yg sudi bersama cm....

Memaparkan catatan dengan label pelajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelajar. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 15

Cabaran sandwich..




CM adalah salah seorang guru penasihat Kelab Sejarah dan Rukun Negara sekolah.
Setiap petang Rabu kami akan adakan perjumpaan.Kali ni kami merancang nak buat sesuatu yg agak berbeza dari biasa.CM nak tengok kreativiti pelajar CM buat sandwich.Majoriti pelajar Cm adalah pelajar lelaki,mereka mengaku sangat jarang membantu ibu di dapur,mereka sangat kekok untuk membuat kerja `keperempuanan` kata mereka,kononnya mereka pelajar kejuruteraan.CM kata kan itu pendapat lapok.Lelaki yang baik adalah lelaki yang membantu dan tak betah ke dapur,sebab Nabi Muhamad pun membantu isteri di rumah....



(hancurkan sardin tu yerr...sambil senyum manis manja kat cikgu....yg sorang lagi ni berpikir camner nk potong timun ni cikgu??????)



yarrrrkkk...Ya Allah hancur berkrim sardin tu dibuatnyer......


Camnerr nak susun timun ni cikgu?????ikut ler labuuuuuu....


sejukkk mataku tengok girls buat kerja,,,tertibb dan teraturr...



ni kerja kumpulan mana niii?????


Cikgu !!!!! dah siappp!!!hmmm...boleh tahan jugakkk budak2 ni...





lembekkk hancur roti tu dikerjakannyer...




ni hasil kerja girls tu....alahaiii malulah budak lelaki boleh buat lebih cantik...





amboiiii ada air oren lg...tangkai cili padi jadi hiasan...untuk cikgu katanyer...



yesss...kami lah pemenang nyerrrr....


 
buat sendiri makan sendiri yerrr....


objektif aktiviti ni pelajar cm dapat berdikari dan membina jati diri hasil usaha sendiri..
...cikgu sayang kamu semua....

Isnin, Januari 18

Because i love you...


NEVER TAKE SOMEONE FOR GRANTED
HOLD EVERY PERSON CLOSE TO YOUR HEART
BECAUSE YOU MIGHT WAKE UP ONE DAY
AND REALIZE THAT YOU RE LOST A DIAMOND
WHILE YOU WERE TOO  BUSY
COLLECTING STONES....


I HAVE TO REMIND YOU .....BECAUSE I LOVE YOU SO MUCH............

p/s : sedih ni tau geng,uwaaaa,sob,sob,sob,tak per tommorrow i will be ok...


Khamis, November 19

kenapa tak dengar cakap cikgu?

Hari Pertama SPM 2009,CM bertugas sebagai guru pemantau peperiksaan.
Hari ni calon kena jawab Paper Sejarah 1,
CM bimbang jugak dengan Paper 1 ni,sebab result trial baru ni,tidak begitu membanggakan.
Kertas 1 Sejarah walaupun berbentuk objektif tapi susah nak skor,jawapan selalu mengelirukan.
Sebenarnya di sebuah sekolah aliran teknikal  dan Kejuruteraan,CM sedar pelajar kurang cenderung pada subjek sejarah.Tapi mereka hebat dalam Subjek Matematik,Result trial matematik boleh mencapai 100% dengan beberapa buah kelas boleh mencapai A keseluruhan.
Senang hati cikgu matematik,tapi cikgu-cikgu sejarah selalu jer berdebar-debar.
Sebagai seorang guru,kayu ukur prestasi kami adalah kejayaan pelajar,Pelajar adalah client,bila pelajar datang pada kami menunjukkan deretan A... sebagai guru itulah kebanggan kami....


Aduhai Zaireen,cikgu dah pesan jangan pegang buku lagi di saat akhir..
Kenapa tak dengar cakap cikgu ni????
masa gambar ni CM ambik jam menunjukkan pukul 10.45 pagi,5 minit lagi mereka perlu masuk ke dewan peperiksaan untuk hadapi Kertas 1 yang akan bermula pukul 11.00 pagi.
Apa lagi nak dibincangkan...saat macam ni kamu perlu tenang banyakkan berzikir,bukan mengulangkaji lagi...tawakal jer atas apa usaha selama ni...


"Cikgu!!!!! saya rasa nak hantuk kepala kat dinding arr cikgu....."
"hiss jangan lah macam tu..."
Cikgu dah pesankan...jangan study lagi masa saat akhir,tu akan buat kita stress dan rasa serba tak kena...tapi masih lagi dok meriba buku-buku, boleh ingat ker???
2 tahun dah peluang yang ada ..masa tu kena study..bukan 2 minit sebelum masuk sayang ooi...



Cikgu doakan kamu tak frust menonggeng....
reliksssss lah ,tak payahlah sampai macam tu....
senyummmmm dan tarik nafas dalam-dalammmm.....



Sabar jer lah...masa ni lah baru nak menanya cikgu benda yang masih tak paham..
baru nk  tunjuk buku tu..
tak per arrr demi anak-anak didik tercinta ku terangkan jugak....


 

Study apa lagi tu cik adik ooi.....tekun nampak?????


Haaah cam ni arr,
relikss ,senyummmm and tenang sebelum masuk dewan
  I LOVE YOU ALL
ALL THE BEST
TRY YOUR BEST............MAY ALLAH BLESS U..
muaaaaaahhh dari cikgu.......

Sabtu, Oktober 3

Merekalah Duniaku...


Tengahari semalam,Aku masuk ke kelas 5 Kejuruteraan Mekanikal 1 yang terkenal dengan pelajar yang lasak,aktif,notti aku di hadiahkan satu lukisan yang cantik di white board kelas..(tengok gambar atas tu) ...bila di tanya gambar apa ni ...diaorang jawab "kad raya untuk cikgu,duit raya untuk kitaorg"...
aku senyum jer....kena sporting..budak dah besar bukan 7 tahun tapi dah 17 tahun,kita ikut jer la....layaaaaannnnn.......,""camner pun lukisan tu mesti dipadamkan ek,cikgu nak guna white board tu yer sayang!!!!............HARI NI KITA NAK BELAJAR TENTANG "KUASA-KUASA YANG TERLIBAT DALAM PERANG DUNIA KEDUA.....Wahhhhhhh!!!!!cerita perang yer cikgu semuanya teruja!!!!!,,,,,namapun budak lelaki....kita kena pandai cari kecenderungan mereka......nampak excited semuanya...bila aku mula bukak buku cerita.......




Kebetulan dalam hand bag ada kamera."jom kita ambil gambar"...aduhai melompat semuanya,berbagai aksi keluar daripada mereka......tengok si Lokman...dikeluarkan lidahnya gaya "gaya hero WWF"....lepas ambil gambar kena cubit dengan saya buat gaya gitu...Faisal pulak (bercermin mata dikiri sekali)...."masa belajar matanya selalu jer stim feeling (mengantuk)..hehehehe...kenakalan mereka mengingatkan aku pada tahun pertama aku dipostingkan sebagai guru di Sek.Men.Teknik.Tengku Ampuan Afzan,Pahang...pada thn 2000.



Tahun pertama sebagai guru,aku masih single,suaraku yang kecil dan lembut menyebabkan aku susah nak kelihatan garang.Setiap pagi nak ke sekolah,aku dah mula berdebar,diSMTA,bukan seperti di sekolahku sekarang,sekolah sekarang pelajar Technic Pure,mereka pelajar bijak dan terpilih,perlu dapat 6A ke atas dalam PMR ,baru boleh mendaftar disini,Tapi di sekolah SMTAA,pelajarku adalah pelajar Vokasional,pelajar Automotif,Kimpalan,Batu Bata,Penyelengaraan mesin,Pendingin Udara,...aduhai,takkan mungkin mereka nak duduk diam-diam mendengar aku mengajar Sejarah.Tak de makner nya bagi mereka subjek sejarah,mereka keluar nak bukak bengkel,nak baiki aircond,nak jadi kontraktor,nak jadi mekanik,itu jer dalam fikiran mereka.Pernah satu "statement'yang keluar dari seorang pelajar bila aku menyoalnya isi Perjanian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ...katanya "Alah cikgu!!!!saya nak jadi mekaniklah ...takdenya kereta rosak tanya isi Perjanjian"....amboiii,.!!!!!.di sini aku muhasabah diri maknernya aku gagal menerapkan nilai patriotisme dalam diri anak bangsa,mengapa mereka perlu belajar sejarah.Adakala kenakalan mereka menjolok mata,berberapa kali aku menangis di tandas kerana tak tahan dengan karenah pelajar,masa tu aku baru 25 tahun,diaorang 17 tahun jarak umur dan kurang pengalaman menyebabkan aku sukar mengawal kelas.Memang aku dilatih secara formal untuk menjadi cikgu dan aku cemerlang dalam exam Diploma Pendidikan,tapi teori tak sama dengan praktikal.Masa itu aku menangis,aku tanya pada diri kenapa aku tak jadi lawyer macam kakakku Intan,pasti aku hepi kalau jadi lawyer kerana kerjaya itu pernah jadi cita-citaku...

Kini 9 tahun berlalu,pengalaman mendewasakan,aku kini sangat mencintai kerjaya ini,disinilah aku membaja pohon kasih sayang,agar anak didikku dapat berteduh dibawah rendang pohonnya.Aku berusaha menjadi guru yang sentiasa dingati ,disayangi dan menerima doa daripada anak didikku nanti.kerjaya ni bebas dari masalah korupsi,penyelewengan dan sebagainya.Andainya aku jadi lawyer aku mungkin hanya mampu mengumpul musuh.Aku kini mampu mengawal kelas dan pelajar.Bila result SPM keluar,aku mampu tersenyum puas,Kini tiada lagi airmata kerana kerenah pelajar,tapi airmata kegembiraan tika mereka berjumpaku mengucapkan terimakasih.Terima kasih Allah atas rezeki dan jalan yang telah kau tentukan.



P/s: CL nk tanya ni....hemsem-hemsemkan budak cikgu...hehehehehehe "anak cina makan penggat yer ciklie...jangan pandang sebelah mata!!!!!!!!...hehehehee

Jumaat, September 11

Begitu letih dia berpuasa.





Aku masuk ke kelas 4 Kejuruteraan Awam..beri salam pada pelajar....pelajar jawab
"Walaikumsalammmmmmmmmmmmmmmm cikgu mas!!!!
Pelajar terus baca doa....tapi ada sorang pelajar ni masih asyik mencium meja,tak sedar apa berlaku tu,ribut taufan pun dia masih jugak macam tu,aku biarkan dulu,selesai baca doa pelajar pun duduk ditempat masing-masing bersedia untuk belajar....tapi aduhai hero sorang ni masih dengan dunia dia..........
aku datang kat dia....dah memberi satu massage yg dia tak leh lupa sampai bila-bila hehehehe...
geng...nape pelajar ni jadi begini????????dulu masa geng sekolah ada tak wat camni???cuba ingat balik,pernah cium meja...meja bau camner???

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....