yg sudi bersama cm....

Sabtu, Mac 30

4 Hari 3 malam di Banda Acheh-menjejaki tinggalan tragedi tsunami

Alhamdulillah tanggal 1 Mac 2013,,hari jumaat yang tenang CM dan rakan-rakan di bawah kelolaan kak Sharul sampai dibumi Acheh.Percutian selama 4 hari 3 malam ini cukup indah dan penuh kenangan.Dari LCCT kami berkumpul..pesawat menerbangkan kami ke bumi rencong seawal jam 10.30 pagi.Perjalanan hanya mengambil masa 40 minit,,tak sangka saya sedekat itu bumi Acheh,,kalau menaiki kapal laut dari Penang kita boleh sampai dalam masa 4 jam.
Kami sampai di Airport Sultan Iskandar Muda,,tenang keadaannya,,hidung saya berbau lumpur rupanya airport ini dibina di kawasan sawah padi.Saya membawa bersama abah saya dalam percutian ini,,di dalam pesawat abah saya asyik menyaksikan kehijauan bumi Acheh yang ternyata bumi ini di kelilingi laut dan gunung ganang.Waktu pesawat nak mendarat,,kita boleh lihaat gunung umpama banjaran panjang melintang
sepanjang pulau,,ini lah bumi yang pernah ditimpa ujian besar dari Allah iaitu peristiwa TSUNAMI...pada Disember 2004.


Lawatan pertama kami dibawa ke sebuah Perkuburan besar mangsa Tsunami iaitu Permakaman Massal,Tempat ini tidak jauh dari airport menurut pemandu pelancong kami kawasan ini tidak dilanda tsunami tetapi mengalami gempa yang besar,kebetulan ahli rombongan lelaki perlu bersolat jumaat,rombongan wanita ditinggalkan sementara dimakam ini untuk berziarah dan berehat sebentar sementara menunggu selesai solat jumaat.Kawasan yang kelihatan menghijau dengan rumput adalah perkuburan terbesar di Banda Acheh,,,jenazah mangsa tsunami yang kebanyakkannya sudah tidak dapat dikenali dikebumikan disini.Menurut rekod 46,718 jenazahdikebumikan disini,Kawasan ini dijaga terdapat surau dan wakaf-wakaf untuk pengunjung membacakan surah yassin...Al Fatihah
Dibina sebuah tugu,,umpama nesan yang bersimbolkan ombak laut diperkuburan ini,,,di tugu ini tertera potongan ayat KUN FAYAKUN,,,untuk kita fahami kebesaran dan kekuasaan Allah.
Saya besarkan gambar ini,,,agar pembaca dapat membaca kata-kata indah yang menimbulkan keinsafan di tugu yang terdapat di permakaman Massal ini
BENCANA KITA SABARI
NIKMAT KITA SYUKURI
BANYAKLAH ORANG AKAN BAHAGIA...

 
 Selesai solat jumaat dan lawatan ke Permakaman Massal,perut kami memang dah bernyanyi mohon diisi kami di bawa ke sebuah restoran yang menyaji makanan tradisional Acheh,,fuuuh banyak sungguh lauk dan satu nak beritahu nasi di acheh sangat sedap,,beras sawah yang segar dimasak harum..bukan beras yang diproses dengan teknologi seperti ditempat kita..Alhamdulillah makanan memang sangat enak dinikmati ketika lapar,
Satu keunikan restoran di Acheh makanan yang dijual didalam piring-piring kecil yang telah dihidang,,dalam fikiran saya,,fuuuh letih basuh pinggan,,,jika nak membungkus lauj itu dimasukkan dalam plastik.kami dihidangkan dengan berbelas-belas jenis lauk,,san seperti menikmati nasi padang..
selesai makan tengahari kami dibawa ke hotel..Hotel Sultan di tengah banda Acheh..berehat,,petang akan dibawa jalan lagi,,tapi rehat kami menjadi panjang kerana petang itu hujan,,,

hmmmm....saya akan sambung lagi....ada kerja perlu diselesaikan....

4 ulasan:

afeezz berkata...

bersambung ke? ngah teruja membaca ni

faqrul berkata...

banyak yang dapat dikongsikan

CM berkata...

salam

afeez: ada episod bersambung

faqrul: TQ datang ke blog CM,,in sha allah,,banyak lg yg CM nk kongsi..

Unknown berkata...

salam..kami ada menyediakan ground pakej ke Acheh dengan harga yang murah paling penting sangat puas hati.. :)

whatsapp :012-6047593

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....