yg sudi bersama cm....

Sabtu, Ogos 28

Aktiviti ramadhan sekolahku..

Hari ni Ramadhan dah berlalu hampir 18 hari,,Alhamdulillah masih lg kuat dan masih lagi berpuasa penuh.
Ramadhan bulan yg sungguh indah.Aku sangat menyukai bulan ramadhan,
Dibulan mulia ni masa dan diri kita sungguh terisi
masa berjalan begitu pantas,,

Sekolahku juga tak mempersiakan pengisian ihya ramadhan,pelajar dididik dengan aktiviti kerohanian ...

Pelajar bertadarus selepas zohor,cikgu bersama
ni gambar kelas di bawah jagaan cm,
gambar anak murid kesayangan cm
Pelajar yg baik,bijak dan berakhlak

setiap hari Isnin,ustaz dan ustazah sekolah akan mengadakan tazkirah ramadhan untuk semua guru...


Kami sedang membungkus buah-buahan dan beberapa hadiah untuk diagihkan di wad kanak-kanak
Hospital Serdang,,projek jariah sekolah kami

Sesi melawat Muhamad Aris yang di rawat di Hospital Putrajaya kerana
sakit misteri,Aris didapati tidur tak bangun-bangun walaupun segala usaha dilakukan untuk menyedarkanya,
dia tertidor disurau asrama dan gagal di kejutkan walaupun untuk berbuka puasa,diangkat dan dibawa dengan ambulan pun dia masih belum sedar,hanya sedar semula pada pukul 4.30 pagi keesokkan harinya,,,pelikkan????sakit apa agaknya budak ni...


Ni pun Ariss..tapi Amal Ariss,dia pelajar kelas CM,CM guru kelasnya,dia dirawat di hospital Putrajaya kerana appendik dan telah menjalani pembedahan ,harap Aris cepat sembuh untuk dia meghadapi SPM dengan tenang dan sihat,Insyaalah

ni pulak aktiviti santai bila takde kelas,,,bukan sembang kosong atau mengumpat yarr
sembang pasal resepi berbuka puasa,kuih raya,baju raya dan macam-macam lah
biasanya meja tengah ni tempat kami baca suratkhabar,makan sambil mengeratkan sirahtulrahim..

Sabtu, Ogos 7

pelajar gaduh dengan cikgu


BERBURU ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajarI

barat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,

gurukuBudi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu"kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat

"BUDAK NI BAGUSS JADI LAWYER...........

JANGAN DUDUK MENUDING JARI...

KATANYA GURU TAK MESRA PELAJAR ,

GURU TAK MEMAHAMI PELAJAR.

..TAPI CUBA DUDUK DAN BERADA DI TEMPAT CIKGU ITU.

..GURU ITU JUGA MANUSIA BUKAN MALAIKAT TERPILIH.

..KEMBALI PADA AGAMA DAN ADAT...

ORANG TUA,GURU ADALAH MANUSIA YG PATUT DIHORMARI..

.APAPUN KEADAAN PELAJAR INI TERGOLONG PADA MEREKA YG MELAMPAUI BATAS.....KATA TEMANKU.....BIAR KURANG MAKAN...JANGAN KURANG AJAR..BIAR MISKIN HARTA JGN MISKIN BUDI BAHASA....PADA SAYA SEGALANYA PERLU BERMULA DARI RUMAH ANAK YG TERDIDIK DENGAN BAIK DAN PENUH KASIH SAYANG TIDAK AKAN BERTINDAK BEGINI...FIKIR-FIKIRKANLAH.......

SEBAGAI WARGA PENDIDIK SAYA BERASA SANGAT SEDIHH DGN VIDEO INI

Rabu, Julai 21

Jagalah Hati



Jagalah hati jangan kau kotori


Jagalah hati lentera hidup ini

Jagalah hati jangan kau nodai

Jagalah hati cahaya illahi



Bila hati kian bersih, pikiran pun kian jernih

Semangat hidup kan gigih, prestasi mudah diraih

Namun bila hati busuk, pikiran jahat merasuk

Ahlak kian terpuruk, jadi mahluk terkutuk



Bila hati kian suci, tak ada yang tersakiti

Pribadi menawan hati, ciri mukmin sejati

Namun bila hati keruh, batin selalu gemuruh

Seakan dikejar musuh, dengan Allah kian jauh



Bila hati kian lapang, hidup sempit tetap senang

Walau kesulitan datang, dihadapi dengan tenang

Tapi bila hati sempit, segalanya makin rumit

Seakan hidup terhimpit, lahir batin terasa sakit

Jagalah Hati

Jumaat, Julai 16

Kau datang Ketika Duka...


Tahajud Cinta...
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga


Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan


Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga


Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu
Kau datang ketika duka


dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga


Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga


ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Sabtu, Julai 10

Catatan tentang Sotonggg!!!!!


Dalam melayan hujung-hujung World Cup ni... 
CM suka pulak dengar kisah si Paul The Octopus ni atau orang panggil dia Sotong Bomoh,
semua pasukan  yg  kononnya dia ramalkan kalah dah pun bungkus balik kg.
manusia yg obses dengan bola terus menerus mencari si Paul ni,
ada yg menggelarkan Paul ni The New Bookie,,macam-macamkan manusia ni???


Untuk final ni kononnya si Paul pick team Spain,,,
adoyaii dia tak pilih Holand,,
tak kurang juga ada yang naik hangiiinnn dengan sotong sekor ni..
berbagai ancaman yg sotong tak bersalah ni terima,
sampaikan kerajaan Sepanyol berjanji melindungi si Paul ni..
.sian sotong ni,,tu arr tak pasal-pasal masuk campur dalam urusan hidup manusia..

Antara orang yang `hangin` adalah cik abang CM
semua pasukan pilihannya bukan pasukan pilihan sotong hihihihi
katanya kalau Holand kalah malam esok,,
seminggu menu rumah kami adalah sotong,,
Dia akan pi pasar dan penuhkan peti ais dengan sotong,
hahahaha terkekek2 saya gelak
..melihatkan mukanya yang begitu serius memberi ancaman pada sotong tu...


sotong-sotonglahhh,,,
so sebagai tukang masak saya kena bersedia dgn menu dan resepi sotong...
sebab saya rasa sotong akan betull,,,Spain akan menang..lalalala

jomm layan sotong...semua gambar dicopy dr mr google...
                                                - Sambal sotong,,buat pedas-pedas,,hmm yummy  i likeee,,,

sotong goreng tomyam
             sotong goreng tepung

kerabu sotong..

ni resepi apa entahhhh,,,sotong masak kicap agaknya..


ok bang cukup 5 menu....
geram-geram jugakk...adik disini mengingatkan
sotong tu sejenis makanan high colestrol
makan selalu tak baik...nanti ditakuti miss gout datang bermanja..
saya jugakkkkk yg susah...

betulkannnnnn!!!!!

Rabu, Jun 30

Kenyataan ini sangat memeritkan,,namun saya redha,,,,,

Jam dah pun menunjukkan pukul 2.13 pagi..
Berat dah mata dan kepala saya ni,,
tapi hati dan perasaan tak benarkan saya tidur,,
keinginan mengatasi keletihan..
esok saya perlu ke sekolah,,
tapi apapun saya mesti selesaikan perkara ni
keputusan dan perhitungan perlu dibuat..saya takkan lena andai persoalan ini tidak terjawab.
saya rela menunggu ,,biar pun dah berkaca-kaca mata ini..
saya tahu saya menyeksa diri,,,tapiii kenyataan ini perlu saya hadapi..



Bak kata pepatah,,
,Alang-alang saya dah menyeluk pekasam,biarlah sampai ke pangkal lengan..
saya yang mulakan,,,saya juga perlu akhirkan,,
jika tidak saya hanya membuang masa,,
saya tahu,saya boleh dapat jawapannya dr pihak lain
tapi hati saya tak merelakan,,,saya nakkan pihak tersebut mengakui dihadapan saya
tanpa perlu ada campur tangan pihak lain,
,lebih telus,lebih menyenangkan hati,
,jika tidak saya akan tertanya-tanya mana duduk sebenarnya perkara ini,,


Sesungguhnya penantian satu penyeksaan...
saya rasa sungguh terseksa.
.lemah longlai dah tubuh ni menahan ketidakpuasan hati ni
bercampur dengan keletihan yg ada....
mengapa harapan dan impian yg saya galaskan dibahunya,,belum lagi dapat ia sempurnakan.
kecewa,hampa,terkilan,geram,mungkin marah bercampur baur menyelimuti perasaan saya.
Tak pernah saya begini,,,saya tak peduli pada orang lain,,tapi jika dia!!!!
saya relakan diri saya berkorban untuknya,,,dia pilihan saya maka saya perlu bersamanya,
,melalui dan mengharungi jatuh bangun dia dalam perjuangannya,,
itu mungkin maknanya cinta..


tapi akhirnyaaaa saya jatuh terkulaiiii.
..saya dihampakan oleh kenyataan sebenarrr...
kenyataan yg perlu saya hadap..
.dia mengecewakan saya,,
tapi bukan salah dia,ini adalah ketentuanNYa..
Bahagia itu bukan miliknya,,
,dia kalah bermaruah,,
perhitungan yg dia hadapi dia selesaikan hingga titisan darah terakhir,,,
saya tutup episod ini,
saya tinggal dia untuk dia meratapi dan menangisi kenyataan pahit ini..
sesungguh saya sudah tidak berdaya...............
.SAYA PERLU TIDORRRRRRRRRRRRRRRR...dah pun pukul 3.10 pagi,,






                 SAYONARA NIPPON.....GOOD BYE JAPAN...SAMPAI  SINI SAJA CINTA KITA.....


.....................JEPUN KALAH DGN PARAGUAY
 DENGAN TENDANGAN PENALTI 5-4.........DALAM WORLD CUP 2010


..........................................aku sungguh kuciwa..........
        .tapi saya bukan kaki bolaaaaaaaaaaaaaa.....saya cuma cikgu sekolah...
...................................................................hihihhihih.....................................
                                .bye semua..




Sabtu, Jun 26

Bila si MAS meragam..


Sejak Mei ni si MAS ni meragam dan asyik nak bermanja jer,,saya pun tak faham kenapa??
bermula pada satu hari hubby bawak si MAS ni pi pasar ,tetiba depan pasar
dia tak boleh hidupkan enjin..
hubby call saya,,
"yangg!! nape kereta awak ni???
"aiiik mana kita tahu',,,kata saya pada hubby
,,hihihi dalam hati kata ,,sapa bawak dia bertanggungjawab yer!!
aduhaii selamat CM ,,bila org yg bawak sedia  bertanggungjawab,
bateri kereta digantinya,,horeyyy!!
,padahal jarang benar dia guna kereta saya,,tapi dah nasib dia,,
katanya kereta dia lagi ummmpph,,,yo lahh!!!


Tak sampai seminggu pas tu kt kampung,bawak mak jenjalan,,dalam hujan sederhana lebat
tetiba my girl bukak tingkap belakang...laaa nk tutup semula auto window tu `jem`..
aduhaii hujan bertambah lebat ni...terpaksa cari bengkel,jumpa satu bengkel cina di semabok melaka,,

"blah,!!blah,blah",,mamat mekanik kata besi dalam tingkap tu kena tukar..
hmmm ni cm malas bawak kereta pi bengkel,bila dia tengok kita pompuan,benda tak patut tukar pun kena tukar,,,yo lah buatlah asalkan tingkap tu kembali elok kalau tidak nanti air hujan masuk dalam kereta,,
kemain mahal lagi dia charge tau,,dekat rm 200 ,,entah ya entah tidak untuk kerja yg tak sampai 15 minit tu...


Esok tu abah cm bawak si MAS pi kenduri kawin,,,
entah camner abah tak perasan masa nk reversee
si MAS tu pun gataiii nk mencium kereta lain...
BOOOM!! 
si MAS mengkisss satu kereta Datsun lama yg begitu kukuh body yer,,,tercalarrrrrrrrrr tubuh mulus si MAS,
",hmm tak per arr abah,nanti kiter bawak pi polishh,sikit jer tu,,,kata CM
 bila abah mintak maaf,tak per jgn risau bah ..abah kiter sendirikan!! sedia dimaafkan...
tapi kalau abah anak-anakku ni wajib dah tu kena powww,,hihihihi

Pas tu 2 hari lepas,,mcm biasa CM bawak si MAS pi sekolah dalam hujan lebat,,
sekarang ni kt tempat  CM kerap hujan pagi,CM guna lampu masa driving..
entah macam mana datang lalainya,,rupanya CM terlupa tutup lampu pas parking kereta kt garaj di belakang sekolah takde siapa yg perasan pun..
hmmm kul 3.00 ptg cm nk balik dr sekolah sedar2 kereta dah tak boleh hidupp...
bateri ku konggg,,hmm apa lagi call my hubby dia sedang busy masa tu,,
hmmm nk wat camner ni??camner nk balik,,??
syukur sekolah cm sekolah aliran teknikal ramai guru lelaki yg agak arif bab-bab gini..
sorang kawan cm sulaimi pun tolong cm,,katanyer kn buat jumperrr,,yo lahh buatlah apapun..
asalkan CM leh balik rumah,,terimakasih pada kawan CM tu..nanti CM melanja makan ek..

ok tu tak campur lg,yg calar sini,calar sana,cam tu arr cm bawak kereta tau..
selalu kena sound dgn hubby ,,kata saya tak pandai jaga kereta,,hmmm nk wat camner saya tahu bawak jer..
tekan minyal,tekan brek,,cukup masa hantar servis,,kotor saya hantar car wash..
nak tahu,,bonet di bahagian hadapan enjin pun tak reti nk bukak,,,paling tension kalau tayar lembik tak cukup angin,,berpuluh kali saya belajar nk pam angin smpai sekarang tak confident nk buat..kalau tk hubby buat saya pi pam angin di kedai tayar satu tayar rm 1,,padahal kt petrol pam free jer,,

OK lah ada rezeki nanti nak bawak si MAS ni pi SPA,,nk polishh n make up dia lawa-lawa,,
dia meragammm ni sbb kurang perhatian..
CM kena sayang dia sebab ni jer lah sesatu yer kereta CM.
Ada seorang sahabat baik CM tu
kalau CM mengadu dgn dia pasal kereta ,,
dia akan kata,,

SYUKUR ARR CIKGU...ADA ORANG TU NAIK KERETA LEMBU JER...sambil dia menujukan lagu kereta lembu nyanyian Helen pada saya,,,hmmmmm menciii....







Ahad, Jun 20

SELAMAT HARI BAPA- 3 BAPA ISTIMEWA DALAM HIDUPKU....



‘FATHER”:


'A FATHER IS
SOMEONE WHO'S THERE FOR YOU WHEN YOU NEED HIM

A FATHER NEVER LETS YOU DOWN

A FATHER IS
SOMEONE THERE TO HUG YOU WHEN SOMETHING GOES WRONG

A FATHER IS
THERE TO DRY UP THE TEARS

A FATHER IS
THERE FOR YOU WHEN YOU NEED SOMEONE TO TALK TO

A FATHER IS'NT
SOMEONE WHO LEAVES THE MOTHER WHEN HE FINDS OUT SHE'S PERGANT

A FATHER IS'NT
SOMEONE WHO DENYS THEIR OWN CHILD

A FATHER IS'NT
SOMEONE WHO LEAVES YOU LEFT BEHIND

A FATHER IS'NT
SOMEONE WHO SAYS ONE THING TO ONE PERSON THEN SAYS ANOTHER THING TO SOMEONE ELSE

A FATHER IS WHAT I SEE IN YOU”




Ini abah saya,,
Tuan Haji shamsudin bin Ahmad,lelaki hebat yang dilahirkan pada 4 Oktober 1944 di Klang Selangor.
Beliau bapa kepada 8 orang anak,iaitu 6 lelaki 2 perempuan,yang masing-masing anaknya berusia dari 44 tahun hingga 27tahun.Bapa saya mungkin cuma lelaki tua biasa di mata orang lain,dia bukan jutawan,dia bukan hartawan dan juga bukan cendiakiawan...tapi di mata saya abah saya adalah segalanya.
Kalau orang lain mengaku dirinya `anak mak` saya pula `anak abah`.Hingga kini saya tak kekok memeluk erat pinggang abah,,mengucup hangat pipi abah,Masa remaja abah selalu menyisir rambut saya dan membelai saya bagai anak kecil.

Hebatnya abah dan eratnya hati dan perasaan kami bertaut dapat dirasakan jika sesuatu yang tak dingini berlaku pada saya.Abah yang merasa dulu.Pernah satu ketika abah tiba-tiba menelefon saya.Menanyakan keadaan saya...katanya dia bermimpi dan terasa amat rindu pada saya,,ketika itu saya seperti biasa,ceria dan gembira menjalani kehidupan,saya sendiri kehairanan bila dia berpesan supaya saya menjaga diri dan dia berkata hati gelisah memikirkan saya.Kuasa Allah menentukan segalanya 3 hari selepas itu,benar seperti apa yg abah rasa satu peristiwa sedih berlaku ke atas saya,saya sakit,saya jadi hilang punca ,hilang semangat,hilang kekuatan ,hidup diselubungi kesedihan.Abahlah orang pertama saya hubungi,dia datang meniup kembali kekuatan,,menghulur tangan mengangkat saya yg jatuh dalam lubuk kesedihan,Dengan semangatnya saya bangun,dia menyapu air mata saya.Omputih sambut hari bapa,saya pun nak menumpang untuk mengucapkan

SELAMAT HARI BAPA
UNTUK ABAH YANG SANGAT SAYA SAYANGI DUNIA DAN AKHIRAT,,,,,







aiiikkk  ni sapa pulakkk?????
,hmmmm ni pulak ABAH pada anak-anak saya,,,
amboiii interframe dan menayang tuu hubby dia,hihihihi,,,
takper arr gambar ni pun gambar hubby 10 tahun dulu,
sekarang .
 rupa pun dah lain,,,jumpa pun dah tak kenal dah..
lebih encem dan menawan.rambut dah pun jarang ,ukur lilitpun dan bertambah mantooopp,hihihi..

pssst masa ni gambarnye dok bawah bantal saya.
.hihihi,kekasih hati katakan!!bibirnya, matanya semua jadi igauan hihihi,,jangan meluatt yerr bila baca,,
Takdir Allah,,jodoh saya dengan lelaki berkulit cerah dua tone dari saya yg golapp  ni ,,
masa bersanding puas mak andam menyapu bedak agar sama warna,kelakar pulak bila ingat

Dia juga abah yang penyayang,suka melayan anak-anak dan seorang bercita-cita tinggi ,
,Sempena Hari Bapa esok...HAPPY FATHER DAY DEAR.
..moga anak-anak mengkagumimu sebagaimana diriku mengkagumi abahku.



Ini siapa???
ni abang long saya,,tunggak adik beradik kami.
Juga seorang abah yang sangat baik,lemah lembut dan penyayang
,Beliau di lahirkan tanggal 19 Jun 1966,Beliau adalah idola kami dalam pendidikan,Beliau menjadi contoh terbaik untuk kami.Apabila beliau merupakan antara anak kampung dr keluarga yang berpedapatan rendah berjaya mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke Amerika syarikat dalam bidang ekonomi dan kewangan.Bapa kepada 4 orang anak ini juga seorang yg sangat bercita-cita tinggi,hebat dan berkarisma,semalam besday yer,HAPPY BIRTHDAY JUGAK yg ke 44. tuu...abang longg memang besttttttt.....





SELAMAT HARI BAPA ABANG LONG.... TO BE A SUPER DAD..

** inilah 3 orang bapa istimewa dlm hidup saya....Alfatihah untuk bapa mertua saya yang tidak pernah saya kenali...cuma nama dan pusara...


dan untuk semua kawan-kawan yang bergelar bapa,Ayahanda,AZ,Pak itam,Abg sulong,Atok rozali,Imran
Rosli,dan semua follower Happy Father Day...semua yg ada adalah ayah yg hebattttt...






Ahad, Jun 13

10 tahun yang indah



(pertemuan terakhir group seliaan Prof Aini sebelum kami ditempatkan di sekolah masing-masing)

 12 Jun 2010 adalah
satu tarikh yang mempunyai signifikasi besar dalam hidup saya
Pada 12 Jun 2000,
saya perlu melaporkan diri sebagai PPPS atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di sebuah sekolah aliran teknikal di Selatan Pahang.
Satu daerah yang cukup asing pada diri saya,sebuah daerah yang tak pernah saya kunjungi seumur hidup saya ketika itu,pada tarikh itu juga saya baru sebulan menamatkan final exam Diploma Pendidikan,belum puas bersama ibu bapa dan keluarga telah pun diarahkan bertugas.Kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah kerana berbanding dengan rakan lain saya tidak kenal erti mengangur.


10 tahun dahulu daerah ini sungguh nyaman dikelilingi sungai dan druan air terjun yang indah,hutan-hutan yang menghijau dan waktu pagi adakalanya cukup dingin dan segar hingga mencengkam tulang hitam,tak hairan kerana sekolah pertama saya ini  dikelilingi dengan bukit-bukit yang hijau,pada waktu malam nampak jelas kerdipan lampu dari sebuah Pusat Peranginan terkemuka di malaysia.Adakalanya walaupun sudah hampir 9 tahun meninggalkan daerah ini rasanya ada sesuatu yang tertinggal yang tak mampu saya kutip bawa pergi.daerah ini tetap meninggalkan kenangan yang cukup indah untuk dikenang...

Di hari pertama melapor diri saya perlu mencari tempat tinggal,disinilah saya berkenalan dengan 3 orang sahabat yang menjadi teman serumah saya disini.Ketiga-tiga guru baru yang sangat manis ini berasal dari Kelantan,2 sahabat saya ini lepasan USM dan seorang lagi yang sudah bergelar Puan dan sarat mengandung anak sulung adalah lepasan UIA.Kami bersama melalui susah dan senang, kerana 10 tahun dahulu seorang guru baru yang baru mendaftar  akan diproses gajinya mengambil masa kira-kira 3 hingga 6 bulan,agak malang bagi kami  bertiga kerana kami menerima gaji pertama setelah 6 bulan bekerja tapi dengan jumlah yang tertunggak selama 6 bulan,,wahh kaya.Seingat saya apa yang dibeli untuk saya sebagai kenangan gaji pertama adalah seutas jam tangan yang saya guna sehingga tahun ke 5 saya berkhidmat sebagai guru,tak lupa juga sumbangan untuk ibubapa dan simpanan kegunaan untuk hari bahagia saya.


Di saat ini terkenang juga pada 3 sahabat serumah saya di daerah ini,dua darinya sangat saya rinduiii hingga kini,mereka kini bahagia bersama keluarga, dan seorang lagi biarlah antara kita menjadi teman biasa kerana benar kata bidalan `rambut sama hitam,hati kita mungkin lain-lain`.Dalam mencari keserasian kita mungkin tak terjumpa titik pertemuan akhirnya dia meninggalkan kami bertiga dan berpindah ke rumah lain,,,namun kemaafan tetap mengiringi pemergiannya yang berlalu biarlah berlalu kerana kita cuma insan biasa yang jauh dari sifat kesempurnaan,,apapun yang menguris hati kita,biarlah jangan ada demdam dihati,kita maafkan segala yang berlaku kita halal segala yang telah berlalu, Kini kami semua telah meninggalkan daerah ini bersama kenangan untuk kami kenang hingga penghujung usia.

Di sekolah ini juga saya mengutip pengalaman indah,saya sangat kurang pengalaman ketika itu,jarak usia saya antara saya dan pelajar batch pertama cuma 7 tahun,mereka sangat manis,comel dan nakal,segala telatah dan kerenah mereka tercatat indah dalam diari kehidupan.Pada musim durian pelajar-pelajar ni membawa untuk saya berbiji2 buah durian sementelah ibubapa mereka mempunyai dusun durian yang besar ,Durian Pahang katakan.Orang Pahang sangat baik,mesra dan ramah...itu yang saya belajar dari warga Pahang,hmmm di kantin sekolah menu wajib mesti ada ikan patin ,Pelajar-pelajar ni di hari perkahwinan saya mereka datang beramai-ramai ,tidur di melaka dan membantu ibu bapa saya menguruskan kenduri..oh so sweet!!!
dimana mereka sekarang,batch pertama kini pasti dah berusia 27 tahun,,,dimana pun kalian sekarang dan apapun yang kalian lakukan doa cikgu sentiasa bersama kalian.pada semua doakan saya mampu memikul tugas ini menjadi seorang guru yang amanah pada tanggungjawabnya..Insyaallah..

Selasa, Jun 8

Cuti sekolah datang lagi....

Alhamdulillah ,,cuti sekolah datang lagi,walaupun ada 7 bundle kertas jawapan yg perlu diperiksa cuti tetap cuti.masa ni kita melayan anak-anak atau melayan diri sendiri berehat atau pergi bercuti di mana-mana.Biasanya cuti pertengahan penggal cm dan suami berkesempatan untuk bercuti bersama anak-anak,kerana hujung tahun kami biasanya sangat sibuk,cm akan terlibat dengan kerja2 untuk negara dan suami dengan kerjanya dan biasanya cuti hujung tahun  ni jugak adalah masa untuk berlama-lamaan di rumah nenek di Melaka.Sekadar berkongsi dimana cm dan keluarga bercuti 2 tahun kebelakangan ni...


Kenangan terindah,,,Cuti sekolah 2008...27 Mei 2008 saya sampai di Mekah,,,di hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 7.Tapi ini bukan bercuti...Alhamdulillah tiada kata seindah bahasa untuk gambarkan keselesaan dan kenikmatan berada disini..moga CM dapat mengulang lagi detik indah ini..Insyaallah...(pinjam gambar yer CL,cm tak byk bergambar masa pi umrah dulu)



Cuti Sekolah Mac 2009...saya ikut rombongan cik kiah cikgu-cikgu di SMT ERT Setapak ke Jakarta,
hehehehe,,,ni cuti untuk mama dan kawan-kawan,anak tinggal yer bersama en abah..besttt shopping n makan-makan gitu,,,gambar ni si tika yg amik dia ikut sekali,,



Cuti sekolah Mei 2009 kami pi panjat Cameron hingland....jangan kelakar yer dah 3 dekad lebih CM hidup nilah kami pertama CM ke Cameron Hingland,,tq pada en abah yg sesambil nk test kereta barunya naik bukitt..




Cuti sekolah Ogos 2009 abah bawak pi ke Cherating,KT,,dan KB untuk balik kg..



Cuti sekolah,,Mac 2010 kami pergi Teluk Batik Lumut Perak......last pergi masa CM form 6,,rombongan sekolah dengan kekawan..



Dan cuti sekolah ni Mei 2010 en abah kata,,dia ada kerja di Johor Bahru,,,joomm ikuttt..!!!!....
hmmm nk gi mana lah JB ni ek?,,,Danga Bay,Pantai Lido,pusing-pusing bandar n pergi Mall mana-mana kot?
apa kata kita `usha` en abah pergi seberang tambak tu,,,dia orang kata sekarang Singapore ada universal studio cam kt Hollywood tuu...


Untuk semua selamat bercuti yarrrr,,,dan jaga diri baik-baik..i luv u oll.....




Isnin, Mei 24

hmm nak update...tp tak bermood arr,,,layan citer ni yer..(outing)





Asalnya ada satu mini gathering nak berlaku di Saba Restoran Cyberjaya ni...
tapi dah kita merancang tapi Allah yg menentukan gathering geng2 PDKM terpaksa dibatalkan saat akhir
..tapi dah CM mmg dah merancang lama outing ni CM meneruskan jua bersama Taj,Tika dan Nazir.....kebetulan nazir ada masa terluang kerana hadiri course di Putrajaya..




Ni pinggan CM....kami order CHicken Khabsah dan Lamb Khabsah......
CM mmg tengah laprr masa tu sebab mengosongkan perut untuk ini...so aku menikmatinya dengan begitu nikmat....hmmm tersegan dgn nazir sebab makan banyak..

Taj kata yg CL belanja lg besttttt....
laaaaa memang arrr ,....sajer jer dia nk watt kita jelesss tau..


Begitu ayu dan sopan tika tu....anak dara kan!!! makan pun controll gituu...
hehehe sori tika.....


ni pun control sopan santun orang nyerr....berkenan cm nengok yer..
yg nampak tangan tu sapa??? makcik lah!!!tak nak lah interframe.!!!.
sori jugakk pada nazir..dia pun tak suka interframe sebenarnya tapi cm publish gak gambar ni..



Pas tu jam dok tunjuk kul 4..nazir bergegas ke Subang kerana ada kerja ,
CM ajak Taj dan Tika pusing Putrajaya...kami singgah di Masjid Sultan Zainal Abidin atau orang sini panggil masjid besi..
hmmm kagum dgn keluasan masjid ni dan panaroma yg sangat indahhh....




Bond girl kerrr...hehehehe...layannnnnn....
bergaya di taman masjid,,,


Gaya apa ni??????
hanya mampu mengigit jari katanya....
hehehehe  ...sabar ekkk...tak lari gunung di kejarrr....



Tempat ni sangat bersih dan selesa nak berguling sakan pun bolehh!!!...
Gaya manja adikkk dan kakak...




Sabtu, Mei 15

Cabaran sandwich..




CM adalah salah seorang guru penasihat Kelab Sejarah dan Rukun Negara sekolah.
Setiap petang Rabu kami akan adakan perjumpaan.Kali ni kami merancang nak buat sesuatu yg agak berbeza dari biasa.CM nak tengok kreativiti pelajar CM buat sandwich.Majoriti pelajar Cm adalah pelajar lelaki,mereka mengaku sangat jarang membantu ibu di dapur,mereka sangat kekok untuk membuat kerja `keperempuanan` kata mereka,kononnya mereka pelajar kejuruteraan.CM kata kan itu pendapat lapok.Lelaki yang baik adalah lelaki yang membantu dan tak betah ke dapur,sebab Nabi Muhamad pun membantu isteri di rumah....



(hancurkan sardin tu yerr...sambil senyum manis manja kat cikgu....yg sorang lagi ni berpikir camner nk potong timun ni cikgu??????)



yarrrrkkk...Ya Allah hancur berkrim sardin tu dibuatnyer......


Camnerr nak susun timun ni cikgu?????ikut ler labuuuuuu....


sejukkk mataku tengok girls buat kerja,,,tertibb dan teraturr...



ni kerja kumpulan mana niii?????


Cikgu !!!!! dah siappp!!!hmmm...boleh tahan jugakkk budak2 ni...





lembekkk hancur roti tu dikerjakannyer...




ni hasil kerja girls tu....alahaiii malulah budak lelaki boleh buat lebih cantik...





amboiiii ada air oren lg...tangkai cili padi jadi hiasan...untuk cikgu katanyer...



yesss...kami lah pemenang nyerrrr....


 
buat sendiri makan sendiri yerrr....


objektif aktiviti ni pelajar cm dapat berdikari dan membina jati diri hasil usaha sendiri..
...cikgu sayang kamu semua....

Selasa, Mei 11

CM kagum dengan semangat dan kesabarannya




lirik lagu penyanyi pujaan cm ni...penyanyi ni adalah seorang kanak-kanak yg sabar,tekun dan gigih..dia boleh menjadi penyanyi yg hebat satu hari nanti ,dia tahan cabaran ,berkali-kali tanggannya diketuk drummer tapi still dia menyanyi dengan hebat.Lagi dingangu lagi bertambah semangat dan gigih dia mengalunkan lagunyer,,mantain sampai ke akhir lagu itu....dengan hanya mengcangkung dia boleh menarik suara dengan begitu baik...walaupun lucu dengan gigi ronggak dan jonggangg drummernyer aku sebenar terkesima dengan semangat dua kanak-kanak ini


.UK's

Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

..

LAGU INI MEMPUNYAI MAKNA YG MENDALAM TENTANG CINTA KETUHANAN...SILA HAYATI LIRIKNYER//

Ahad, Mei 9

Lagu untuk ibu




sedihhhhhhnyer lagu ni....


HAPPY MOTHER DAY UNTUK SEMUA.....

Sabtu, Mei 8

airmata ibu


untuk sama kita dengar menjelang HARI IBU.....

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu

Selasa, April 27

Sekitar kenduri kecil untuk marwan

Tahun ni atas permintaan marwan dia kata nk sambut besday yer bersama-sama kawan mengaji AlQuran di kampung Jemderam Hilir, di rumah pengasuhnya `Mak Anjang`...hmm mama pun tak terpikir macam tu . Orite mama sediakan apa yg patut dan apa yg terdaya.Ya Allah ternyata permintaan Marwan ni sangat memberi kesan di hati.Menyambut besday bersama anak-anak kampung ni terasa begitu membahagiakan,kanak-kanak ini begitu ikhlas bersama kami...

Marwan dan adik menyediakan sendiri jajan untuk kekawannyer...dia nampak bersungguh-sunguh..
Bersemangat  tu!!!!nk sediakan yg terbaik unntuk kawan2..tapi maaflah mama tak sempat nk cari bekas yg lebih cantik
Cup cakes yg ditempah dari kawan sekolah CM Cikgu Rapidah...comel bentuk ball dan padang bola,sangat digemari oleh kekawan marwan.

Untuk majlis tahun ni pilih Chocolate indulgence dari Secret Recipe.
..hmmm cukup tau untuk 30 org kanak2..ingat tak cukup,Alhamdulillah..

dah sampai ke rumah pengasuh @guru mengaji marwan,kanak-kanak dari pukul 2 lg dah ready menunggu kami.kelihatan kak lang anak gadis pada mak anjang sibuk memasang riben katanya untuk meriahkan majlis..

alahaii kanak-kanak kecil tu namanya Omar sejak awal mereggek minta cake cepat dipotong.

Mohon doa yer sayanggg semua..moga marwan dilindungi Allah,sihat sejahtera membesar menjadi anak yg soleh,terimakasih pada `Pak Anjang`yg sudi membacakan doa untuk kami semua..
Ok masa untuk tiup lilin!!!!
"Allah selamatkan kamu,Allah selamatkan kamu"
Allah selamatkan Marwan Irrsyad,Allah selamatkan kamu..

Masa mengagihkan jajan...terimakasih umi fiza...

antara kenangan terindah bersama anak-anak ini....


datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....