaling Jaya.
Satu Jamuan High tea kami adakan bersama penaung PDKM.
Majlis kecil dan ringkas ini cuma dihadiri sekitar 30 orang jemputan
.Majlis in bukan dikendalikan oleh CL..tapi anjuran kami sebagai teman terapat.
.kekangan masa dan kesibukan menyebabkan kami tidak dapat menghubungi semua reader PDKM yg ada.untuk itu ampun dan maaf dr CM bg pihak penganjur atas kelemahan majlis ini,,,bukan niat mengenepikan..namun sebagai manusia biasa kita tak lepas dari kekangan,,
Bergambar bersama CL,Pn Zainab n suami.Datin Azlina,Pn Norsida dan suami dan Ustazah Ummi..
Terasa bahagia melihat gelak ketawa Pn Zainab di usik Kak Ngah dalam majlis tersebut...
3 top model mengayakan Abaya ,,,,kelihatan sangat berseri-seri dan canteek...
Something suprise........Cup Cake hasil tangan yang indah dari Kak Tun atau nama BHS
yang tertera nama CL...hasil sumbangan dari Haji Arshad di Mekah..
Terimakasih Haji...moga Allah murahkan rezeki haji..
Senyum manis dari CL....
PDKM menyatukan hati kami dalam satu ikatan ukhwah yg manis dan indah..
Makan bersama,,,bertanya khabar bersembang dan bertukar cerita ..
Kelihatan Hj Saifudin dari Masjid Tanah Melaka berselera menikmati hidangan
Bergambar bersama di luar perkarangan hotel...
Mengiringi kepulangan Pn.Zainab dan suami yang datang dari Kuantan untuk bersama kami..
Semoga pertemuan ini bukan menjadi pertemuan terakhir,dan dapat diadakan setiap tahun,
amat berbesar hati jika Ayahanda di Sik,Bapak Rezeki di HC,Abang Sulong,Abang Megat,AKI44,dan semua blogger yang begitu setia bersama PDKM dapat bersama kita pada pertemuan di lain kalinya..Insyaallah
Kalau ada sumur di ladang
boleh hamba menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
Boleh kita bertemu lagi...
15 ulasan:
Salam CM,
terima kasih mempersembahkan pertemuan PdKM semalam.....sedih kerana tak dapat bersama.....hati tu tak mau lepas peluang.......syukur kerana berjaya.......setakat tu lah yang diizinkan Allah.
Gambar2 tu ayah nak ambik OK?
Salam untuk semua,moga disambut dengan kecintaan Allah
salam adikku Mas...
kenangan semalam tak cukup , hingga akak cari mu kehujung daerah... terima kasih kerana menerima kunjungan akak ptg tadi...
akak cedok gambar tu yer...
salam CM
terima kasih menganjurkan majlis ini. Semoga Allah memberkatimu
Salam...CM semoga pertemuan semalam membawa pertemuan dgn KM2 pula....Insyaallah itu pun jika sahabat2 dari PDKM sudi bersama...Jazakallahkhir.
salam mas,
sangat hepiiiii :)))
Aslkm
Terimakasih kepada PUAN PRESIDEN atas segalanya. Jangan lupa kami lain kali.
Salam Kak Mas,
Happy tgk bila semua dpt berkumpul..
Mama Zainab,Mama Sidah,Mama Ju,Kak Ummi,AZ dan yg lain2,,
Semoga pertemuan yg akan dtg dpt mengumpulkan lebih ramai lagi..Dan Ukhuwah yg terjalin bertambah erat,,semoga Allah memberkatinya..
Wsalam
salam cikgu mas
alhamdulillah, semua berjalan dengan baik dgn izin Allah
maaf, bapak tidak dapat menghadirinya, cm pahamlah keja bapak ni siang malam berjaga-jaga, semenjak harga gotah melambung 15 hengget se kg, bapak kena menoreh siang malam heheh
lagi satu tak boleh tinggalkan kebun gotah , nanti habis gotah sekerab
takpelah, bapak dah wakilkan kat kak ngah
insyallah, ada rezeki pasti bapak akan join
anyway, tahnaiah krn dpt menganjurkan sebuah majlis yg bermakna buaty cl dan warga pdkm
salam dan selamat pagi cm : apasal gambar saya takde ni??
Salam Kak Mas,
Nanti kita gather2 lagi eks..
Btw, tahniah atas kelancaran majlis aritu..
Salam.
Terima kasih CM lain kali buat besar2 lagi.
Amin.
tq.
Assalammualikom wtb CM. Syukran invite MI ke Majlis ini. Suka lihat kamu semua geng2 PDKM bersatu. MI rasa gembira dan senang hati, apabila majlis ini telah selelai dengan kebahagiaan.
InsyaAllah jika satu masa nanti, bisa di bikin satu perjumpaan yang lebih hebat lagi.
Wasalam
Salam Dinda..
teng kieu diatas usaha murni mengeratkan ukhwah ini.. seronok bangat dapat jumpa semua..
psstt pak itam.. kak ngah join majlis nie pun guna duit sekerap.. he he
Salam Cm,
Terima kasih mengendalikan perjumpaan ini..lain kali kita buat lagi ..semoga ia dijadikan aktiviti tahunan dengan kehadiran yang lebih ramai ..insyaallah..
Salam CM,
tahniah pertemuan otai2 PDKM. Juga satu petemuan yang mewakili kami semua.. CL pun gembira dan gambaraan keceriaaan terpancar dari setiap pic yang ditempalkan.. terima kasih berkongsi bahagia muga ukhuwah berterusan..Amin
Catat Ulasan