Dinner kami di bawa ke kedai abang nasir yang di panggil Backpackers Muslim Restaurant yang berletak berhampiran Masjid. Kami mahu menikmati menu lembu naik bukit yang sering kami dengar bila membaca blog kembara di Siem Riep.. Sayur sayur an yang digoreng dengan daging lembu dan di letakkan dalam bekas khas membuat kan hidangan ini begitu unik.
Menu yang mesti ada rasa jika ke Siem Riep...Lembu naik Bukit
Timbunan sayur dan daging lembu yang membukitkan diletakkan dalam periuk khas begitu unik pada kami. Boleh makan 3 orang. Rasanya sedap dimakan dengan nasi panas yang wangi dan begitu menyelerakan..Harganya jika saya tak silap 14USD
Pada saya Popia Vietnam di kedai Abang Nasir sangat menepati citarasa,Saya makan di Ho Chih Minh pun tak sesedap air tangan isteri abang Nasir ni. Bahan-bahan segar digunakan dan plum sos untuk dicicah sangat menepati citarasa.setiap kali kami makan menu ini pasti kami order sebagai side order.
Kuey tiaw seperti PhadThai yang lazat dan mengenyangkan.
Manggo Salad
Jus Rambutan yang jarang dijumpai ditempat lain
Sup sayur yang unik masakan Muslim Champa
Bergambar di dalam Restoran Abang Nasir
1 ulasan:
Masa kat Siem Reap dulu, saya suka Fish In Morning Glory Pond. Seedap sangat, smpi sekarang terbanyang2...
Catat Ulasan