CM nak bercerita ni...pas baca blog cikgu pinat tentang Taman Botani,aku pun teruja nak ke sana,dekat jer dengan rumah ,tak sampai 15 minit dah pun sampai,sunyi yer Taman ni,berbeza benar dengan kemeriahan Taman Tasik Titiwangsa yang hampir saban minggu aku dan anak-anak lawati masa tinggal di KL dulu,Putrajaya ni memang kaya dengan taman,tapi sunyi sepi,betul kata kak pinat taman ni sangat luas,sesuai bagi si pencinta alam....bagi si pencinta shopping mall boring sikit maa,sebab tak de jual pape,adalah jual sedikit souvenir....
bila nak datang sini,kena bawa air yer,haus anak-anak nanti,tak de jual apa-apa yer,air tin adalah dalam mesin,kena masukkan shiling dulu.Ada satu restoran kat sini,Putrajaya Seafood,tapi????rasanya baik kita ke Bagan Lalang kalau nak makan Seafood sedap dan banyak pilihan,... kat sini ,mahai wooo!!!tarak mampu CM nak belanja hang pa kat sini...
besok-besok jer,doa cm murah rezeki,jadi pengetua ker??? ada chance lah hang pa...hehehehe
Hehehe basikal sapa lah ni,??biar CM mengaku,tu arr basikal yang makcik sewa,makcik sewa rm4 sejam,tapi dah tersandar tepi pokok tu,mana makcik mas ni!!!makcik dah pengsan geng!!!aduhai kat kampung 20 tahun dulu,makcik arr juara naik basikal,pi sekolah naik basikal,pi mengaji,pi kedai,semuanya dengan berbasikal,bolehh lumba-lumba lagi .dengan kawan-kawan.Pas masuk asrama Cm dah pun tak naik basikal,rupanya aku dah pancit,huhuhu...kata kak pinat basikal cam ni ada gear,CM tahu kayuh jer,tak pulak tahu mana gear yer??CM kayuh kuat-kuat,exicited 5 minit pertama nak lawan marwan tapi akhirnya..aku kepenatan yg amat sangat rasanya hampir berbelas tahun dah tak naik basikal..kaki cm terkejang tetiba,cm ni mudah kejang kaki...
Masa cm nak pi Taman Botani,cm adalah tercerita kat kawan cm,dia gelakkan cm ,dia kata...
"Cikgu!!!larat lagi ker nak kayuh basikal???"
...wah tercabar pulak rasanya bila dia tanya cam tu???,
rupanya masin mulut dia...memang cm dah tak larat benar dah,
Kaki ku kejang,tercunggap-cunggap macam orang nak bersalin,kat pondok tu arr,cm melepaskan lelah,CM sedih arr,Cm tak lagi se `fit` dulu,ni mesti sebab dah montel dan bulat..
Dulu kat universiti,boleh main rakit,boleh panjat gunung,boleh jungle tracking,boleh jogging hari-hari ,masa tu hidup penuh gumbira...boleh jalan kaki tu,dari Kerinchi sampai Bangsar,dari PJ section 17 sampai ke kelas..
Adakah aku sudah tua??????u waaaaa...
hehehe..ni CM ker????seksikan,????
naik basikal pakai singlet dgn short pants jer,
hahh dah masuk kerengga dalam baju,tergaru-garu nampaknya..
pssst : melayu tu tau,..!!!!.
marwan kata
" mama!!! aunty tu naik basikal macam nak pi swimming poolkan???
Aku cakap..
"hisss marwan ni,pi tengok benda lain"..tak baik cakap cam tu..
Marwan terpingga,pingga tak faham dengan larangan aku...
nape pulak??? dia bertanya...
Aku biarkan soalan jer begitu sajer...malas nak jawab
makcik dah semputtt ni!!!!
Lain kali kita datang kita naik tram jer lah...tak payah nak test power kayuh basikal bagai.
..letihh wooo!!! 2 hari tak hilang letih nyer...
kaki sengal benggal tauuuu!!!
Teringat hadis Nabi..rebut 5 perkara
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sibuk
sihat sebelum sakit
Hidup sebelum mati....