Cuti sekolah bulan Mac 2015 adalah tarikh yang kami pilih ke satu destinasi yang dah lama saya idamkan iaitu Kota Jogjakarta Indonesia. Bumi yang masih mengekalkan ciri-ciri Keraton dan menjejaki keindahan alam sekitar yang unik dengan peninggalan sejarah yang kaya dan telah dipelihara oleh UNESCO.Jodjakarta adalah kota pelancongan atau wisata yang masyhur di Bumi Indonesia. Kami pergi bertiga,saya ,azmah dan zurina,tetapi di Airport KLIA2 kami bertemu dengan dua lagi teman kembara iaitu cikgu Manan dan anak lelakinya Arif,jadipergi berlima dan kembara saya kali ini diuruskan oleh Girl Travel Club (GTC) di bawah adik Chiko yang saya kenali di alam maya, untuk kepergian 4 hari 3 malam saya membayar pakej ground sebanyak RM550 tidak termasuk makan dan tiket kapal terbang.Banyak juga saya dah lupa sebab dah hampir setahun lebih cerita ke Jogja ni berlalu...maaf yer..ini lah akibatnya kerja bertangguh..
Jika tidak silap kami sampai awal di airport kota jodja dan kami ditunggu oleh supir ,kami berlima naik van Kijang,cukup selesa, lawatan pertama kami dibawa ke sebuah masjid unik dan cantik yang dikatakan seperti Masjid di Kremlim Moscow Rusia, Masjid Al Nurumi yang terletak berhampiran jalan raya utama antara Jodja dan Solo, masjid ini kecil sahaja tetapi ada 9 kubah yang menyerupai lolipop ,sangat menarik, ia dikatakan di bina pada tahun 2005 dan di rasmikan oleh Sultan Hamengkubuwono,kami sempat mengambil gambar di hadapan masjid.
Selepas melawat masjid permen kami di bawa supir ke tapak Candi Sari yang dikatakan terletak di desa Tirtomartani berdekatan dengan candi kalasan. Tapak candi ini adalah candi buddha yang tertua, supir kami membayar wang tiket masuk,harganya saya tak pasti,tapi taman candi ini terjaga dengan rapi, candi ini kecil dan bertingkat ,dikatakan dibina sekitar abad ke 8 dan 9.
Perut sudah lapar,
Ikan gerumi bakar bersama sambal lazat jadi hidangan kami dan makan di sebuah kedai makan di tepi sawah yang menghijau...tapi rasanya harga makanannya agak mahal
![]() |
Wedang Ronde |
Sebelah malam kami menikmati wedang ronde iaitu air halia yang dibuat seperti air lai chikang..
Petang di Pantai Parangtiris
Sebelum ke Pantai Parangtiris kami ke sebuah desa yang dibangunkan rumah-rumah yang digelar Rumah Kartun Teletubies,Rumah tahan gempa ini tercetus dari kesan gempa di Jodgjakarta tahun 2005,dibangunkan pada tahun 2006 sebanyak 80 unit dan kami berkesempatan meninjau ke dalam rumah ini,seperti rumah kediaman biasa dengan adanya dapur,ruang tamu dan bilik tidur,ia terletak di Kabupaten Sleman,menurut supir bagi traveller ala backpackers mereka perlu menyewa kereta untuk sampai ke sini kerana tiadapengangkutan awam sampai ke sini,tapi mungkin ada servis motosikal atau ojek dan simpang jalan
Sebelum balik ke hotel kami sempat meninjau satu taman di bandar ada kereta-kereta berlampu yang dihias indah yang di panggil Alun- Alun Kidul ...
Kami perlu rehat sebab esok kami akan terokai Jodjakarta lagi....