`i believe i can fly,,,i believe i can touch the sky`
Marwan di hadapan Sekolah Berasrama Penuh Alam Shah Putrajaya...
Marwan sangat cekal dan rajin bangun sahur...saya seusia dia..menangis jika mak kejutkan sahur.
Bila marwan berpuasa saya jadi bersemangat untuk memasak.
masa ni saat paling kritikal..sekembali dr dari sekolah agama petang.
5 minit sekali dia akan tanya bila nak berbuka.
waktu ni jangan diusik atau dingangu
akan angin satu badan..adiknya akan kena penangan kalau usik dia...
Masa ni marwan mintak berbuka di luar,
Marwan tak pernah `miss` air soya.hari-hari kena ada..
Alhamdulilah dan terasa begitu sayu apabila Ramadhan sedang meniti hari-hari akhirnya,,
Ramadhan kali ni sungguh bermakna apabila saya melihat kesungguhan dan kesabaran anak lelakiku berpuasa...
Sejak marwan berusia 6 tahun saya dah berharap marwan boleh belajar berpuasa,namun mungkin terlalu awal untuknya diusia sebegitu,dia sering tak tahan,menangis malah meraung bila kelaparan..saya pasrah.
Tetapi agak cemburu di hati saya bila kawan-kawan bercerita anak mereka seawal 7 tahun dah berpuasa penuh..marwan nak habiskan setengah hari pun seksa,namun saya lega bila mak berkata anak-anak ni jangan dipaksa sampai masa dan dengan bimbingan dan tunjuk ajar mereka pasti akan menurut.
Ramadhan tahun ini,saya tak menyimpan harapan tinggi untuk marwan berpuasa,saya cuma berharap dapat dia belajar berpuasa dan sekurang-kurangnya dapat berpuasa penuh selama 10 hari.
Namun kali ni marwan nampaknya dah besar 3 hari sebelum ramadhan dia menyuarakan keinginannya untuk berpuasa penuh,saya tersenyum tetapi kurang yakin dengan impiannya,namun galakan dan pujukan tetap saya titipkan,
Ramadhan menjelma saya kagum dan sangat bangga dengan marwan.
Dia benar-benar berpuasa bukan kerana saya tapi dia mula faham bahawa orang islam wajib berpuasa kerana itu perintah Allah,dia banyak bercerita tentang nasihat ustaz di sekolahnya tentang fadhilat berpuasa.
Saya selalu merasakan anak saya ni masih kanak-kanak lelaki yg kecil tetapi sebenarnya anak saya sudah membesar sebagai kanak-kanak lelaki yg mumayiz,Alhamdulillah.
Melihat gelagatnya berpuasa bagai satu catatan harian yg manis untuk saya kenang.
Saya perhatikan dia sabar dan tahan godaan walaupun adiknya menguyah ayam goreng dihadapannya.
makanan yang sedap tak menjadi halangan untuk dia berpuasa,cuma bila berpuasa dia jadi agak baran,pemarah dan kelihatan ganas jika diusik oleh adiknya,
Adakala dia menangis keletihan jika cuaca panas dan jika dia banyak bermain di sekolah.
Waktu itu saya akan mula memujuk,seorang sahabat menasihati saya agar menceritakan pada anak yang berpuasa tentang fadhilat dan kehebatan syurga untuk kanak-kanak berpuasa,ternyata cara itu amat berkesan,marwan terleka mendengar adakala tertidur kala saya bercerita tentang kehebatan syurga.
Kini sudah hampir 25 hari kita berpuasa marwan sudah menunaikan puasa sebanyak 24 hari.
satu pencapaian yg hebat bagi saya,Saya seusianya jgn harap dapat berpuasa sebanyak tu.
Seperkara lagi saya tak pernah menjanjikan marwan hadiah atau duit raya contohnya,sebab saya ingin sangat dia belajar hidup ini perlu ikhlas dalam apa pun yang kita lakukan,lebih-lebih lagi dalam soal ibadat,ikhlas dan tulus kerana Allah,saya berharap dan berdoa marwan kuat dan sabar menghabiskan puasanya tahun ni,insyaallah
APA YANG LEBIH BERMAKNA
....SELAIN DARI ANAK YANG SOLEH..
MOGA DIA MENJADI ANAK YANG SOLEH PEMBELA AGAMA..INSYAALLAH
,,DOA TULUS DARI SEORANG IBU,,,
5 ulasan:
salam from Makkah..
ameennn...
kalau marwan puasa penuh uncle nanti bagi duit raya tau...
waslam
salam CM
alhamdulillah, kalau melentur buluh biar daripada rebungnya.
CM tolong emelkan alamat rumah/pej ke dzairoy@gmail.com.
tq
Salam CM,
Tahniah pada Marwan, hope dia dapat puasa penuh tahun ni. Anak bongsu saya juga gitu dulu....kesian bila dh masa antara 4.30 hingga berbuka tu....sgt kritikal masa tu...Tp ini latihan yang baik untuk anak2 kita
Salam Kak Mas,
Alhamdulillah, go Marwan go..
salam cm
pak itam doakankan kebahagian yg hakiki buat cm, suami dan anak2
insyallah
Catat Ulasan