yg sudi bersama cm....

Isnin, November 1

"Cinta Lengkapi Kita"...

Bergambar kenangan sebelum majlis bermula
CM dan Nadia Penolong Ketua Kelas dan Irfan Ketua Kelas yg sangat dedikasi

Ammar dan Azim,,,dua pelajar yang cemerlang dan pemalu...
Irfan mengetuai jemaah solat maghrib...

Bersedia untuk memula party,,,yg sibuk sekali dah tentu Ibrahim...


I LOVE U........


Terkenang di awal tahun 2010 dulu bila aku telah terlantik sebagai Guru Tingkatan 5 Kejuruteraan Mekanikal 1 yg juga lebih dikenali sebgai 5KM1.Teringat kan juga kata Cikgu Rafedah padaku "untung kau mas budak 5KM1 tu semuanya baik-baik berakhlak dan tak payah disuruh semuanya berjalan lancar"..aku cuma tersenyum dan dan membalas penyataannya dengan satu pertanyaan "ye ker???..

Hampir setahun berlalu akulah guru kelas mereka atau umpama ibu mereka.Kelas yang mengandungi 23 org pelajar yg mana 20 lelaki dan cuma 3 orang pelajar perempuan.Akulah yang menguruskan daftar kedatangan harian,yuran sekolah,kebersihan kelas,markah peperiksaan dan segalanya.Ternyata apa yg fedah beritahu dulu lebih benar dari yang benar.Pelajar 5KM1 seorang pun tak pernah mendatangkan masalah,semuanya baik-baik,menghormati guru dan berakhlak mulia.Tak pernah sekali aku kecil hati dengan mereka,dan memarahi mereka.Apa yang adakala tidak mampu aku lakukan kerana bebanan tugas pelajar-pelajar ini sedia membantu dengan sempurna.

Aku sangat sayang pada mereka,andainya aku berkahwin diusia 16thn,mungkin anakku sudah sebesar mereka.Kini SPM bakal menjelang,tak lama lagi kami akan berpisah.dikesempatan yg ada kami meluangkan masa 2 hari 1 malam,,,di sebuah tempat yg indah disebuah Kg di Banting Selangor.untuk kami meraikan jamuan akhir,bermesra dan berkasih sayang dengan harapan semua akan berjaya dalam SPM dan pada kehidupan baru yg bakal mereka hadapi sebaik sahaja meninggalkan alam persekolahan.

Akhir kata dari cikgu...cikgu bukan guru yang sempurna,banyak kurang dan lemahnya cikgu,namun izinkan cikgu mengasihani,menyayangi dan terus mengingati kamu semua lewat doa-doa cikgu.Kamu semua juga antara sumber kebahagian cikgu,kamu jua adalah warna-warna indah dalam kanvas kehidupan cikgu,Ingati cikgu dalam doa-doamu.Andai cikgu dah tiada lagi didunia mohon sepotong Al fatihah menerangi kubur cikgu nanti.Hadapilah hidup ini dengan berani,di hari depan senjata paling utuh untuk hadapi hidup mencabar adalah iman ,ilmu dan takwa.Jangan kandas dalam hidup kerana hidup memerlukan kekuatan untuk menghadapinya.

Berlarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah syurga,Bersyukurlah pada yang kuasa "Cinta kita di Dunia Selamanya".....

"LASKAR PELANGI".....


9 ulasan:

kak su berkata...

Salam buat CM

Tahniah buat CM kerna berjaya mendidik anak2 didiknya dgn sempurna...
Itulah harapan kami para ibubapa pada guru2 semua...doa kami buat semua guru2 tak kan putus selagi hayat dikandung badan...Amin.

Wslm

CM berkata...

salam kak su

terimakasih,,,tapi saya cuma seorang guru biasa kak su,,,doa dan harapan sentiasa mengiringi mereka,insyaallah

sinomosa berkata...

Salam CM,

Seronok bersama dgn murid2 tue..
Nanti bleh buat aktiviti kita GKB + GPK cam gitu eks :)

afeezz berkata...

salam CM : walaupon CM tak pernah menjadi guru saya, tp sy dapat rasakan CM sorang guru yang baek dan disayangi oleh anak2 muridnya. masa zaman saya sekolah dulu, takde pon seorang guru yang macam CM...

Kak Sidah berkata...

Salam CM,

Akak doakan agar CM akan terus menjadi guru yg baik untuk murid2 akan datang..terharu akak baca tulisan CM ni..best.

atuk berkata...

Assalamualaikum CM

guru akan dikenang ke akhir hayat

murid di kelas terpilih merangkap guru yg terpilih juga
Insyaallah...taniah

Wassalam

rezeki berkata...

salam cm

alhamdulillah
moga anak2 bangsa kita terus maju dan berjaya didunia dan diakhirat

cm tanda kertas spm tak tahun ni, kalau tak cukup penanda , cikgu saari boleh tolong tandakan hehehe

tapi tanda mcm iberahin pendek tandakan tu hehehe

Kakzakie Purvit berkata...

Salam CM,

Tidak hairanlah mengapa kita selalu mengenang guru yang telah mendidik kita kerana hati/tekad seorang guru bukan sekadar mengajar/mendidik tetapi lebih dari itu.

Moga kasih berpanjangan...

IMANSHAH berkata...

salam ziarah CM

sungguh tinggi budimu guru
sangat tinggi ilmumu
sungguh suci kasihmu

semoga anak2 itu membesar menjadi warganegara yang berjaya kelak

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....