Alhamdulillah,,,sampai juga hari yang tunggu percutian yang dirancang sejak awal tahun 2012,,menjadi realiti tanggal 12hb Oktober.Saya dan kak sophie akhirnya sampai ke sebuah pulau yang indah dikelilingi laut yang membiru,dengan keluk-keluk bukit yang begitu mengasyik pandangan,,3 Hari 2 malam terlalu pendek untuk saya meneroka dan menikmati indahnya ciptaan Allah di bumi Phuket..
Tiket ke Phuket saya beli ketika Air Asia membuat promosi Big Sale...CM dan kak sophie tidak membeli sebarang pakej dari Travel Agencies,sesi terjah dan redah kami praktiskan,,cuma hotel kami book dari Agoda,Dari LCCT,kami terbang pukul 4.15 petang,,sejam 10 minit,kami sampai di bumi Phuket,,,jam di Phuket bergerak sejam lebih lambat dari jam kita,,,turun flight kami nampak persisiran pantai yang indah,saya jadi teruja,airport Phuket,besar,teratur dan bersistem,,sesuai dengan statusnya sebagai pulau peranginan yang tersohor didunia.
Jangan risau tentang pengangkutan dari airport ke Phatong Beach atau bandar Phuket,teksi,mini bus sedia menunggu,bergantung pada bajet anda, CM mengambil mini bus seperti gambar di atas,,selesa cuma yang tak bestnya kena tunggu cukup 10 orang baru dia gerak,,,kalau belum cukup dok lah melangguttt...kami tunggu hampir sejam,,,nak berasapp jugak rasanya,,,ye lah nak murahkkan!!!!! ,,,harga cuma THB 150 bersamaan RM 15 sorang berbanding teksi dalam rate THB 600-1000 iaitu RM 60-100.Disebab kami berdua perempuan kali pertama sampai ke Phuket,kami mengambil mini bus untuk keselamatan selain murah dan selesa.

Sejam menunggu,,kami di bawa ke destinasi masing-masing,,wahhhhh jauh rupanya airport Phuket ke Patong Beach 1jam 15 minit,,termasuk waktu jem.sejam perjalanan driver mini bus berhenti di sebuah tempat yang gayanya seperti travel agency,,benar tekaan saya,,mungkin mini bus ni ada komisen jika membawa pelancong ke sini,,,yang tak mahu bersusah payah boleh terus mengambil pakej2 pelancongan disini tapi harganya hadoiiii,,katokkk kapla...
Dari agoda,,kak sopie booking sebuah hotel pemiliknya Islam di Phuket,,recomended ,,,jika yang berbajet seperti saya,,,cuma RM 180 untuk 2 malam bersama sarapan pagi halal tanpa was-was.mungkin biliknya kecil tapi servisnya tip top dan bersih.Yang sangat menarik pekerja hotel menunjukkan kita arah kiblat untuk bersolat,Arman Hotel Residence &Halal Restaurant,,,begitulah nama hotel kami,,,makanan yang sedap dan yang paling penting halal dan bersih...
Sarapan dan dinner kami makan di hotel sahaja,,,malam dah lewat kami berasa lapar,,pekerja hotel masih lagi tak keberatan melayan kami walaupun mereka dah nak tutup,,mereka masakkan kami nasi goreng yang sangat sedap,,,jika saya ke Phuket lagi,,saya tak bercadang nak ke hotel lain,,,sinilah hotelnya kerana tak perlu bimbang tahap kebersihan dan makanan halal.Sebenarnya di phuket soal hotel bajet yang ratenya bawah rm 100 semalam,,,,melambakkkkk

Kami sampai di hotel dah hampir 9 malam....berkejar check in,,,dan kami ingin mengisi malam kami dengan aktiviti massage sebab letih dari kl tadi,,,lagipun masa perlu diisi sebaiknya kerana cuti kami pendek,,,selang 5 kedai dari hotel kami saya nampak massage and spa,,,harganya separuh lebih murah dari tempat kita,,,urut ala thai untuk seluruh badan cuma THB 300 atau RM 30,,,urut kaki sejam cuma RM 20,,,so jangan lepaskan peluang dipicit-picit oleh minah siam,,tapi yang lelaki sendiri mahu ingat,,,lepas massage kami rasa perkara terbaikkk yang perlu di lakukan ialah tidoooooo!!!!
next saya sambung lagi part 2,,aktiviti island hopping di hari kedua...