Menghala ke sebuah lagi bandar besar di Turkey iaitu Ankara, iaitu Pusat Pentadbiran Kerajaan Turki. Ankara kota kedua terbesar selepas Istanbul,Ankara mengantikan Istanbul sebagai pusat pentadbiran Turkey pada tahun 1923.Ankara dikatakan terletak di daerah yang terletak di tengah-tengah Anatolia,sebelum di gelar Ankara oleh Presiden pertama Republik Turkey Mustaffa Kamal Artartuk pada 1930,orang Eropah memanggil Ankara sebagai Angora dan masyarakat Romawi dahulu mengelar Ankara sebagai Ancyra.Menurut cerita Ankara dipilih sebagai ibu kota Turki bagi mengantikan Istanbul yang dikatakan mempunyai banyak elemen keagamaan.
![]() |
Saya bergambar bersama pengawal di bangunan yang menempatkan kubur Mustaffa Kamal artartuk haha besar sungguh mereka kan,,mereka tidak bergerak. |
![]() |
Kata-kata Mustaffa Kamal yang terdapat berdekatan kubur Mustaffa di sini |
Di Ankara saya juga berkesempatan melawat Anatolia Cilivization Musuem,masyallah musuem ini sangat besar dan saya dapat melihat sendiri tinggalan masyarakat Purba yang dijaga dengan baik, Muzium ini pernah mendapat pengiktirafan sebagai antara Muzium terbaik di Eropah.
Gambar station keretapi di Ankara
Ankara mempunyai jalinan keretapi yang baik,station keretapi nya moden dan lengkap.
Baru-baru ini bila saya mendengar berita peristiwa pengeboman station keretapi di Ankara Turki mengingatkan saya pada station keretapi di Ankara yang pernah saya jejaki.
Gambar bas ini saya ambil kerana saya sangat kagum melihat begitu besar dan panjangnya bas di Ankara Turki,seperti 2 buah bas di Malaysia di satukan menjadi satu.
Ankara kelihatan sibuk ,sesuai dengan fungsinya sebagai ibu kota Turkey.Sebelum di jadikan ibu kota Turkey Ankara di katakan daerah yang ketinggalan,tidak ramai penduduk disini,namun apabila fungsinya bertukar Ankara menjadi tumpuan,namun Ankara bukan kota pelancongan seperti Istanbul,dari pembacaaan saya di katakan pemandu teksi di Ankara lebih jujur berbanding Istanbul.
Namun kami tidak bermalam di Ankara,Ankara kami hanya singgah dan kami makan tengahari di sebuah restoran berdekatan dengan station keretapi di Ankara.
Satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan di Ankara,apabila seorang kakak yang merupakan ahli rombongan kami di tegur dengan nada marah oleh lelaki Turki kerana ketawa dengan suara yang kuat,dalam bahasa Inggeris lelaki Turki itu memberitahu kakak itu...seorang wanita boleh dipenjara jika bercakap atau ketawa dengan nada yang kuat di tempat awam...hmmm ye ker???
Persinggahan di Ankara berakhir kami bergerak meninggalkan Ankara untuk pulang semula ke Istanbul,namun perjalanan ke Istanbul sangat jauh dan panjang kami perlu bermalam di satu lagi bandar kecil bernama Bolu...sebuah hotel 3 bintang kami singgahi,di sini kami dapat melihat kawasan penempatan orang Turki yang seakan sama dengan bandar di Malaysia,masyarakat Turki di Bolu yang tinggal di rumah pangsa.Kami perlu berehat dan tidur dulu di Bolu untuk meneruskan perjalanan ke Istanbul sebelum berlepas pulang ke Malaysia.Baki perjalanan ada lagi 2 hari.