yg sudi bersama cm....

Rabu, Februari 4

Percutian di Surabaya-Bromo -Ijien (Part 2)

Saat saya masih berkesempatan,,elok saya sambung cerita percutian di Gunung Bromo...lepas turun dari Gunung Penanjakan,,kami ambil jip ke kaki Gunung Bromo,,dekat jer rasanya..dari dalam jip mulut saya terlopong melihat orang tempatan berkuda seolah saya menyaksikan cerita koboi di TV..wowww,,mmg `rare` pemandangan itu...dengan debuaan pasir-pasir hitam kuda-kuda itu mengejar jip kami...kembang hati melihat senario ini kerana tak pernah saya lihat sebelum ini,

Kuda putih...
Jip tak boleh berhenti dikaki gunung..kami kena menapak ke hujung sana,,,tapi jangan risau ada kuda-kuda yang berderet menawarkan khidmat,,asalnya saya dengan eksyennya kata..alahhh apa barang nak naik kuda?,,,jalanlah,,tapi anak perempuan saya ,saya dah pun benarkan naik kuda,,takut dia tak larat,,kena RP 130k...mahal tuu kata orangg...saya jalan lagi tapii terus dipujuk rayu,sambil dipujuk saya terus tawar menawar..sampai suku perjalanan saya mula letih,,agaknya memang penarik kuda tu dah faham mesti dia berjaya jugak pujuk,,,saya dan anak lelaki pun naik jugak kuda dengan harga sorang RP 100k,,walaupun dah hampir pertengahan jalan...hahahaha konon nk jimat lg lah terkena so kami bertiga saya bayar RP330k...convert Rm100+ lerr...tapi bagi saya berbaloii kerana rasanya takde kekuatan nk mendakiii tu.,,hakakpun umur nk masuk 40 hahaha..dan perjalanannya jauh weii,,siyes tak tipu,,haruslahh sangat kita berkudaaa...dannnnnn sebenarnya saya sangat takuttt ketika berkuda ,,kuda tu mendaki gunung beb,,bayangkanlah betapa gayat dan ngerinya,,,bukannya kuda padii kuda besarr dik non,,,terbayang ler kalau kuda mengamuk cam citer koboi,,jatuh kita leh patah segala,,syukur takde papa....Alhamdulillah
yang lelaki gagah perkasa pun naik kuda apatah lagi acik cm kan.....
Jauh jugak,,nak naik dikaki gunung tu,,,kena naik tangga lagii nk tengok kawah gunung berapi tu,,so kuda tak leh naik tangga,,,sila turun,,dan penarik kuda akan tunggu...
silalahh naikk,,,hakakkkkk longlaiii lutut mehhh...
Untuk melihat kawah gunung berapi kenalah mendaki tangga tuu,,,taklah sebanyak anak tangga batu caves...leh lahh naikk...baru dapat tengok kawah itewwww...
ni..suasana di atas tu..tuu yg bersweater biru anak bujang CM...tengok tuu uncle tuu boleh naik jangan wat maluu kaum hokeyyy..

Di atas ini lah anda dapat melihat kawah-kawah gunung berapi,,,tapi awas bau belerang agak kuat,,,pakailah mask,,jika mudah semput dan alahan hidung,,bergambarlah puas-puas tapi pandai-pandai jaga diri andai terjatuh boleh jadi telur rebus kot..



tu diaaaaaaa......


pas turun tuu sakan lah bergambar di belakang pemandangan gunung batok,Bromo dan Semeru (kalau silap jgn marah,,CM lupa lak namanya)



Pas tu turunlah ke tempat parking jip..ada tandas.surau dan gerai kecil dan penjaja makanan untuk kita mengalas perut di pagi hari,,hidangan ringkas dengan kopi panas...ada juga yang menjual Tshirt untuk kenang-kenangan..CM beli 3 helai Tshirt bergambar gunung Bromo dengan harga RP 55K..


 Oklah pas turun kita ambil jip..kita sambung ke Savanah yang ada digelar Teletubies Park dan kemudian sambung ke Pasir Berbisik....ok nanti CM sambung yarrr,,,bye-bye







3 ulasan:

Jari Manis berkata...

Thank CM follow blog JM..so i'm follow u back :-)

mamawana berkata...

Nice place...nice view..nice pics

Unknown berkata...

Menarik sekali.. ini ada info hotel murah di Surabaya... http://dparagon.com/kost-eksklusif-surabaya/ .. semoga bermanfaat.

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....