yg sudi bersama cm....

Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 23

Selamat Datang Ke Alam Teruna...

Buah hatiku 9 tahun dahulu..

     Sangat ceria selepas selamat di khatankan,,
,katanya yesssss marwan dah  sunat,,,tak sakit pun
            Sedang dioperasi di temani oleh abahnya,
,mama dok celah pintu curi-curik  tangkap gambar,,
                    Lepas  geram habis pantang...
       .gambar semingggu selepas baik dr luka berkhatan
Alhamdulillah dah sihat kuat dan perkasa
bawak jenjalan ke Aquaria KLCC tengok ikan..



5 December sehari selepas kenduri perkhawinan pakcik Amru
,Marwan Irrsyad  anak sulong saya telah di selamat dikhatankan.
Kagum dengan keberanian Marwan,,tiada setitis airmata pun yg gugur berbanding dengan kanak-kanak lain ada yg terpekik terlolong dengan suara yang amat mengerunkan tali perut saya
.Mungkin saya lebih berdebar berbanding Marwan sendiri...

Dia amat ceria selepas selamat dikhatankan
 mungkin kerana kemahuan dan permintaannya sendiri sudah ditunaikan,
 Tapi jika ditanya apa yang tak mahu dia lalui lg dalam hidup ialah `bertemu doktor untuk dikhatankan,,,huhuhu,,dalam berani rupanya trauma.

Selamat datang ke alam teruna
,pesanan atuk dan ingatan tak putus dari saya ialah,,
Pas ni marwan dah wajib solat,dan wajib mematuhi semua suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah.
Dosa dan pahala dah ditulis oleh malaikat
Tanggungjawab sebagai hamba Allah,anak ,pelajar dan lelaki Islam dah tergalas di bahu mu anak..

Ahad, Mei 8

Selamat Hari Ibu untuk semua ibu di dunia ini..

Menjadi ibu adalah satu anugerah dan rezeki pada wanita.
Kasih ibu adalah kasih sejati ,kasih yang luhur dan kasih yang suci.
Ibu adalah insan yang pertama yang kita kongsi hidup dalam rahimnya,berkongsi darah dan jantungnya.
sampai matipun hubungan darah ini tidak akan terputus.
Doa dan kata-kata ibu adalah keramat.
Airmata seorang ibu dek dosa daripada seorang anak adalah minyak yang akan memarakkan api neraka.
Berkat hidup anak,adalah berkat redha dan restu ibu,ingat itu.
Salam kasih buat ibuku yang sangat aku sayangi dan cintai Puan Hajjah Ramlah bt Abu Bakar
,doa agar wanita mulia ini dipelihara oleh Allah dunia dan akhirat
.Juga pada Allahyarhamah ibu mertuaku Pn Mariam yang tak pernah aku temui dan kenali,moga rohnya aman disisi tuhan dan bersama para solihin Insyallah.


Aku menjadi ibu tanggal 24 April tahun 2002 jam 12.20 tengahari
.Allah mengurniakanku seorang bayi lelaki yang comel dan sihat kira-kira 11 bulan selepas pernikahanku
Bayi yang kami namakan Marwan Irrsyad adalah permata hati kami .
Dibibirnya lah aku digelar mama buat kali pertamanya.
Alhamdulillah.
Kira-kira setahun 3 bulan selepas kelahiran marwan
,Tanggal 11 Julai 2003di pagi Jumaat yang indah tepat pukul 8.59 pagi ,Allah mengurniakan kami seorang lagi cahaya mata
.Bayi perempuan yang manis,comel dan juga sihat sempurna.
.Maha Besar Allah padanya kami bersyukur.Bayi ini kami namakan Mawaddah Irdina yang bermaksud Cinta dan kehormatan kami.

Masa berlalu kini bayi-bayiku membesar dengan sihat didepan mata dengan penuh kegembiraan dan curahan kasih sayang yang tak pernah surut.
Pada mereka aku menumpang kasih mencurah kasih sejati
,atas dasar kasih ini amanah dan tanggungjawabku sebagai ibu
 adalah tiang pada kehidupan mereka.

Semoga aku mampu menjadi ibu yang mampu membimbing mereka ke syurga,
membawa mereka mengenal pada Maha pencipta
,memimpin mereka mencintai agama
,mendorong mereka menjadi manusia berguna
 dan mendidik mereka menilai kasih dan budi sesama manusia.


SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA
MOGA ANDA MENJADI IBU YANG CEMERLANG
DAN DIKASIHI ALLAH
INSYAALLAH

Ahad, September 5

Marwan berpuasa,,,

`i believe i can fly,,,i believe i can touch the sky`
Marwan di hadapan Sekolah Berasrama Penuh Alam Shah Putrajaya...


Marwan sangat cekal dan rajin bangun sahur...saya seusia dia..menangis jika mak kejutkan sahur.
Bila marwan berpuasa saya jadi bersemangat untuk memasak.

 
masa ni saat paling kritikal..sekembali dr  dari sekolah agama petang.
5 minit sekali dia akan tanya bila nak berbuka.
waktu ni jangan diusik atau dingangu
akan angin satu badan..adiknya akan kena penangan kalau usik dia...

Masa ni marwan mintak berbuka di luar,
Marwan tak pernah `miss` air soya.hari-hari kena ada..


Alhamdulilah dan terasa begitu sayu apabila Ramadhan sedang meniti hari-hari akhirnya,,
Ramadhan kali ni sungguh bermakna apabila saya melihat kesungguhan dan kesabaran anak lelakiku berpuasa...
Sejak marwan berusia 6 tahun saya dah berharap marwan boleh belajar berpuasa,namun mungkin terlalu awal untuknya diusia sebegitu,dia sering tak tahan,menangis malah meraung bila kelaparan..saya pasrah.
Tetapi agak cemburu di hati saya bila kawan-kawan bercerita anak mereka seawal 7 tahun dah berpuasa penuh..marwan nak habiskan setengah hari pun seksa,namun saya lega bila mak berkata anak-anak ni jangan dipaksa sampai masa dan dengan bimbingan dan tunjuk ajar mereka pasti akan menurut.


Ramadhan tahun ini,saya tak menyimpan harapan tinggi untuk marwan berpuasa,saya cuma berharap dapat dia belajar berpuasa dan sekurang-kurangnya dapat berpuasa penuh selama 10 hari.
Namun kali ni marwan nampaknya dah besar 3 hari sebelum ramadhan dia menyuarakan keinginannya untuk berpuasa penuh,saya tersenyum tetapi kurang yakin dengan impiannya,namun galakan dan pujukan tetap saya titipkan,


Ramadhan menjelma saya kagum dan sangat bangga dengan marwan.
Dia benar-benar berpuasa bukan kerana saya tapi dia mula faham bahawa orang islam wajib berpuasa kerana itu perintah Allah,dia banyak bercerita tentang nasihat ustaz di sekolahnya tentang fadhilat berpuasa.
Saya selalu merasakan anak saya ni masih kanak-kanak lelaki yg kecil tetapi sebenarnya anak saya sudah membesar sebagai kanak-kanak lelaki yg mumayiz,Alhamdulillah.

Melihat gelagatnya berpuasa bagai satu catatan harian yg manis untuk saya kenang.
Saya perhatikan dia sabar dan tahan godaan walaupun adiknya menguyah ayam goreng dihadapannya.
makanan yang sedap tak menjadi halangan untuk dia berpuasa,cuma bila berpuasa dia jadi agak baran,pemarah dan kelihatan ganas jika diusik oleh adiknya,
Adakala dia menangis keletihan jika cuaca panas dan jika dia banyak bermain di sekolah.
Waktu itu saya akan mula memujuk,seorang sahabat menasihati saya agar menceritakan pada anak yang berpuasa tentang fadhilat dan kehebatan syurga untuk kanak-kanak berpuasa,ternyata cara itu amat berkesan,marwan terleka mendengar adakala tertidur kala saya bercerita tentang kehebatan syurga.

Kini sudah hampir 25 hari kita berpuasa marwan sudah menunaikan puasa sebanyak 24 hari.
satu pencapaian yg hebat bagi saya,Saya seusianya jgn harap dapat berpuasa sebanyak tu.
Seperkara lagi saya tak pernah menjanjikan marwan hadiah atau duit raya contohnya,sebab saya ingin sangat dia belajar hidup ini perlu ikhlas dalam apa pun yang kita lakukan,lebih-lebih lagi dalam soal ibadat,ikhlas dan tulus kerana Allah,saya berharap dan berdoa marwan kuat dan sabar menghabiskan puasanya tahun ni,insyaallah


APA YANG LEBIH BERMAKNA
....SELAIN DARI ANAK YANG SOLEH..
MOGA DIA MENJADI ANAK YANG SOLEH PEMBELA AGAMA..INSYAALLAH
,,DOA TULUS DARI SEORANG IBU,,,


Selasa, April 27

Sekitar kenduri kecil untuk marwan

Tahun ni atas permintaan marwan dia kata nk sambut besday yer bersama-sama kawan mengaji AlQuran di kampung Jemderam Hilir, di rumah pengasuhnya `Mak Anjang`...hmm mama pun tak terpikir macam tu . Orite mama sediakan apa yg patut dan apa yg terdaya.Ya Allah ternyata permintaan Marwan ni sangat memberi kesan di hati.Menyambut besday bersama anak-anak kampung ni terasa begitu membahagiakan,kanak-kanak ini begitu ikhlas bersama kami...

Marwan dan adik menyediakan sendiri jajan untuk kekawannyer...dia nampak bersungguh-sunguh..
Bersemangat  tu!!!!nk sediakan yg terbaik unntuk kawan2..tapi maaflah mama tak sempat nk cari bekas yg lebih cantik
Cup cakes yg ditempah dari kawan sekolah CM Cikgu Rapidah...comel bentuk ball dan padang bola,sangat digemari oleh kekawan marwan.

Untuk majlis tahun ni pilih Chocolate indulgence dari Secret Recipe.
..hmmm cukup tau untuk 30 org kanak2..ingat tak cukup,Alhamdulillah..

dah sampai ke rumah pengasuh @guru mengaji marwan,kanak-kanak dari pukul 2 lg dah ready menunggu kami.kelihatan kak lang anak gadis pada mak anjang sibuk memasang riben katanya untuk meriahkan majlis..

alahaii kanak-kanak kecil tu namanya Omar sejak awal mereggek minta cake cepat dipotong.

Mohon doa yer sayanggg semua..moga marwan dilindungi Allah,sihat sejahtera membesar menjadi anak yg soleh,terimakasih pada `Pak Anjang`yg sudi membacakan doa untuk kami semua..
Ok masa untuk tiup lilin!!!!
"Allah selamatkan kamu,Allah selamatkan kamu"
Allah selamatkan Marwan Irrsyad,Allah selamatkan kamu..

Masa mengagihkan jajan...terimakasih umi fiza...

antara kenangan terindah bersama anak-anak ini....


Sabtu, April 24

Happy Birthday dear...


Salam Ulangtahun yang ke 8 sayang.....
Tiada apa yg mama nak pesan..
setulus doa mama
 marwan menjadi hamba Allah yang tak pernah lupa tuhanNya..
Marwan adalah anugerah terindah dalam hidup yang sementara..
Jujur,ikhlas,tulus ,berani,setia dan yakin jadikan prinsip diri..
I LOVE YOU SO MUCCCCCCH DEAR.............

MAY ALLAH BLESS YOU.....

Khamis, April 1

Hari berganti hari....Apa khabar irdinaku sayang????

Setiap saat berdetik meninggalkan kita,hari berganti hari,usia memanjat diri..aku mengucapkan syukur pada Allah,irdina anakku kini kelihatan sihat ,ceria dan membesar sebagai gadis kecil yg manis dan bijak.Dia kini kelihatan segar,berbanding 3 tahun dahulu. Di peringkat awal dia mula bersekolah aku mengutarakan kebimbangan,aku risau andainya dia tak mampu untuk menjalani aktiviti yang sibuk dan padat sebagai kanak-kanak bersekolah,puteriku ini sakit,dia menghidap asma.Namun Allah maha Penyayang ,kini dina nampak jauh lebih sihat dari sebelumya.sudah hampir 6 bulan dina tidak langsung diserang asma,dia kelihatan ceria dan mampu menikmati kehidupannya sama seperti kanak-kanak yg lain yg sihat.Maha suci Allah yg mengurniakan kita nikmat Alhamdulillah


Kali pertama irdina diserang asma sejak berusia 4tahun iaitu sekitar 2007,sejak itu irdina tidak lagi aktif dan sering sakit,asma nya mudah menyerang,nafasnya sesak,dia mudah penat,dadanya ketat dan berat andainya terlebih aktiviti ataupun tersalah makan.Gambar di atas irdina kelihatan lemahkan???Gambar ini ketika kami membawanya berjalan ke Zoo Negara.,dia kepenatan berjalan kaki.sejak diserang asma klinik dan hospital adalah tempat lawatan biasa kami,tak kira waktu,pagi,petang atau tengah malam.Dia perlu di beri bantuan gas neubulizer jika di serang kerana serangan biasanya berat.Aku cuma seorang ibu biasa yang sering kesedihan bila melihatnya bertarung dengan sakitnya.Selalu benar air mata mengalir tanpa sedar saat mengendong anak mendapatkan rawatan.

Tahun 2008 dan 2009 irdina selalu sangat diserang asma.Aku kuatkan diriku untuk menghadapi saat-saat sukar.Saat aku merasa lelah dengan ujian ini,aku sering mengingatkan diri,anakku cuma menghidap asma,ada ibu-ibu yang lebih berat tangunganya,yg lebih sesak dadanya,bila permata hati menderita penyakit yang lebih kritikal.Walaupun dina masih kecil,aku sering kuat kan dia dengan kata semangat,dia mampu sembuh.

2009 tiga kali dia perlu dirawat di wad,terakhir dia di rawat di wad selama 6 hari ,dan kesnya perlu dirujuk di hospital Putrajaya untuk lanjutan.Alhamdulillah syukur pada Allah,selepas rawatan terakhir di wad ,hingga kini irdina langsung tidak pernah diserang lagi.irdina sudah seolah pandai mengawal sakitnya,dia akur dengan pantang makanan,cuma dia jarang boleh menghadkan aktivitinya agar tidak terlalu aktif..ye lah kawan rapatnya dah tentu abangnya seorang kanak-kanak lelaki yg lasak.Dia terikut dengan abangnya.


Terima kasih ya Tuhan atas kelapangan ini,agar aku tidak lupa mengucap syukur padamu,semoga kesihatan puteriku berkekalan hendaknya.Terima kasih atas doa semua,doa dari sahabatku CL di hadapan kaabah untuk puteriku ini ,dan terimakasih yang tak terhingga atas titipan`sesuatu` buat penawar dan iktihar untuk anakku lewat kepulangannya Disember lalu.Tiada apa yg dapat aku balas,ku serahkan pembalasan baik ,dan doa kesejahteraanku untukmu kepada Allah tuhan semesta Alam.moga hidupmu diberkati dunia dan akhirat.Insyallah.Teruskan mendoakan kami hendaknya...

Sabtu, Disember 5

Wah..dah graduate tu!!!(Layan gambar jer)


Cahaya mataku,buah hatiku dah graduate tu!!!!
alahai baru 6 tahun sudah pun mengemgam segulung ijazah....
gambar close up tu.....tengok dia,....
mata yang bulat cantik terbentuk tu...mata omaknyer,
hidung yang bulat dan sedikit kombang tu,hidung abahnya(jangan marah yer bang)
....muncung sedepa tu...tu dia punya sendiri....hehehehe



Sama tak jelingan budak pompuan yang kecik tu dengan makcik yang suka sangat perasan kat sebelah tu..?.
makcik rasalah kan!!!!!!
 cute miut mak dia lagi dari anaknya....betulkan???????wakaka..
sungguh `gedik`senyuman makcik tu,sebab photographernya pakcik hehehe...





wahhhh ada mangkuk cup yer...kat universiti makcik dulu tak de pun dapat itu macammm.....




.
Sebelum konvo,ada konsert u,my girl beraksi sebagai cheff labu....
dalam lagu "Yang Mana Satu Idaman Kalbu"......


Irdina bersama heroinnya Hanani,
artis pegang mikrofon,heroin berbaju merah tu sedang memegang apa????
cuba tengok!!!!


ANAK-ANAK ADALAH CERMIN DIRI KITA....
MOGA DIRIMU MENJADI ANAK YANG SOLEHAH...WANITA YANG HEBAT...
SELAMAT DAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT
I LOVE YOU SO MUCH...MUAAAAAHH...

And baby
Everytime you touch me

I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are


And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me



I wanna make you see
Just what I was
Show you the loneliness
And what it does


You walked into my life
To stop my tears
Everything's easy now
I have you here

Sabtu, November 7

Makanlah anak!!!!!


Awal pagi lagi anakku irdina mengetuk pintu bilikku....
 katanya "Mama hari ni cikgu dina kata,Hari Kanak-kanak Sedunia.."
iyerr ker,so kenapa dina??? aku tanya sambil memangkunya di riba...
Alham dulillah dina kelihatan sihat kebelakangan ni,rasanya dah hampir sebulan dia belum lagi diserang asma walaupun minor attack..Alhamdulillah moga dia bertahan..

"Cikgu dina kata hari ni kena layan budak-budaklah mama..!!!
Aku masih tak paham makna tersirat dari katanya...
ye larr kenapa?????...
"hari ni kita pergi jejalan lah mama!!!
,kita jangan dok rumah jer..dina kan budak-budak..!!!
oooohh,nk pi jalan-jalan rupanya!!!!!

aduuuh anak sekarang nak sesuatu bersandarkan fakta dan situasi semasa,
aku tak pernah pun ambik kisah hari ni Hari Kanak-Kanak Sedunia ..Hari Guru aku tahu arrr...

so pagi lagi aku pun bawaklah anak-anak keluar..katanya nak makan kat luar..tu kata marwan...
Kami tak tahu nak pi mana???,tetiba rasanya keretaku menghala ke Puchong
..ok lah kita pi Tesco Puchong,mama nak beli barang rumah sikit



Dina nak tak??? mama suap yer...
Sedap ker mama????kenapa hitam legam
...tak maulah...katanya..


Sampai sana,aku teringin nak makan shizling mee ,makcik  mas ni macam-macam keinginannya,
fahamlah makcik kan speacis badan tak cukup zat,hehehe .
..so macam-macamlah keinginan dan kehendak.
tapikan geng CM nak mengadu something,
sejak keluar hospital,my girl sangat-sangat tidak berselera...dia sangat kurang makan,kadang-kadang satu hari dia tak makan apa-apa,hanya makan biskut dan susu berbotol-botol,
dia masih menyusu guna puting susu tu...
Puas di paksa,diusha makanan macam-macam,
kadang-kadang penat kita memasak,sesenduk nasi pun susah nak dihabiskan..kalau makan diluar lagi teruk,sesudu dua jer dia makan...membazir sungguh,hasilnya mak dia jugak kena habiskan..

Tengok gambar tu,tak heran pun dia shizling mee yg sedap tu...tu mama punya!!!!



"marwan buat aksi Maria Tunku Sabri...dalam Jalan-Jalan Cari Makan...
Dina kata....."dina tak heran pun"
tengok tu sanggup dia tak makan,padahal pagi tadi dia cuma makan biskut chipsmore dan susu jer
...kuat betul iman dia...


Masalahnya bila dia tak berselera,dia tak boleh seaktif mana,kayuh basikal pun tak larat,angkat benda berat sikit pun tak berdaya,berat badan dah setahun tak naik-naik,cam tu jugak 14kg,kata doktor beratnya macam kanak-kanak 4 tahun,padahal usianya dah 6 tahun..
Alhamdulillah,dia tak ketinggalan dalam pelajaran,dia dah boleh membaca di usia 5 tahun,dan sekarang dah lancar pun membaca dan menulis


Ni gambar lama,dina bersama paberetnya...asyik-asyik chicken chop..tak de benda lain...
Aksyeen jer tu???? bukan dia makan pun,dia makan kentang dan secubit dua ayam tu......suku pun susah dia nak habiskan....
so sapa yg kena jadi Majlis Perbandaran...makcik lah jugak,makcik pun jadi macam ayam karan....hehehehe..


P/S: gengku tersayang dan kakak2 yg sedia memberi tip dan nasihat macamana nak beri anak selera makan???

Rabu, November 4

Aduhai anak!!!!!



Membesarkan anak-anak ni memang sesuatu yg bersifat warna warni,berbagai ragam dan kerenah,macam tu lah ibubapa kita membesarkan kita kan???...Pagi Ahad yang meletih aku bawa anak-anak ke Taman Botani Putrajaya,cubalah makcik ni menyewa basikal,adoiii makcik dah tak larat...makcik kepenatan yang amat sangat,lepas zohor makcik`booom`merehatkan kaki yang senggal benggal ni...budak berdua tu,mintak kebenaran main di depan rumah,sempat berpesan jangan keluar dari pagar,pas tu makcik dah tak ingat apa-apa....


Tiba-tiba...aku dikejutkan oleh Irdina...ma tolong!!!ma...
aduiii bagai nak pecah kepala ni,dikejutkan begitu..
kenapa????aku bertanya ..panik..
Abang wan  panjat pagar pijak kepala paip,patah,pas air keluar memancut mama!!!!...termegah-megah irdina bercerita..
alamak!!!!! camner ni????abah diaorang tak de ni,aku baru 2 hari pertama duk dirumah baru,jiran sebelah tak sempat kenal lagi,kosong lagi umah jiran ni,...aku jenggok dari tingkap bilik, air memancut dari lubang di tepi pagar..




Sedaya upaya aku cuba cari main pipe untuk hentikan aliran air...meter pipe tepi longkang tu ku pulas semaunya tapi gagal,10 minit aku berleter pada budak-budak ni,tapi apa yang diorang faham???,marwan pucat ,tahu dia bersalah,tika air terpancut diorang berdua ambil kesempatan mandi dan main air,aku jeling tajam,tapi tetap bermain.aku tak sudah-sudah cuba menelefon suami bertanya itu ini,tapi suami di KL,dia pun tak tahu kat mana main pipe.???..aku tambah serabut,kawasan hadapan rumah dah banjir,air terus mencurah-curah....jiran sebelah kiri cuba membantu tapi dia yang baru sampai pun tak tahu kat mana main pipe...








Aku dah tak tahu nak buat apa,??? aku teringat pekerja kontrak indonesia di belakang rumah yg sedang bina fasa ketiga...aku harap ada orang yang dapat bantu aku...???aku start enjin kereta dan dapatkan bantuan...





Sampai kat sana,suasana sunyi,baru teringat hari ni,hari Ahad,tertinjau-tinjau,akhirnya aku ternampak kelibat sorang lelaki,Alhamdulillah,kebetulan aku pernah menegur lelaki ni...ku terangkan maksud datang dan dia sedia membantu..








ni lah encik Ali yang sedia membantu,rupanya main pipe di tangki yg berada di master bedroom,aku baru dua hari tinggal di rumah ni,tak tahu apa pun lagi,sebagai perempuan aku memang tak dapat nak handle perkara macam ni...panik,takut dan gelabah kuasai keadaan...kebetulan belum kenal sesiapa pun lagi...suami tak de rumah,walaupun sebenarnya keadaannya senang untuk dihadapi...hanya perlu menutup main pipe...




Moral of the story:

  • Jangan biarkan anak main sendirian tanpa kawalan...


  • Kena tahu sedikit kemahiran dan kena ambik tahu kerja-kerja orang lelaki


  • Kena kenal jiran


  • Kena ada contact number  tukang pipe...


  • yang paling penting jangan panik,gelabah bawak bertenang....

Khamis, Oktober 22

Dah besar dah dia!!!!!




(marwan ketika berusia 6 bulan)......


Rasanya baru semalam aku melahirkannya....malam tadi masa menemankanya tidur,Marwan beritahu  aku secara serius "Mama..wan  nak sunat arr (khatan),please ma!!!...aiik napa tiba-tiba jer ni????,dari takut melihat proses berkhatan dia pulak yang mintak....baru 7 tahun tu!!!belum bersedia rasanya aku melepaskanya meniti alam remaja dan seterusnya meniti kedewasaan,tapi tu hakikat yang tak boleh aku elak...aku akan tua dan dia akan dewasa......tak selamanya aku menemaninya,dan meneman,menepuk dan membelainya sebelum tidur,tugas ni pasti akan diambil alih oleh isterinya...


"""Kenapa sayang???? nak sunat tiba-tiba!!wan kan baru darjah satu,paklong,pak ngah,pak uda,pak anjang,pakcik dan paksu semuanya sunat lepas umur 10 tahun,lepas darjah 4,pas dah sunat mama tak bolehlah tido dengan wan tau,mandikan wan,wan dah jadi budak besar,wan kena sembahyang betul-betul,penuh 5 waktu,puasa sebulan dan mesti fikir macam budak besar.Pas tu wan nanti akan tumbuh misai,ada janggut ...marwan dah sedia ker??""


jujur aku katakan aku belum sedia melepaskanya,aku ingin membelainya seperti bayi dulu,aku tak mahu ketinggalan melihat dia membesar.Aku bercadang membawa dia berkhatan selepas umur 10 tahun. Sekarang ni,apa pun aku nak buat aku dulukan kepentingan anak-anak,kawan ajak sambung belajar aku fikir anak,kawan ajak join pusat tuisyen yer aku pikirkan anak..Kesibukan ayahnya menyebabkan aku perlu memainkan peranan besar ..kataorang hilang bapaknya boleh pikir lagi...tapi kalau hilang anak boleh sewel loor (ni kata noor)aku setuju benar tu!!!


"Wan nak jadi budak besar lah mama,wan dah tak mahu dah main dengan dina,wan nak bawak motor,wan nak bawak kereta,wan nak main bola sepak,wan nak jadi tinggi,nak badan besar,kawan wan kata,semua tu boleh jadi bila kita sunat.....please mama!!!!!!!!!...

fuuuh...betul ker apa aku dengar ni???pada hal makanpun bersuap,baju sekolah aku pakaikan (dia belum pandai memasang butang baju)..membaca pun masih merangkak berbanding adiknya yang sudah boleh membaca ketika usia 4 tahun...bagiku marwan lambat matang,mak kat kampung bising dia kata cara aku melayan marwan menyebabkan dia sangat manja dan lambat berdikari,Tapi kelebihan marwan tubuhnya tak seperti boy darjah satu,dia kelihatan seperti budak lelaki darjah3,di kelas dia paling tinggi...


Amboii marwan nak besar cepat yer,???? nak kahwin ker???...dia senggih macam faham jer...aku pulak rasa bimbang..."tak per arr nanti mama bincang dengan abah yer."....kataku sebelum dia terlena....



P/S: Geng!!!ok ker,anakku yg baru 7 tahun tu dikhatankan,berapa usia yg paling sesuai berkhatan???,soalan ni jugak pada kak ummi,datin,noor,AZ,Rezeki,Patt,dan lain-lain kawan2 ku yg ada anak lelaki,!!!!geng2 yang bujang trang tang-tang tu kalau berani jawab arr,bila anda dikhatan kan???hehehehe...

Sabtu, September 26

Kita Beraya di wad kanak-kanak Hospital Besar Melaka(Part 1)





Malam raya ke empat,tidurnya benar-benar tak lena,mama lansung tak dapat lelapkan mata,bunyi nafasnya sangat kuat disertai batuk yang keras.Mama dapat mengagak apa yang perlu dibuat malam ini,Cuaca sejuk di kampung menyebabkan dina menjadi gelisah,Suara renggekan manjanya menjadi teman mama di malam itu,Setengah jam berlalu,mama dukung dina masuk kereta dan mama terus bawa ke klinik,Seperti biasa sedutan nebulazer jadi santapanya,dia sedikit lega,Malangnya jam 4.30 pagi,dina terjaga dari tidur,muntah di atas katil dan kembali termegah-megah,Aku bangun memberi dina ubat,menyapu dadanya dgn vicks,dia terlena tapi sedutan nafasnya keras,tika dia menarik nafas perutnya membentuk lekuk  besar,aku terlena..

Tiba-tiba aku rasa ada tangan kecil mengoyang-goyang kan tubuhku,aku sungguh mengantuk rasanya pukul 5.30pagi baru terlena.Aku membuka mata dina memandangku..."Ma,bawak dina pi hospital,tak tahan arr"suaranya amat dalam,mata yang mengantuk terus segar,"Ok.ma solat subuh dulu pas ni kita pergi",,,aku bergegas bangun.Permintaannya menunjukkan dia di tahap yg amat menyiksakan,,Mandi ala kadar,pakai ala kadar ,ku tukar baju dina dan terus mendukung masuk ke kereta.Aku kejut adik am ku dari tidur,untuk membantu menghantar kami ke hospital besar melaka kira-kira 20 km dari kampung.Kebetulan abah dina dah pun balik ke KL.Aku perlu hadapi ni sendirian.Sampai ke Jabatan Emergency dina terus di hantar ke klinik rawatan asma,haah dia rupanya dah sampai zon kritikal,kandungan oksigen dalam darahnya sangat minima,Aku panik,berselawat dan berzikir apa yang patut aku duduk tenangkan diri,3 kali diberi rawatan nebulizer,hanya 70 % sahaja paru-paru mengembang,Dr Suhaib memberitahu mahu tak mahu dina perlu di tahan di wad,Aku redha dan memang dah dapat mengagak pernyataan itu.



Jam 11.00 pagi dina di hantar ke wad kanak-kanak HBM tingkat 1,di beri rawatan nebulizer 2jam sekali sehingga malam,keadaannya belum improve.tak selera makan langsung.Gambar diatas hari kedua barulah dina berselera menikmati bubur nasi bersama tomyam ikan,itupun cuma 5 sudu makan.tapi apapun Alhamdulillah dia kini dah nampak sedikit perubahan.Malam tu aku tidur di wad kanak-kanak ni di atas katil kecil.aduuh sakitnya badan mokcik ooi....hehehe...pape pun mama senyummmmmmmmm........ada lagi yer ceita....tunggu..!!!!!

Rabu, September 23

Jom..bergaya dengan baju raya......

She `s not camera shy....mama nya tersangat lah shy dengan camera,huhuhu..
tapi irdina bagi jelmaan diriku di satu masa dulu,seorang kanak-kanak perempuan yg manja dan ceria....


Salam Aidilfitri  dan hiiii....untuk teman-teman mama semua ....muaaaah,muaah

Alhamdulillah,kebelakangan ni my girl sihat,tengok tu dia possing dgn baju raya dia di rumah nenek...
Bergaya dengan black gown pilihanya sendiri......




Rambut baru dina untuk raya ni...di atas pangkin di rumah nenek..
aunty n uncle semua dina nak duit raya..........

Ampun dan maaf dari kami sekeluarga,raikan Aidilfitri sebulan ni.....(sorilah marwan tak suka bergambar)




Dah pun raya ke empat,ada yang dah mula kena bekerja.Alhamdulillah sambutan Aidilfitri kali ini diraikan dengan tenang sambil menyaksikan keriangan dan keceriaan anak-anak.Bergaya dengan baju baru berwarna warni .Zaman kanak-kanak sangat indah,aidilfitri kanak-kanaklah paling gembira,kalau aku dulu sejak hari ke 15 berpuasa aku dah mula menghitung hari nak beraya,mulah plan dengan kawan-kawan nak beraya ke mana,rumah cikgu pun kami pergi,beraya sakan dari pagi sampai ke petang,sampai naik bas tu nak beraya,zamam tu terima duit raya seringgit,sangat banyak rasanya,purata duit raya yang aku terima selalunya sekitar RM 20-40 sahaja,tapi di hari rayalah kita merasa memegang duit kertas berwarna merah,melihat keceriaan anak-anak tetiba aku teringat nostalgia zaman kanak-kanak berulang kembali.......

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....