yg sudi bersama cm....

Rabu, Januari 23

Bercuti di Morib Gold Coast

17 Desember 2012 yang lalu,,suami CM menyerah voucher hotel dan tiket water theme park di tangan,,,kat mana tanya saya? Banting..katanya,,,,,saya tergelakkk kecil..alamakk jauhhnya belakang rumah jerr,,,tapii apapun pemberiannya mesti dihargai dengan sepenuh hati,,ok jugakk,,sungguh pun hanya sekitar 30 minit dari rumah,,kami jarang ke Banting...pantainya cantik..

Bila sampaiii hmmm no bad,anak pun happy dapat bermain air sepuasnya cuma waktu petang hujan,,cuaca tak mengizinkan namun boleh disambung waktu pagi...,cuma bila malam hari saya tak tahu apa punca kawasan ini berbau seperti air kumbahan,,saya terbau sendiri seperti mana yg banyak dibaca di internet,,namun tidaklah terlalu kritikal...dan bila malam hari kawasan ini happening dengan restoran mewah terapung di tepi pantai,,tapi malangnya banyak sungguh menjual air kencing setan tu,,dan mereka minum sambil duduk di kerusi-kerusi yang cantik mengadap pantai...

di hadapan lobi,,,sementara menunggu check in,,,mak oooii suami saya mengeluh bila proses beratur untuk check in mengambil masa sampai 45minit,,tu weekday tu,,weekend or public holiday tak dapat lah den nk membayangkanya..

kreditt untuk MGC ni bila bilikknya luas dan canteek...ada jakuzi gitruuu..tak puas mandi di bawah boleh berangan  diatas,,sambil pecah2 kan lemakk

gelungsurrrrr,,,,,anak cm enjoyy sungguh

dinnerr,,bersama pakej yg kami ambil,,,sedapp tauu,,kemain promote lg saya

mee udang katanya,,,bolehhlahhhh,,,

berlatar belakang kt bilik hotel

tapi kalau nk dibandingkan dengan Tiara Beach Resort di PD,,tempat ni lebih kecil,,bolehlahh nk basah2 kan badan

tapi bolehlah untuk percutian pendek,,satu tempat yang tak jauh dr KL,,,selain dr water park ,,ada pantai yg cantik,,ada spa,,ada lumba kereta yg kecik tu apa namanya buggy kot...hmmm,,,Gold Coast Morib kena beri saya menginap free ni atas promosi yg saya buat,,,hmmm dua tiga hari lepas saya tengok drama Hingga Hujung Nyawa kt TV3,,,,diaorang shooting episod bulan madu,,kt resort nii,,,lawalahh pulak....

Ahad, Januari 6

Taman Negara Laut Pulau Pinang



Awal..november 2012..CM berpeluang mengiringi pelajar CM ke Penang..maknanya tahun ni dua kali CM dapat mengunjungi Penang..kalau kunjungan pada Julai lepas dengan misi Jalan-Jalan Cari Makan,,kali ni CM ke Penang untuk bersama meneroka keindahan Penang....

Taman Negara di Penang????kedengaran asing ,rupanya memang ada sebuah taman negara laut yang indah terletak tak jauh dari Pantai Feringgi atau lebih tepat ia terletak di Teluk Bahang.,,hmm malas nk taip bebanyak,,,meh sini cm copy n paste jer,,cuba baca tentang Penang National Park ini...

Taman Negara Pulau Pinang terletak di daerah pentadbiran Barat Daya Pulau Pinang. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur adalah lebih kurang 375 km dan kira-kira 30 km dari Georgetown, Pulau Pinang.

Taman Negara Pulau Pinang hanya menerima pelawat harian sahaja. Tiada kemudahan penginapan dan tapak perkemahan yang disediakan bagi mengurangkan impak terhadap kawasan tersebut. Perkemahan hanya dibenarkan kepada program pendidikan konservasi yang dijalankan oleh perkhidmatan Taman Negara untuk sekolah-sekolah, kolej dan pusat pengajian tinggi tempatan. Pelawat boleh menginap di hotel-hotel yang boleh didapati disekitar Batu Feringghi dan Teluk Bahang yang mana merupakan kawasan pelancongan yang dikenali ramai. Kawasan ini juga mempunyai rangkaian gerai-gerai makan, kedai-kedai runcit, cenderahati, pusat hiburan, klinik dan perkhidmatan pelancongan yang lain.

Tarikan semulajadi yang terdapat di Taman Negara Pulau Pinang termasuklah Hutan Pamah dan Bukit Dipterokarp, kawasan Hutan Paya Bakau, habitat pantai berpasir, dan keunikan Tasik Meromiktik serta keindahan dirian tumbuhan Seraya yang merupakan persekitaran semulajadi Hutan Dipterokap Pantai yang boleh dilihat di lereng-lereng bukit di sekitar Muka Head. Terdapat lebih dari 1,000 spesies tumbuhan yang direkodkan di Taman Negara Pulau Pinang yang di dominasikan oleh family Dipterocarpaceae, Leguminoceae, Apocynaceae, Anacardiaceae, Euphorbiaceae dan Moraceae.

Airnya yang jernih,,,memukau mata memandang.....kalau diteliti batu tuu berbentuk penyu tauu..

Batu yang menyerupai buaya,,,yaaa betullah cam buaya kan.....

pemandu boat yang ramah,,,mereka kebanyakkan Ahli Pengasih ,,tu ada nombor contact ...bolehlah hubungi,,kalau tak silap CM,,kami bayar RM 100,,untuk boat dan bawa kami pusing-pusing Taman Laut ini,,satu boat boleh isi 10-12 orang so boleh share-share tambangnya...

Anak bujang CM,,yang sangat siyokkk dengan aktiviti island hopping

Gambar Jeti di Taman Negara Penang,,disinilah pelawat menaiki boat ke pulau-pulau terhampir

hanya sempat berphoto-photo sajer di pantai keranchut kalau tak silap(dah lupa nama pantai ni)

batu berbentuik rabbbit,,,cantikkkan,,,cm sangat asyikk dengan keindahan laut,,

Hi Cikgu Mas di sini,,,belakang tu body guard i,,,

Aktiviti
Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan di Taman Negara Pulau Pinang termasuklah perkhemahan, pemerhatian hidupan liar, burung, merentasi titian kanopi, berenang, berkelah, pusat interpretasi, memancing, merentas hutan, mendaki bukit dan berkenu menyusuri hutan paya bakau.

Kami sangat happy disini,,,,Indah sungguh ciptaan tuhan,,Alhamdulillah...
Saya berpendapat tempat yang sebegini cantik,,perlu promosi yang meluas...pelihara dan pastikan ia tidak tercemar agar generasi selepas kita masih mampu menatap indahnya ciptaan Allah ,,dan menjadi hamba yang bersyukurr..... 

Jumaat, Disember 21

Percutian Budget di Phuket

CM beritahu kak sophie ,"kak...kita cuma dapat bercuti cuma 3 hari 2 malam jer di Phuket.!!!,,kak sophie jawab,,"alahh jadilah sekadar main-main air laut"!!! jawapan kak sophie buat cm sedikit lega,,oklah tu jer masa yang ada,,kami bersyukur,,.

kali ni cm nak share,,perbelanjaan yang cm atur untuk trip kali ini,,kami mmg tak guna travel agency,,rata-rata kalau guna travel agency perbelanjaan boleh mencecah RM 1500 ke atas,tapi mungkin perjalanan lebih teratur dan banyak tempat boleh dikunjungi,,kami pulak hanya sekadar melakukan aktiviti basic ,,tapi kami cuba sedaya upaya untuk menyamai apa yang travel agency aturkan,,paling tidak mencecah 70 peratus seperti yang mereka buat.

Cm mmg berazam untuk meminimakan perbelanjaan seboleh mungkin,,so jom tengok,,cm nk cuba ingat balik budget kami disana..

Tiket Flight                   : RM 150 (Pergi dan balik) CM beli ketika AA buat Big Sale Mac 2012
Hotel                            : RM 150 untuk dua mlm termasuk breakfast-kak sophie booking di Agoda


Pengangkutan               : RM 15 per head-mini bus dari airport ke Phatong Beach
                                      RM 20..tambang tut-tut dr hotel ke Phatong Beach untuk mencari pakej ke pulau, 
                                      mahal sebab kalau jalan kaki cuma 10minit jer,,huhuhu,,balik kami jalan kaki
                                      tapi kalau pergi berempat hanya RM 5 sorang,,tut-tut boleh masuk hingga 5 org.
                                      RM 130,naik tut-tut pusing satu pulau...mahalkan,,tapi ok sebab pulau tu besar,
                                      berbukit-bukit dan beserta khidmat tourist guide dr pemandu tut-tut,,yg ni kami
                                      share.(kalau pi berempat boleh jimat sebab tut-tut tu kami berdua jer.
                                      RM 60- tambang teksi dari hotel ka airport,,,sangat selesa dengan teksi dr Toyota
                                      Camry-kami kejar masa so jalan terbaik naik teksi,,masih reasonable harganya,
                                       malah mahal lg jika di Kuala Lumpur.
                                     Pengangkutan ke Phuket FantaSea dan James Bond Island sudah termasuk dalam
                                      pakej yang kami beli,


Pakej                            : RM 150-sehari di Pulau James Bond beserta lunch,dan aktiviti2nya yang hebat
                                       RM 150-Pertunjukkan Phuket Fantasea,,(psssst yg ni tak payah takper CM dan
                                       Kak sopie tido sepanjang teater berlangsung sebab sebutir habuk tak faham.
                                       dah tentu speaking siam,,tapi omputihh suka benar.


Souvenir                         : Beli T shirt  3 helai RM 70
                                        Brooch sekotak ala2 pearl youu cantikk RM 30 ada 5 ketul
                                        Fridge Magnet RM 10
                                        Mug RM 15
                                        RM 50.CM beli kacang gajus di airport untuk habiskan Thai Bath

Makanan                         : NI BUKAN JJCM,,so belanja makan seminima mungkin,,sekitar kurang dr
                                         RM 100 agaknya untuk 3 hari 2 malam,,kami banyak share  portion nya besar.
Massage                          : urut badan RM30 perhour dan RM20 urut kaki
 Jumlah                            : 150+300+15+75+10 +175+30+100 +50= RM 905,,ok tak!!!!,,,
             (SEMUA URUSNIAGA TELAH SAYA CONVERT DALAM RINGGIT MALAYSIA)

American breakfast
                                 
Hotel kami,,tak ragu2 soal halal sebab dapur dan makanan disahkan halal

pusing bandar dengan tut-tut

 breakfast

dinner kami,,,simple jer

cocunut ice cream,,rm 8

sawadikapppppp

tengok tu rm 15 untuk 7 ekor udang,,ok lah tu kan

gerai souvenir dipulau james bond,,cm beli brooch disini

cantik awek siam di Phuket FantaSea


makanan halal atas kapal katering dr perkampungan Islam disitu...Phang Ra Island banyak orang Islam
aktiviti canoe,,yg sangat siyokkk

roti canai,,karinya manislah pulak

pengangkutan untuk ke Phuket Fantasea
Gerai makanan Islam di Jangcyelon Mall..sedappp
                                        Lunch kami RM 15+RM15+8



Khamis, Disember 13

Bercuti di Kundasang Sabah 2012


bersantai di sebuah tempat rehat di Kinabalu Park sambil dihiburkan dengan petikan gitar putera hati saya,,dan tiupan seruling dari puteri kesayangan saya


Ke sekian kalinya saya sampai lagi ke Sabah,,kali ni lebih lama,,5 hari 4 malam,,
Kali ini saya bercuti bersama kesayangan-kesayangan saya,,hubby,putera dan puteri tercinta..

my princesss berpossing di hadapan spa di resort yang kami tinggal

tak sah,,jika tak ke sini andai sampai ke kundasang,,cuma kali ni saya rasakan harga sayur dan buah melambung naik,,dan lebih mahal jika dibanding kan dengan pasar diKK

Hotel yg kami pilihhh,,,ooooh sungguh cantik view dari sini,,,bukak tingkap nampak gunung,,,puncak batu-batu di atas gunung,,,Subhanallahhh,,,

ruangan dambaan saya tiap kali bercuti,,tapi cuaca sejukk membuatkan hasrat saya terbantuttt,,,

kereta sewa yang digunakan sepanjang bercuti dengan harga yg amat berpatutan saya n suami dapat menyewa sebuah kereta baru yang masih cekap enjinnya untuk mendaki puncak Kundasang,,,Alhamdulillahhh

indahnya ciptaan tuhan,,,,merenung alam,,juga satu ibadah yang membawa hati berasa takjub dengan besarnya kuasa Allah,,,dan indahnya langit kundasang mengamit kami kembaliii menghirup kedinginan,,dan kesegaran angin gunung..
di ladang lembu mersilau,,,tak jauh dari pekan kundasang,,hmmmm terasa begitu manis kasih sayang..,



Sabtu, Oktober 27

Bercuti di Phuket - Hari Kedua Menyusuri Pulau

Hari kedua di Phuket kami mula merancang untuk ke pulau-pulau dan menjalani aktiviti laut..CM dan kak sopie tak bercadang nak bersnokelling bagai,,kami nak bersantai-santai menikmati keindahan ciptaan tuhan,...oleh itu pakej terbaik yang sesuai untuk kami ialah,,,Ke Phang Ra...atau James Bond Island.Pakej ke sana kami cari waktu pagi kami keluar ke bandar di pandu oleh pemandu tut-tut..hmm pakej kami mungkin agak mahal THB 1500 (RM 150)..anda boleh cari yang lebih murah sekitar THB 800-1000 (RM 80-100)..kami tak mahu pening kepala dan yang penting ia dimiliki oleh company muslim yang menawarkan makanan halal.(Gambar di atas suasana di atas jeti)


Bot mula bergerak meninggalkan jeti...suasana sungguh indah,,dalam bot ada lebih dari 50 orang dari seluruh perusuk dunia.
Kami di bawa dalam boat besar yang selesa,,di sediakan makanan,minuman,buah-buahan yang mencukupi daripada jam 10pagi hingga 5.30 petang,,kiranya seharian..satu pengalaman yang sangat menarik untuk menenang fikiran bersantai,,menghilang keletihan
gambar sebuah boat yang sarat dengan penumpang menyusur pulau-pulau di Phuket
aktiviti pertama kami di bawa menyusuri keluk-keluk pulau dengan canoe,,,yang di bawa oleh pekerja boat yang peramah dan berdedikasi,,satu pengalaman menarik yang belum pernah saya cuba


selesai aktiviti canoe menyusuri pulau,,dan masuk ke dalam cave yang gelap gulita,,,di atas boat kami telah terhidang makanan tengahari yang lazat,,ada siakap 3 rasa,tomyam,sayur campur,,ayam tempura,,dan bermacam2 lagi dan yang penting halalll
Selesai lunch tibalah masanya kami ke Pulau James Bond,,tempat pengambaran filem James Bond,,cantik pulau itu dengan tunggul-tunggul batu yang menjadi identitinya..


Gerai-gerai souvenir disini,,,hampir semua peniaganya wanita muslim yang bertudung,,harganya,,ok jugakkk
menuju dalam cave yang gelap gulita...saya senyap seribu bahasa takutttt...
selepas ke James Bond,,,mereka yang nak berenang diberi peluang berenang,,,

kami di atas canoe,,,melawat laguna yang indah
dalam perjalanan pulang kami di hibur dengan beberapa show dari mat-mat thai ni,,untuk tips mereka
.

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....