Di hadapan pintu masuk Legoland ,kami tak perlu beratur panjang kerana sudah membeli tiket secara online |
Dah hampir setahun lebih cerita kami di Legoland JB,Percutian ini kami rancang untuk meraikan hari lahir Marwan anak sulung saya yang ke 13 pada 24 April 2015.Kami pergi bertiga tanpa ayah mereka yang ada hal pada cuti 1 Mei 2015.Pagi itu seusai suboh,hubby menghantar saya dan anak2 ke KLIA 2 sebab penerbangan saya ke Senai akan berlepas pada pukul 8.30 pagi.Harga tiket waktu itu ada promo sale saya dapat beli tiket dalam harga RM39.90 pergi dan RM39.90 balik..,ternyata lebih murah daripada menaiki bas dan kereta.
Replika daripada Lego |
Sampai di Senai Airport kira-kira 40 minit, saya terus keluar untuk menantikan kawan yang berjanji untuk menghantar kami ke Iskandar Johor,pada asanya beria-ria saya study harga bas ke Legoland dan teksi,tetapi bila seorang kawan yang baik hati bersedia mengambil dan menghantar kami ke Legoland saya anggap satu rezeki besar dan Allah permudahkan perjalanan kami,tapi jangan risau memang ada bas dan teksi yang boleh diambil dari Airport Senai ke Legoland tetapi perlu ptuh pada jadual perjalanan...hmm agak jauh jugak perjalanan dari Airport Senai ke Legoland.
Permata hati saya.... |
Anak lelaki saya sangat meminati Lego,jadi percutian ke Legoland buat dia rasa sangat gembira,
Kami pergi ke Legoland tidak bermalam ,kami pergi awal dan pulang pada lewat petang dengan pakej water park sekali,kalau saya tak silap dan lupa saya bayar RM430 harga tiket untuk 3 orang.Saya beli secara online daripada website Legoland dan print sendiri ticket dari rumah.
Review yang saya baca memang makanan yang dijual sangat mahal,jadi saya bersedia membawa sedikit makanan dari luar untuk mengalas perut,tetapi waktu lunch saya beli jugak nasi lemak untuk anak-anak berlaukkan ayam goreng dengan harga RM19.90 sepinggan,takperlah ada sikit duit belanja yang abah mereka bekalkan untuk makan minum anak-anak di Legoland,guna sahaja.
Di bahagian dalam ada pameran lego-lego yang menarik,ada juga menjual lego-lego tapi harganya mak datuk mencecah ribuan ringgit. |
Beribu riban tu harganya.. |
beratur dan menanti giliran menaiki menara untuk melihat keseluruhan kawasan Legoland
View dari menara |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan