BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajarI
barat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
gurukuBudi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu"kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
"BUDAK NI BAGUSS JADI LAWYER...........
JANGAN DUDUK MENUDING JARI...
KATANYA GURU TAK MESRA PELAJAR ,
GURU TAK MEMAHAMI PELAJAR.
..TAPI CUBA DUDUK DAN BERADA DI TEMPAT CIKGU ITU.
..GURU ITU JUGA MANUSIA BUKAN MALAIKAT TERPILIH.
..KEMBALI PADA AGAMA DAN ADAT...
ORANG TUA,GURU ADALAH MANUSIA YG PATUT DIHORMARI..
.APAPUN KEADAAN PELAJAR INI TERGOLONG PADA MEREKA YG MELAMPAUI BATAS.....KATA TEMANKU.....BIAR KURANG MAKAN...JANGAN KURANG AJAR..BIAR MISKIN HARTA JGN MISKIN BUDI BAHASA....PADA SAYA SEGALANYA PERLU BERMULA DARI RUMAH ANAK YG TERDIDIK DENGAN BAIK DAN PENUH KASIH SAYANG TIDAK AKAN BERTINDAK BEGINI...FIKIR-FIKIRKANLAH.......
SEBAGAI WARGA PENDIDIK SAYA BERASA SANGAT SEDIHH DGN VIDEO INI
5 ulasan:
salam CM,
adussssss! apa yang silap di sini yer? Di mana kesilapan itu berlaku? Sistem pendidikan? .........
Salam CM....ada anak murid mcm ni ya cikgu
Salam CM...
Sedih tgok anak2 murid macam ni...
Ini dalam sekolah...kat luar ni dipejabat2 anak2 muda lelaki..juga kasar dan liar...sopan santun...budibahasa..makin luntur...
kesian pada diri budak tu...macam mana pembesarannya dirumah...
salam,
yang pelik, cikgu wanita yg duduk atas kerusi tuh boleh jerk relax kat depan tengok budak ngan cikgu gaduh? bukan nak leraikan or apa?
ekekekek..
part2 last baru kena bantai?
hehehh dah tengok vc ni kat mana ntah hari tuh...
selamat berpuasa ya, semoga ibadah kita diberkati Allah swt. amin
maaf salah silap ku
Assalammualaikum dan selamat berpuasa.
Catat Ulasan