yg sudi bersama cm....

Sabtu, Jun 30

Taiping: Jalan-Jalan Cari Makan di Taiping Perak

15-17 Jun 2012  yang lepas CM bawak pelajar CM mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Perak.
Antara tempat tumpuan kami ialah Taiping dan Kuala Kangsar.
Banyak juga tempat yang kami pergi,,,rupanya Taiping tu banyak tempat yang menarik.
Kita mulakan aktiviti kita dengan Jalan-Jalan Cari Makan....k..


Dengar cerita kawan-kawan tentang deretan Yong Tau Fu dan Sotong Kangkung di Medan Selera Belakang Bomba Taiping ....kami pergi tengahari tak semua gerai Yong Tau Fu yg bukak,...ada 3 gerai yg buka,,,so kami cuba......
 

Yong Tau Fu dan sosnya yang pekat likat,,,banyak pilihan,,,dan harganya sangat berpatutan..lebih murah dari harga Yong Tau Fu di pasar-pasar malam di Lembah Klang..yang ni tak sampai RM 10,,banyak tuuu...kami makan bertiga,,,,tapi sos ni sedikit maniss
 Sotong Kangkung...okeyyyy cuma sosnya manis sangat
 Mee Ladna,,,perrrrgh yang ni CM bagi 5 bintang...kesedapanya membuatkan walaupun dah makan Yong Tau Fu dan sotong kangkung ,,boleh layan yang ni sampai licin,,,hmmm murah jugakk tau
 Aduhaiii..rasanya ABC cenggini ada di Tepingg jerr ,,dah ler banyak,,,pas tu mewah dengan dressing n toping....ada hiasan buah-buahan segar seperti tembikai dan jambuu gitu,,regenya baru RM 2.30
Petangnya untuk dinner kami sampai ke Kuala Sepetang,,menjejaki gerai Mee Udang yang tersohor di Teping,,yg masuk TV dan diperkatakan orang itu,,,,masa kami sampai aduhh ramainya orangg,,,kena tunggu turn nak dapat tempat,,,gerainya sederhana tapi sangat ramai orang disini...ada anggota RELA mengawal lalu lintas,,kelass ko Jah!!!!!

 hmmm...sampai sini dah tentu carik mee udang takkan cari nasi lemak lak,,,menu diberi kami pilih,,hidangan kat atas tu Mee Udang Special regenya RM 15,,,meenya sejemput udangnya 7 ekor besau-besau dan berkualiti,,,,sedappp????? ok lah udangnya segar,,,dan servicenya cepat dan tangkas.
 ni nasi goreng udang,,,udangnya menyorok bawah nasi,,,sedapp jugak,,tapi nasi goreng ni namanya Nasi Goreng Udang biasa yang istimewa mungkin lagi meletooppz
ni mee udang biasaaaa,,,regenya RM 7,,apa beza dia dgn yang special adalah jenis dan saiz udangnya....

 Kami order jugak udang celop tepung,,,,sedappp,,,
Anak-anak murid saya sarapan direstoran ini,,,nk citer restoran ni sangatlah murah dan berpatutan....30 orang minum pagi set lengkap saya hanya perlu bayar RM 67 jerr,,,kira murahlah tu,,,Restoran Saroja,,Taman Sri Palma Kamunting Taiping..


ok,,,,nanti saya update,,,,Jalan-Jalan Cari Makan di Kuala Kangsar pulak....

Isnin, Jun 11

Catatan pertemuanku dengan Oki Sentiana Dewi - heroin Bila Cinta Bertasbih,





Saya lebih mengenali gadis ini sebagai Anna Althafunnisa  watak utama dalam filem hebat Indonesia..`Bila Cinta Bertasbih.Nama Oki Sentiana Dewi agak asing bagi saya saya lebih gemar memanggilnya anna,Watak Anna sangat memberi kesan dalam diri saya,keperibadiannya ,sopan santunnya,lengguk tubuhnya,kelembutan bahasa,ketajaman idea digarap begitu indah dalam filem itu,terbuai perasaan dalam menghayati susur galur perjalanan hidup seorang gadis muslimah ilham penulis besar Habibulrahman.Sejak itu saya menjadi peminat oki,mana-mana terjumpa gambarnya saya tatap,,,mengkaguminya kerana ia bisa menjadi contoh kepada gadis muslimah diluar sana,bagaimana harus kita menutup aurat dengan sebenarnya.Kedatangan Oki ke Kelantan sebelum ini menimbulkan perasaan cemburu pada diri saya ,Kelantan agak sukar untuk saya memburu Oki,




 Umpama rezeki dari Allah sedang saya melayari internet saya terbaca di Wall FB saya tentang kedatangan Oki ke KL .Lokasi dan tarikh kedatangannya amat cocok dan molek dengan kelapangan yang saya ada.Cuti sekolah dan lokasi di Setiawangsa saya umpamakan bagai bulan jatuh ke riba untuk saya menjejaki Oki disana,Oki akan muncul dalam Program Bedah Buku Tulisannya Sejuta Pelangi pada 9 Jun pukul 2,30 petang,,wahhh masakan saya bisa melepaskan peluang ini,segera saya menghubungi One Heart Solution Consultan selaku penganjur,Tiket segera saya beli walaupun ketika itu saya seorang diri,saya tak perlu menunggu siapapun untuk menemani saya menemui idola saya ini.,,tapi Allah itu sentiasa mendorong pada jalan kebaikan bila disana saya bertemu dengan bekas pelajar saya tahun 2007 yang rupanya sama minat dan kecenderungan dengan saya,dari seorang guru dan pelajar sebelum ini,kami bertukar seperti sepasang kawan,,tapi saya tetap di panggil cikguu dan dialah mmbantu saya mengambil gambar bersama oki.
 Subhanallah,gadis ini ternyata lebih indah dari apa yang saya bayangkan,mahasiswi dari fakulti Kemanusiaan Universiti Indonesia dalam jurusan Ilmu Budaya ini sangat petah berkata-kata,Bicaranya amat lembut,berisi,senyum manis dan tawa sentiasa ranum di wajahnya,,dihiasi dengan lawak-lawak comel yang membuat sesaat pun jemu dan bosan takkan diizinkan datang bertandang.Saya begitu teruja dengan setiap bait patah kata yang keluar dari bibir mulusnya,Bicaranya amat merendah diri,tidak menjadi hal baginya menceritakan zaman kesusahan hidupnya di waktu kecil,baju hanya berganti di hari lebaran,sepatu yang dijahit bila koyak,dan ibu yang menderita sakit kulit yang memerlukan biaya yang banyak ,juga kegagalan demi kegagalan yang ditempuhnya sebelum berjaya menjadi seorang actress di Indonesia...semangat dan keinsafan bagai terbit dalam diri saya usai setiap patah kata yang keluar dari bibirnya.

 Apabila ditanya bagaimana Oki istiqamah dalam perubahan terhadap dirinya,,katanya solat 5 waktu menjaga dirinya,,,katanya dulu dia adalah gadis remaja biasa seusianya yang gemar berpakaian seksi dan mini,namun apapun solat 5 waktu tetap dia jaga,walaupun berpakaian seksi dia tetap ke Mussolah menunaikan kewajipan,Katanya itulah yang mengawalnya dan menjaganya.Saat dia mengenakan tudung bukan sedikit ujian yang diterima,saat itulah tawaran-tawaran berlakon menghujaninya walaupun sebelum ini casting demi casting sering ditolak ,Saat itu juga ibunya sakit dan memerlukan biaya yang besar,namun kerana keikhlasanya berubah demi Allah Taala,,,dan percaya rezeki tidak tergantung pada makhluk ujian demi ujian berjaya ditepis dengan izin Allah jua,
 Oki kini bukan sahaja seorang pelakon muslimah,Oki juga penulis,oki juga pelajar.Oki amat gemar mengaji AlQuran malah dia berusaha menghafal Al Quran Beliau juga kini menjalani rutin harian di Institut Tahfidzul Qur'an untuk mempelajari dan menghafal Al-Quran.,Katanya dia amat cemburu pada mereka yang mempunyai bacaan yang bagus dan lancar dalam hafalannya,Subhanaallah gadis ini menambah cantiknya dengan ilmu bukan dengan kosmetik ,fesyen seperti gadis lain di luar sana.Dia sentiasa ingin memberi manfaat pada orang lain dan katanya,,orang di sekelillingnya adalah gurunya,,,Oki juga rela  menyumbang jasa baktinya menjadi guru di penjara,mengembirakan kanak-kanak yang menderita sakit,Yang paling saya terharu bila Oki mengatakan dia memburu cinta dan rindu pada Rasuluallah.
Saya menumpang sedikit aura dari gadis jelita yang hebat ini,orangnya masih muda baru 23 tahun tapi sudah beruasaha memberi manfaat dalam kehidupanya.Doaku dirimu bahagia dunia dan akhirat,moga segala amalan menjadi penyuluh jalanmu ke syurga.Aku mengkagumi bukan kerana dirimu seorang celebrity tetapi sebagai hamba Allah yang sentiasa beruasaha memberi manfaat ,kebaikan pada orang sekeliling.Moga anak gadisku akan menjadi seindah ini,indah luaran dan indah batin dan dalaman,amiiin.

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....