yg sudi bersama cm....

Sabtu, Ogos 28

Aktiviti ramadhan sekolahku..

Hari ni Ramadhan dah berlalu hampir 18 hari,,Alhamdulillah masih lg kuat dan masih lagi berpuasa penuh.
Ramadhan bulan yg sungguh indah.Aku sangat menyukai bulan ramadhan,
Dibulan mulia ni masa dan diri kita sungguh terisi
masa berjalan begitu pantas,,

Sekolahku juga tak mempersiakan pengisian ihya ramadhan,pelajar dididik dengan aktiviti kerohanian ...

Pelajar bertadarus selepas zohor,cikgu bersama
ni gambar kelas di bawah jagaan cm,
gambar anak murid kesayangan cm
Pelajar yg baik,bijak dan berakhlak

setiap hari Isnin,ustaz dan ustazah sekolah akan mengadakan tazkirah ramadhan untuk semua guru...


Kami sedang membungkus buah-buahan dan beberapa hadiah untuk diagihkan di wad kanak-kanak
Hospital Serdang,,projek jariah sekolah kami

Sesi melawat Muhamad Aris yang di rawat di Hospital Putrajaya kerana
sakit misteri,Aris didapati tidur tak bangun-bangun walaupun segala usaha dilakukan untuk menyedarkanya,
dia tertidor disurau asrama dan gagal di kejutkan walaupun untuk berbuka puasa,diangkat dan dibawa dengan ambulan pun dia masih belum sedar,hanya sedar semula pada pukul 4.30 pagi keesokkan harinya,,,pelikkan????sakit apa agaknya budak ni...


Ni pun Ariss..tapi Amal Ariss,dia pelajar kelas CM,CM guru kelasnya,dia dirawat di hospital Putrajaya kerana appendik dan telah menjalani pembedahan ,harap Aris cepat sembuh untuk dia meghadapi SPM dengan tenang dan sihat,Insyaalah

ni pulak aktiviti santai bila takde kelas,,,bukan sembang kosong atau mengumpat yarr
sembang pasal resepi berbuka puasa,kuih raya,baju raya dan macam-macam lah
biasanya meja tengah ni tempat kami baca suratkhabar,makan sambil mengeratkan sirahtulrahim..

12 ulasan:

atuk berkata...

Salam Ramadhan CM

Alhamdulillah aktiviti yg menguntungkan dunia dan akhirat

moga M Aris dan Amal Ariss cempat sembuh

moga cikgunya pun lebih sihat

Wassalam

afeezz berkata...

salam cm : wah3... byk tuk aktiviti sekolah cm yer.. mau join bole ker?

semoga aris berdua tu cepat sembuh

(cm, gambar student pompuan takde ker?)

IMANSHAH berkata...

Salam, aktiviti yang begitu bermanfaat..pelajar yang sakit tu dah sembuh ke??

aznaz berkata...

salam from Makkah


untuk cl takda ker disini...hehehheh


waslam

Kakzakie Purvit berkata...

Salam CM,

Alhamdulillah belum cuti puasa lagi. "ABC" tetap tak dapat dielak juga kan.... Apa-apa pun kegiatan sekolah tu amatlah terpuji...moga yang sakit cepat sembuh. Kesihan....

En Azman berkata...

Salam Ziarah,

Musafir Home@Town Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog http://jasinhomestay.blogspot.com @ 0123736548

CM berkata...

salam atok rozali


ramadhan ni kita tak leh lepaskan gitu sajakan,,,,

mekasih atas doa untuk pelajar cm..

CM berkata...

salam afeez


meh ler join,,,budak pompuan ada jer,,,tapi cm suka budak laki ahakkks,,,afeez tahukan perkara tu hihihihi...

CM berkata...

salam saudara iman


terimakasih sudi baca blog cm,,,aris dah sihat,,,tapi amal aris wasih di wad sebab menjalani pembedahan,,

CM berkata...

salam cl

cl mana boleh dilupakan,,,dah siap dah duit raya untuk cl ni...

CM berkata...

salam kak zakie'


hihihi,,ABC may be dah nak dekat raya nanti...hmm mmg tak leh elak,kecuali berisi kan..

CM berkata...

salam saudara azman


tq sudi singgah blog saya,,terimakasih atas info.

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....