yg sudi bersama cm....

Sabtu, September 5

Katanya....."Cintaku hanyut di Lautan Sepi".......(sebuah kisah cinta terhalang)

Dalam kita semua bergurau bertukar idea tentang berbagai persoalan timbul satu kenyataan dari Cik lie teman kita tu "Cintanya hanyut di lautan sepi"...aku sendiri tertanya-tanya mengapa cik lie sering berkata begitu..????..hmm kenyataan itu membawa aku mengimbau kisah seorang temanku yang ku rasakan mirip seperti ciklie.Temanku seorang lelaki yang dah menempuh usia matang,bergaya,berjaya,berbudi bahasa dan ku rasakan tiada satu pun yang kurang untuk dia meraih perhatian gadis,namun ia masih sendiri.,sepi atau sunyi hanya dia yang tahu dalam dia menempuh perjalanan hidupnya...



Satu hari ketika kami berbual membincangkan satu persoalan tiba-tiba temanku bertanya...."Mas !!!kau nak tahu tak kisah cintaku?????....hmmm pasti aku nak tahu,persoalan ini dah lama dalam benakku..mengapa kau masih sendiri?????"Mas aku rasa nak share dengan kau satu cerita yang aku jarang cerita pada orang lain....Kisah cinta pertamaku...cinta yang abadi besemadi dijiwaku hingga kini,cinta yang membawa aku mengenal diri,cinta yang membentuk aku menjadi manusia,cinta yang mengajar aku erti pengorbanan,cinta yang membentuk aku menjadi matang dan cinta itu mengajar aku bahawa cinta sejati tak semestinya
bersatu....


Cerita lah wahai teman,aku sedia mendengarnya,kesudian kau bercerita padaku adalah satu penghargaan besar ke atas aku bahawa kau mempercayaiku...aku dah tak sabar untuk mendengarnya...

.................................................................................................

Mas..

Aku jatuh cinta buat kali pertama ketika aku berusia 24 tahun,aku dah bekerja tapi hanya sebagai budak pejabat(temanku kini sudah berjawatan tinggi).Ketika itu aku berkenalan dan bekerja dengan seorang wanita yang kita boleh panggil `Nor` sahaja.Nor seorang yang istimewa aku tak pernah sangka kami boleh jatuh cinta.Nor sudi memandang dan mengasihiku walaupun antara kami jauh berbeza,bagai langit dan bumi...



hmmm sambil tersenyum temanku menyambung,Nor lain dari yang lain,Nor tidak menunjukkan dengan ketara rasa hatinya padaku,dia indah berkias,gelodak hatinya ditempiaskan dengan cara yang cukup kewanitaan,hingga aku seorang lelaki mentah ini tidak pernah menyedari ada rasa cinta di hatinya,..Untuk bertemuku nor sering memintakan aku membelikanya nasi lemak setiap pagi,nor sering meminta aku membantunya,rupanya itu cara noor merapatiku.Nor bukan calang-calang wanita,nor berpangkat dia company sectreatary dan aku hanya seorang peon.Nor seorang wanita yang menjadi rebutan.bukan dikalangan pekerja bawahan tapi dikalangan manager dan director,Tapi mengapa aku yang dipilihnya,????




Aku tak pernah hairan mengapa dia menjadi perhatian lelaki.Nor sungguh cantik ,wanita yang memiliki wajah yang manis,berkulit putih gebu,bertubuh kecil molek,memiliki suara dan gaya bertutur yang begitu lembut..itulah yang menjadi igauan dan mimpiku hingga kini.Tiada apa yang kurang pada nor di mataku.Budi bahasanya sering diperkatakan oleh semua rakan pejabat ,nor adalah wanita yang beriman dan halus pekertinya.Betapa bertuahnya aku...Kesudian nor merapatiku menimbulkan rasa tidak senang dikalangan rakan sekerja,malah ada yang tega menuduhku menggunakan ilmu hitam menundukkan nor,ramai yg hairan mengapa aku dipilih nor,siapa aku??aku hanya seorang peon..


.namun nor sangat menghargaiku,menghormatiku sebagai seorang lelaki yang dicintai,tidak pernah meninggikan suara walaupun aku hanya seorang peon yang muda lagi mentah.Namun aku dan noor memiliki cinta .cinta yang bukan cinta biasa..mengapa?????...Nor adalah seorang wanita yang lebih berusia dariku,bukan setahun,dua tahun atau tiga tahun,tapi 13tahun ..aku berusia 24tahun dan nor ketika itu berusia 37 tahun.Jarak usia bukan halangan untuk aku mencintainya.Status janda muda tiada anak tidak pernah menjadi kudis dihatiku.Aku menerima Nor seadanya,sebagaimana Nor menerima diriku.Kami bercinta selepas Nor dengan rendah hati meluahkan isi hatinya...Nor sangat istimewa,nor lah cahaya hidupku,nor lah cinta pertamaku,cinta yang aku harap membawaaku menjadi raja diistana cinta kami dan dialah pemaisurinya.....



Namun ku harap panas hingga ke petang,rupanya hujan ditengah hari....Cintaku ku... pohon kan restu dari kedua ibu bapa,Nor ku bawa bertemu ibu tercinta,ku kenalkan kepada ibuku sebagai bakal menantu .Namun ibu tetap ibu,kata hati ibu nor bukan wanita terbaik untukku,nor tidak mendapat tempat di hati ibu,status janda dan usia yang jauh lebih tua mengurangkan seri nor di mata ibu.Aku anak teruna ibu pasti mahu aku bersama si dara suci.Tiada laluan mudah untuk nor memenangi hati ibu,Nor bukan pilihan ibu.Ibu wanita yang melahirkanku memberi kata dua,tinggalkan nor jika aku anaknya.Nor wanita hebat,nor tak rela aku jadi anak derhaka,jangan menempah bahagia dunia jika air mata ibu gugur ke bumi,setitis air mata ibu jatuh kerana luka perbuatan anak semarak api neraka menunggu.Nor rela undur diri,nor dan aku terpisah demi cinta nor lepaskan aku agar aku menjadi anak yang soleh...dan cinta kami terkubur tanpa pusara...oh dimana nor ku slepas 20 tahun berlalu kini...mas!!.



Nor lah cinta pertamaku,aku tak boleh menerima gadis lain,12tahun aku tak pernah mengharapkan cinta selain dari cinta nor.Nor ku tunggu hari demi hari selari dengan pertambahan usiaku.Dalam perjalanan itu aku bertemu seorang lagi wanita,ku harap boleh membawa aku ke pantai bahagia,namun dia bukan norku,dia hanya pelangi yang muncul selepas hujan,pelangi petang yang pasti akan pergi,Wanita itu meninggalkan aku setelah bergunung janji dipahatkan.Kini aku kunci pintu hatiku,dan inilah aku yang di hadapanmu kini Mas!!!!kata temanku mengakhiri kisahnya..dan aku mendengar kisahnya dengan berteman air mata....



Wahai pembaca catatan CM ni...sudikah kamu mengulas sedikit apa yang perlu temanku lakukan untuk bangkit semula meraih bahagia,??????Temanku hanya menghabiskan usianya dengan bekerja dan terus bekerja tanpa memikirkan dia berhak bahagia
.Aku sangat teringin melihat temanku bahagia dan menemui nor hidupnya kembali ..................................................
Temanku lepaskan nor pergi,nor jua tidak mahu kau jadi begini...nor pasti bahagia jika kau bahagia......

61 ulasan:

Che' Pit berkata...

salam CM, nak kongsi 2 kata2 hikmah.. renung2 kan..

"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan
yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian
dan hikmah di sebalik pemberian tersebut"

"Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama
hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita."

kesimpulannya kalau kita dah jumpa org yg salah, tidak mengapa, lepaskan dgn hati yg redha dan jgn pula terlalu lama mengharap pada yg tak pasti sampai terlepas pandang peluang yg baru tiba..

apiz hensem berkata...

tak tau lah nak komen aper. saya pon ade gak pengalaman yg macam ni, tp lain sikit ending nye. but life goes on, we still friend... walaupon dia dah kawen dan sy masih mencari...

Noor berkata...

Dear CM, Salam..

kadang2 kita merasakan cinta yang pertama itulah yang paling terbaik untuk kita namun kita terpisah.. dan kita terus meratapi. mencari yang serupa serta sejati waima seiras cinta yang telah pergi.. kita mengeluh.. kita menyesali.. bersua dengan ramai pengganti namun tidak menepati apa yang telah pergi..

berdendang bergurindam.. 'cinta ku yang suci bagai tak kesampaian.. terputus di tengah jalan..' terus merintih.. 'cintaku hanyut dilautan sepi'

namun.. katakan lah kepada sahabat mu.. yang telah pergi itu adalah ketentuan yang hakiki.. bila kita merasakan itu yang terbaik.. kemudian dipisahkan.. maka itu bukanlah yang terbaik.. bangunlah.. hentikanlah lamunan itu.. 'lamunan terhenti' kerana kasih mu.. adalah 'rendang yang tak berbuah'.. tinggalkan segala kenangan.. yang telah menjadi sejarah..

kerana...

hanya kita yang mampu merubah diri kita.. kawan dan sahabat hanya pemberi semangat.. biarlah yang hanyut itu terus hanyut.. kerana lautan sebenar nya tidak pernah sepi.. ombak sentiasa menemani..

psstt.. itu 'nor' bukan cheq arrrr

khairyn berkata...

Salam Cikgu Mas

Selagi dia hidup dalam semalam dia takkan dapat kebahagian hari esok. Alahai... soal hati ni memang susah. Tapi, kerja Allah siapa yang tahu kan?

May you be blessed and happy always cikgu Mas :)

Imran Paris berkata...

CM...ya Allah...stop dulu melayan hati yg pilu dek kisah luka lara lama....gi Senyuman Harapan...depa dah dok pakat madah2 cinta...siap "I LOVE YOU" lagi....isshhhh saya br balik terawih ni terus tak dpt nak tidur....bau bunga rampai harum semerbak menusuk hingga ke dlm jiwa...cepat CM org Makkah sedang di pukul gelora cinta....sat lagi tentu karam berdua....

Imran Paris berkata...

CM...bagi saya mudah...kita org ada agama, dengan yakin, buat solat hajat dan istikhorah...insyaAllah jawapan dipermudahkanNya.

Terkadang melalui mimpi, sering juga melalui gerak hati dan persekitaran. Sy pernah gak HAMPIR frust tergolek dog dog...alhamdulillah, saya dpt alamat jelas sejelas jelasnya. Tiga malam mimpi yg sama, terus saya nekad memuktamadkan bicara menyimpul ikatan dgn cinta pertama.

Saya yakin kkdg kesusahan yg kita lalui adalah anugerah Allah berikan utk kita perolehi perkara yg JAUH lebih baik dr apa yg kita harapkan. What we want is not usually what we need...Allah knows BEST

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

waduh CM, kau ni pagi-pagi buat ayazain terkasima. AZ berazam nak ceria sungguh pagi ni, potong stim la CM.

Tak apa feel good AZ. Gini, betul kata Noor n IP kita orang beragama. Tapi u tak kena batang hidung, kalau kena? kau akan sama seperti apa yang dirasai oleh kawan CM. Relax AZ.

CP, u punya komen mengalahkan orang veteran daaahhhhh. Terserlah kematangan kamu. Budak MRSM katakan pasal berhujah no satu. hhahahah. MRSM TGB lagik.

Cinta yang hilang biarkan sahaja. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Allah sudah menciptakan pasangan kita . Sama ada kita jumpa atau tidak aje. Yang kekal hingga akhir hayat itulah jawapannya. Teringat AZ masa darjah 5 dulu, cikgu kata semua orang sudah ada tali sakti yang mengikatnya, ha kau cari lah sendiri.

Tapi cerita kawan CM ni memang biasa kuar dalam drama melayu, ibu bapa mana yang mudah menerima menantu perempuan yang sudah berumur. Itu lumrah, kalau AZ pun ermmmmmmmmmm. Tapi kalu dah jodoh nak buat macam mana yerk. Beri je la restu. Kalu tidak jadilah macam citer Wadi Unung. mrs zain tak lekang dari TV hari isnin hingga khamis astro mana entah. ngek ngek ngek.

Pesan AZ pada kawan CM, jangan diikutkan hati yang lara, ikutkan hati ..... mati. Tepuk dada tanya selera. Ayahzain pun sama huhuhu. Sebab tu jumpaje mrszain, tengok atas, tengok bawah, terus jer sampaikan hajat. tapi kan CM ambik masa setahun juga tu, nak aproach. CM ingat senang ker, bukan main terkam jer. Nak mengelurakan ayat pertama tu, huhhhh .... siapaleh (kono sebot boto2 ni) .

kawan CM tu dah berapa umur dia?

rezeki berkata...

Salam CM,
bila masa pulak Noor tu tukar profession dari motong gotah jadi seketari sarikat ni.

kik kik kik

Tanpa Nama berkata...

salam kanda,

malam td hanis dah baca n3 akak nie..tp tak terkata apa..suka baca kata2 pijal...tq pijal.

akak...kawan akak nie mempunyai sama prinsip ngan hanis...restu ibu bapa menjadi keutamaan... rasanya kata2 ini hanis ade tulis pada komen kat umah k.nija....huhuhu...

tp hanis nya sikap lak...hanis tak suka munghukum diri hanis hanya kerana cinta lepas...mengapa kita perlu berduka sehinggakan tak nampak hari esok...kita harus memikirkan juga diri kita, kenapa kita harus menderita buat selama2nya...hanis percaya setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya..

Asnija berkata...

Salam Cik Mas oiii...

Komen Kak Nija (Part 1)

Terpaksa lah akak beronti buat cekelat sat ni, tak tahan tangan nak menambah komen...

shahdu dengan cerita ni ye...

pesan la dengan kawan Mas tu, semua yang terjadi pada kita memang sudah ditulis lama dulu di loh mahfuz, dari awal sampai sudah, tidak ada konsep kebetulan ke apa ke, semuanya sudah di tentukan dari A sampai Z...tidak ada satupun yang berlaku pada kita tidak didalam tulisan Nya..walaupun tertambah garam dalam sukun, macam cerita Pinat tu...itupun dah dalam buku kita....

ketentuan kawan Mas tidak sampai jodoh dengan Nor tu, bermaksud, memang tu lah terbaik dalam perancangan Allah untuk kawan Nor ni, manalah kita tahu masa depan kita, dalam Quran kan cakap, kita mungkin sukakan sesuatu, sedangkan yang itu tidak baik bagi kita, dan adakalanya kita tidak suka kan sesuatu, tetapi perkara tersebutlah yang terbaik bagi kita...

Asnija berkata...

Komen K.Nija Part 2

melupakan memang susah, tapi sebenarnya, kalau betul kuatnya cinta pada Nor, dari dulu lagi dia sepatutnya merancang strategi melembutkan hati ibu bapanya agar melihat Nor pada paradigma yan berbeza, bukannya ending terus....

memanglah awalnya tiada restu, tetapi sekeras-keras hati manusia ni, boleh di lembutkan, banyak sebenarnya yang kawan Mas boleh buat dulu, demi mendapatkan restu ibu bapa, pengorbanan itu dari pihak yang bercinta sepatutnya, ambik hati emak bapak dengan cara yang baik,berdoa agar mereka merestui, demi cinta, sepatutnya kalau benar cinta itu membawa ke jodoh, Allah akan buka kan jalan satu persatu...restu itu mungkin memakan masa...tapi penantian itu akan ada kesudahannya...tapi mereka putus terus..bermakna Allah telah menutup jalan..kalau tak pasti Allah dah beri mereka idea dan ilham untuk menawan hati ibu dan bapa....

Asnija berkata...

Komen K.Nija Part 3

tapi itu sudah perkara yang lepas, he is the driver of his life, menyalahkan restu yang tiada pun tak guna juga, he just decide tak nak kahwin, so semuanya ke arah tak kahwin la...paling mudah, meletakan semuanya pada barang yang dikenang-kenang....

hidup kita ni, purpose nya bukan mengenang cinta yang lepas, so, kalau menjadi anak yang soleh adalah misi hidup kawan mas ni (in the first place, dia putus kerana tak nak derhaka kan.), maka berkhidmatlah sebaik mungkin pada ibu dan bapa, kebahagiaan hidup juga boleh ke tahap maksimum dengan memberi kebahagiaan pada ibu dan bapa, kalau dia mendapat kepuasan dengan cara sedemikian, akak rasa, itu sudah teramat bagus....

tapi kalau dia mempunyai misi menyumbang kepada generasi islam yang akan datang, maka, sudah tentu fokusnya pada membangunkan keluarga, membentuk akhlak anak-anak agar dapat membela Islam dimasa akan datang, siapalah yang akan meneruskan dakwah ini, jika bukan anak-anak kita mengajar cucu-cucu kita mengaji dan solat?

Asnija berkata...

Komen K.Nija Part 4

Kepuasan hidup tercapai bila kita rasa puas menunaikan peranan kita sebelum mata tertutup...kebahagian itu memang datangnya dari cinta, boleh jadi cintakan ibu bapa, cintakan pasangan, cintakan Allah dan RasulNya...

Cuma jangan sampai dia mengharamkan yang halal, sedangkan Allah meletakkan perkahwinan itu sebagai sunnah...tapi kalau dia tidak ke tahap itu...akak rasa tidak menjadi masalah apa-apa...dia menerima perkahwinan itu suatu sunnah, cuma dia decide tak nak kahwin...tak pelah...mungkin dia mencapai kebahagian dengan cara yang berbeza dari kita…

Cuma yang salah kalau kawan Mas asyik merundung hidup nya yang malang...menangisi cinta yang tidak kesampaian...

kepedihan itu bukanlah dari cinta terhalangnya...kepedihan itu ialah bila dia asyik mengenangnya....

Asnija berkata...

Komen K.Nija Part 5 (akhir)

Apa yang penting ialah apa yang berada dihadapan kita...untuk mengubat hati, kawan Mas boleh mula melihat apa yang dia nak capai dalam hidupnya (memiliki), lepas tu, buatlah semua perkara-perkara dan tingkahlaku yang berkaitan (buat), dia pasti akan menjadi insan yang dia ingin (jadi).

Contohnya, kalau dia ingin memiliki keredhaan ibu bapa, maka dia perlulah melaksanakan tangungjawab sebagai anak dan berkhidmat dengan penuh ikhlas, dan pasti dia menjadi anak yang soleh, dikenang kerana ketaatannya dan kesolehahanya...

itulah pendapat akak yang tidak seberapa...

(kalau terpanjang, salah silap harap dimafkan ye Mas...)


ps: dah..pi main jauh...akak nak sambung buat cekelat ni ehhh..

Izariza berkata...

Salam kenal Cikgu Mas,
wahh mengajar kat Putrajaya ke? mungkin dekat dngan rumah saya barangkali :)
tersentuh hati membaca entry ini .. begitulah .. masing2 ada cerita dalam hidup.. saya juga punya ramai kawan yang masih 'sendiri-sendiri' .. dan banyak cerita duka mereka yang dikongsi.

Moga yang indah indah saja buat cikgu Mas :)

Imran Paris berkata...

Ya Allah....Datin...sampai berelong-relong lima siri bak filem telenovel komen Datin...tp apa yg Datin cakap tu semua betul eps Part 3 - "menyumbang pada misi generasi Islam" Komen ini cukup relevan...tp ia merupakan 1 cabaran yg AMAT besar tu yg kkdg org tak ambik kisah...saya berharap kita semua dapat mendidik anak2 hingga menjadi kebanggaan AGAMA, bangsa dan negara....

ReD berkata...

salam k.mas..

siannye dia...
moga2 Allah m'buka pintu hatinya utk hidup berteman.
Amin...

S berkata...

salam,

adoooiii leteh baca komen Asnija.
phuuhhh..... no say.

apapa pun bagi kak as kalau prass bercinta 2 minggu sja pas tu cari yg baru. ngehx3.
tak dak jodoh lah tu.

Che' Pit berkata...

salam mak as,

tulah, datin tu dah tahap boleh buat skrip drama tu..

hehe mak as, anak mak ni pun sama, prass kejap jer.. pastu ok dh.. toksak dok kenang jodoh yg takder..

Atik berkata...

Salam...

Kak Nija... panjngnya komen... sampai 5 part...

Sorry kak, saya tak tau nk komen apa... coz say pun hadapi delima yg sama... saya dok baca komen kengkawan kt cini jer as panduan...
he.... he....

CM berkata...

Salam CP

satu pengkongsian yg sangat bermakna,tq che pit,tapi bagiku kekuatan batiniah dan tahap kesetian seseorang tak sama antara satu sama lain...moga temanku menghayati penngkongsian ni...merenung dgn mata hati..

CM berkata...

salam apizz..

cari dik sampai jumpa...usaha pasti jaya...yg pergi biar pergi..bak kata rabbani pergi tak kembali..

CM berkata...

salam noor

noor seorang gadis yg sangat cantik,berwajah manis,berkulit putih gebu,bertubuh kecil molek,bercakap dgn nada yg cukup lembut....Ya Allah adakah ciri ni sama dengan Noor yang ku kenali????alamak samalah...baru ku sedar noor inikah yg temanku tunggu selama ni....k.noor wat lah pengakuan,jgn menafikan..tak kasihan kah kau pada temanku yg begitu sepi sejak kehilanganmu..kembalilah nor,mewarnai hidupnya...

Noor berkata...

As Salam..

va va va.. dah cam cite hindustan.. aik?? cheq plak yang kena!.. jauh panggang dari oven dik oii..

"bertubuh kecil molek".. wa ha ha.. dinda manis.. jangan kasi kanda gelak guling2 arr..

kanda mu.. nun wau wau ro bukan nun wau ro..

ngeh ngeh ngeh

CM berkata...

salam ryn..

tersangatlah benarnya soal hati memang sangat sukar dimengerti,org yang rasa jer faham..

moga khairyn sentiasa hepi di sana..

CM berkata...

salam Imran..


huuh pasal i love u tu,CM yg suruh org makkah wat cam tu,kita doakan yg terbaik untuk mereka...

direnjis-renjis dipilis..mudah-mudahan...

CM berkata...

Salam imran

iyer 100% saya setuju,di samping petunjuk dari ALLAH...gerak hati kita kuat dan boleh menafsir dan menduga apa yg berlaku,ia juga pernah berlaku ke atas diri saya..kita manusia beragama pasti Allah sebagai petunjuk serta matlamat hidup..

saya suka semangat imran,pinjamkan semangat itu untuk temanku meneruskan hidupnya,imran pun cam temanku,cinta pertama jua yg digapainya..

Asnija berkata...

Maaf lah pada semua atas komen ku yang terpanjang giler...

masa tulis tu, membayangkan bercakap direct dengan kawan Mas tuh..seperti kukenal orang nyer...tu yang mengomen penuh perasaan...

kepada kawan Mas tuh...jika dia mengenali saya...itulah pesanan dari hati saya yang sangat mendalam...ikhlas dari seorang kawan...semoga dia juga menganggap saya ni kawannya...

CM berkata...

Salam Datin Asnija..

Waduh datin..apa yg mampu saya cakap dari penerangan dan komen datin ialah nolai keikhlasan yang ada dalam hatimumu terserlah dari komen yg begitu jelas,,,isi hatimu kau ungkap demi kasihmu pada seorang sahabat,sifat penyayang,caring and sharing terpapar indah dari komenmu yang bernas dan mantap.

beruntung kami bertemu denganmu.masa yang dicurah dan pengkongsian yang kau lakukan ini adalah usaha yang sungguh murni..coklatmu kau pinggir dahulu demi cinta ini,jika Dr fadzilah kamsah meletak nilai RM pada setiap butir katanya tapi kau meletakkan nilai kasih sayang yg tidak berbelah bagi pada setiapbutir kata yang ku rasa lebih hebat dari seorang pakar motivasi.

Bukan niatku untuk membodek,memuji atau mengampu..tidak sama sekali..tapi 6 komen yg kau berikan ini demi sorang sahabat adalah bukti kau seorang yang sangat istimewa,beruntung dan amat syukur pada tuhan kami menemuimu dialammaya ini,kita semua kini umpama sahabat sejati dialam realiti.mungkin pengalaman,pendidikan,pembacaan,dan sifat penyayang yang Allah kurniakan pada dirimu membentuk kau menjadi seorang pembimbing yang hebat.

terus terang saya katakan jangan pernah mempersiakan anugerah tuhan ini,bantulah sesiapa pun yang kau kira boleh dibimbing,kau seorang motivator hebat tiap butir katamu bermakna,bersemangat dan penuh dgn bimbingan.Aku teringat pada ciklie,ciklie juga seperti kak nija,dia juga seorang pembimbing yang ikhlas,hehehe mungkin satu hari kita boleh bukak CONSULTANT AGENCY...Cik lie dan Datin menjadi motivator,dan CM dan noor yang ramah tamah ni sedia mencurah bakti dibahagian Marketing,saya pernah bergurau dengan ciklie mengenai perkara ini.Ciklie kita..??????di mana ciklie yer.mengapa dia tak sudi memberi sedikit komen untuk sahabatku ini....sibuk agaknya.

Ya Allah,kenyataanmu pada ayat kau mungkin mengenali sahabatku adalah satu bukti kak nija seorang insan yg mempunyai `rasa hati yg kuat`pengamatan yang jelas`..Mungkinkan kau kenal sahabatku ini,Jawapanku ...mungkin ia??? dan mungkin tidak??..tapi jauh datin mmg hebat,,

CM berkata...

salam izariza yg manis

salam kenal permaidani merah saya bentangkan...hmmm saya mmg diputraya,kalau kenal mmg boleh terserempak saya diAlamanda,tempat lepak tu..

bagi yg masih sendiri2 tu mungkin ada sebab dan kisah mereka sendirikan??jodoh belum sampai..

CM berkata...

Salam ayah zain

kat mana nk cari tali sakti tu yer,nk bagitau kawan saya.Pendapat AZ sangat bernas,sangat optimist dan positif,sesuai dengan keceriaan dan kegembiraan Az menjalani hidup walau apa pun Allah duga..

kawan CM dah umur 40++

CM berkata...

salam rezeki

oh rupa yer rezeki tak tau yer,dulu noor potong gotah,pas tu secreatry company,skrg CEO.hehehe..jgn tak tahu tuuu

CM berkata...

salam hanis

yup setiap yg berlaku pasti ada hikmah yer...tapi cinta pertama ni semtimental yer lain...u mesti ada cinta pertama???meh share dgn k.mas..

CM berkata...

salam imran

berelung komen datin tu tanda datin ni org yg caring,n penyayang,
bertuah hubby datin,ayat n bimbingan dia bernas dan berisi..

imran pun sorang yg bervisi dan bermotivasi,bertuah saya menemui kalian..

CM berkata...

salam merah

amiiin atas doamu..moga dia bertemu penemanya..

CM berkata...

salam k.as

datin asnija mmg hebat bab ayat power tu,saya cukup kagumm


aduuh hebat k.as ni!!!2 minggu dah boleh cari baru..cayook kak..

CM berkata...

salam che pit..


huhh,ko pun hebat gak yer...cepat betul sembuh dari luka...ni semua power rangers ni..

CM berkata...

salam tika..


hmmm ada dilema yg sama???dahlah tu yg pergi biar pergi...pandanhg kehadapan dik...

CM berkata...

salam noor

aduhai cepat2 melompat ko menafikan ia...memang ko dah lupa kan temanku ni...wahai temanku lupakan nun,wau,wau ,roo..tu..dia tak lagi kecil molek..macam dulu..


ngeh,ngeh,ngeh...

noor cik lie mana???sibuk kt senyuman dan harapan tu..

CM berkata...

salam kak nija

awat nak mintak maaf pulak,sayasangat berterima kasih.kawanku beritahu u are so great lady,...salam dari temanku??


mungkin dirimu mengenalinya???hmm mungkinn jugak..he is nice guy..doakan dia..

Asnija berkata...

Mas sayang..
Daku tersenyum sipuut depan laptop Acer ku ini (baru jeles ngan laptop fujitsu ayah zain..), mendengar pujian mu itu, jangan kaou puji daku, nanti daku terjelpok dari kerusi nih...

Daku cakap biasa-biasa je...apa raa..

ps: K.As, hebat K.As, weh...2 minggu cepat nye kak oiii...suspen abang megat nih...K.As ni orang Kelantan kan..tau dak sekolah tahfiz ke maktab tahfiz ke, pondok tahfiz ke...nanti kalau tau emel saya ye..(tumpang lalu Mas ye...)

Asnija berkata...

Kawan Mas tu kirim salam ye...wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh...sejuuuk nyer ati akak menerima kiriman salam dari nyer...

Asnija berkata...

Mas,
Berkenaan consultant agency...kelakor lak akak...kalau akan jadi motivator, berpasangan dengan Cik Lie...bila saja terpandang wajah nyer...pasti ku tergelak, bila dia memandang wajah ku...pasti jugak tergelak..nanti program tu jadi program gelak-gelak..oh...ceria nyer...

tapi urusan mendaftar company tu boleh mintak tulun Noor...sejak dia jadik company secretary ni...Cik Imran boleh tolong promote sampai Eropah..wuiii...global gituh...(akak ni sekadar makeup kan eye shadow hanis bule le...)

S berkata...

salam Datin Asnija,

kat Klate meme blana sekolah tahfiz.
kat Kedah bun ada bercambah.

tapi kena la pilih yang mmolek, yang baguih.

nak sedekah jariah ker??

akak ni buke ore Klate,
tapi oghang Kedah piaw punya.
NGEH x3.

Dr Chenta berkata...

Salam CM yang budiman,

Tahniah kerana mendapat pandangan yg hebat2 drp teman2, mudah2an teman CM yg seorang itu turut membacanya dan dapat pula dijadikannya panduan dan amalan.

Saya ingin menambah sedikit iaitu yg pertama; buatlah solat istikharah (sebanyak yg termampu) mohon petunjuk sama ada untuk kekal menutup pintu hati drp cinta atau sebaliknya. Keduanya; adakan mesyuarat khusus untuk membincangkan perkara ini. Ahli2 mesyuarat tsb bolehlah terdiri drp kawan2nya dan termasuk dirinya sendiri. Terimalah apa sahaja keputusan yang dibuat dalam mesyuarat tersebut!

InsyaAllah, jika dua perkara ini dapat dilakukan dengan sebaik2nya maka masalah tsb akan dapat diselesaikan. Maksud drp hadis nabi; tidak akan rugi orang yg beristikharah dan tidak akan menyesal orang yg bermesyuarat. 'Khair' (kebaikan) akan diperolehi melalui mesyuarat yg dilaksanakan mengikut cara sunnah nabi SAW.

wallahu'alam bissawab.

S berkata...

salam CM,

nampaknyer tajuk N3 Cm ni kena tukaq noohhh.
CINTA KU HANYUT DILAUTAN MINYAK.
heh heh heh ....

nanti p buka posa kat umah datin Ija na.

shami2 berkata...

Salam CM,

Maaf ler cheq mai lambat...sungguh teruja dengan ceritamu itu...hehehhe..

CM cheq ada kes lagi nih...cinta mekah pulak...tngah hangat...

Ayah Zain berkata...

salam CM,

Tali sakti? Nak cari kat mana? Ayah zain pun tak tau. Cikgu AZ bagi tahu masa AZ darjah 5. heheh. (kan dah habakkan, tanya lagi cikgu Masayang ni)

CM berkata...

Salam datin

serius ni consultant agency kita bangunkan,kita wat agensi cari jodoh sekali andainya hati temanku itu terbuka untuk berumahtangga..biarlah tergelak pun tengok cik lie,yg penting hepi datin.skill n talent jangan di persiakan..buat melalui blog or alam cyber pun boleh..


tu lah hebat k.as,2 minggu jer dia boleh cari lain,tergugat n ketaq lutut abg megat dgr,

k.as tu kedah piaw-piaw lah datin,cheq sembang dgn k.as,sekali bukak bukak mulut tahu k.as org kedah sejati..

Datin,cari sekolah tahfiz ni nk pi ngaji yer,Alhamdulillah...

CM berkata...

Salam doctor

Akhirnya kegelisahan ku terubat melihat kelibatmu disini,terima kasih tak terhingga atas nasihat dan pandangan bernas mu yg ku tunggu2 tiap waktu dan tika.Beristikharah dan bermesyuarat adalah dua pendekatan hebat yg datang dari idea insan yg arif soal cinta seperti mu...

sekali lagi terimakasih moga temanku mendapat petunjuk..

ku hulur sejambak bunga tanda cenderahati untukmu kerana mengziarahiku,,

CM berkata...

salam kak as

yup sungguh menarik,kalau ada permintaan ku buat n3..

Cintaku hanyut dilautan minyak..ini bukan kisah temanku lagi tapi kisah cik lie kita...

CM berkata...

Salam Ayah zain

bergetar hati saya bila dipanggil sayang!!!jangan ayah zain,jangan,jangan...tak mau dah nanti panggil ayah-ayah,nanti CM panggil abang fullak...

ngeh,ngeh,ngeh..

CM berkata...

Salam shahmi


tulah tertinjau-tinjau mencari shahmi untuk ku dgr ulasan bernasmu,sibuk yer,anak nk exam..


cinta mekah tu ku ikuti episod demi episod,malah kekadang CM penulis skrip..ngeh,ngeh,ngeh

My Life berkata...

salam.. cikgu mas.. boleh tumpang rehat dan berkenalan??? hehehehe

CM berkata...

Salam..my life

silakan..CM sediakan bilik yer,bukan kata tumpang rehat,tidur semalam dua pun tak per..bole CM berkenalan dan bermesra,,jemput-jemput ..maghi dari kelate ko.???

AL-ANEESA' berkata...

Salam kakak,

Aduh membaca tajuknya sahaja seperti menyusuri kisah sendiri.

syahdunya.

salam persahabatan kak.

My Life berkata...

terima kasih.. iyer cm.. dari kelte ke cl, dari cl ke cm.. semoga ikatan ini dalam keredhaanya.. insyaallah (-_-)

CM berkata...

Salam persahabatan untuk Al nessa

silakan ke sini selalu adikku nessa...moga yang manis2 untuk kamu..

CM berkata...

salam my life
insyaallah,moga kita berada dalm kredhaan Allah sentiasa..

||alis|| berkata...

tukang komen yg paling bongsu... yg ke-60.

alis harap teman cikgu tabah. 12thn bukan jangka masa yg pendek.

alis terharu bila dia menunggu cinta Nor selama itu. dan katanya dia tak mampu nak melupakan Nor.

namun alis berasa, jika alis berada di tempat penganti Nor, dan selepas mengetahui kisah cinta antara dia dan nor.. alis akan sedih, sebab dlm hatinya bukan saja ada alis, malah masih ada Nor..

adilkah begitu cikgu?

CM berkata...

salam aliss

adil tu milik tuhan,manusia susah nk nerlaku adil..

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....