yg sudi bersama cm....

Isnin, April 22

Bercuti di Banda Acheh- Hari Ketiga menjejaki tinggalan tsunami

Seawal 9 pagi selepas sarapan di hotel kami bergerak ke kawasan yang dahulunya paling teruk di landa tsunami iaitu pinggiran Pantai LongNgka. Disitulah terdapatnya Masjid Rahmatuallah satu-satunya bangunan yang terselamat ketika tragedi tsunami di kampung itu.Masjid ini dibina oleh orang Turki mengikut sejarahnya.
Maha Suci Allah,,yang memelihara rumahNya,,menjadi peringatan kepada mereka yang berfikir.Masjid ini menjadi satu-satunya yang terselamat dikampung ini.

9 tahun berlalu,,Masjid ini kembali tersengam indah,,diperbaikidan menjadi bukti pada pengalaman yang tak dapat mereka lupakan,
Didalam Masjid di letakkan satu sudut pameran gambar-gambar tentang kejadian tsunami bagi mengingatkan penduduk tempatan tentang tradegi tsunami yang perlu diinsafi bagi menguatkan iman dan kesabaran mereka.
DONT FORGET TSUNAMI...
 Kampung dipinggir pantai ini musnah sama sekali,hampir 3 ribu penduduk kampung telah meninggal dunia dalam tragedi tsunami.sebuah perkuburan besar yang menempatkan perkuburan 3 ribu jenazah ada dikampung ini.
Kini kampung ini dibangunkan semula hampir semua rumah-rumah baru dibina..menurut supir rumah-rumah batu berwarna putih berpagar dan tersusun dan terancang pembinaanya dibiayai oleh Kerajaan Turki.Namun sebahagian besar penduduk asal kampung ini telah meninggalkan kampung ini kerana trauma dan mahu membina hidup baru dan melupakan kenangan indah bersama mereka yang telah pergi,Kini kampung iniramai didiami oleh pendatang dari kawasan lain.

 
Selesai melawat Masjid Rahmatuallah kami dibawa menikmati kesegaran air kelapa Acheh sambil merenung lautan Andaman dan menikmati angin laut yang nyaman...Alhamdulillah ..
Kami juga sempat melawat Muzium Tradisional Acheh,,untuk mempelajari serba sedikit tentang budaya Acheh.
CM bergambar kenangan di dalam rumah tradisional Acheh
Di zaman kegemilangan Acheh sebagai pusat perdagangan dan kebudayaan Islam,Acheh pernah dikunjungi oleh Laksamana Cheng Ho,ketika itu zaman pemerintahan Mahkota Alam.Laksamana Cheng Ho menghadiahkan kerajaan Acheh loceng sebagai tanda persahabatan.
CM bergambar dihadapan loceng yang dihadiahkan oleh LCH dihadapan Muzium Acheh


hmmm dah panjang sangat CM bercerita,,,next episod kisah jalan-jalan dan makan-makan di Acheh,
in sha allah

 


 
 

5 ulasan:

Unknown berkata...

Salam perkenalan utk CM, seronok baca catatan dan info ni teringin rasanya nak menjejaki bumi Acheh. Nak tanya CM pergi dengan tour agent kedan berapa package utk kesana?

CM berkata...

walaikumsalam,,salam perkenalan jua untuk sis hanem

cm pergi bukan dgn travel agency,,tapi diuruskan sendiri oleh ketua rombongan,,kami grab tiket murah..lepas tu cari tour guide dr sana,,tambang bawah 200 pi balik dan kami bayar rm 500 untuk hotel,transport dan makan sepanjang 4 hari 3 malam disana,,murahkan,,acheh rasanya tak perlu travel agency kita boleh pergi sendiri,,

Hajjah berkata...

askum. bagus catatan ni. nk tny rm500 yg hotel, mkn, trnsport tu per head ke? cane if x nk pakai trvel agency?

CM berkata...

Salam..yer rm500 phead..untuk makan 3 kali sehari..transpot..guide .hotel 3 star sgt berbaloi..tp ni untuk pakej 28 orang..kami hubungi terus travel di sana tak perlu guna travel agency dr mesia.

Unknown berkata...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....