yg sudi bersama cm....

Selasa, Jun 21

Bila saat itu tiba,,,,

(keadaan kereta arwah)

Minggu lepas CM dan kawan baik CM,Fatimah
 terkenang pada seorang kawan yang bernama Hazlina
tak sangka dalam terkenang tu kami mendapat khabar
seorang junior kami di asrama dulu
 meninngal dunia akibat kemalangan ngeri.... itu bernama Hazlina...
Arwah seorang ustazah sekolah rendah agama di Jasin.

Hazlina pergi meninggalkan suami dan 2 anak lelakinya
 dalam satu kemalangan di Jasin.
Kereta yang dipandunya secara tiba-tiba merempuh tiang lampu
 dan arwah menghembus nafas terakhir di situ..

Anak lelakinya yang menemaninya dalam perjalanan terselamat
 dan menangis sambil menggerakkan tubuh ibunya hinggalah bantuan tiba.
Si kecil  berusia 8tahun yang tak mengerti apa-apa menyangka ibunya hanya pengsan,,
realitinya ibunya sudah kembali bertemu penciptaNya
 meninggalkannya bersama kenangan manis yang tak mungkin berulang lagi...

Hazlina seorang gadis manis berwajah sangat tenang,
 CM kenali ketika sama belajar di sebuah sekolah berasrama di Melaka,
kami satu dorm,CM tingkatan 6, dia tingkatan 5,
Orangnya sangat baik dan lemah lembut,
Mungkin benar kata orang,orang baik cepat dijemput tuhan.
Masa berlalu
 kami agaknya saling melupai
hinggalah berita pemergiannya sampai ke pengetahuan CM.

Sesungguhnya bila saat itu tiba tiada siapa yang dapat menolaknya..
Suatu hari yang telah ditetapkan takdir
Pasti kita jua akan sampai masanya,,,,


Kepada Allah CM berdoa,moga rohnya tenang di sisi tuhan..
Al Fatihah..



Berita lanjut di bawah..

Jumaat, Jun 17

Pendakian Broga Hill dalam kenangan..

Antara aktiviti yg paling saya kenang sepanjang meniti fasa pertama 2011 ini
 ialah `PENDAKIAN BUKIT BROGA SEMENYIH
 bersama rakan sekerja kira-kira 4 bulan yang lalu.
hmmm mungkin ini cerita basi dikalangan teman-teman FB sebab CM dah upload banyak gambar-gambar sepanjang pendakian.
Tapi setiap kali CM mengulang tayang menatap gambar-gambar ini CM pasti tersenyum,,,
dan bangga dengan diri sendiri akhirnya setelah lebih 10 tahun tak melasakkan diri
 akhirnya mampu juga makcik beranak dua ni mendaki bukit tinggi,ahakkkks............
Kami pergi berenam,,,,hihihihi,,,kami semua dah jadi mak orang kecuali cikgu comel yg berada di hadapan sekali

Perjalanan dari Sepang ke Semenyih mengambil masa 40 minit,hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan kami...
Bukit ni curam,,,dan boleh tahan ngeri tengok gaungnya...jalan pulak licin woo..
Mula dah nak `pancit `  ni,,,,,,
Pemandangan sangat cantik,,pokok inilah tempat angkasawan negara SM,,mengambil gambar
pra perkhawinannyer..
pose tak `henggat` dari kami semua,,,
Teacher Sharifah Aminah dah mula gayat masa nk turun,,,
kat bawah tuu ada air kelapa woooo...
stop nk minum ayaq nyiur dulu eekkk...

moga berkesempatan lg mendaki,,,gunung pulak kot kikikikiki....mungkin tidak!!!!!!

bye.....idea ni datang pas baca blog afeez,,,habis arr 10 % lagi ni.....

Khamis, Jun 9

Mee Udang Changkat Jering

 Berulangkali dia menyebut `nanti kita makan mee udang yer!!!!!
`...saya bertanya "di Kuala sepetang ker?
setahu saya orang kalau cari mee udang special di situ sajer malah dah masuk TV pun tempat tu....
."tidak!!!!!....katanya
 Kuala Sepetang tak sesedap yg ini,,orang tempatan Perak,,kalau nk cari Mee Udang mereka tak pergi dah Kuala Sepetang mereka datang sini
"...kat ner tu abang?..saya bertanya...
.RESTORAN NUR ZETTY CHANGKAT JERING,,,,
dekat dengan Plaza Tol Changkat Jering...
oohhhh ..saya oriteee ajer org nk melanjaaa ,,kiter hepi ajerr
kiterr pun memang suker makan...


Tempat ini agak mudah dicari...
Cuma 500 meter dari Plaza Tol Changkat Jering ada simpang masuk kiri dalam 100 meter sebelah kiri nampak sign board kecil restoran ni,,
tapi ia bukan di tepi jalan,,ia masuk ke dalam kira-kira 50 meter dr sign board kecilnya di bawah pokok-pokok manggis dan deretan rumah orang kampung.
Agak suprise melihatkan lokasinya pada mulanya,,dalam hati saya ...hmmm tak strategik tempat ni,,kalau orang tak tahu pasti tak jumpa kata hati saya,,,
Suami saya excited membuat order
 2 mangkuk mee udang special dioder..satu mangkuk berharga RM 12
pertama kali saya merasa...wowwwww marbelesssss...
udangnya sangat segar manis dan besar.. u oll kena rasa.....
Nasi goreng udang untuk My boy,,,,
sedapp katanya licin dia makan,
,tak sempat saya nk rasa sebab sibuk dok kopek udang
,,,pandang lg sekali dah habis..yg menariknya Nasi goreng ni cuma berharga
RM 4.50..murahhhh....

Order 10 cucuk sate ayam untuk my girl yg makan cikitt tuu,
,tu pun lum tentu habis,,memang pun..akhirnya saya gak yg kena habiskan,,,tapi sate nya ,,berani saya kata 2kali ganda sedapnya dari HJ Samur Kajang,lembut dan rempahnya berasa...
 kuah kacangnya wowwwww....
lagi satu harga makanan disini sangat berpatutan..tarakkk potong kapla punya harga!!!!


Esoknya saya pulak dok memujuk suami saya untuk pi lagi ke sini menikmati dinner di sini
...perjalanan dari hotel kami di Bukit Merah cuma mengambil masa 25 minit sajer,,,
hmmmm sekadar berkongsi,,untuk geng ke utara boleh lah rasa.........

Isnin, Jun 6

Marilah melangkah ke Lembayung Cinta- Puisi untuk Aku.....


marilah melangkah di bawah lembayung Cinta

seperti pagi ini
 ia menunggu setia di luar pintu

menjadi permaidani dan mengiringi perjalananku.



kasih sehangat surya pagi

telah ditempanya menjadi arca tergenggam

dekat sekali di sanubari

meminjamkan bahgia sepanjang hari

mengusir dingin yang jijik dan hanyir

dari mengganggu

jauh dari keberadaan.



marilah melangkah di bawah lembayung Cinta

di bawahnya kita susuri
 sungai-sungai asyik

dalam debur dan nyanyian
 mempersonakan hati

bersama meratipkan nama Cinta
yang tidak pernah susut.



marilah melangkah di bawah lembayung Cinta

lirikan matanya membuat dadaku bergetaran cemas

sapuan senyumnya membuat langkah ringan dan jasad terbang

hadir di antara dedaun hijau yang menarikan
Cinta dengan gemalai

melayah turun dan meraup jemari
dalam ajakan yang tak bisa dinafi


Nukilan : Elaira
16 April 2011



 
                                                                     

                                                               me n Elaira        

Isnin, Mei 30

Catatan Perjalanan,,,di tahun 2011

Separuh jendela tahun 2011 telah tertutup,
Kita telah sampai ke fasa kedua tahun ni menjelang bulan Jun nanti
baru CM sedar rupanya agenda tahun ni banyak dipenuhi dengan aktiviti jenjalan samada bersama keluarga ataupun kekawan....jommm kita flashback  aktiviti jimba-jimbaan yang dilalui....

 10 -12 Januari 2011.
..rezeki dipelawa bercuti,CM bersama anak-anak bercuti dengan riang ria ke Pulau Lagenda Langkawi...kami sangat hepiii,percutian ni sangat bermakna dan pasti dikenang hingga akhir hayat.

dihadapan Forbidden City di Kota Beijing

(Kenangan diGreat Wall)

13 Mac-19 Mac 2011

,percutian yang dirancang sejak September 2010,akhirnya menjadi kenyataan,
CM bersama kak ngah diberi rezeki oleh Allah berpeluang menyaksikan tinggalan sejarah Kota Beijing yg nun jauh di Negeri China.Bersama Kakngah selama seminggu setiap detik bersamanya terasa cukup indah,hepi dan terisi.Ingin sekali berkelana bersama kak ngah di Kota Mekah.Insyaalah..

( Airport Suvarnabhumi Thailand)

Berkesempatan kami melihat kerdipan lampu di Kota Bangkok walaupun sebentar...hmm ingin sekali
bersiar-siar di Kota Bangkok andainya berkesempatan...



( Di hadapan Filipino Market Kota Kinabalu)

15-17 April.2011
...bagai Weekend Gateaway in Sabah,
Cuti hujung minggu CM bersama 4 rakan sekerja terbang menenangkan jiwa ke Kota Kinabalu.
Kali pertama sampai ke Negeri bawah Bayu ni,saya benar-benar jatuh cinta dengan keindahan alam semulajadinya....Saya berdoa saya dimurahkan rezeki untuk berkunjung lagi kesini lagi.

Insyaallah 7-9 June 2011
,bersama suami dan anak-anak,Kami akan bercuti bersama memenuhi cuti pertengahan tahun 2011 di Bukit Merah Lake Town Resort Perak.Segalanya telah di atur dengan keizinan Allah minggu depan kami bercuti di sini.

Menjelang Bulan Julai sekitar 8-10 Julai,
,satu percutian bersama teman telah di atur,
Kami membeli Pakej Percutian & Snorkling di Pulau Perhentian Besar Terengganu semasa Malaysia Tourist Fair yang lalu.Insyaallah kami akan menginap di Water Colours Resort di pulau ini,Insyallah dan doa kan kami yarrrr.....


Akhirnya menjelang bulan November dan Desember belum ada sebarang perancangan dibuat.
biasanya suami saya sangat sibuk di hujung tahun begini.Andai ada teman dan berkesempatan saya ingin sekali berkunjung ke Thailand ke Kota Bangkok ,sekurang-kurangnya Hatyai untuk saya mennyaksikan sendiri Floating Market, Insyaallah,,Moga hajat ini tercapai,

TQ Allah atas rezeki dan kesempatan ini........


\
\\

Ahad, Mei 8

Selamat Hari Ibu untuk semua ibu di dunia ini..

Menjadi ibu adalah satu anugerah dan rezeki pada wanita.
Kasih ibu adalah kasih sejati ,kasih yang luhur dan kasih yang suci.
Ibu adalah insan yang pertama yang kita kongsi hidup dalam rahimnya,berkongsi darah dan jantungnya.
sampai matipun hubungan darah ini tidak akan terputus.
Doa dan kata-kata ibu adalah keramat.
Airmata seorang ibu dek dosa daripada seorang anak adalah minyak yang akan memarakkan api neraka.
Berkat hidup anak,adalah berkat redha dan restu ibu,ingat itu.
Salam kasih buat ibuku yang sangat aku sayangi dan cintai Puan Hajjah Ramlah bt Abu Bakar
,doa agar wanita mulia ini dipelihara oleh Allah dunia dan akhirat
.Juga pada Allahyarhamah ibu mertuaku Pn Mariam yang tak pernah aku temui dan kenali,moga rohnya aman disisi tuhan dan bersama para solihin Insyallah.


Aku menjadi ibu tanggal 24 April tahun 2002 jam 12.20 tengahari
.Allah mengurniakanku seorang bayi lelaki yang comel dan sihat kira-kira 11 bulan selepas pernikahanku
Bayi yang kami namakan Marwan Irrsyad adalah permata hati kami .
Dibibirnya lah aku digelar mama buat kali pertamanya.
Alhamdulillah.
Kira-kira setahun 3 bulan selepas kelahiran marwan
,Tanggal 11 Julai 2003di pagi Jumaat yang indah tepat pukul 8.59 pagi ,Allah mengurniakan kami seorang lagi cahaya mata
.Bayi perempuan yang manis,comel dan juga sihat sempurna.
.Maha Besar Allah padanya kami bersyukur.Bayi ini kami namakan Mawaddah Irdina yang bermaksud Cinta dan kehormatan kami.

Masa berlalu kini bayi-bayiku membesar dengan sihat didepan mata dengan penuh kegembiraan dan curahan kasih sayang yang tak pernah surut.
Pada mereka aku menumpang kasih mencurah kasih sejati
,atas dasar kasih ini amanah dan tanggungjawabku sebagai ibu
 adalah tiang pada kehidupan mereka.

Semoga aku mampu menjadi ibu yang mampu membimbing mereka ke syurga,
membawa mereka mengenal pada Maha pencipta
,memimpin mereka mencintai agama
,mendorong mereka menjadi manusia berguna
 dan mendidik mereka menilai kasih dan budi sesama manusia.


SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA
MOGA ANDA MENJADI IBU YANG CEMERLANG
DAN DIKASIHI ALLAH
INSYAALLAH

Sabtu, April 23

Jenjalan di Hujung Minggu ke Sabah...

                         
              15-17hb April CM berpeluang melawat Kota Kinabalu Sabah,
Percutian yang dirancang lebih kurang 2 bulan lalu,akhirnya menjadi kenyataan.
Percutian bersama 4 rakan sekerja meninggalkan kenangan manis buat CM.
Inilah kali pertama CM tiba di bumi Sabah.
Rupanya Sabah negeri yang digelar `Negeri di Bawah Bayu ini`,,,lebih indah dari khabar....
3 hari 2 malam di sana,CM benar-benar jatuh cinta pada keindahan alam semulajadinya
yang bagaikan gadis sunti merah mekar yang belum terusik ....
Cuaca yang begitu indah pagi tu,,
membuatkan kami dapat melihat jelas Puncak Kinabalu dari kejauhan...

Siang dan malam kami makan sepuasnya seafoodnya yang murah dan segar,,,
loabster yang kelihatan digambar cuma berharga rm 10 seekor...
Makan 4 orang ada ikan,udang,sotong,loabster,umai,,cuma berharga rm70..murahkan?


Di sini CM dan kawan-kawan terasa bagai berada di New Zealand,
cuaca yang nyaman dan kehijauan tanah tinggi Kundasang begitu menawan keindahan alam semulajadi di sini.
Di sini sebenarnya ladang lembu susu..yang dihiasai padang rumput yang kehijauan...



CM,Cikgu Jamilah,Cikgu Naza dan Cikgu Fazi,,,,
kita jenjalan,,hilangkan stress n hepi mepi at Sabah..

Lihatlah air di Pulau Manukan yg bagai kristal,buat ikan berwarna warni nampak jelas...

Berbagai jenis sayur dan buah-buahan segar dari Tanah Tinggi dijual dengan banyaknya di Pekan Kundasang..
Jesellton Point Jetty ,,,kami bercadang Island Hopping pula
Sangat canteeeek keindahan Pulau manukan dan Mamutik,yang cuma kira-kira 15 minit mnaiki bot laju dari Kota Kinabalu Jetty


Saya bagai jatuh cinta pandang pertama dengan bumi Sabah,saya juga berkesempatan melawat dan melepaskan rindu pada satu-satunya kakakku Intan yang sudah 10tahun berada di Sabah.
tergiang-giang di telinga anak saudaraku Zulkarnain dan Salahudin menyanyikan untukku lagu Cinta Kinabalu..

"TINGGI-TINGGI GUNUNG KINABALU.....
TINGGI LAAGI SAYANG SAMA KAMU...
BIRU-BIRU HUJUNG KINABALU..
TENGOK DARI JAUH HATI SAYA  RINDU....


Rabu, Mac 30

Result SPM dah pun keluar...

Muhaimin pelajar terbaik sekolah yang mencapai straight`s A,,
dengan 10A
6A+ 4A

23hb Mac 2011 hari yang dinanti-nanti pun tiba,
Alhamduliillah syukur target sekolah untuk mencapai GPS sekolah sebanyak 3.5 melebihi dari jangkaan bila sekolah berjaya mengapai 3.41...kami hampir tak percaya..tapi tu lah realitinya,,,Semua orang gembira jamuan demi jamuan diadakan untuk meraikan kejayaan besar ini,Menurut sumber belum rasmi sekolah kami dari dahulunya menduduki no 10 sekolah teknik terbaik Malaysia melonjak ke nombor 5.Allhamdulillah,

Subjek sejarah juga melonjak dari 3.63 tahun lepas dengan seorang gagal kepada 100% lulus
 dan mengapai GPS setinggi 2.63  
, sebagai ketua panitia  tak sabar rasanya untuk melaporkan kejayaan ini dalam mesyuarat post mortem nanti,Segalanya didahului dengan ucapan syukur,
Apakah yg lebih bahagia seorang guru bila menerima kejayaan pelajarnya rasa puas,,,berbaloi segala penat lelah,,,moga anak didikku lebih berjaya dimasa akan datang dengan kemantapan iman dan hidup yg lebih bermakna untuk agama bangsa dan negara,

Tahniah pelajar,,,kami sangat berbangga....

 

Selasa, Februari 15

Marina Bay Hotel Singapore

Hari kedua kami bercadang mengelilingi Kota Singa dengan menaiki pengangkutan awamnya.Menaiki SMRT sama seperti menaiki LRT atau mungkin SMRT lebih besar sedikit dr LRT yang ada diKL.
Kami dapat menyaksikan panaroma penempatan di bandar Singapura yg rata-ratanya rakyat Singapura tinggal di flat,apartment dan kondominium.Bandarnya bersih terancang dan bersistem.Terima kasih pada Pn Zainab yg juga rakyat singapura saudara pd Datin Sophie yg menaja sepenuhnya tambang pengangkutan awam kami seramai 7 orang ni,tanpa jasa baik Pn Zainab pasti kelam kabut mencari syiling untuk membayar tambang train.
Dalam SMRT
Marina Bay Hotel dari jauh

Begitu gagah dan unik bangunan kebanggaan Singapura ni..
kelihatan belon-belon putih yang menjadi simbol derma masyarakat Singapura sempena New Year



Suasana malam diatas menara Marina Bay Hotel
Gambar pemandangan malam di Singapura dari puncak Marina Bay
untuk naik menyaksikan view bandaraya Singapura kita perlu membayar SD20.

Di Lobi Marina Bay Hotel
CM dengan Kak Nab yang sangat baik hati orangnya.Semoga kita bertemu lagi


Sabtu, Januari 15

Jom Jenjalan ke Singapore Part 1-Universal Studio

December 2010
,atas pelawaan Datin Sophie...CM berpeluang menjejakkan kaki ke singapura untuk kali pertamanya.Kami menghabiskan masa 2 hari 2malam pusing bandaraya Singapura,,bermula seawal 6.00pagi dan hanya pulang pada pukul 12malam...wowww tak kenal letih..jalan sakan orang kata...Di hari pertama seharian kami di Universal Studio yg kata orang sama seperti yang ada di US,,ye ker???

Layan gambar jer lah yerrrr.....sebahagian kemeriahan USS...

Bersama kak sophie dan anak-anaknya ke Singapore untuk menyaksikan sendiri kemeriahan Universal Studio

CM ditemani oleh anak saudaraku Amir...yang sangat kepingin nk ke Universal Studio
Kemain hepi dia disponsor sepenuhnya oleh makandak tercayang sampai janji dah kerja nanti nak belikan makandak handbag Coach

Sangat meriah dan ramai pengunjung di sini...


beratur untuk masuk ke dalam
Ada Marilyn Monroe



Kami beli tumble air yg unik dan menarik di sana...



Donald Duck....


Ada Marilyn Monroe yg gebu...




Madagascar team....hepi disini...


Aksi di Water World....terlopong mulut CM tengok pembikinan filem stunt disini..





Dan akhir sekali tataplah wajah kesayangan mu ini ....wahhhh perasan ...
,,masih pandai menjeling gitu..
dengan pipi yg bulat,hidung yang bulat dan semuanya bulat CM kelihatan begitu cumiil!!!!!!
tul tak???wakakaka...kata hubby saya saya pipi saya cam kuih pau..


bye-bye nanti kita cerita....kami di Marina Bay Singapore pulak....

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....