Awal..november 2012..CM berpeluang mengiringi pelajar CM ke Penang..maknanya tahun ni dua kali CM dapat mengunjungi Penang..kalau kunjungan pada Julai lepas dengan misi Jalan-Jalan Cari Makan,,kali ni CM ke Penang untuk bersama meneroka keindahan Penang....
Taman Negara di Penang????kedengaran asing ,rupanya memang ada sebuah taman negara laut yang indah terletak tak jauh dari Pantai Feringgi atau lebih tepat ia terletak di Teluk Bahang.,,hmm malas nk taip bebanyak,,,meh sini cm copy n paste jer,,cuba baca tentang Penang National Park ini...
Taman
Negara Pulau Pinang terletak di daerah pentadbiran Barat Daya Pulau
Pinang. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur adalah lebih kurang 375 km
dan kira-kira 30 km dari Georgetown, Pulau Pinang.
Taman
Negara Pulau Pinang hanya menerima pelawat harian sahaja. Tiada
kemudahan penginapan dan tapak perkemahan yang disediakan bagi
mengurangkan impak terhadap kawasan tersebut. Perkemahan hanya
dibenarkan kepada program pendidikan konservasi yang dijalankan oleh
perkhidmatan Taman Negara untuk sekolah-sekolah, kolej dan pusat
pengajian tinggi tempatan. Pelawat boleh menginap di hotel-hotel yang
boleh didapati disekitar Batu Feringghi dan Teluk Bahang yang mana
merupakan kawasan pelancongan yang dikenali ramai. Kawasan ini juga
mempunyai rangkaian gerai-gerai makan, kedai-kedai runcit, cenderahati,
pusat hiburan, klinik dan perkhidmatan pelancongan yang lain.
Tarikan
semulajadi yang terdapat di Taman Negara Pulau Pinang termasuklah Hutan
Pamah dan Bukit Dipterokarp, kawasan Hutan Paya Bakau, habitat pantai
berpasir, dan keunikan Tasik Meromiktik serta keindahan dirian tumbuhan
Seraya yang merupakan persekitaran semulajadi Hutan Dipterokap Pantai
yang boleh dilihat di lereng-lereng bukit di sekitar Muka Head. Terdapat
lebih dari 1,000 spesies tumbuhan yang direkodkan di Taman Negara Pulau
Pinang yang di dominasikan oleh family Dipterocarpaceae, Leguminoceae,
Apocynaceae, Anacardiaceae, Euphorbiaceae dan Moraceae.
Airnya yang jernih,,,memukau mata memandang.....kalau diteliti batu tuu berbentuk penyu tauu.. |
Batu yang menyerupai buaya,,,yaaa betullah cam buaya kan..... |
Anak bujang CM,,yang sangat siyokkk dengan aktiviti island hopping |
Gambar Jeti di Taman Negara Penang,,disinilah pelawat menaiki boat ke pulau-pulau terhampir |
hanya sempat berphoto-photo sajer di pantai keranchut kalau tak silap(dah lupa nama pantai ni) |
batu berbentuik rabbbit,,,cantikkkan,,,cm sangat asyikk dengan keindahan laut,, |
Hi Cikgu Mas di sini,,,belakang tu body guard i,,, |
Aktiviti
Antara
aktiviti-aktiviti yang disediakan di Taman Negara Pulau Pinang
termasuklah perkhemahan, pemerhatian hidupan liar, burung, merentasi
titian kanopi, berenang, berkelah, pusat interpretasi, memancing,
merentas hutan, mendaki bukit dan berkenu menyusuri hutan paya bakau.
Kami sangat happy disini,,,,Indah sungguh ciptaan tuhan,,Alhamdulillah...
Saya berpendapat tempat yang sebegini cantik,,perlu promosi yang meluas...pelihara dan pastikan ia tidak tercemar agar generasi selepas kita masih mampu menatap indahnya ciptaan Allah ,,dan menjadi hamba yang bersyukurr.....
3 ulasan:
assalamualaikum CM
takde aktiviti mandi manda ker?
salam
x sempatlah afeez,,
bestnya taman negara penang ni, selalu pi penang tapi x pernah tau psl tpt ni pun
Catat Ulasan