yg sudi bersama cm....

Memaparkan catatan dengan label AKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AKU. Papar semua catatan

Sabtu, November 5

Dear Allah,,Please call me...

Untuk ke sekian kalinya Zulhijah datang lagi....berbahagialah wahai tetamu Allah.




                                  Bumi bertuah yang sentiasa dirindui...
                                              Kedamaian Nabawi meruntun hati untuk kembali ke sini lagi
Berbahagia di syurga wahai ternakan korban



Salam Aidiladha untuk semua
Zulhijjah mengamit kenangan terindah yang tak bisa padam dalam ingatan
mengimbas kelana ibadah saat berada di bumi Anbia
Terlalu rindu pada tanah bertuah itu
mruntun hati untuk kembali menghirup udara suci di sana

Ya Allah,,jemputlah aku,suami dan anak-anak saat tenaga masih bersisa amiiinn...

Rabu, September 22

Mood lepas raya..



cuti raya dah pun berlalu
tapi entah kenapa rasa letih lesu
semua rasa masih sejuk beku...
camner pun di sekolah kn pulun,,,,minggu ni trial SPM akan berlangsung.....
good luck n all the best untuk semua pelajarku..

Ahad, Jun 13

10 tahun yang indah



(pertemuan terakhir group seliaan Prof Aini sebelum kami ditempatkan di sekolah masing-masing)

 12 Jun 2010 adalah
satu tarikh yang mempunyai signifikasi besar dalam hidup saya
Pada 12 Jun 2000,
saya perlu melaporkan diri sebagai PPPS atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di sebuah sekolah aliran teknikal di Selatan Pahang.
Satu daerah yang cukup asing pada diri saya,sebuah daerah yang tak pernah saya kunjungi seumur hidup saya ketika itu,pada tarikh itu juga saya baru sebulan menamatkan final exam Diploma Pendidikan,belum puas bersama ibu bapa dan keluarga telah pun diarahkan bertugas.Kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah kerana berbanding dengan rakan lain saya tidak kenal erti mengangur.


10 tahun dahulu daerah ini sungguh nyaman dikelilingi sungai dan druan air terjun yang indah,hutan-hutan yang menghijau dan waktu pagi adakalanya cukup dingin dan segar hingga mencengkam tulang hitam,tak hairan kerana sekolah pertama saya ini  dikelilingi dengan bukit-bukit yang hijau,pada waktu malam nampak jelas kerdipan lampu dari sebuah Pusat Peranginan terkemuka di malaysia.Adakalanya walaupun sudah hampir 9 tahun meninggalkan daerah ini rasanya ada sesuatu yang tertinggal yang tak mampu saya kutip bawa pergi.daerah ini tetap meninggalkan kenangan yang cukup indah untuk dikenang...

Di hari pertama melapor diri saya perlu mencari tempat tinggal,disinilah saya berkenalan dengan 3 orang sahabat yang menjadi teman serumah saya disini.Ketiga-tiga guru baru yang sangat manis ini berasal dari Kelantan,2 sahabat saya ini lepasan USM dan seorang lagi yang sudah bergelar Puan dan sarat mengandung anak sulung adalah lepasan UIA.Kami bersama melalui susah dan senang, kerana 10 tahun dahulu seorang guru baru yang baru mendaftar  akan diproses gajinya mengambil masa kira-kira 3 hingga 6 bulan,agak malang bagi kami  bertiga kerana kami menerima gaji pertama setelah 6 bulan bekerja tapi dengan jumlah yang tertunggak selama 6 bulan,,wahh kaya.Seingat saya apa yang dibeli untuk saya sebagai kenangan gaji pertama adalah seutas jam tangan yang saya guna sehingga tahun ke 5 saya berkhidmat sebagai guru,tak lupa juga sumbangan untuk ibubapa dan simpanan kegunaan untuk hari bahagia saya.


Di saat ini terkenang juga pada 3 sahabat serumah saya di daerah ini,dua darinya sangat saya rinduiii hingga kini,mereka kini bahagia bersama keluarga, dan seorang lagi biarlah antara kita menjadi teman biasa kerana benar kata bidalan `rambut sama hitam,hati kita mungkin lain-lain`.Dalam mencari keserasian kita mungkin tak terjumpa titik pertemuan akhirnya dia meninggalkan kami bertiga dan berpindah ke rumah lain,,,namun kemaafan tetap mengiringi pemergiannya yang berlalu biarlah berlalu kerana kita cuma insan biasa yang jauh dari sifat kesempurnaan,,apapun yang menguris hati kita,biarlah jangan ada demdam dihati,kita maafkan segala yang berlaku kita halal segala yang telah berlalu, Kini kami semua telah meninggalkan daerah ini bersama kenangan untuk kami kenang hingga penghujung usia.

Di sekolah ini juga saya mengutip pengalaman indah,saya sangat kurang pengalaman ketika itu,jarak usia saya antara saya dan pelajar batch pertama cuma 7 tahun,mereka sangat manis,comel dan nakal,segala telatah dan kerenah mereka tercatat indah dalam diari kehidupan.Pada musim durian pelajar-pelajar ni membawa untuk saya berbiji2 buah durian sementelah ibubapa mereka mempunyai dusun durian yang besar ,Durian Pahang katakan.Orang Pahang sangat baik,mesra dan ramah...itu yang saya belajar dari warga Pahang,hmmm di kantin sekolah menu wajib mesti ada ikan patin ,Pelajar-pelajar ni di hari perkahwinan saya mereka datang beramai-ramai ,tidur di melaka dan membantu ibu bapa saya menguruskan kenduri..oh so sweet!!!
dimana mereka sekarang,batch pertama kini pasti dah berusia 27 tahun,,,dimana pun kalian sekarang dan apapun yang kalian lakukan doa cikgu sentiasa bersama kalian.pada semua doakan saya mampu memikul tugas ini menjadi seorang guru yang amanah pada tanggungjawabnya..Insyaallah..

Isnin, Mac 8

Minggu nii result SPM keluar...

Laporan dari LPM..Result SPM dan STPM akan dikeluarkan pada hari khamis 11hb Mac ni,aduhaii berdebar-debar CM,CM mengajar hampir semua kelas tingkatan 5.Apapun keputusannya...tu lah kenyataannya,moga semua berjaya.Semua cikgu nak lihat pelajarnya berjaya.Insyallah.


(soalan sejarah Kertas 2 SPM 2009...cuba kawan-kawan tengok,boleh tak kekawan jawab????)

Tahun ni genap 10 tahun aku bergelar guru,maknanya dah 10 generasi mengambil SPM bersama tunjuk ajar aku,tiap kali SPM keluar aku pasti berdebar-debar,bagaimana kah hasilnyer,berbaloi kah segala tunjuk ajar ,namun apapun keputusannya kita redha dengan segala ketentuan.Insyallah mereka yang beruasaha gigih pasti mendapat hasil yg baik...Biasanya pelajar yang ku jangka mendapat A pasti mendapat A kerana sebagai guru kita tahu kemampuan mereka,pelajar cemerlang aku tak bimbang tapi yang menjadi kebimbangan ialah pelajar diaras "GA LUS" iaitu diperingkat gagal dan lulus,hati selalu berdebar-debar,aku pasti akan ucap tahniah pada golongan pelajar ni jika mereka berjaya mendapat kredit..

Lokman,Syed Izzat,Meor dan Razif....ni wajah mereka lepas menjawab paper sejarah november lepas.Kata mereka hepi giler cikgu...semua soalan cikgu spot keluar.kami lehh jawabb cikgu!!!!!!..aduuh 4 orang ni selalu buat aku kecut perutt,bukan tak pandai tapi main lebihh,doa sentiasa mengiringi kamu semua...jangan lebih sorakk yer...tapi mereka ni lah pengarang jantung,walaupun notti tapi selalu mennceriakan kelas...

yang ni cool n steady..pelajar-pelajar harapan sekolah,,hehehe,nampak lainkan dr yg sweet n nottii kat atas tu....pelajar-pelajar ni lebih serius ,fokos...cikgu2 tak berapa bimbang golongan yang sebegini..

ni CM masa mula-mula mengajar..training teaching selama 13 minggu di Bukit Bintang Boy School,PJ...masa ni tak biasa lagi dengan skill mengajar,dapat pelajar lelaki semuanya,Situasi ni benar-benar menduga iman dan kesungguhan,masa ni selalu bertanya pada diri...Betulkah aku boleh jadi cikgu???alhamdulillah masa mematangkan...aku kini bahagia menjadi guru..


Doakan pelajar CM semuanya mendapat kejayaan cemerlang,Insyallah...tiada hadiah yg lebih berharga untuk seorang guru selain dr melihat pelajarnya berjaya dunia dan akhirat...

Jumaat, Januari 8

Ketika aku mengajar..


(bersama pelajar 5 perdagangan dan perakaunan)



6 minggu bercuti,
saya kembali mengajar..rindu pada anak-anak semua.
rindu pada gelak tawa mereka,
rindu pada gelagat dan karenah mereka,
rindu pada persoalan dan pernyataan dari mereka.
Anak-anakku nampak begitu bersemangat ceria dan gembira memulakan semester baru persekolahan ,bersama azam baru dengan misi dan visi yg tetap sama menuju kecemerlangan akademik dan sahsiah....

selalunya bila saya mengajar saya selalu terjun ke dunia mereka,
saya kembali merasa diri menjadi muda remaja,saya kembali merasakan saya bagai remaja 17 tahun,yang sedang menimba ilmu,saya mengaplikasi ilmu dan displin sejarah dalam kehidupan.
Saya bergelak tawa bersama mereka,saya melayani segala persoalan mereka.
Saya dan pelajar sangat rapat,pelajar saya boleh share sehingga persoalan cinta dengan saya.

Tapi hormat dan berbahasa tetap menjadi teras dalam hubungan saya dengan pelajar.
Pantang besar saya kalau pelajar mengenepi nilai hormat dan budi bahasa dengan orang lebih tua.
Untuk itu saya akan menghormati pelajar saya,saya jaga bahasa saya,agar ia menjadi contoh pada pelajar.Saya cuba sedaya upaya bersabar dan jangan mengeluarkan kata kesat pada pelajar
Saya akan bertukar karektor kalau saya dapati pelajar mula bertindak kurang ajar,


bagi saya
 biar bodoh dungu,biar miskin papa kedana,biar buruk rupa dan tubuh
 tapi...jangan sesekali sombong dan angkuh,biadap dan kurang ajar,buruk akhlak dan korup iman,
itu pesan saya pada pelajar,harapan saya bila saya dah tiada doa mereka tiba untuk menerangi kubur saya..kerana saya juga bukan manusia sempurna,ketika mengajar saya juga belajar
.....moga ilmu dan didikan saya adalah ilmu yang berkat dan bermannfaat sebagai bekal tika saya menemui tuhan insyallah...

Jumaat, November 13

??????.....

inikah dugaanmu...


Hati pedih menangis
Jiwa ku yang suram
Malam yang panjang ini
Aku bersendirian
Merenung kehidupan
Memikir kesudahan
Pada siapakah hendak ku curah keresahanku

Aku berpaut pada sejengkal tali cuma
Itulah yang ada sementara aku
Hidup di dunia ini
Inikah dugaanku inikah kesempatan
Haruskah ku terus atau membiarkan
Ianya berlalu

Dekat di depan mata berat meluah kata
Terpendam segala apa dirasa sekian lama ini
Apakah kita nanti tiada dapat serasi
Ataukah hanya aku bermimpi untuk memiliki

Kesempatan yang datang tiada ketentuan
Mampukah ku memandang di kejauhan
Tak kesampaian
Sering terbayang-bayang tinggi lagi harapan
Entahkan ku sempat ataupun tidak
Untuk bersama mu

Ahad, November 1

Aku mabok tomato!!!



Salam sayang untuk semua kawan-kawan yang dicintai.Pagi sabtu CM nak try petua kedua dari datin kesayanganku.Malam tadi dah pun menampar 3 kali kanan 3 kali kiri,bergetar pipi tombammmku ni,bangun pagi dah tempeleng kanan dan kiri dengan jumlah yang lebih besar iaitu 5 kali,terus CM jadi pening lalat.tapi demi untuk mencapai kemerahan pipi yang diingini CM relaaaaa....katanya boleh awet muda minum jus tomato ni...

CM dah ada blendeer baru tau!!!!,Cap `hayam` jer,aku beli di Giant,terserempak blendeer stok clearance,50 hingggitt jer,boleh arr...CM tak bercadang nk guna untuk cili,tapi untuk tomato tu!!!! wah bersemangatttt ni!!!

Betul arr geng!!tomato adalah sejenis sayuran yg murah ,kaya dengan vitamin C dan bersifat anti oksida(bila anti oksida tu maknanya anti penuaan lah kan????}tomato jugak anti kanser,kita ni orang pompuan macam-macam kanser yg cukup digeruni.breast cancer,servik cancer,blood cancer dan macam-macamlah)CM pun beli lah sebungkus tomato segar di Tesco Puchong untuk tujuan buat jus.Cm nak cuba arr,umur dah 30an ni kena arr care sikit pasal kulit dan kesihatan,CM ni tak de apapun amalan tersendiri pasal jaga kulit,cuma Alhamdulillah CM punya kulit bukan jenis kulit berjerawat,tapi sedikit `menachi`..kalernya..so nak try amalan datin ni,datin memang awet muda..




Wahhh siap dah jus tomatoku,jus tomato jugak sejenis minuman detox atau peng nyahan toksid dalam badan,3 biji tomato bersaiz kecil boleh menghasilkan segelas kecil jus tomato..hmmm boleh tak ku minum ni?????mungkinkah rasany sesedap nasi tomato,atau ayam masak tomato....?????



kata datin hampasnya boleh dibuat masker,untuk dijadikan agen pemutih semulajadi,wah bestkan??kalau makku dia masukkan belacan bakar,cili padi ,garam dan sedikit gula jadilah sambal tomato.Aku try arr minum segelas jus tomto ,tapi uweeeeekks,u wekkks,rasa mau terkeluar isi perutku,tapi??????? kenapa arr,????seminggu dua ni,mudah benar aku ter uweeeek,u week,aku asyik pening lalat,lalok,lupa tu,lupa ni....sakit apa ni??????oh tidak!!!!!nungkin tidak!!!!!mungkin aku mabuk tomato jer.......

Selasa, Oktober 27

Aku yang pelupa dan selalu bertemu dengan orang yang baik......



Adoi,tak tau arr,nape lah semenjak dua menjak ni pelupa aku datang balik,aku sedar kalau aku mula lupa tu,lupa ni,tu satu signal ada satu yang tak kena pada,emosi dan mental aku ni.Bila berada dalam keadaan stress apa yang ada ditangan pun aku boleh lupa.2 hari 2malam aku cari cameraku,entah mana dia menyorok,puas aku mengingatnya.last digunakan masa upload gambar untuk tajuk diet tu,aku buat semua tu dibilik anak sambil meneman mereka tido,seingat aku ,aku letak ditepi my lappy di atas meja sisi di dalam bilik.camner boleh hilang?????budak-budak ni main ker.bila tanya kata tidak mereka kata tidak??hubby ambik,tidak mungkin,dia tak tahu guna dan tak pernah ambik tahu hal camera tu,orang masuk rumah ker?tak mungkin kerana barang lain tak hilang aku pasarah,setelah dua hari aku mencari aku redhakan pemergian camera tu,mungkin tak de rezeki,tapi separuh benggong memikirkan camner boleh hilang??mahai jugak beli tu,kalau tak silap rm899,masa tu si Pentax tu baru keluar jenis begitu..


(jangan cuba call number tu,sudahku ubah suai,silap2 dijawab oleh meenachi)


 Pagi ahad tu,aku keluar untuk ke kedai ,tiba-tiba mataku menangkap satu nota yang diselit diwyper keretaku,apa tu????Ya Allah terharunya aku dengan kejujuran insan ini.....dalam hidupku ni aku selalu bertemu dengan insan yang baik,aku pernah tercicir purse,tapi dipulangkan oleh seseorang..
Alhamdulillah syukur nikmat ......perjalanan hidup yang aku tempuh ni,aku belum lagi bertemu dengan orang jahat.Sesungguhnya aku mohon aku dijauhkan dengan manusia yang jahat.Berbalik pada nota tadi,aku terkesima ,pelik bin ajaib,macamner camera ni ada diluar rumah?camner orang ni tau aku pemilik camera tu?oh mungkin dia tengok gambar dalam camera tu.....aku tetap yakin aku tak bawak keluar camera tu keluar dari rumah..aku tetap pelik...


sepantas kilat aku call number tu,satu suara lembut kedengaran dihujung talian,aku terang tujuan menelefon dan dia bertanya jenis camera yang aku hilang,aku beritahunya brand Pentax,dia mengesahkan kebenaran dan meminta aku datang ke apartment yer di blok F (aku tinggal diapartment sekarang ni,,belum pindah rumah baru lagi.......).Aku sampai dah memberi salam,keluar seorang gadis yang sungguh cantik berkulit cerah bersih,baik sungguh budak ni,cukup pakej dirinya,cantik jujur dan begitu lemah lembut,aku mula bertanya macam wartawan pencen,Gadis ini bernama Balqis,Balqis beritahu camera ni jatuh dari hand bag ku waktu pagi Khamis di parking kereta,dia cuba panggil aku,tapi aku dah memecut laju,biasa arr pagi-pagi biasanya kelam kabut.laa aku simpan dalam hand bag camera ni rupanya,aku tak boleh ingat langsung.Aku ucapkan jutaan terimakasih pada Balqis,terharu rasanya nak belanja anak dara ni makan Pizza Hutt,berkali-kali aku mengucap terima kasih,lembut dia menolak.rasa macam nak hantar sesisir pisang padanya tapi takut kelakar pulak.Aku doakan dia, sejahtera dunia akhirat...








Kesimpulannya aku sekarang semakin pelupa,2 bulan ni aku dah terhilang 3 benda penting,tapi ketiga2 benda ni ditemui semula,seorang kawanku kata aku ni `clumsy` apa tu?? tu kata omputih,org melayu kata kelam kabut,tu ada kismis dari makkah,pemberian seseorang padaku,aku kena makan 11biji sehari,ikthiar agar otakku `mantap` semula......baca doa agar aku tak lupa lagi.......tak careless lagi!!!!insyaallah!!!

Ahad, Oktober 25

Ini cerita orang pompuan yer!!!!



Ok,ni cerita orang pompuan,kalau kawan-kawan CM yang lelaki tu nak baca,bacalah,tapi anda hanya dibenarkan senyummmmmm,gelakkk kecil dan diizinkan komen,tapi jangan sesekali mengutuk...

Sebut pasal diet ni,rasa dah letih dah dengar perkataan diet...kata si timah dah 1003 kali mencuba tapi gagal dan separuh jalan.Dalam sejarah diet ,aku dah berdiet sejak dari sekolah menengah lagi,walaupun bukan katogeri gemok dan gempal pada masa tu,tapi diriku bukan selim melim macam Mrs popeye..diriku sedikit chubby dan sedikit gebu...hehehe,,tapi comel dan cute ...hehehe bukan perasan yer...memang betul kan pattt?????


Kejayaan terbesar ketika berdiet ialah 3 bulan sebelum bersanding,Aku berjaya mengurangkan 10kg demi untuk memakai kebaya songket dan tak mahu lebih besar dari sang suami,Fuyooo di alam pertunangan hati sedang berbunga,perut selalu kenyang.Kalau makan dengan tunang sepinggan nasi goreng kampung suku jer boleh habis,yg lain tu tunang habiskan...sekarang ni..suami makan siap pesan "abang jangan habiskan mama nak tu",,hehehe,,hilang sudah control ayu,control segala control.Sampai bila bersanding tu ramai yg tak percaya betapa slim jer aku,sang pengantin lelaki tu boleh bisik kat pengantin perempuan ni "amboi macam tak percaya jer tengok awak""hehehe cantiklah tu....."tu ayat2 orang baru kawin"...faham-fahamlahkan...

Macamana boleh berjaya,???entahlah rasanya dah tak berapa ingat,aku tak makan nasi waktu malam dan hanya makan sekali sehari waktu tengahari.Dan dua minggu sebelum kahwin aku kena demam yang paling teruk dalam sejarah hidupku,Alhamdulillah tak ditahan wad,aku dijangkiti premonia atau jangkitan kuman pada paru-paru.2 minggu aku lost 5kg,cengkung mengkung muka ini....



Pas 3 bulan kahwin baru merasa berat yg begitu comfortable,aku disahkan pregnant,aku kembang sekembangnya,bagai kembang semangkuk,bagai bluehypo dengan kenaikan berat badan sebanyak 23kg,fuyooo.Tak tahu camner boleh jadi macam tu,???yg aku ingat masa tu my paberet masa mengandung ialah coklat yg berbentuk bulat cam farierer rosell,(Betul ker ejaan ni) coklat bar tak main,coklat tu mesti bulat cam coklat dindang ker,koko jelly ker,hehehe..ragam orang mengandung sulung,mengada-gada jer lebih,masih dimanjakan masa tu,suami layan macam baby kunun-kunun yer...


Pas bersalin dan berpantang,aku turun 10kg,tapi aku ada lebihan 13 kg lagi untuk kembali ke berat asal,berat zaman kegemilangan,tapi masa tu tak boleh berdiet sakan,kena makan makanan berkhasiat ,kita menyusukan anak,bila breastfeeding ni perut selalu jer lapar,kadang-kadang boleh makan dua kali ganda banyaknya,hehehe alasan jer tu (angelina Jolie tu boleh jer kurus) pas beranak kembar lagi.....Lepas tu rezeki Allah siapa yang tahukan,baby baru 7 bulan,mama sudah loya-loya balik,hehehe ampuuuuun,subur dan segar nak buat macammana yer,?????ni pun rezeki dari Allah,tak pandai lagi nak merancang masa ni...apapun Alhamdulillah 2 tahun kawin aku miliki sepasang putera dan puteri...


Masa mengandung anak kedua,sekali lagi aku mengembang,kalau abangnya aku naik 23kg,adiknya aku naik 20kg walaupun cuba mengelakkan makanan yang manis,tapi masa ni aku gila makan buah tembikai dari 5 bulan mengandung sampai nak bersalin,setiap hari aku menuntut suamiku membelikan sebiji besar water melon yg merah menyala untukku,nilah ragam tekak orang mengandung,akhirnya badanku besar kembang macam buah tembikai rasanya,dan irdina dilahirkan secara pembedahan kerana kedudukan yang melintang..


Pas bersalin anak kedua,adoi sangat tak selesa dengan berat badan yang sangat lebih,register kelas erobik,mak oii letih yer rasa nak pengsan,sekat makan pun tak jadi jugak,nak cuba pil-pil pelangsing anakku menyusu,akhirnya aku buat satu tekad aku pi try slimming centre " SLIM WORLD "..tempat erra fazira dengan Ziana Zain tu di Legend Hotel KL masa tu,jgn ditanya berapa harganya???? ,untuk turun 5kg boleh pinang sorang anak dara,pas tu dia punya menu diet,Ya allah,tak mampu rasanya nak follow!!!!,my husband kata..semua ok,tapi guna  duit sendiri yerr,orite boss.


So berkesan tak???hehehehe..i lost 7kg,tapi naik semula selepas ubah cara makan dia....diet memang memerlu pengorban.U all tahu tak??my fren kt sekolah spend RM11 ribu untuk turun 15kg,di bizzy body slimming centre.I pernah tanya cost di London Weight Management,mereka nak rm 24k untuk semua pakej pelansingam,Mayfair slimming centre sekitar RM 7ribu,mak oii,begitu mahal harga lemak kita.Ada tak orang lelaki nak buat semua ni untuk kita.Aku tak heran orang pompuan sanggup mati untuk cantik.Dalam sejarah Cleopatra pernah berkata "BEAUTY  IS POWER....padaku bukan nak cantik sangat,tapi bimbang kite berpenyakit...kalau sakit sapa nk jaga anak-anak,suami boleh cari mak yang lain..


Sekitar 2007,akibat stress kerja n life ,aku turun 8kg,,aku memang tak mau makan langsung masa tu,suamiku sampai risau,dia beli macam-macam my paberet  food masa tu....tapi sori i hilang dah selera.....then masa berlalu semangat datang kembali,selera makan kembali pulih,tidur kembali lena,aku mengembang semula hehehehe...sampailah ke hari ni,bulat dan gebu sana sini...kalut malut nk diet semula....



P/s ::::.....nilah kisah aku dan diet ni....khas untuk si fatimah yg sedang bersemangat giler tu!!!!yg penting abang timah sayang kat timah yer,takut dia cari lain????hmmm nora danish pun kena cerai,erra fazira pun pernah bercerai,arni nazira pun suami cari lain,apapun sayangi diri kita,tak cantik wajah tapi aura dan kasih sayang boleh atasi segalanyer...ok timah,timah tetap cun macam 15 tahun dulu,MISS SHARODZ INTERNATIONAL...hehehe kalah carie,lynn,seriwani,fauziahtun,asyhura,zureen,tapi SI MAS tetap ayu mayu kan???wakakakaka..sayang patt,i lab bieuuu.....

Jumaat, Oktober 23

"Aku selalu dipujuk rayu"....



Cikgu H baru disahkan pregnant 2 bulan,mengidam sungguh nak makan sate
Kajang,dia pun jenis suka belanja kawan makan,diusha yer kami pergi menemankannya....."
""i diet lah hana..."rosaklah cam ni,...bilanyer i nk kurus ni...???""
""Please lah mas!!!tak bestlah you tak de,please for our freindship.dan kalau u tak pi kami semua tak nak pi!!!!..adoiii!!!! ,maka rebahlah aku dalam belaian kasih Hj Samuri...cair mair diriku bak ais di tengah padang pasir...hahahaha



Dapat call ni. dari hubby..."Yang tak payah masak,kita makan luar,teringin nak makan ikan kerapu sweet sour lah  lama dah tak makan ni!!!..aduhai aku baru bercita-cita nak skip my dinner malam tu.....
."laa kite diet la bang..."
..tak payah diet arr,bini abang jugak."""..
aduhhh ayat apa ni!!!kalau nak diet ,diet esoklah..suamiku memujuk rayu. ...,hehehe......maka lembeklah aku bagai agar-agar buah!!!tak daya menahan renungan syahdu ikan tu...bak kata Elaira "for me ..diet always waiting tomorrrow".....


Anak daraku dah 2 hari tak mahu makan nasi,makan biskut,roti dan buah...dina memang tak berapa gemar nasi,meragam dua tiga hari ni,tak berapa sihat tu!!!!katanya "Mama dina nak makan Chicken Chops...please mama!!!...yang sorang ni peragainya selagi tak dapat,tak akan putus asa memujuk rayu...aku pun kesian sungguh bila dengar anak nak makan,dulu aku susah,adik beradik ramai.apa yg mak masak itulah yang kami makan.Chicken Chop ni dah kerja baru merasa makan agaknya...Maka ku tunaikanlah hajatnya......"how my diet??????????????....hehehehe percaya tak aku hanya order salad jer...caya tak?????



Beginilah keadaannya...makin kita berazam,makin kita diganggu gugat...letihlah macam ni...
jeless kat ciklie tu.....please leave me alone...hehehe !!!sekarang sapa yg salah??????
Mereka dan keluarga mereka kan!!!!!!!!!
hehehehe......"ADA PULAK SALAHKAN ORANG"......



P/s ::::GENG BAGI CM MOTIVASI SIKIT......................

Khamis, Oktober 8

Terima kasih atas kasih sayang semua....




Terima kasih sayang atas segala perhatian dan cinta......CM tak da apa-apa pun cuma sedikit kekalutan dalam hidup,ada kala hidup ni selalu menuntut pengurusan  yang baik.Bagaimana hidup yang Allah anugerah ini kita uruskan dengan baik,teratur,cuba untuk menjadikan ianya sempurna samada dari soal dunia mahupun soal akhirat.


CM ada satu perasaan pelik dalam diri,iatu selalu merasakan orang yang tak sayang pada CM,selalu bertanya pada diri "dia tu sayang kat aku ke tidak"???samada orang terapat,pelajar,kekawan,boss dan lain-lain..tapi CM tetap senyum dan cuba untuk bergembira seboleh mungkin dalam meneruskan hidup.CM selalu berdoa agar dalam hidup ini CM mampu membahagiakan orang lain,memenuhi  harapan orang,menyayangi insan lain,mencurahkan kasih sayang dengan ikhlas tanpa jemu dan ragu.CM sayang u all semua,terima kasih atas kasih sayang ,perhatian,kasih dan cinta.Walaupun kita tak pernah bertemu,bertentang mata,tapi di alam maya ni.CM dapat merasakan kasih sayang u all semua.Kasih sayang yang ikhlas adalah kasih sayang yg dapat dirasa,Jeritlah pada satu dunia anda cintakan seseorang,tapi jika tak ikhlas,berbaur dusta dan niat serong,kasih itu tak mungkin dapat dirasa....................... l love u all so much..... cm sempat lah wat entry ni dalam menunggu waktu kelas tambahan yg akan bermula 10 minit lagi...sibuk sangat sekaranggggg....SPM dah dekattt)


P/s..hehehehe,,CM suka interframe gambar lama sbb sekarang senyum CM dah kelat,masam-masam manis wakakakaka,,,betul tak Patt???

Isnin, September 14

Keluhan seorang teman...


Baru-baru ini aku menerima panggilan dari seorang sahabat lamaku ketika di universiti,kami sangat rapat,makan bersama,ke kelas bersama,bergurau,menangis,berjaga malam bersama..segalanya seperti adik beradik,hubungan kami sangat rapat bagai isi dan kuku,aur dan tebing.
yah.!!!!!.(dia memang suka memanggil aku dgn nama yah,,kependekkan dari suria)...kau teruklah langsung tak ingat aku""...keluhannnya menusuk di pendengaranku...
"la sapa kata tak ingat,???sibuklah dari hari ke mari nak telefon,tapi selalu aku terlupa""
...aku membela diri
"ye lah tu,alasan jer"...nada temanku seperti merajuk,
dan lama kami berbual,bertanya hal kerja,anak-anak dan perancangan hidup masing-masing,Hanya berbual di talian tanpa boleh melihat renungan lembutnya,senyum manisnya dan mimik wajahnya,dalam pada itu terasa begitu rindu pada masa lalu,zaman kita boleh kita katakan zaman kegemilangan,zaman itu akan lebih banyak masa kita di habiskan bersama kawan,sahabat dan teman.kita pasti ramai kawan sepanjang kita meniti kedewasaan,
P/s : Masa aku tapi n3 ni dah nak pagi pun.....kepalaku dah sebu,apa yang ingin sampaikan ialah
....hubungilah teman-teman lamamu,ucapkanlah SELAMAT HARI RAYA...mereka pasti bangga atas ingatan tulus ikhlas dari kita,aku cuma mahu mengaitkan cerita di atas sengan ucapan Selamat hari raya.Berfikir sejenak dimana perginya teman sekolah rendah,menengah,kolej,tempat kerja dan kenalan lama mu,Jejaki mereka dgn ucapan penganti diri...

Khamis, September 3

Jawapan Surat Cinta....

Pagi yang indah dan bersemangat,aku bangun dan bersiap ke sekolah dengan memakai baju yang ku rasakan paling cantik dalam koleksi.Sepasang kurung batik berwarna grey silver ku sarungkan untuk hari ni,ye la nk jumpa boss dari mata ke mata,surat semalam perlu diserahkan dengan tangan.Jawapan lengkap dah pun kusediakan petang semalam.Terpulang pada boss untuk mempertimbangkan...aku pasrah....
Dari pukul 7.30-10.00 pagi aku ada kelas...so hanya berpeluang bertentang mata dengan boss ku yg segak tu selepas pukul 10 pagi,aku rasa cukup berdebar sepanjang berada dalam kelas.Rasanya dah hampir 2 bulan tak masuk pejabat boss,sebab tiada apa-apa yang perlu.Pagi tadi ternampak boss .boss pakai baju batik hijau muda yang cukup ceria,nampak senyum jer...hmm ni petanda baik...
"tok,tok,tok"...aku mengetuk pintu bilik boss,dadaku cukup berdebar,pelbagai ayat dah ku baca..3 qul,selawat shifa`dan apa-apa ayat yang terlintas,aircond office terasa begitu sejuk,jari jemariku kecut rasanya,gigiku dah kebas..hehehe....kenapa pulak aku terasa begitu takut ni??????????
"Masuk!!!"...suara garau,kedengaran dari dalam....aku menjengguk kepala dan memberi senyuman termanis rasanya lebih manis dari sekilo gula....kami berbalas senyum,alamak senyum boss pun tak kurang manisnya,rasanya lebih manis dari biasa....ada apa-apa ker ni??????
"Duduk Pn.Mas".....mesra suara boss...aku mengangguk,senyumku masih meleret....
"hmm..apa khabar???"....alamak boss tanya khabarlah...diakan boleh tengok aku sihat sejahtera ni!!!!!
Baik,sihat....aku menjawab pertanyaan boss....
"Ok Pn.Mas,u taukan kenapa i panggil u.??....fuuh nada `keketuaaan`dah pun keluar.aku dah kena ready...
"yup boss..".aku mengangguk.....sambil tanganku menghulurkan surat cinta berbunga kasih yang diterima semalam.....dia mencapai dan meneliti isi surat tanpa suara....aku rasa macam mula nak berpeluh..fuuuh,lutut dah ketaq......
"Boss!!!sebelum boss cakap apa-apa saya mohon maaf ....saya tahu saya salah dan saya akan cuba sedaya upaya untuk baiki keadaan ni,tiada guna saya nak mencipta pelbagai alasan untuk melindungi diri saya... itu bukan cara saya.Saya mengaku kelemahan saya,dan saya memang patut menerima surat tu....suaraku bergetar dalam membuat pengakuan....rasa ego ku lempar jauh-jauh,dihadapanku adalah seorang ketua yang perlu aku hormati......
Pn.Mas...listen to me ....(alamak dia cakap omputih lah...speaking london)
Kuasai..Time Management skill...and please remember
"IF YOU FAIL TO PLAN....YOU PLAN TO FAIL...
..fulamakkk,boss bagi ayat power!!!!berdesing telinga rasanya.....yo lah boss...aku salah!!..
You are very good teacher...i dont have any problem with your performances,students like you..BUT!!!!!!!
(fuuuh tak payahlah sambung.......aku tahu tu..huhuu...)......aku senyum nipis...
You ada potential untuk ke depan(dia cakap melayu balik)...last year i dengar you dapat anugerah Guru Terbaik Keseluruhan untuk SPM 2008 di sekolah lama you.you pun bukan cikgu baru yang tiada pengalaman..tahun depan dah time base,jangan jadikan kelemahan ni sebagai penghalang kejayaan.You boleh berubah dan boleh maju ke depan(aduuuiiii......)ni mula dah tazkirah pagi ramadhan....
"Dicpline is very-very important (alamak macam pernah dengar jer)...kuasai yer
My bos ni baru 43 tahun,dia memang hebat usia baru 40 tahun dia dah jadi Pengetua,dia antara pengetua termuda di Malaysia yang kebanyakkannya berusia 50 tahun ke atas,ramai menjangkakan dia akan jadi somebody di Kementerian dalam tempoh 5 tahun ni...
Aku keluar dari biliknya selepas 15 minit yang hangat...dengan semangat baru...jiwa yang lebih besar dan hati yang lebih lapang...aku perlu berubah demi masa depan yang lebih gemilang....kita perlu anjakkan Paradigma.tak boleh duduk di takuk lama..bagai katak bawah tempurung....
Geng!!!!bukan surat naik gaji,naik pangkat,tunggakan gaji,dan surat apa kenaikan.Betul kata tanpa nama....SURAT TUNJUK SEBAB.....apa salahku?????? tak payahlah hang pa nak tahu,!!!!yang pasti aku tak merompak,merogol .memberontak ,mendera,menampar budak atau apa-apa kesalahan mandatori,cuma sedikit terpeliut dari segi pengurusan masa.Apa salahku??????????...nak teka ker????hehee.....senyuuuuuuuummmmmmmmmmm,demi masa depan...

Rabu, September 2

Sepucuk Surat Cinta....

(My dream car.....sebagai cikgu sekolah gomen takkan aku nak berangan Mecd.Brabus,GMC,
BMW 7s.........memang jauh dari kenyataaan...jadilah Honda CRV ni........  untuk ku angan-angankan dan mungkin best untuk dibuat ala-ala Impak Maksima.....   
                     
Pagi yang ceria,cuma sedikit kelam kabut kerana keluar rumah sedikit lambat,apa lagi mulalah menganas di jalanraya....mantain dilorong laju...dengan kelajuan tak kurang 120kmsj,fuuuh tak ingat dah orang tersayang,yang ingat perlu sampai ke sekolah sebelum pukul 7.30pagi.Aku ikut jalan shortcut Putrajaya Kajang melalui PICC ,jalan tu banyak membantu menyelamatkan keadaan,boleh menjimatkan masa 5-7 minit.Boleh dikira dengan jari kenderaan melalui jalan tu,
Alhamdulillah aku sampai ke sekolah pukul 7.28 pg,berlari-lari ke pejabat sekolah untuk thumb print(punchcard).Pintu pejabat ku tolak ganas..puuup toing,toing..tetiba terjengguk muka my boss dari pintu tu nasib baik tak berlaga hidung "Assalamualaikum bos"..aku menyenggih..."Waalaikumsalam..hmm baru sampai..????"...bosku menegur,mukanya kelihatan serius,lelaki yg berusia 43 tahun ni kelihatan segak dgn kot hitam lagak mahu menghadiri mesyuarat rasmi...
Aku senyum, mengangguk dan segera berlari ke komputer untuk thumb print...fuuuh lega !!!!!!tertera 7.29 pagi....selamatttt....
Tiba-tiba,,,aku ditegur oleh PT sekolah...."Pn.Mas,......tolong tandatangan penyerahan surat ni"!!!!!
"Surat apa pulak ni??????...aku meninjau ke himpunan surat yang ada ditangan Pn D,Pembantu Tadbir sekolah."Bacalah sendiri.....mesti hepi bila dapat surat ni,hehehehe...dia gelak kecil sambil menyenggih"...fuuh aku menandatangi ruang namaku,dan menyambut surat misteri tu dengan perasaan berdebar.....
Aku terus membaca,fulamakkkkkkkk.......memang hepi.!!!!!!..tetiba sakit gigi ku datang balik,aduiiiiiiii,sakitnyer,esok surat jawapan mesti ada kt meja boss......hmmmm surat apa ekk????....nak tahu ker??????,hmmm tak yah lah tahu,kalau tergerak hati geng nk teka.......,tekalah!!!!!(pada yang dah `tertahu`tu...please jangan pecah lubang arr)

Selasa, September 1

Hari ini CM sangat hepi...nak tau kenapa???????

Bismilahirahmanir rahim.................dengan bangga nya CM nak beritahu...hasil usaha gigih tak kenal jemu......akhirnya...HARI INI DALAM SEJARAH.........................................................



DIRIKU TELAH BERJAYA
MEMBUNUH BUAYA YANG BERTAPA DI RUMAHKU SELAMA BERBULAN-BULAN
DAN MENGIKUT SEMUA FOLLOWERKU DI MANA MEREKA BERADA....
CHE PIT,CHE LI..APIZZ,TIKA, NOOR,REZEKI.AYAH ZAIN,HANIS,CIKGU AIDIL,EN MIE,ASNIJA,DR CHENTA DAN LAIN-LAIN YG SANGAT KU CINTAI.................
AKU BUKAN LAGI RATU BUAYA,
HEHEHEHE...
 UCAPKAN TAHNIAH,
DENGAN DARAH DAN AIR MATA
AKU BERJUANG
MEMBUNUH BUAYA ITU................

Aduhai..sakitnyer...






Ku duduk....sakit
Ku baring....senggal
Ku jalan.....ngilu
Ku nganga...pedih
Ku katup... perit..

ADUHAI DAH SEMINGGU AKU MACAM NI...TAPI 2 HARI NI PALING TERUK...AKU TAK BOLEH MAKAN,MINUM,BERBUKA PUASA PUN DENGAN BUBUR NASI.........
Tak boleh mengunyah makanan langsung,walaupun selembut telur dadar rasa nyilu yg amat sangat...sebab kena makan jugak,aku cuma mampu menelan...sebijik cam ular sawa...hmmm aku jadi `hangin`......bila sakit cam ni, Sebenar nya....aku jarang sangat kena sakit ni,adalah sekali lepas bersalin anak ke dua 6 tahun dulu....,besok sekolah camner nak mengajar ni.???..hmmm nasib baik budak form 5..trial SPM esok...just jaga exam jer
Aku mengadu pada suami....
"Bang ...sakitlah ,,tak boleh makan langsung,dah dua hari makan bubur nasi jer"
...aku mengadu kunun-kunun nak bermanja....
tahu !!!!!apa jawab dia.....?????
"hmmmm eloklah nanti ayang boleh kurus..."
.....perrrgh menyirap darahku yang tengah tersirap ni..ada ker patut macam tu jawapan dia....fuuuh nasib baik suami...kalau adik ker,kawan ker.??????..ada jugak yang kena kungfu.......
Adey,aduiiiii,CHEQ SAKIT GIGI.........LAH GENG....

Sabtu, Ogos 22

Aku,Impian dan Ramadhan

Terima kasih Tuhan...Aku Pernah Menjadi Tetamu......
Rezeki dariMu.....aku titipkan untuk anak-anak buat masa depan mereka..........


Aku sangat mencintai kerjaya ini.....Aku seorang Guru.......

Di sinilah....impian-impianku terlaksana...



Cinta hatiku.........wahai anak-anakku.....


"Aku menulis untuk diriku'....
ungkapan ini amat aku kagumi.Ungkapan yang aku temui dari seorang pemuda yang tersendiri yang kukenali dari dunia maya ini.Dari ungkapan inilah...aku menulis sesuatu tentang Aku,Impian dan Ramadhan.....
bukan berniat membangga diri,mencanang segala nikmat yang Allah beri tapi sekadar memuhasabah diri adakah aku tergolong dalam kelompok yang bersyukur???


Seorang Aku....


Aku halusi perjalanan hidup ,
dari kecil walaupun bukan datang dari keluarga berada,tanggungjawab kedua ibu bapa membolehkan aku membesar dengan sempurna.Disayangi dan diberi pendidikan yang sewajarnya diterima oleh kanak-kanak seusiaku.Melihat kemelaratan kanak-kanak dinegara miskin,membuatkan aku rasa tersangat bersyukur aku tak pernah berlapar,aku tidak melarat,aku membesar dengan penuh kasih sayang .Pendidikan tak pernah ibubapa ku abaikan.



Ketika Remaja..


Aku seorang yang bercita-cita tinggi,
abahku selalu menegaskan segala keinginan akan dapat dicapai dengan kemahuan yg kuat.Bukan terlalu cemerlang tetapi daripada sudut pencapaian akademik,aku masih lagi boleh dibanggakan.Aku ingin bersekolah di sekolah Asrama Penuh,aku dapat akhirnya.Aku ingin cemerlang dalam SPM,dengan grade satu bawah 15 agregat,aku capai akhirnya,Aku ingin ke luar negeri,paling tidak ke Universiti terbaik Malaysia UM pada masa tu,aku dapat juga ke sana...
.aku lalui kejayaan demi kejayaan tanpa kenal erti gagal,
aku tak pernah rasa gagal.
.walaupun satu paper pun ketika belajar,
Perjalanan hidupku lurus....


Ketika ini juga aku mula merancang perjalanan hidup sebagai seorang wanita,
aku ingin mempunyai seseorang untuk disayangi ketika berusia sekitar 23-25 tahun,
Yup dalam usia 23 tahun aku menemui seseorang,he is my first love....aku tetapkan ciri yg ada...berkulit cerah,mempunyai senyuman yg manis,bijak,,,dan bla-blah..sekali lagi Allah menunaikan segala ketetapan tu,walaupun ada beberapa ciri yg sangat lari dari kriteria yg aku ingin,namun dialah yang Allah pilihkan untukku....
"Dia tetap lelaki yang baik"....


Diusia 24 tahun
aku menamatkan pelajaran di peringkat Ijazah,
aku tak kenal erti menggangur dan bertungkus lumus mencari pekerjaan.
Tahun akhir lagi aku dah berjaya menyambung pelajaran untuk melayakkan aku menjadi seorang guru,
Tamat sahaja final exam,aku dah dapat tawaran penempatan di Pahang...
segalanya berjalan dengan mudah..Allah maha penyayang..aku capai segalanya tanpa perlu bersusah payah...
Sebelum berusia 25 tahun aku ingin berkereta sendiri,
aku penuhi keinginanku itu....
di satu hari di bulan ramadhan....
Diusia 25 tahun,
aku rasa sudah masanya aku bergelar seorang isteri.
Cinta hatiku tak sabar untuk kami hidup bersama.
Alhamduliillah,ibubapa merestui hubungan kami,dan kami diijabkabul dalam satu majlis yg sempurna.
Impian seterusnya ku bisik pada suami,
aku ingin memiliki sepasang cahaya mata diusia sebelum 30 tahun.
Maha suci Allah,aku dikurniakan seorang putera yang gagah perkasa sebelum setahun usia perkahwinan kami,
dan setahun selepas itu lahir seorang puteri yg comel dan bijak....
Subhanaallah...segala impianku terlaksana dengan mudah,
aku sangat bertuah....
Sebagai seorang yang dah berkeluarga,
aku tetapkan sebelum aku berusia 33tahun aku perlu ada rumah sendiri yang aku beli dengan titik peluhku,sebagai jaminan masa depanku.
Tanggal 15 ramadhan,November 2006 aku membeli sebuah rumah,bukan mahligai indah tapi terlalu cukup rasanya untuk aku berlindung bersama keluarga tercinta.
.......kini.....
Aku memiliki kerjaya,keluarga.
dan aku terus melakar impian,
aku ingin sekali ke Tanah suci sebelum 10 tahun aku bekerja.
Allahuakhbar.
tanggal 24 Mei 2008,
Aku dijemput Allah ketika tu aku berusia 33 tahun,8 tahun aku bergelar guru..aku menunaikan Umrah,menyerah diri pada Allah......
Bagiku hidup ku sempurna.......
Kini aku meniti kedewasaan,
Andai dalam perjalanan ini
aku diduga dengan dugaan yang terlalu besar,
Ujian dari yang maha Esa,
Aku mesti menetapkan pada diri
""bahawa bukan semua impian,keinginan,kemahuan,kehendak kita tercapai dengan mudah"""
,aku perlu muhasabah diri,
pandang ke belakang,
saksikan catatan sejarah bahawa aku terlalu bertuah dalam meniti hidup sebelum ini.
Aku berpelajaran,berkarier,berkeluarga....
Kenapa aku perlu menangis,
bersedih dan kadangkala menyalahkan takdir andai keinginanku tidak tercapai
,impian hidupku dingangu gugat...
aku masih lagi insan bertuah,
jika aku banding dengan wanita lain yang lebih sukar perjalanan hidupnya...
Aku sebenarnya terlalu takut untuk gagal,
kerana aku tak pernah rasa erti gagal,...
."DARE TO FAIL'.
.tiada dalam kamus hidupku....
kini,
aku menyedari keberaniaan sangat penting dalam hidup,
Untuk berani kita perlu gagal....
seorang sahabat yang berhati mulia menyedarkan aku perkara ini....
dengan tulus ikhlas dia memberitahu sebenarnya
aku ni..."PENGECUT'.
..sahabatku itu sudah lali dengan dugaan hidup,
hidup lah yang mengajarnya menjadi manusia yang lebih baik
dan seterusnya lebih baik......
Dibening subuh ramadhan
ini aku menyedari..................
terlalu sedar wahai teman.....
Aku sebenarnya.........
SILAP DAN PENAKUT!!!!!!!!!!!











datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....