- Kapal Apung
- Muzium Tsunami
-Masjid BaitulRahman
-Pesantren
kami memulakan perjalan seawal 9 pagi selepas bersarapan di hotel,,hari sabtu Banda Acheh kelihatan tenang,,tiada bangunan tinggi di Acheh,,kata Pak Zul semua bangunan tidak boleh melepasi menara Masjid Baitul Rahman di tengah-tengah Banda Acheh,,hati saya tak sabar untuk melawat masjid Baitulrahman yang dijadualkan kami akan bersolat asar dan seterusnya maghrib di situ nanti
Pagi itu kami dibawa ke sebuah perkampungan nelayan yang paling teruk dilanda tsunami,,sepanjang perjalanan saya lihat banyak bot-bot nelayan yang digunakan untuk menangkap ikan,kata Pak Zul nelayan di Acheh banyak menangkap tuna yang dieksport ke Jepun dan Singapura.Kami ke kampung ini untuk melihat sebuah kapal yang telah dibawa tsunami hingga terapung dirumah seorang penduduk dan di atas kapal inilah telah terselamat 60 orang penduduk ketika tragedi tsunami..Maha suci Allah segala yang berlaku pasti ada hikmah,,kampung ini kembali membangun dengan rumah-rumah baru dan mengharapkan sinar pada kehidupan baru.
Dahulu sebelum tsunami kawasan ini adalah sebuah perkampungan yang mempunyai penduduk,,akibat tsunami tempat ini telah menjadi laut,bagai padang jarak padang tekukur,,
Hari makin meninggi,,kami dibawa ke Pusat Bandar Acheh untuk melawat satu monumen baru yang dibina dari dana antarabangsa yang menjadi tarikan baru pada Banda Acheh,Muzium Tsunami,muzium yang dibina untuk memperingati peristiwa tsunami.Muzium yang mempunyai ciri rekaan yang menarik,moden dan penuh simbolik,Muzium ini dibuka mengikut waktu pejabat,kami disambut oleh dua orang pegawai dan diberi keterangan tentang peristiwea tsunami..kami dibawa juga menyaksikan tayangan visual tsunnami sungguh menginsafkan.Muzium ini ditutup ketika waktu rehat makan tengahari.Ramai pelawat datang termasuk seluruh penduduk Indonesia .
Selepas makan tengahari kami dibawa ke sebuah kapal janakuasa elektrik yang berat beribu tan telah dibawa arus tsunami ke daratan.Ya Allah tak dapat dibayang kuatnya arus tsunami itu.
kami bergambar di atas kapal janakuasa yang terapung didaratan ..di bawahnya ada dibina galeria tentang tsunami
Kami dibawa makan tengahari,,,makanan tradisional Acheh lagi wahhh kali ni sangat menambat selera,,ikut pakej saya tak tak tahu berapa harga,,tapi rakan serombongan sangat berpuas hati dengan mutu makanan di Acheh,
petang tu selepas solat zohor dan berehat sebentar di hotel kami dibawa ke Masjid baitul Rahman,mengikut tentatif program kami berada disini dari Asar hingga maghrib,bersebelahan masjid ada pasar Atjeh tempat membeli belah,,hmm tapi takde apapun yang menarik mungkin menarik lagi apa yg ada ditempat kita.
CM di dalam masjid BaitulRahman,,masjid kebanggan rakyat Acheh,,Masjid yang menjadi bukti kebesaran Allah,,,ombak tsunami terpecah dua tiba di masjid ini,di Masjid ini beribu orang berlindung dari ombak tsunami.Binaannya mengingatkan cm pada Masjid Nabawi di Madinah.Di masjid ini di waktu asar ada pengajian AlQuran dan fardu ain pada kanak-kanak Acheh,
selepas maghrib kami dibawa ke sebuah pesantren untuk mendengar ceramah,makan malam,,disamping menziarahi anak yatim,sekolah agama ini serba kekurangan,,namun mereka berusaha bersungguh untuk menyambut kami seadanya,,Alhamdulillah,,moga segalanya dalam rahmat Allah.
wajah-wajah suci anak-anak pesantren,,moga dewasa menjadi solehah,,
nanti kita sambung lagi yarr,,,
4 ulasan:
Salam cikgu
bestnyeerrr
wasalam
Salam CM, sungguh mulus wajah2 anak tu. Semoga mereka dalam lindungan Allah dan mendapat kehidupan cemerlang dan berjaya
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Semoga bisa berkunjung lagi ke Aceh.
Salam dari Banda Aceh. :)
Catat Ulasan