Malam tadi,aku tak boleh tidur lena,anakku dina diserang demam lagi,kali ni dia demam panas.Dalam hati aku kuat berdoa janganlah dia diserang asma lagi,kami kini berada di kampung,disini klinik 24 jam jauh dari kampung,kalau dibandar melaka adalah.hospital Melaka pun jauh kira-kira 20km dari kampungku.Alhamdullah,anakku cuma demam,asmanya tidak menyerang.Pagi esok demamya kebah dan hari ni dia boleh main macam biasa,Syukur pada Allah.Merenung dina,aku tetap rasa dina beruntung walaupun dia sakit,sebabnya...aku ada kereta,aku boleh memandu,abahnya juga begitu,aku boleh bawa dia dapat rawatan segera jika dia diserang asma.Siapa yg ada anak atau pengidap asma cukup tahu bagaimana keadaan pengidap asma jika mereka tidak dapat rawatan segera,mereka sangat sesak,dada akan jadi ketat,nafas tercunggap jika sangat serius ia boleh membawa kepada kematian,ini menginsafkan aku bagaimana jika ia terjadi pada kanak-kanak miskin yang ibubapanya tidak mempunyai kenderaan sendiri,.................Persoalan ini membawa aku pada satu kisah benar.....ikutilah kisah ini....
.............................................................................................................................................................
(Satu malam yang dingin.....di sebuah kawasan setinggan di pinggir ibu kota.....1975...)
Musim hujan datang lagi...Angin malam mengelus-gelus tubuhnya.....seorang gadis kecil mula resah,dadanya mula sempit,nafasnya mula pendek,menarik nyawa hingga lekuk perut dan halkum,gadis ini merintih,nafas yang keras disertai dengan bunyi batuk yang mendesah mengejutkan ibubapa dari lena,abah yang penyayang mula sedar anak gadisnya mula dihimpit kesesakan.....sepantas kilat lelaki ini bangun......
"'yah,bangun,,,bangun..!!!''.si ayah mengejutkan isterinya di pembaringan.....
"Ila semput tu....bangun.."".si ayah menyambung...
Bingkas si ibu bangun,,,mendapatkan anak gadisnya yang sudah mula tercunggap-cunggap...tanganya mencapai sebotol minyak panas,,,di sapu di dada gadis kecil tu,dibaringkan anaknya diriba,,,diurut-urut belakang dan dada...tapi nyata keadaan gadis kecil ini makin meresahkan......
"Bang,,kita kena bawak ilah ke hospital ni.""...ibu bersuara resah.....
Ayah memandang sayu wajah isteri dan anak gadisnya...
"dah pukul 2 pagi ni.....camner nak pergi,kita bukan ada kereta".....
"hisss tak boleh tunggu pagi ni....budak ni teruk..ibu menyambung....
"dah kejutkan ajin suruh dia pergi rumah Alang dan Busu minta tolong hantar ila ke hospital.'.....ibu mengarah pantas sambil jarinya mengusap dada gadis yg sedang sesak tu........
"Pak Alang,!!Pak Alang,!!Pak Alang.!!..Ajin mengetuk pinntu rumah bapa saudaranya...suaranya memecah kesunyian malam......
Pintu terkuak,pak alang dihadapannya.."".hah apahal...""
''Pak Alang abah mintak tolong hantar kakak ke hospital...""..ajin yang lurus memberitahu tujuannya ke rumah lelaki di hadapanya....
""Eh budak,,,,ko ingat "AKU NI DREBAR KAU....."....kau balik sekarang..aku nak tidur.""...pak alang menutup pintu keras......Ajin terpingga-pingga
Ajin meneruskan perjalanan ke rumah Busunya pula....hanya dua orang bapa saudara yang terhampir berkereta masa tu.....
"Busu,Busu.Busu."...ajin mengetuk pintu rumah pakciknya.....
3 minit pintu terbuka.......""Nape malam-malam ni datang.."".
"Kakak semput ,mak mintak tolong bawak pi hospital.....Pak alang tak mahu bawak...Ajin memberitahu jujur...
"Kau baliklah,,,,aku tak naklah "BAWAK KERETA AKU PI RUMAH KAU YANG BECAK TU"....KOTOR KERETA AKU!!!!!!!!!pandailah bapak kau bawak anak dia gi hospital...."""
Ajin pulang ke rumah dengan hampa....dia memberitahu segalanya pada mak dan abahnya,di satu sudut kakaknya semakin lemah.Abahnya mencapai baju,mendukung gadis kecil ni ...
"yah.!!!.kita naik teksi jerlah.....tak payah mintak tolong orang....hampa kedengaran suara abah...
"Ada ker teksi malam-malam cam ni..""...suara ibu sebak
""Camner pun kita mesti bawa ila ke hospial...teruk budak ni.""...ayah menegaskan...
Di tepi jalan ...di malam yang dingin,abah,mak ,ila dan ajin menunggu teksi yang entah ada entah tidak....Ila duduk mengcangkung di tepi jalan...dia hanya mampu bertahan dengan nyawa yang tinggal sedikit....saat demi saat sangat meresahkan jiwa abah dan mak...hanya Allah tempat mereka berserah...ini semua dugaan.1 jam berlalu kelihatan sebuah teksi lalu dihadapan mereka,teksi tu lah yang membawa ila yang sudah kebiruan ke hospital Kuala Lumpur......
dan dalam keheningan malam itu ayah berpesan.....
"AJIN !!!!!!JIKA KAU SENANG,BERKERETA...BERGAJI BESAR JANGANLAH KAU SOMBONG DAN BONGKAK..BIAR ORANG BUAT KITA..KITA JANGAN BUAT ORANG..........PESAN ABAH BERSEMADI DI MINDA AJIN HINGGA KINI....."""
(Ajinlah temanku.....teman yang bercerita tentang berbagai kisah hidupnya yang penuh cerita....gembira duka dan lara...................)
..................................................................................................................................................
