yg sudi bersama cm....

Memaparkan catatan dengan label Jalan-Jalan Penang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan-Jalan Penang. Papar semua catatan

Ahad, Januari 6

Taman Negara Laut Pulau Pinang



Awal..november 2012..CM berpeluang mengiringi pelajar CM ke Penang..maknanya tahun ni dua kali CM dapat mengunjungi Penang..kalau kunjungan pada Julai lepas dengan misi Jalan-Jalan Cari Makan,,kali ni CM ke Penang untuk bersama meneroka keindahan Penang....

Taman Negara di Penang????kedengaran asing ,rupanya memang ada sebuah taman negara laut yang indah terletak tak jauh dari Pantai Feringgi atau lebih tepat ia terletak di Teluk Bahang.,,hmm malas nk taip bebanyak,,,meh sini cm copy n paste jer,,cuba baca tentang Penang National Park ini...

Taman Negara Pulau Pinang terletak di daerah pentadbiran Barat Daya Pulau Pinang. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur adalah lebih kurang 375 km dan kira-kira 30 km dari Georgetown, Pulau Pinang.

Taman Negara Pulau Pinang hanya menerima pelawat harian sahaja. Tiada kemudahan penginapan dan tapak perkemahan yang disediakan bagi mengurangkan impak terhadap kawasan tersebut. Perkemahan hanya dibenarkan kepada program pendidikan konservasi yang dijalankan oleh perkhidmatan Taman Negara untuk sekolah-sekolah, kolej dan pusat pengajian tinggi tempatan. Pelawat boleh menginap di hotel-hotel yang boleh didapati disekitar Batu Feringghi dan Teluk Bahang yang mana merupakan kawasan pelancongan yang dikenali ramai. Kawasan ini juga mempunyai rangkaian gerai-gerai makan, kedai-kedai runcit, cenderahati, pusat hiburan, klinik dan perkhidmatan pelancongan yang lain.

Tarikan semulajadi yang terdapat di Taman Negara Pulau Pinang termasuklah Hutan Pamah dan Bukit Dipterokarp, kawasan Hutan Paya Bakau, habitat pantai berpasir, dan keunikan Tasik Meromiktik serta keindahan dirian tumbuhan Seraya yang merupakan persekitaran semulajadi Hutan Dipterokap Pantai yang boleh dilihat di lereng-lereng bukit di sekitar Muka Head. Terdapat lebih dari 1,000 spesies tumbuhan yang direkodkan di Taman Negara Pulau Pinang yang di dominasikan oleh family Dipterocarpaceae, Leguminoceae, Apocynaceae, Anacardiaceae, Euphorbiaceae dan Moraceae.

Airnya yang jernih,,,memukau mata memandang.....kalau diteliti batu tuu berbentuk penyu tauu..

Batu yang menyerupai buaya,,,yaaa betullah cam buaya kan.....

pemandu boat yang ramah,,,mereka kebanyakkan Ahli Pengasih ,,tu ada nombor contact ...bolehlah hubungi,,kalau tak silap CM,,kami bayar RM 100,,untuk boat dan bawa kami pusing-pusing Taman Laut ini,,satu boat boleh isi 10-12 orang so boleh share-share tambangnya...

Anak bujang CM,,yang sangat siyokkk dengan aktiviti island hopping

Gambar Jeti di Taman Negara Penang,,disinilah pelawat menaiki boat ke pulau-pulau terhampir

hanya sempat berphoto-photo sajer di pantai keranchut kalau tak silap(dah lupa nama pantai ni)

batu berbentuik rabbbit,,,cantikkkan,,,cm sangat asyikk dengan keindahan laut,,

Hi Cikgu Mas di sini,,,belakang tu body guard i,,,

Aktiviti
Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan di Taman Negara Pulau Pinang termasuklah perkhemahan, pemerhatian hidupan liar, burung, merentasi titian kanopi, berenang, berkelah, pusat interpretasi, memancing, merentas hutan, mendaki bukit dan berkenu menyusuri hutan paya bakau.

Kami sangat happy disini,,,,Indah sungguh ciptaan tuhan,,Alhamdulillah...
Saya berpendapat tempat yang sebegini cantik,,perlu promosi yang meluas...pelihara dan pastikan ia tidak tercemar agar generasi selepas kita masih mampu menatap indahnya ciptaan Allah ,,dan menjadi hamba yang bersyukurr..... 

Rabu, Ogos 22

Jalan-Jalan Cari Makan di Penang

Tawaran rakan sekerja untuk bersama bercuti hujung minggu di Penang diterima CM tanpa banyak berfikir panjang,rasanya dah hampir 10 tahun CM tak ke Penang.Cikgu Liza bercadang untuk ke Penang bagi mengunjungi ibu bapanya sambil menguji pandu Toyata Wish yang baru diterima...so kami tumpang sekaki,
Sebagai anak jati Penang cikgu liza arif ceruk peruk Penang mencari port2 terbaik untuk memenuhi aktiviti jalan-jalan cari makan kami sepanjang 2 hari bercuti di sana....



ternampak plak JJCM ni di Kedai Laksa Janggus Balik Pulau....

Orang su ngguh ramai disini,,Q panjang menanti giliran mendapatkan laksa,mungkin populariti yan g diraih  dari program JJCM di TV3,,adalah bonus untuk meraih perhatian pelanggan...

Sebelah malam kami ke Telok Tempoyak untuk menikmati seafood bakar...sebagai orang melaka yang selalu ke Medan Ikan Bakar sekitar Melaka,,disini pilihan agak terbatas,,tak banyak kedai pun,,cuma cara bakar berlada dicecah dengan air asam menunjukkan sedikit kelainan....harga???? biasa-biasa ajerr tak mahall sangat,,taklah murah,,kata orang standard!!!

Makan Tengahari sebelum pulang ke KL....Gulai asam pedas ikan Semilang,,,,sangatttt sedappp
Kami menyusurr kampung di Kuala Juru untuk menikmatinya...dibawa orang tempatan pasti tempatnya tak mengcewakan..

Kepah berlada di Telok Tempoyak.......

5 mangkuk ,laksa Janggus untuk kami berlima,,,,actually CM bukan pengemar laksa tapi bolehlah layan.....
rasanya????hmmm..ok lahhh,,,harganya ok lahhh...still reasonable..tapi disini goreng pisangnya yang dihiris nipis ,digoreng bersama taburan bijan dan sangat harum,,,buat CM takkan lupa tempat ni....

Mee udang dan ketam di Kuala Juru,,,wahhh !!!!!! yummy-yummy

Benar kata orang Mee Udang di Penang,,,10 kali lg sedap dari Mee Udang di Taiping...
Ni Mee udang di Gerai aziz Sungai Dua,,,Udang dipilih sendiri dan harganya lebih murah  dari Kuala Sepetang,,
semangkuk Mee Udang sebegini,,harga cuma RM 8...udang lebih segar kuahnya lebih pekat,,,


Kami Tapau Nasi Kandar untuk sarapan
Rasanya sungguh berbaloii perjalanan kami,,,2 hari satu malam yang di penuhi dengan aktiviti makan,,,ada juga berkesempatan ke Penang Hill untuk menaiki the new train yang dikata boleh sampai ke puncak Penang hill hanya 5 minit.....nanti kita buat n3 yarrr,,pas 2 hari kami makan...minggu depannya kena berpuasa bagi menstabilkan kandungan kolestrol dalam badan ahakkks,,,,,

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....