yg sudi bersama cm....

Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan

Khamis, Julai 7

Warna merah untuk rumah merah,,,

Rombongan Sultan dan Puteri Hang Li Po mengetuai perbarisan...
Acara perbarisan rumah merah dapat naik johan ...
Sultan dan Pemaisuri bersemayam..
Aduhai Sultan tu out of caracter arrr
Kawan CM kata `muka poyo ` jerr
hmmm nk wat camner tu jerr yg ada....

Letih dan berpanas di tengah padang...
Puteri bergaya dengan coustum Puteri Hang Li Po..
Cikgu nak interframe gakkkk....


2 Julai yg lalu sekolah CM mengadakan Sukan Tahunan yang kami panggil Kejohanan Olahraga.
Setiap tahun hari sukan sentiasa dinanti oleh warga sekolah,biasanya sekolah cm kalau ada sukan kemeriahannya luar biasa,,,pelajar yang selalu `lelap` dalam kelas biasanya bila hari sukan akan bertukar menjadi power ranger,transformers ataupun  utraman,,,Tahun ni tema perbarisan sukan kami ialah `MENGENANG SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA DAN PAHLAWAN MELAKA` so jgn pulak hairan ada jelmaan Sultan Melaka dan Puteri Hang Li Po dalam gambar yang CM paparkan....


CM ni guru penasihat pasukan rumah merah yg kami panggil rumah alpha.
CM biasanya akan menjawat jawatan Guru Bendahari rumah,
 so segala hal berkaitan kewangan berada atas bahu jemala CM.tapi tahun ni rumah merah dapat no corotlah,,atlet kami kurang power tahun ni,,takpe tahun depan cuba lagi yarr Alpha....

Sabtu, Ogos 28

Aktiviti ramadhan sekolahku..

Hari ni Ramadhan dah berlalu hampir 18 hari,,Alhamdulillah masih lg kuat dan masih lagi berpuasa penuh.
Ramadhan bulan yg sungguh indah.Aku sangat menyukai bulan ramadhan,
Dibulan mulia ni masa dan diri kita sungguh terisi
masa berjalan begitu pantas,,

Sekolahku juga tak mempersiakan pengisian ihya ramadhan,pelajar dididik dengan aktiviti kerohanian ...

Pelajar bertadarus selepas zohor,cikgu bersama
ni gambar kelas di bawah jagaan cm,
gambar anak murid kesayangan cm
Pelajar yg baik,bijak dan berakhlak

setiap hari Isnin,ustaz dan ustazah sekolah akan mengadakan tazkirah ramadhan untuk semua guru...


Kami sedang membungkus buah-buahan dan beberapa hadiah untuk diagihkan di wad kanak-kanak
Hospital Serdang,,projek jariah sekolah kami

Sesi melawat Muhamad Aris yang di rawat di Hospital Putrajaya kerana
sakit misteri,Aris didapati tidur tak bangun-bangun walaupun segala usaha dilakukan untuk menyedarkanya,
dia tertidor disurau asrama dan gagal di kejutkan walaupun untuk berbuka puasa,diangkat dan dibawa dengan ambulan pun dia masih belum sedar,hanya sedar semula pada pukul 4.30 pagi keesokkan harinya,,,pelikkan????sakit apa agaknya budak ni...


Ni pun Ariss..tapi Amal Ariss,dia pelajar kelas CM,CM guru kelasnya,dia dirawat di hospital Putrajaya kerana appendik dan telah menjalani pembedahan ,harap Aris cepat sembuh untuk dia meghadapi SPM dengan tenang dan sihat,Insyaalah

ni pulak aktiviti santai bila takde kelas,,,bukan sembang kosong atau mengumpat yarr
sembang pasal resepi berbuka puasa,kuih raya,baju raya dan macam-macam lah
biasanya meja tengah ni tempat kami baca suratkhabar,makan sambil mengeratkan sirahtulrahim..

Rabu, Mac 24

Hari Sukan Sekolahku...


Awal bulan mac ,kebanyakan sekolah sibuk dengan sukan,Sekolah CM ni sukan memang diraikan secara besar-besaran,meriah yer macam kenduri kawin,lengkap dengan kompang silat.maskot,khemah,pon-pon girls...pelajar kelihatan begitu gembira sesekali mereka dapat melegakan kepala...setelah penat belajar,aksi mereka dipadang jauh beza dr dalam kelas..dalam kelas mengantuk jer,,kat padang macam kuda diaorang ni..

Adoiii setiap kali ada majlis kt sekolah.CM biasanya jadi ketua untuk uruskan jamuan,kena layan dan pilih menu dan sediakan tempat untuk cikgu-cikgi besor ni makan...tu jer lah keja yer..orang sibuk bersukan CM kena susun pinggan..memang dah jadi tradisi agaknya..dari masa sekolah dulu CM bukan aktif sangat biasanya CM pilih jadi `water girl` budak buat air untuk pasukan rumah.Dah jadi cikgu jadi tukang urus kan jamuan pulak....ok jugak tau..lebihh VIP makan boleh tapau..hehehehe

CM guru rumah merah tau...go.go rumah merah......kawan2 blogger cuma iingat balik masa sekolah dulu,you all rumah apa?????
fuuuhh ni acara-acara guru-guru ....wahhhhh bersemangat kawanku dalam acara golf padang...CM masuk acara lompat katakk dengan makan epal,hehehehe dua-dua kalah...

(kawan-kawanku tekun mendengar arahan).......
Sempat cikgu bahasa melayu ni,,namanya Puan Noraini tapi suka di panggil oya...possing..

hehehe..kamilah pon-pon girls...ada guna bulu-bulu lagi tapi tak de mini skrit ala2 pon-pon girl dalam acara American football...bersemangattt pelajar berlari bila cikgu-cikgu sendiri jadi pon-pon girls,cikgu yg melompattttt lebih-lebih ,,,balik rumah sakit pingganggg sehhhh...


Kekawan semua......cuba ingat balik masa sekolah dulu suka sukan tak?????pak itam..mesti suka acara tarik tali,kak ngah...pulakkk lompat tinggi,AZ...lompat jauh,CL pulakk olahraga pecut....yg lain masuk apa pulakk cuba cerita kat kami....!!!!

Selasa, November 17

Sunyi sepi....


Sunyi sepi sekolah CM sekarang,
pelajar ada tapi semuanya nampak baik dan tawadduk,mereka semua diruang belajar dan menjalani program motivasi.Pelajar tingkatan 4 dah dicutikan
,Esok pelajar mula SPM..
.Cantik tak gambar atas tu????
tu ditengah-tengah bangunan sekolah CM,
pelajar yang mengadap pokok tu adalah mentee CM (anak angkat cikgu mas) sama kreeek dgn cikgu yer,konon menunjukkan tahap `stress' sebab esok exam...hehehe,lepas snap cantik pulak gambar ni,
Apa macammmm tika? ada potensi jadi profesional photographer tak?????siap edit lagi...hehehe

tak tahu apa nak tulis...risau anak-anak didikku esok exam,doakan mereka yer...geng.


CM nak layaaan satu lagu zaman CM muda-muda dulu...lagu Dato Siti...bila dah tua menyentuh  hati pulak lagu ni....

Nian di hati.......


Suburnya nian sukar dimadah

Mekar jiwa dilamar mimpi
Kasih sepantun tulisnya sudah
Hanya rindu ikatan hati


Berlumpur intan seri masih bertandang
Bagai bulan dipagar bintang
Angin berderu ombak mengalun
Melambai daun sedang rimbun


Sarat di hati rindu ditanggung
Airmata ku tak terbendung
Dikau ku sanjung cinta suci terulung
Di jiwa ku semakin ranum


Terpadamlah gundah di hati
Setenangnya air di kali
Hilanglah resah terpancar naluri
Janji yang diikat teguh... berdiri


Lafazlah sejujur hatimu
Setulus halusnya budimu
Damaimu sesudah gerimis
Bawa daku bersama meniti pelangi


Ku yakin di sana menanti
Mahligai kencana abadi
Disaluti sutera asli
Selimut cinta aroma harum kasturi

Kasihmu beraja di hati
Kasihku bertahta di jiwa
Walaupun tiada di mata
Cintamu tetap sebati


Sungguh bererti kasih dan sayang
Seribu sumpah kau tunaikan
Cinta berkurun kasih berzaman
Kerana sayang ku turutkan
Guruh di laman umpamanya gurindam
Mengusap di hati yang rawan

hehehehe...sajer jer ni...yangg suka nyanyi silakan nyanyi...
yang tak suka berjiwang abaikan.....
kita semua ada perasaan,kita hormat perasaan insan lain,
Insyallah kita akan sentiasa dihargai
,kerana kita semua tak sama...kehidupan kita lain-lain tapi cinta dan sayang yang akan mengikat kita...
Perasaan aku tika ini.
..AKU?????????..........aku tak tahu....



Rabu, November 11

Musim exam sekarang ni!!!

Seminggu lagi,sekolah dah nak bercuti...dari 20 November hingga 4 Januari 2010
...bab ni yang best jadi cikgu,masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba
...apa nak buat ni???? macam-macam boleh buat,..tunggu jer nanti,tahun ni CM tak kena jaga SPM,hmm boleh cuti sepuasnya,balik kampung yer ,jgn lupa jengguk mak dan abah...


Tapi sebelum tu,sekolah tengah sibuk ,dengan exam,exam akhir tahun untuk tingkatan 4 dan exam SPM untuk pelajar tingkatan 5,mood exam,pelajar pun nampak baik dan tawadduk,kurang sikit hinggar bingar sekolah ni,masing-masing cuba buat persiapan terakhir,musim exam cikgu,reliks sikit,yg reliks yer masuk kelas tak payah mengajar,pusing-pusing kelas,berjalan ke hulu hilir memantau ujian...masa nilah kita layan perasaan,tapi kalau lama sangat mengantuk woo!!!






2 minggu terakhir sebelum cuti,,sekolah CM sibuk dengan exam,gambar atas proses CM menyusun kertas soalan akhir tahun dibilik peperiksaan,Exam final ni,turn CM kena gubal soalan...harapnya budak-budak boleh jawab dengan baik...kertas yg siap dicetak perlu disusun mengikut kelas,dan dilabel mengikut kelas...nampak pulak beg tangan mahaiii tu...hand bag tu asik nk interframe jer!!!


Yang ni cikgu Ismail shamsudin,abang cm ni,nama bapak kami sama,
tapi dia anak mamak Penang,putih dan berhidung mancung
,cm anak mamak jugak tapi mamak melaka,hidung tak mancung kulit sedikit menachi hehehe...
dia meneman CM menyusun kertas sambil berbual tentang rojak pasembor n nasi kandar kat Penang tu...CM enjoy betul kalau orang bercerita pasal makanan,
rasa tak boring langsung,pandai cikgu mail amik hati CM....
Cikgu mail tengah kira formula matematik tambahan untuk diberi pada pelajar
.khusyuk sikit dia tak perasan orang snap gambar...



Proses klip kertas guna mesin..
wowww kt sekolah ni jer yg ade!!!sekolah kak pinat ada tak?????
sekolah lama dulu,terketip2 seharian,
Sekolah baru CM ni,sekolah baru dibina thn 2005,so alatanya advanced sikit,kebetulan dia dekat dgn Putrajaya mewah sikit kemudahan yang ada.
....orang tengah khusyuk buat kerja sibuk nk snap gambar...tak pe arr tak nampak muka..jangan malu ,identiti dirahsiakan...



Budak-budak tengah exam kat dewan.
..baru nak mula belum sempat tido lagi...
All the best dear,dapat A+
cikgu belanja kehenpci kat Alamanda....
Yang depan sekali sebelah kiri,namanya `Panjang`..CM tak ingat nama betulnyer,
satu sekolah panggil dia panjang.Tinggi sungguh budak ni,CM nak tengok dia kena melanggut,,,





Dah siap exam,ni semua untuk cikgu,
tanda jangan tak tanda,
pas ni tidor kertas ,makan kertas,jalan kertas....hidup dalam kertas ...All the best untuk cikgu arr..
tapikan kalau tanda peringkat SPM satu krip RM 5,tu arr duit poket cikgu dimusim cuti,
boleh arr tukar gelang tangan baru....




CM kan!!! masa belajar dulu,musim exam selalu jer kurus,
hilang berat badan
CM kan student sejarah,pengkhususan Sejarah dan Politik,
banyak nak kena baca dan hafal,
Sejarah Eropah,Sejarah Rusia,Sejarah Indochina,Sejarah India,semua tu nak kena ingat...
fuuuuh ada tahap boleh termuntah hijau...waktu exam !!!!siang malam pagi petang CM ni library,
tak makan tak minum,duduk menghafal sejarah....betapa kat situ,
sampailah CM terjumpa `seseorang dilibrary`..
orang tulah bapak pada marwan dan irdina sekarang ni...hehehe
tetiba pulak teringat kenangan cintan cintun....
jangan maraaaahhh!!!!

Isnin, Oktober 12

Jamuan raya kat sekolah CM...

Kalau bercerita tentang Majlis hari raya,CM tak boleh lawan gaya penceritaan dan teknik mengambil gambar sehebat Ayah Zain kita.CM jadi ralit dan teruja nak pi blog AZ untuk mengintai ada tak lagi Majlis Hari Raya yang AZ hadiri .Hehehe sampai ciklie beri award The Most Raya Sakan Person Of the Year pada AZ kita.Gambar-gambar yang AZ snap pun menarik dan makanan yang dia snap nampak begitu menyelerakan.CM ni nak jugaklah bercerita tentang majlis sambutan hari raya di sekolah CM ni...tapi gambar yang CM snap tak sehebat AZ,huru hara jer nampaknya.Majlis Sambutan ini berlangsung hari sabtu 10 Oktober baru ni...meriah jugak hepi pelajar-pelajar sekolah CM dengan majlis ni...ye larr budak dok asrama teringin jugak diaorang nak merasa majlis rumah terbuka.


Afeez kat selayang tu komplen,CM asyik ambik gambar boy jer sampai tak sedar sekolah CM ada jugak girls kat sekolah CM ni...so gambar ni untuk afezz dia pun dah lama tak tengok budak pompuan sekolah menengah.Gambar my girls bergaya manja.Girls sekolah CM semua nyer baik-baik ,polite n lemah lembut.Jarang benar girls buat masalah displin,kebetulan course kejuruteraan banyak terdiri dari pelajar lelaki,budak2 pompuan ni jadi golongan minoriti kat sini.jadi tak bertaringlah diaorang.






Boys camner pun tak boleh tinggal yer afezz,k.mas tetap nak snap gambar diaorang,Pantang di offer pantas mereka memberi kerjasama.Adoii,hemsem-hemsem budak-budak CM bila bergaya dengan Baju raya berbagai kaler,berebut-rebut mereka menikmati soto....



Ok gambar girls lagi...si kecil molek yg memakai tudung hitam itu namanya Siti Aisyah,CM lah guru kelasnya,kecil-kecil cili padi tu,result examnya tak pernah kurang dari 11A,sangat ambitious,work hard dan bermotivasi.Cm kagum dengan semangat budak kecil ni walaupun dia anak seorang ibu tunggal,tiada alasan untuk dia terus maju,Sapa nak wat menantu Cm boleh beri jaminan She is good girl..




hehehehe...sapa ni???ni lah best fren CM kat sekolah..otak dan peragai sebijik sekuman sama,Pn .Hanis ni Guru PJK,tubuhnya `mantap` seperi cutting seorang datin ku gelar dia Datin Hanis,sebagai satu doa,kebetulan suaminya Pegawai Kanan Kementerian Pelajaran di Putrajaya tu,mana tahu masin mulutku betul-betul dia jadi Datin,Yang tak bestnyer hanis gemar memanggilku setiap pagi dengan gelaran "Oh my teddy bear" dan suka peluk CM ni.......mentang-mentang lah CM ni cam teddy bear sampai hati dia...menciii arrr....


Disekolah CM,setiap guru ada 10 orang `anak angkat`yang perlu diberi perhatian dari segi akademik dan sahsiah,kalau anak buat masalah displin ,maknya (guru mentor)akan dipanggil mengadap boss.Yang berbaju coklat kekuningan tu Ashraf dia anak mentor CM,(amboi macam Mentor dalam TV tu)...anak mentor yer !!!Cik lie bukan anak ikan hehehe,,,CM bertuah anak-anak CM semuanya baik-baik,tak pernah ada masalah displin,Ashraf ni sangat sopan budaknya,dia panggil CM mama...hehehe bukan mummy arrr....
Yang tengah dan berbaju merah hati tu namanya Saifudin,pelajar ni rapat dengan CM,selalu datang jumpa CM nk bincang soalan sejarah katanya.Dia jugalah yang pernah meleraikan kerisauan CM pada satu masalah yang sangat besar baru-baru ni,Terimakasih Din ,jasa din cikgu ingat sampai bila-bila..Masalah apa tu???? hehehe ada larr,tak boleh beritahu sini nanti boss terbaca mati lorr...




Tengok arr tak pandai langsung CM nak snap gambar food ni,huru hara jer,sehuru hara hati Cm takut makanan habis kalau sibuk snap gambar,Tengok gambar Az amik bila kat food ,fuuuh tabik spring kat AZ,Cuma nak beritahu laksa tu Panitia Sejarah yang sponsor u.bila banyak makanan sodap mee goreng tak laku nampaknya,cuba tak de yang laib,mee goreng tu lah jadi idaman......pssstt:.5 cucuk sate dalam piring kertas tu CM punya...letak jap nak ambik gambar...jangan kebas arr!!!!!



Tu dia!!!!gulai ikan tongkol lauk nasi dagang,adoi sedap betul nasi dagang tu teringat sampai ke hari ni,banyak lebih gulai tu,CM dan kawan-kawan tapau bawak balik,Yang dalam bekas putih tu pasta,special `air tangan` boss tercinta untuk kami semua..hmm kena rasa tu,sedap you,tak sedap pun kena kata sedap sebab boss yang buat hehehehe.......


        

2 cikgu yang jelita ni..Cikgu Khairunisa dan Cikgu Haslinda,dua-dua English Teacher,my fren ni macam CM jugak,ramah tamah orangnya.Sori arr ,kedua-duanya sudah bergelar Puan....sorang anak ada seorang,yang berbaju pepel tu sudah beranak tiga....





pssst::: inilah sedikit liputan tentang Jamuan raya sekolah CM,ceria-ceriakan wajah diaorang sebab tukang buat liputan ni sangat ceria orangnya....dan sepanjang membuat liputan mereka terasa aura kceriaan,CM tengok semuanya hepi tu.......
Patt!!!! sekolah ko dah buat ker????

Khamis, Julai 30

Sekolahku dah ditutup......nak buat apa ni??



Minggu lepas SMT Kajang diumumkan ditutup seminggu bahana selselma si pinky tu..pas tu dengar berita..SMT Perdagangan Johor Bahru, beberapa buah Politeknik,UITM,Kolej Mara,masing-masing menerima nasib yang sama.


Minggu lepas jugak sekumpulan pelajar dari seluruh sekolah teknik zon tengah datang bertandang ke sekolahku menghadiri Bengkel Teknik Menjawab Add Mate,termasuk SMT Kajang yang telah dikurantin.2 pelajar dari sana pada masa tu,demam panas,terciut rasa hati adakah pelajar ni kena......????,tapi kami semua mem `positif`kan diri..hiss tak de pape kot??..esoknya 2 pelajar tu kelihatan sihat selepas diberi ubat demam.Bengkel tu berlangsung selama 2 hari dan semua pelajar yang datang menginap diasrama sekolah kami yg semua pelajar berjumlah 900 orang tu...



Hari Isnin,masa nak pi kantin aku tengok..hampir 30 orang pelajar menanti bas untuk ke Klinik Kesihatan Salak Tinggi,kelihatan semuanya letih lesu,demam kata mereka.Seorang pelajar menyampuk "Biarlah cikgu,,kena selselma ramai-ramai..sekolah tutup,kita dapat cuti,boleh horey-horey!!!".....hiss bulat biji mataku memandang pada si loyar buruk tu...


"Kamu ni kan mulut tu jaga....tahu tak sakit ni boleh bawak mati!!!!nak cuti punya pasal boleh pikir macam tu sekali...kamu ni sihat bukan nak doa kita semua terlepas dari musibah,boleh doa dapat musibah pulak,pendek betul akal kamu"...suaraku sedikit keras,geram dengar penyataan budak ni!!!nama pun budak!!!pikirpun macam budak..kalau tak betulkan kita pulak jadi budak...


Hari selasa dengar khabar dah 20 orang pelajar kena kuarantin di satu bilik diasrama,termasuk Faiz pelajar kelasku....kamii cikgu-cikgu sedikit cuak..macammana boleh jadi macam ni???...kelas hari selasa berjalan seperti biasa,tapi ada juga dengar ura-ura sekolah kami sekarang dalam pemantauan serius Jabatan Kesihatan.


Pagi Rabu kira-kira pukul 10.30,aku masa tu baru nak mula mengajar di kelas 5 Kejuruteraan Elektrik,baru nak bukak tajuk Dasar Ekonomi Baru,tetiba dengar pengumuman dari pejabat...


"Assalamualaikum kepada semua warga SMTS,....

ANDA DIKEHENDAKI SEGERA KE DEWAN BESAR BESAR AL JAZARI UNTUK PERTEMUAN TERGEMPAR".........


Dengar pengumuman tersebut,aku terus mengarahkan pelajar segera beredar dari kelas,dan bergerak ke dewan besar,di dewan aku lihat ada 5 pegawai Jabatan Kesihatan daerah Sepang,yang memakai mask menutup mulut berbincang dengan pengetua,setelah keadaan tenang pelajar dah berbaris elok,semua guru dah ada di dewan,Doktor Azahar dari Jabatan Daerah Sepang memberi sedikit taklimat.


"kepada semua warga SMTS...dimaklumkan 3 orang pelajar dari sekolah ini disahkan positif HI NI...dan untuk mengelakkan penularan HINI sekolah ini dikehendaki tutup serta merta berkuatkuasa hari ini jugak"..................


Pelajar-pelajar ku bersorak riang,sebagai sebuah berasrama peluang untuk balik ke rumah adalah sangat dinantikan,kami guru-guru kebingungan,ke

Rabu, Julai 22

Minggu koko...dan hari usahawan di sekolah cikgu..

Cikgu membimbing dengan senyuman,harapan besar anak didik mampu beruasaha kerana hidup tak sama seperti impian....aduuh eksyen jer tu..pegang sudip bagai,nak tangkap gambar punya hal..
Pada awal pagi semuanya sibuk dan bersemangat....Azril(baju merah) Pengerusi Kelab yang berdedikasi...Putera pun semangat sungguh..CM bagi arahan tak sudah..

Bahan mentah untuk buat pisang goreng dan cempedak goreng...laku betul tapi tak untung naper yer...?????kos tinggi dan kami jual murah.tak ada otak usahawan pun,jual dengan kawan-kawan depa murah-murah..."kesianlah kawan-kawanlah cikgu "kata depa


Orang kuat persatuan sejarah ni....penatpun tetap mantain n posing...menjeling bagai...
thank u yer... i lap u lah...




datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....