Saya lebih mengenali gadis ini sebagai Anna Althafunnisa watak utama dalam filem hebat Indonesia..`Bila Cinta Bertasbih.Nama Oki Sentiana Dewi agak asing bagi saya saya lebih gemar memanggilnya anna,Watak Anna sangat memberi kesan dalam diri saya,keperibadiannya ,sopan santunnya,lengguk tubuhnya,kelembutan bahasa,ketajaman idea digarap begitu indah dalam filem itu,terbuai perasaan dalam menghayati susur galur perjalanan hidup seorang gadis muslimah ilham penulis besar Habibulrahman.Sejak itu saya menjadi peminat oki,mana-mana terjumpa gambarnya saya tatap,,,mengkaguminya kerana ia bisa menjadi contoh kepada gadis muslimah diluar sana,bagaimana harus kita menutup aurat dengan sebenarnya.Kedatangan Oki ke Kelantan sebelum ini menimbulkan perasaan cemburu pada diri saya ,Kelantan agak sukar untuk saya memburu Oki,
Subhanallah,gadis ini ternyata lebih indah dari apa yang saya bayangkan,mahasiswi dari fakulti Kemanusiaan Universiti Indonesia dalam jurusan Ilmu Budaya ini sangat petah berkata-kata,Bicaranya amat lembut,berisi,senyum manis dan tawa sentiasa ranum di wajahnya,,dihiasi dengan lawak-lawak comel yang membuat sesaat pun jemu dan bosan takkan diizinkan datang bertandang.Saya begitu teruja dengan setiap bait patah kata yang keluar dari bibir mulusnya,Bicaranya amat merendah diri,tidak menjadi hal baginya menceritakan zaman kesusahan hidupnya di waktu kecil,baju hanya berganti di hari lebaran,sepatu yang dijahit bila koyak,dan ibu yang menderita sakit kulit yang memerlukan biaya yang banyak ,juga kegagalan demi kegagalan yang ditempuhnya sebelum berjaya menjadi seorang actress di Indonesia...semangat dan keinsafan bagai terbit dalam diri saya usai setiap patah kata yang keluar dari bibirnya.
Apabila ditanya bagaimana Oki istiqamah dalam perubahan terhadap dirinya,,katanya solat 5 waktu menjaga dirinya,,,katanya dulu dia adalah gadis remaja biasa seusianya yang gemar berpakaian seksi dan mini,namun apapun solat 5 waktu tetap dia jaga,walaupun berpakaian seksi dia tetap ke Mussolah menunaikan kewajipan,Katanya itulah yang mengawalnya dan menjaganya.Saat dia mengenakan tudung bukan sedikit ujian yang diterima,saat itulah tawaran-tawaran berlakon menghujaninya walaupun sebelum ini casting demi casting sering ditolak ,Saat itu juga ibunya sakit dan memerlukan biaya yang besar,namun kerana keikhlasanya berubah demi Allah Taala,,,dan percaya rezeki tidak tergantung pada makhluk ujian demi ujian berjaya ditepis dengan izin Allah jua,
Oki kini bukan sahaja seorang pelakon muslimah,Oki juga penulis,oki juga pelajar.Oki amat gemar mengaji AlQuran malah dia berusaha menghafal Al Quran Beliau juga kini menjalani rutin harian di Institut Tahfidzul Qur'an untuk mempelajari dan menghafal Al-Quran.,Katanya dia amat cemburu pada mereka yang mempunyai bacaan yang bagus dan lancar dalam hafalannya,Subhanaallah gadis ini menambah cantiknya dengan ilmu bukan dengan kosmetik ,fesyen seperti gadis lain di luar sana.Dia sentiasa ingin memberi manfaat pada orang lain dan katanya,,orang di sekelillingnya adalah gurunya,,,Oki juga rela menyumbang jasa baktinya menjadi guru di penjara,mengembirakan kanak-kanak yang menderita sakit,Yang paling saya terharu bila Oki mengatakan dia memburu cinta dan rindu pada Rasuluallah.
Saya menumpang sedikit aura dari gadis jelita yang hebat ini,orangnya masih muda baru 23 tahun tapi sudah beruasaha memberi manfaat dalam kehidupanya.Doaku dirimu bahagia dunia dan akhirat,moga segala amalan menjadi penyuluh jalanmu ke syurga.Aku mengkagumi bukan kerana dirimu seorang celebrity tetapi sebagai hamba Allah yang sentiasa beruasaha memberi manfaat ,kebaikan pada orang sekeliling.Moga anak gadisku akan menjadi seindah ini,indah luaran dan indah batin dan dalaman,amiiin.
9 ulasan:
Salam cikgu
Terimakasih kerana paparan ini. Sejuk membaca ceritanya. Cantiknya jika anak2 Msia begini, sejuk mata memandang.
Memang cikgu bertuah bertemu dgn Oki.
cm.. samelah kita pn minat kt anna ni.. mmg langgan cite ketika cinta bertasbih ni dulu..
kalaulah dia datang kuantan ni.. mmg dh pergi dah.. tp alahai kt kl huhuu..melepas kite. brape tiket aritu? bertuahnya cm leh jumpa dia
cm.. samelah kita pn minat kt anna ni.. mmg langgan cite ketika cinta bertasbih ni dulu..
kalaulah dia datang kuantan ni.. mmg dh pergi dah.. tp alahai kt kl huhuu..melepas kite. brape tiket aritu? bertuahnya cm leh jumpa dia
Salam Yong,
Cantiknya pompuan ni tapi akak tak kenal pulak sbb tak nonton drama. Sopan baju dan penamilan dia! Tima kasih kongsi info dan gambar!
salam cikgu mas...
dah kirim salam cl kat dia tak?
waslam
Saya minat dia jugak!!! Suka tengok dia cakap..lemah lembut..
Bestnya dapat jumpa dia.
Walaikumsalam
Mamaju; ye lah terasa bertuah bertemu oki
Engku : harga ticket masa tu RM35
oubound malang: salam perkenalan
MOH KEMBARA : gadia ini bernama Oki Sentiana Dewi actress dr Indonesia,,
CL: hmm tu lahh tak mau ikut
TK: yerr sangat lemah lembut orangnya..
Salam ukhwah..
Bertuahnya cm dpt jumpa Oki..
salam ...
untungnya dapat jumpa oki =)
Catat Ulasan