yg sudi bersama cm....

Jumaat, Januari 8

Ketika aku mengajar..


(bersama pelajar 5 perdagangan dan perakaunan)



6 minggu bercuti,
saya kembali mengajar..rindu pada anak-anak semua.
rindu pada gelak tawa mereka,
rindu pada gelagat dan karenah mereka,
rindu pada persoalan dan pernyataan dari mereka.
Anak-anakku nampak begitu bersemangat ceria dan gembira memulakan semester baru persekolahan ,bersama azam baru dengan misi dan visi yg tetap sama menuju kecemerlangan akademik dan sahsiah....

selalunya bila saya mengajar saya selalu terjun ke dunia mereka,
saya kembali merasa diri menjadi muda remaja,saya kembali merasakan saya bagai remaja 17 tahun,yang sedang menimba ilmu,saya mengaplikasi ilmu dan displin sejarah dalam kehidupan.
Saya bergelak tawa bersama mereka,saya melayani segala persoalan mereka.
Saya dan pelajar sangat rapat,pelajar saya boleh share sehingga persoalan cinta dengan saya.

Tapi hormat dan berbahasa tetap menjadi teras dalam hubungan saya dengan pelajar.
Pantang besar saya kalau pelajar mengenepi nilai hormat dan budi bahasa dengan orang lebih tua.
Untuk itu saya akan menghormati pelajar saya,saya jaga bahasa saya,agar ia menjadi contoh pada pelajar.Saya cuba sedaya upaya bersabar dan jangan mengeluarkan kata kesat pada pelajar
Saya akan bertukar karektor kalau saya dapati pelajar mula bertindak kurang ajar,


bagi saya
 biar bodoh dungu,biar miskin papa kedana,biar buruk rupa dan tubuh
 tapi...jangan sesekali sombong dan angkuh,biadap dan kurang ajar,buruk akhlak dan korup iman,
itu pesan saya pada pelajar,harapan saya bila saya dah tiada doa mereka tiba untuk menerangi kubur saya..kerana saya juga bukan manusia sempurna,ketika mengajar saya juga belajar
.....moga ilmu dan didikan saya adalah ilmu yang berkat dan bermannfaat sebagai bekal tika saya menemui tuhan insyallah...

21 ulasan:

Imran Paris berkata...

CM...mmg kelas no 1, kalaulah semua cikgu2 berwawasan dan berinteraksi spt CM, tentu generasi pelajar kita tambah cemerlang. SYABAS CM!!!

Pn Kartini berkata...

Salam CM..:)
Semoga Sentiasa Dipermudahkan OlehNya dalam menjalankan t/jwb mendidik ank2 bangsa..:)

Granny Hani berkata...

Salam cikgu,
Selamat bertugas kembali.
Teruslah menjadi cikgu yang berdedikasi..

Wan Rusyaini Wan Mohd berkata...

Salam CM,

Kagum ada gak. Baru kita tahu isi hati seorang cikgu. Andai pelajar memahami hasrat, harapan dan naluri seorang cikgu tentu akan hadir rasa hormat dan sayang. Tahniah CM di atas nilai sejati seorang guru.

Wan Rusyaini Wan Mohd berkata...

Salam CM,

Kagum ada gak. Baru kita tahu isi hati seorang cikgu. Andai pelajar memahami hasrat, harapan dan naluri seorang cikgu tentu akan hadir rasa hormat dan sayang. Tahniah CM di atas nilai sejati seorang guru.

rezeki berkata...

salam cikgu,

alhamdulillah, semoga ilmu dan didikan yg cm berikan dapat memebri manafaat dalam mendidik generasi akan datang yg bukan saja berilmu, tapi juga mempunyai akhlak dan budi pekerti yg mulia spt dituntut oleh islam, insyallah

teruskan mendidik anak2 bangsa dgn sebaik mungkin dan pahala serta ganjarannya sgt besar dan mulia di sisi agama .
insyallah

sinomosa berkata...

Salam CM,

Guru umpama lilin yang membakar diri
Murni sungguh usaha guru
Dulu ayah nak sangat saya jadi guru
Tapi hakikat yang Allah tentukan karier yang lain lebih baik untuk saya..apa2 jua sy tetap bersyukur

Kak Mas, kalau akak laa cikgu di zaman sy sekolah dulu mesti jadik cikgu peberet cam gini..sporting hehe..

Che' Pit berkata...

hmm kalau lah CM jadi cikgu cheq masa dulu, hmm mesti CM hangin je kan nak layan anak murid mcm CP ni.. mmg habis kena sakat ler CM dlm kelas..

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

mas...itulah yang mama amalkan semasa mama seorang guru dulu...sangat mesra dgn pelajar hingga pelajar2(perempuan!) sentiasa nak peluk & cium mama....dan bila mama lalu kat kelas2 tertentu...ada yg panggil2 nama mama sehingga guru yg sedang mengajar tu "berhenti" mengajar seketika bagi peluang mereka "tengok" mama...heh3. nostalgia..huhuhu..:(

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

salam CM,

Ayah calonkan jadi pengetua tahun depan.Insyaallah.
CM guru sejarah....dulu tahun 50an ayah kagum dengan cikgu sejarah.He knew every events dan tarikhnya at his finger-tips.Just asked him,he named them.Correct,correct,correct.

Kak Enn berkata...

Salam Mas,

Guru sentiasa diperhatikan ....Dalam ketegasan ada kasih sayang. Sentuhan emosi amat memberi kesan terutama pada anak2 remaja.

Moga diberkati Allah segala usahamu.

aznaz berkata...

salam cikgu mas..

alhamdulilah..keihklasan dalam mengajr anak murid pasti akan menerima ganjaran nyer di kemudian hari..cuma kita kekadang tidak mengetahui bila?

cikgu sya ada satu soalan
KENAPA YER ZAMAN DOLO DOLO ADA CIKGU YANG MAKI KAMI ANAK MURID TAPI KAMI SEMUA TETAP MAINTAIN MENGHORMATI MEREKA?

WASALM

insan pendidik berkata...

Salam CM,

Membace entri mu ni mengamit kerinduan IP untuk ngajar...ceh bole caye ke tuu hehe

CITY® berkata...

selamat kembali mengajar

Dr Chenta berkata...

salam CM,
tahniah krn memiliki ciri2 guru cemerlang dan berkesan!

Asnija berkata...

Salam Mas,
Caya laa...akak memang respek pada orang yang bercita-cita untuk jadi cikgu, dan maintain sebagai cikgu ke akhir hayat...penerang kubur, maklumlah jika meninggalkan ilmu yang boleh dimanfaatkan.

Belajar sejarah....emmm...apa yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan bila kita belajar sejarah? Bagaimana ia boleh dijadikan termasuk dalam 3 perkara yang akan membantu kita di alam kubur? Kalau mengajar mengaji macam kak ummi, memang nampak jelas kaitannya...

Bagi akak, yang akak boleh terfikir...peranan cikgu sejarah sangatlah besar - sebab sejarah mengajar kita menggunakan semua kebolehan yang kita ada sebagai manusia - self awareness, imagination, conscience dan independent will. Dengan pengetahuan sejarah yang kita ada, Mas berpeluang menggalakkan pelajar berkebolehan dalam critical thinking, tahu bagaimana untuk membuat research dan rujukan, seterusnya bagaimana untuk organizekan maklumat dan membuat analisa dan kesimpulan, peka dengan maklumat asas tentang ekonomi, tahu perkembangan politik, tahu perkembangan agama, asal usul bangsa dan tamadun, tahu apa yang salah dan apa yang betul -yang mana semua tu menggalakkan inquisitive mind iaitu suka bertanya, rasa ingin tahu, ingin belajar.

Kebolehan dan kemahiran ini....waa...alhamdulillah Mas, merupakan ilmu yang amat-amat dapat dimanfaatkan...
TAHNIAH...SYABAS...

shami2 berkata...

Salam..CM

Walaupun apa bidang tugas kita..baik mendidik maupun mentadbir, mengurus ...emmm peribadi diri kita kena jaga....kerna kalau baik kena caranya kita yang rasa ...begitu jugak sebaliknya...

Pernah mendengar satu kisah...benar..seorang cikgu yg tidak redha dengan ilmu yg diberi pada anak muridnya..kerna ..sikap anak muridnya..kata2 cikgunya itu jadi doa ..makbul...anak murid itu kini gila.....natijahnya disini..wahai para pelajar sekelian...hormatilah guru..kerna selepas kedua ibu bapa...gurulah...orang yang berhak dihormati.....huhuuhuh...cikgu2..sekelian sabaq naaaaaahh jangan marah2....pssssssst CL tu ader pengalaman.....hikkkss

Umi Azuddin berkata...

Salaam CM,

Teringat pulak kat citer sitcom late 80's dulu "Head of The Class". Citer pasal Mr. Moore, cikgu sejarah, yang mengajar kelas bebudak gifted. Dia pandai relate peristiwa2 sejarah dengan situasi yang dihadapi oleh anak muridnya yang memang genius2 belaka tapi naif dalam hal2 kehidupan.

Saya imagine CM pun macam Mr. Moore, betul tak? Memang student mesti kamceng punyalah dengan cikgu macam CM ni. :)

Keep up the good work, cikgu!

VpeaceV

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

az tertarikh dengan soalan CL.

Kenapa yer.

Biasanya anak-anak murid zaman dolo-dolo yang 'nakal' dan kena maki, kena tampoar, terajang, itulah murid yang bila jumpa cikgunya, akan belanja cikgunya minum kopi.......

khairyn berkata...

Salam Cikgu Mas

Cikgu akan jadi cikgu yang paling mereka kenang apabila mereka meninggalkan bangku sekolah nanti. InsyaAllah.

Selamat berjihad cikgu mas :)

SUHAIMI berkata...

salam CM..
CM ni memang cikgu yang berdedikasi, memang guru sejati..... perhatian, bimbingan, sanjungan sentiasa didambakan oleh pelajar, tapi lain sekolah lain ragamnya....hanya guru yang memahami masalah , cabaran serta susah payah rakan setugasnya......walau sukar sekali manapun..jalankan tugas yang diamanahkan kepada kita ini dengan satu niat ..kerana Allah Taala...InsyaAllah akan ada pertolongan dan dipermudahkan segala urusan kita itu.....

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....