Berada di Cappodacia seperti berada di dunia lain,pemandangan dan bentuk muka buminya sangat indah.Cappodacia boleh dikatakan aset berharga kerajaan Turkey dalam pelancongan.Dalam tulisan Turki ia di panggil Kappodakia.Kappodakia bermaksud Tanah Kuda yang Cantik..Terletak di bahagian Anatolia Tengah.Perjalanan dari Istanbul ke Cappodacia adalah sejauh 750KM melalui pengangkutan darat,anda boleh juga mengambil jalan udara dan ia memakan masa selama 1 jam 15 minit. Cappodacia mempunyai tarikan tersendiri, ia adalah salah satu tempat warisan UNESCO.
 |
Permandangan dr tingkap bilik hotel kami di Cappodacia
Ramai pelancong korea ketika kami menginap disini selama 2 malam
Dari sini saya dapat menyaksikan matahari terbit |
 |
Di Cappodacia ia dikelilingi lembah-lembah gunung berbatu putih yang sangat indah dan asyik di pandang
Cappodacia di katakan sangat cantik dan memutih di musim sejuk.
Suhu di Cappodacia sangat sejuk bila tiba musim sejuk |
 |
Muka buminya indah bagai lukisan |
 |
Kelihatan gua batu yang seolah-olah berpintu bertingkap adalah kediaman atau tempat tinggal masyarakat purba dahulu kala
Mereka tinggal dan membina gereja di dalam gua. Cappodacia dikatakan tempat mereka yang beragama.
Menurut catatan mereka berada di dalam gua untuk menglindungi diri daripada penindasan Kerajaan Rom terhadap penganut agama Kristian |
CM di dalam gua yang menjadi kediaman masyarakat purba dan telah dijadikan muzium oleh kerajaan Turkey - Underground city
Kawasan tempat CM bergambar adalah sebuah dapur masyaraat purba yang tinggal di dalam gua
 |
Hot Ballon di Cappodacia
Di Cappodacia kita berpeluang menaiki hot ballon,pukul 3 pagi mereka yang bercadang naik hot ballon akan diambil dari hotel dan dibawa ke kawasan tempat menaiki hot ballon.Harga ketika kami naik sekitar RM800 bergantung kepada kadar tukaran USD pada masa itu |
Banyak aktiviti sepanjang kami di Cappodacia,kami menyaksikan tarian Sufi,melawat kilang karpet ,kilang permata dan menyaksikan pembuatan tembikar dan pring Turki.