Menjadi ibu adalah satu anugerah dan rezeki pada wanita.
Kasih ibu adalah kasih sejati ,kasih yang luhur dan kasih yang suci.
Ibu adalah insan yang pertama yang kita kongsi hidup dalam rahimnya,berkongsi darah dan jantungnya.
sampai matipun hubungan darah ini tidak akan terputus.
Doa dan kata-kata ibu adalah keramat.
Airmata seorang ibu dek dosa daripada seorang anak adalah minyak yang akan memarakkan api neraka.
Berkat hidup anak,adalah berkat redha dan restu ibu,ingat itu.
Salam kasih buat ibuku yang sangat aku sayangi dan cintai Puan Hajjah Ramlah bt Abu Bakar
,doa agar wanita mulia ini dipelihara oleh Allah dunia dan akhirat
.Juga pada Allahyarhamah ibu mertuaku Pn Mariam yang tak pernah aku temui dan kenali,moga rohnya aman disisi tuhan dan bersama para solihin Insyallah.
Aku menjadi ibu tanggal 24 April tahun 2002 jam 12.20 tengahari
.Allah mengurniakanku seorang bayi lelaki yang comel dan sihat kira-kira 11 bulan selepas pernikahanku
Bayi yang kami namakan Marwan Irrsyad adalah permata hati kami .
Dibibirnya lah aku digelar mama buat kali pertamanya.
Alhamdulillah.
Kira-kira setahun 3 bulan selepas kelahiran marwan
,Tanggal 11 Julai 2003di pagi Jumaat yang indah tepat pukul 8.59 pagi ,Allah mengurniakan kami seorang lagi cahaya mata
.Bayi perempuan yang manis,comel dan juga sihat sempurna.
.Maha Besar Allah padanya kami bersyukur.Bayi ini kami namakan Mawaddah Irdina yang bermaksud Cinta dan kehormatan kami.
Masa berlalu kini bayi-bayiku membesar dengan sihat didepan mata dengan penuh kegembiraan dan curahan kasih sayang yang tak pernah surut.
Pada mereka aku menumpang kasih mencurah kasih sejati
,atas dasar kasih ini amanah dan tanggungjawabku sebagai ibu
adalah tiang pada kehidupan mereka.
Semoga aku mampu menjadi ibu yang mampu membimbing mereka ke syurga,
membawa mereka mengenal pada Maha pencipta
,memimpin mereka mencintai agama
,mendorong mereka menjadi manusia berguna
dan mendidik mereka menilai kasih dan budi sesama manusia.
SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA
MOGA ANDA MENJADI IBU YANG CEMERLANG
DAN DIKASIHI ALLAH
INSYAALLAH
5 ulasan:
assalamualaikum CM...
SELAMAT HARI IBU dari akak...
semoga kita menjadi ibu sejati,mendidik dan mentarbiyah anak2 agar mereka menjadi anak soleh / solehah .
Assalamualaikum CM
Salam hormat utk Ibu Hjh Ramlah
Al Fatihah utk Allahyarhamah Mariam
utk CM..
ibu yg solehah akan melahirkan anak2 yg soleh dan solehah...amin
Wassalam
assalamaualaikum kak mas : selamat menyambut hari ibu... hehe
Salam kunjungan... selamat hari ibu juga saya tujukan khas buat semua ibu2.. teruskan menulis blog ini.. kerana menarik. Singgah la ke blog saya ;)
salam cikgu mas
SELAMAT HARI IBU...PADA CIKgu
doa cl moga anak anak cikgu akan menajdi anak yang soleh dan soleha untuk menjaga ibu mereka kelak...insyallah
wsalm
Catat Ulasan