yg sudi bersama cm....

Isnin, Ogos 3

My Little Hero

Aduhai cuba senyum sikit..puaslah adik dok `usha`..susah benar nak senyum...control macho tuu..............hmm tak hemsem lah macam tu!!!!
Hah.....kalau marwan dah senyum....bagi satu renungan menikam kalbu boleh cair..di buatnyer...hmmm macam ni lah hero mama!!!!memandangmu seperti memandang seseorang!!!!Alahai....ni gaya budak-budak sivik dan skema.....boh lah...janganlah malu sangat dengan camera..buat macam adik..she`s not camera shy........




Gambar di atas adalah anak sulungku...namanya aku yang pilih,,kerana kagum dengan Khalifah Marwan Al Hakam..anak lelaki ku namakan..Marwan Irrsyad yang bermaksud..Panduan yang bermaruah.Marwan dilahirkan 11bulan selepas pernikahanku dengan jejaka pilihan hati yang ditemui di UM.Aku di fakulti sastera ayah marwan di fakulti Ekonomi..kami bertemu dalam satu pertemuan yang tak disangka .Pertama kali bertentang mata pada 30 Jun 1998 tepat jam 10.30 pagi..he,he (ingat tu u..siap dengan masa...hu,hu jgn jeles..mana taknya jatuh cinta pandang pertama)..masa tu aku sedang kelam kabut nak pergi ke kelas Dr Danny.kelas Nasionalisme Asia Tenggara,aku perlu bentang assigntment,tapi dah lambat..masa tu lah Allah temukan jodohku rupanya...so sweet..satu kenangan yang wajar diingati..tak tahulah sebelah sana tu..ingat ker tidak???
Marwan ni mempunyai badan yang sasa...mengandungkan marwan aku mengalami kenaikan berat badan yang melampau,dari berat 50an..aku boleh kembang sebanyak 85kg menjelang hari kelahirannya..aku seperti blue hypoo ..blue hypoo pun kecik,perutku besar seperti mengandung anak kembar,rupanya hasil imbasan ultra sound,marwan mempunyai berat yang luar biasa didalam kandungan,menjelang 9 bulan,berat marwan sudah mencecah 4.3kg.Doktor mengesahkan aku mengandung dengan masalah"big baby"....kelahiran secara normal tidak digalakkan kerana bayi sulung.so tepat pukul 12.04 minit,hari selasa 24 april 2002,marwan dilahirkan secara pembedahan di Hospital Besar Melaka,Marwan lahir dengan berat 4.65kg,fuuh dia adalah the biggest baby pada kelahiran bulan april di HBM,Alhamdulillah marwan sihat sempurna.Inilah kurniaan Allah padaku,kelahiran marwan..aku kini bergelar ibu..satu title yang sangat indah yang bukan semua insan dapat merasainya..syukur Alhamdulillah..
Marwan sedikit pemalu berbanding adiknya,.marwan sangat penyayang,manja dan dependent ...agak kurang pandai berdikari..hmm mungkin sebab dia lelaki.Hingga kini marwan tidak akan melelapkan mata selagi aku tidak mengusap rambutnya,dan mendodoikannya.marwan sangat pandai mengambil hati,pandai memujuk cuma dia sedikit gelabah,,hmm mungkin macam mamanya...marwan memang anak mama..dia pasti berpihak padaku dalam semua perkara..he,he,he.......dia juga amat menghargai orang yang disayangi,kekadang fikir balik ciri-ciri lelaki idamanku ada dalam diri marwan...
sayangku marwan....
kau adalah anugerah dari Allah...antara anugerah terindah dalam hidupku...sapulah air mataku..lindungi mama ketika mama meniti hari-hari akhir hidup mama..yang paling penting..jika mama sudah tiada sapalah mama setiap hari dalam 5 waktu solatmu..mama hidup dalam doamu...hadiahkan mama seorang anak soleh yang berjiwa besar...Insyaallah....

cikgu mas..junior..comel kan...




Haiiik.minum pun control yer.....hu,hu,hu..cam sapa tu???wooitt,jangan habiskan yer..mama punya tu!!!!


Satu jelingan lentok romantik dari cm junior.... Jeling-jeling manja..sayang..cam mama muda-muda dulu






Manja dan periang.......suka tersenyum.....he.he,he cam mama jer....



Active girl...nak jaga badan katanya....hu,hu,hu..yang ni mama tak ajar pun...cam sindir mama jer




comel tak? dia suka cakap I LOVE U.....hu,hu tu mama yang ajar.... i love u lah..muaah!!


Sayang!!!!!!!!
mama tak punya apa-apa untuk diwarisi
mama terlalu biasa untuk dicontohi
mama terlalu kecil untuk diteladani
mama terlalu lemah untuk melindungi....
tapi !!!!!!!!!itu semua kata hati mama...
tapi kata jiwa dan akal mama...
mama akan menjadi terlalu hebat untuk kamu
mama akan menjadi kaya raya demi kamu
mama akan jadi luar biasa kerana kamu
mama berjiwa besar agar diteladani kamu
mama gagah perkasa untuk melindungi kamu
hingga mama menutup mata.............jadilah anak yang solehah..seindah nama kamu
"mawaddah Irdina........ yang beerti......cinta kasih sayang ,maruah kami...
I LOVE U SO MUCH..........................







Sabtu, Ogos 1

Cikgu dan Bukit Kerinchi KL


Vista Angkasa...dah berubah betul tempat ni..bangunan dah di cat dengan warna baru..selepas lawatan mengejut,Perdana Menteri ke Bukit Kerinchi..terus dapat peruntukkan ... kedai makan kat siar kaki tu dah tak der..dah pindah kat mana tak tahu lah..

Ni flat Kg Kerinchi ramai kawan-kawan cikgu menyewa kat sini.luas rumahnya lebih sikit dari apartment vista angkasa..sewa kat sini masa cikgu belajar dulu,sekitar rm 800-900 ,3 bilik flat ni...





Aku ke KL pada tahun 1996..register sebagai pelajar Universiti Malaya,di fakulti Sastera dan Sains Sosial,tahun pertama aku menetap di Kolej Seksyen 17 PJ,bersebelahan dengan main campus UIA pada masa tu..sebelum UIA berpindah ke Gombak.Pengangkutan utama ke campus pada masa itu Bas Mini no 12,bas Srijaya,das Bas Universiti..masa ni first year,,naif sangat lagi,,berhinggus lagi,keluar masuk aku dulu melalui gate Intan..warga UM tau lah kat mana gate tu..??



Tahun kedua,kerana tak aktif dgn aktiviti college,,kami serumah tak lagi dioffer asrama,kena cari rumah sewa,gelabah semua...pas cari punya cari terjumpalah satu iklan di bus stop library..sebuah rumah kosong di vista angkasa bukit kerinchi perlukan penyewa.kami menelefon,Alhamdulillah owner rumah tu adalah seorang wanita melayu berngama "Puan"..ye nama betul dia "Puan..bukan gelaran...kami panggil dia Cik Puan walaupun dia dah kahwin tak sedap lah nak panggil Puan Puan"


Mak ooi Cik Puan yg berasal dari Kedah ni habaq,sewa apartment yang kecik jer tu dengan 2 bilik,satu bilik stor berharga rm 1200..tak de furniture lak tu..sebab kami ni tak de kenderaan kami akur jer,bagi student yg ada motor,mereka lebih suka menyewa di Pantai Dalam,PJ dan Bangsar murah sikit,maka rumah 4-9-7,menjadi tempat kami menetap dalam perjuangan mendapatkan ijazah.


Kami tinggal 12 orang,cam ikan sardin dalam tin kami..kami redha,demi share harga sewa,sama-sama ikat perut,untuk bayar sewa rumah..pi campus naik van sapu dengan tambang 50sen..makan masak bersama n share,masa tu kawanku ramai dari utara.Ibah,melor,miza,shikin..depa ni dari Kedah,..Baya,Azizah,Tengku Suziela dan Mastura dari Kelantan,Izan dan Safina dari Selangor,aku dan izzah masing-masing dari Melaka dan Muar.kini cuma Ibah dan Safina jadi officer kat Maybank..Melor dan Baya lecturer kat USIM dan UUM,Shikin tolong suami bukak farmasi kat Baling Kedah..dan yang lain semuanya cikgu sekolah Miza kat MRSM,yg lain cikgu sekolah cam aku...dan semuanya dah jadi mak orang..kecuali Ibah..


Gambar diatas tu.adalah pemandangan penempatan Kg Kerinchi yang amat aku rindui,segala kenangan pahit manis tercatat disini..zaman remaja yang begitu indah...hu,hu..lama dah tak ronda UM.,teringin sekali pi kat library..disitulah cikgu jumpa `abg samad`..bila kami terlanggar satu sama lain..fuyooooo cam cerita hindustan..tapi memang betul cerita ni..bertabur buku cheq..pas tu dia tolong kutip kan..fuuuh romantik kan!!!!!!masa tu lah mata bertentang mata...tapi cam streotype jer kan..adegan drama melayu..hu,hu,hu..malu pulak nak kenang...


Khamis, Julai 30

Sekolahku dah ditutup......nak buat apa ni??



Minggu lepas SMT Kajang diumumkan ditutup seminggu bahana selselma si pinky tu..pas tu dengar berita..SMT Perdagangan Johor Bahru, beberapa buah Politeknik,UITM,Kolej Mara,masing-masing menerima nasib yang sama.


Minggu lepas jugak sekumpulan pelajar dari seluruh sekolah teknik zon tengah datang bertandang ke sekolahku menghadiri Bengkel Teknik Menjawab Add Mate,termasuk SMT Kajang yang telah dikurantin.2 pelajar dari sana pada masa tu,demam panas,terciut rasa hati adakah pelajar ni kena......????,tapi kami semua mem `positif`kan diri..hiss tak de pape kot??..esoknya 2 pelajar tu kelihatan sihat selepas diberi ubat demam.Bengkel tu berlangsung selama 2 hari dan semua pelajar yang datang menginap diasrama sekolah kami yg semua pelajar berjumlah 900 orang tu...



Hari Isnin,masa nak pi kantin aku tengok..hampir 30 orang pelajar menanti bas untuk ke Klinik Kesihatan Salak Tinggi,kelihatan semuanya letih lesu,demam kata mereka.Seorang pelajar menyampuk "Biarlah cikgu,,kena selselma ramai-ramai..sekolah tutup,kita dapat cuti,boleh horey-horey!!!".....hiss bulat biji mataku memandang pada si loyar buruk tu...


"Kamu ni kan mulut tu jaga....tahu tak sakit ni boleh bawak mati!!!!nak cuti punya pasal boleh pikir macam tu sekali...kamu ni sihat bukan nak doa kita semua terlepas dari musibah,boleh doa dapat musibah pulak,pendek betul akal kamu"...suaraku sedikit keras,geram dengar penyataan budak ni!!!nama pun budak!!!pikirpun macam budak..kalau tak betulkan kita pulak jadi budak...


Hari selasa dengar khabar dah 20 orang pelajar kena kuarantin di satu bilik diasrama,termasuk Faiz pelajar kelasku....kamii cikgu-cikgu sedikit cuak..macammana boleh jadi macam ni???...kelas hari selasa berjalan seperti biasa,tapi ada juga dengar ura-ura sekolah kami sekarang dalam pemantauan serius Jabatan Kesihatan.


Pagi Rabu kira-kira pukul 10.30,aku masa tu baru nak mula mengajar di kelas 5 Kejuruteraan Elektrik,baru nak bukak tajuk Dasar Ekonomi Baru,tetiba dengar pengumuman dari pejabat...


"Assalamualaikum kepada semua warga SMTS,....

ANDA DIKEHENDAKI SEGERA KE DEWAN BESAR BESAR AL JAZARI UNTUK PERTEMUAN TERGEMPAR".........


Dengar pengumuman tersebut,aku terus mengarahkan pelajar segera beredar dari kelas,dan bergerak ke dewan besar,di dewan aku lihat ada 5 pegawai Jabatan Kesihatan daerah Sepang,yang memakai mask menutup mulut berbincang dengan pengetua,setelah keadaan tenang pelajar dah berbaris elok,semua guru dah ada di dewan,Doktor Azahar dari Jabatan Daerah Sepang memberi sedikit taklimat.


"kepada semua warga SMTS...dimaklumkan 3 orang pelajar dari sekolah ini disahkan positif HI NI...dan untuk mengelakkan penularan HINI sekolah ini dikehendaki tutup serta merta berkuatkuasa hari ini jugak"..................


Pelajar-pelajar ku bersorak riang,sebagai sebuah berasrama peluang untuk balik ke rumah adalah sangat dinantikan,kami guru-guru kebingungan,ke

Selasa, Julai 28

Cikgu rasa ada sesuatu yang tak kena ni.....

SOMETHING WRONG IS DONE.....
DID I DO SOMETHING WRONG??????
I HAVE TO DO SOMETHING.......
CLEAR AND CLEAN.....................................I HAVE TO.....

Ahad, Julai 26

Biar bulan bicara sendiri.....biarlah bintang menjadi saksi

Bulan tetap bulan
Pungguk tetap pungguk
Bulan ucap selamat jalan
Pungguk pedih meskipun mengangguk..

Sabtu, Julai 25

Biarlah bulan bicara sendiri....

Biar Bulan Bicara
oleh Broery Marantika

Bulan sabit
Yang jatuh dipelataran
Bintang redup
Tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah
Sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena
dibuai pelukan dosa

Chorus:
Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan

Air mata tulus
jatuh di sudut bibir mu
Tak terlintas dendam di bening mata indah mu
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingi mu

Biar lah bulan bicara sendiri'
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini

.......................................................................................................................................................................

Tika bulan mengatur bicara...
pungguk terus menangis hiba
tika bulan mengatur bicara
pungguk terus meratap sayu
tika bulan mengatur bicara
Pungguk terus rajuk melara
.................................................................................................................................................................

Bulan bilang..........aku sesat wahai pungguk!!!
Kata pungguk.......Ke mana arah kamu??
Bulan bilang..... aku berdosa wahai pungguk???
Jawab pungguk....apa dosa kamu???
Bulan kata....hukumlah aku wahai pungguk..!!!
Kata pungguk...hukuman apa yang kamu mahu???
Bulan mohon.......Ampun dan maaf wahai pungguk!!!!!
Pungguk sahut....Aku bukan tuhan yang maha pengampun......
Janji Bulan.....
.cukuplah derita sampai disini

Kata pungguk.....
wahai bulan,!!!!
kau hanya berjanji dari langit yang tinggi...
susah senangku kau tak mampu turun ke bumi...
.kau hilang bila terbit mentari....
tika itu janji tinggal janji......
bila malam aku merayu lagi...
kau bersinar memujuk hati...
bila aku diam membisu...
janji mu mula retak seribu..............
..................................................................................................................................................................
bulan tetap bulan
pungguk tetap pungguk
Bulan megah ditemani awan
Pungguk menangis dicelah pokok,,,,
...................................................................................................................................................................

Cikgu n kekawan..di hari dapat gaji...

23hb gaji keluar ....Mega Sale untuk bulan Ogos pun dah mula jom kekawan kita memeriahkan suasana,mata kita pun dah kelabu tengok buku latihan,kertas ujian.lesson plan,jom cuci mata menikmati indahnya dunia.Hari Jumaat paling sesuai,balik sekolah pukul 12.30 hari lain kul 6.30 baru ada kat umah.saat aku orang lelaki mengutip pahala bersembahyang jumaat,insaf mendengar khutbah,ompompuan riuh rendah di shopping complex..menghabis duit..hmm cam tulah org pompuan,kata ulamak akal 1 nafsu 9..(termasuklah diriku)...tapi cubalah faham saat inilah mereka redakan stress,saat mereka begitu letih sama mencari rezeki untuk keluarga dan bila pulang ke rumah bergelut dgn kerja rumahtangga hingga ke tengah malam..ompompuan perlukan sesuatu untuk meredakan segala kepenatan..kalau org lelaki ada masa bersosial mereka juga perlukan kesempatan yg sama..mereka juga manusia ..mereka `reward`diri mereka dengan mendapatkan apa yang diingini tanpa perlu meminta-minta setelah penat bekerja.....


hmm cam biasa,butik tu tempat `favourite`ku..meneliti satu demi satu rekaan terbaru,,ada new arrival design,...hergenya rm999..tolonglah boleh bayar my pesona 1 1/2 bulan..aduh jangan ikut nafsu...rasanya sale girl kt butik tu dah kenal beno dgn muka cikgu ni........

Pas penat shopping kita makan..masa sampai kt Alamanda kul 1.30pm.semua restoran full house,biasalah seluruh org opis diputrajaya tertumpu di sini.Kesian orang Putrajaya kat sini je lah shopping complex yg ada,aku dah naik jemu dah,tapi tak kuasa nk drive jauh2 kat sinilah tempat kami melepak..walaupun kalau nak compare dgn KL,harga kat sini mahal-mahal.


pi makan kat keni rojes....hmm kononnya cari makanan sihat...sambil makan kami bentangkan `hot chatting`...apa yer (bukan mengumpat yer....tak layan mengumpat di hari Jumaat)......topik-topiknya:
  • Perlukah `bibik`dalam pengurusan rumahtangga..
  • kekawan..aku nak register `Slimming centre`...untuk kuruskan badanlah...kat May Fair Slimming centre...apa pendapat ko orang????????????????

Kesimpulan: Topik 1 : Setakat ni....pengurusan rumahtangga masih boleh diuruskan tanpa perlu `bibik` tapi suami perlu membantu,anak-anak perlu dididik dan dibiasakan dengan aktiviti membantu ibu.

Topik 2: Semua teruja..""pi lah..nanti ko kurus aku buat pulak..tengok si dillah tu dah turun 12 kilo pas bersalin anak ke 2...dia ramping giler sekarang,tapi aku dengar khabar habis dekat rm5k.."""(hiss mengumpat ker ni???tak kan!!!!!!????)

(cam nilah bila orang pompuan bertemu...topiknya berkisar hal yg sama,rumahtangga kecantikan tak leh lari........politik,sukan,hal-hal berat tak laaaaayan..tak leh blah..kata budak sekarang)



Jumaat, Julai 24

Cikgu terjaga dari tidur...

Jam menunjukkan pukul 3.40 pagi....aku terjaga dari tidur,dadaku berdebar..Astagfiruallahalazim..bibirku beristigfar...aku bermimpi rupanya!!!!!!!aku menyapu wajahku dengan kedua telapak tangan,ku elus rambutku yg kusut..aku tahu lenaku pasti dah bernoktah,kerana aku amat sukar untuk melelapkan mata kembali jika terjaga ditengah malam.3 tahun berlalu lena ku bukan seperti dulu.....aku tiba-tiba teringat mimpiku,tetiba ingatanku menerpa pada seseorang dan air mataku mengalir........kerinduan ini benar-benar mendera rasa,oh..tuhanku.....hanya engkau yang mengerti...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Rabu, Julai 22

cikgu ikuti kisah nek wook kundur....

Bukan Cinta Biasa

Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa
Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya
Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya
oh...Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu
jawapnya...................
Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa
Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata
Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan


Cikgu ikuti kisah ni..dari nek wook mula kahwin pada tahun 2005,nek wook dikejar oleh media...mungkin semuanya pelik bagaimana seorang wanita berusia 104 tahun boleh menawan lelaki berusia berusia 33 tahun.Kisah cinta nek wook dikejar,gambar-gambar aksi romantik nek wook bersepah dimajalah,ada juga yang mengorek rahsia bagaimana nek wook melayan suami..hingga ke kisah `tempat tidur` nek wook dijadikan bahan cerita,nek wook tak segan silu memberi petua..antara yg saya masih ingat teknik urutan..hmm entahlah..saya bukan nak mempertikaikan perihal jodoh dan pertemuan..soal qada dan qadar ....tapi dalam mencari jodoh garis panduan,,,ada ditetapkan... soal `sekufu` adalah ajaran islam yang dititik beratkan pada kita untuk dikuti.Nabi juga menetapkan 4 kriteria wanita yang boleh dipertimbangkan sebagai isteri,
Terbaru selepas 3 tahun,suami nek wook ditangkap kerana menagih dadah,barulah terbongkar rupanya nek wook selalu didera mental dan fizikal oleh suaminya ketika berada dalam keadaan khayal.Duit nek wook yang tak seberapa tu selalu diperas oleh suaminya.Kereta dan cincin nek wook dijual untuk mendapatkan dadah.Nek wook menderita..nek wook harapkan suaminya boleh diharap untuk menjaganya..tapi harapan tinggal harapan..nek wook cukup tertekan,makan pun tak lalu selepas suaminya dibawa mendapat rawatan di pusat serenti.Nek wook sepi dalam merindu.Nek wook yang pernah bernikah sebanyak 21 kali masih belum lagi mengenal lelaki..apatah lah lagi kita...
masa saya meneliti kisah ni di akhbar..kawan saya linda...lalu menegur saya...
Mas !!!!u..baca apa????
"ni hah kisah nenek ni...kesian dia...jawab saya...
"ko tau mas suami aku kata "suami nenek ni terpaksa ambik pil khayal bila nak tidur dengan dia..kalau tak...tak boleh ko!!!!".....ha,ha,ha dia ketawa besar...
"ko ni..tak baik tau.!!!!!..aku jawab..sambil tergelak jugak...aku tak boleh nak tahan gelak dengan lawak si linda ni....!!!
hmmm ...persoalan yer....di usia begini..................
APA YANG KITA CARI????MASIH KAH LAGI KITA MENGANYAM DERITA DI TIKAR SENGSARA!!!!!SEDANGKAN TEMAN YANG LAIN MENABUR SAHAM DI DI BURSA IBADAH DI PENGHUJUNG USIA......`
tapi saya percaya kisah ni adalah satu bentuk cerita yang Allah jadikan untuk kita berfikir baik buruknya..pro dan kontranya..setiap apa yg Allah tunjukkan pasti ada hikmahnya..dan menjadi tanda pada mereka yang berfikir.....






Minggu koko...dan hari usahawan di sekolah cikgu..

Cikgu membimbing dengan senyuman,harapan besar anak didik mampu beruasaha kerana hidup tak sama seperti impian....aduuh eksyen jer tu..pegang sudip bagai,nak tangkap gambar punya hal..
Pada awal pagi semuanya sibuk dan bersemangat....Azril(baju merah) Pengerusi Kelab yang berdedikasi...Putera pun semangat sungguh..CM bagi arahan tak sudah..

Bahan mentah untuk buat pisang goreng dan cempedak goreng...laku betul tapi tak untung naper yer...?????kos tinggi dan kami jual murah.tak ada otak usahawan pun,jual dengan kawan-kawan depa murah-murah..."kesianlah kawan-kawanlah cikgu "kata depa


Orang kuat persatuan sejarah ni....penatpun tetap mantain n posing...menjeling bagai...
thank u yer... i lap u lah...




Selasa, Julai 21

ciikgu menilai baby november....


Jom kita tengok pesonaliti mereka yang dilahirkan pada bulan November...




  • Banyak idea dalam perkara-

  • Sukar mengerti atau difahami sikapnya

  • Berfikiran ke hadapan

  • Berfikiran unik dan bijak

  • Penuh dgn idea2 baru yg luar biasa

  • Pemikiran yg tajam

  • Daya firasat yg sgt halus dan tinggi

  • Bagus utk jadi doctor

  • Cermat dan teliti

  • Personaliti dinamik

  • Sikap berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia

  • Byk berfikir, kurang bercakap tetapi mesra

  • Berani, pemurah, setia dan byk kesabaran

  • Terlalu degil dan keras hati

  • Kehendak diusahakan sehingga berjaya

  • Tidak suka marah kecuali digugat

  • Mudah ambil berat terhadap org lain

  • Pandai muhasabah diri

  • Otak yg sgt tajam

  • Pandai dorong diri sendiri

  • Tidak hargai pujian

  • Kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi

  • apabila menghendaki sesuatu

  • Cuba sampai berjaya

  • Badan yg tough

  • Kasih syg dan emosi yg sgt mendalam

  • Romantik-

  • Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang

  • Suka duduk di rumah

  • Sgt rajin dan berkemampuan yg tinggi

  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia

  • Tidak berapa berjaya dlm kawal emosi

  • Bercita2 tinggi-

  • Perangai yg tidak dpt diramal dan mudah berubah


aikkk kenapa 95% daripada kajian ni...betul ...hmmm entahlah...tak semuanya menjadi sifat kita,mungkin kebetulan....yang pasti setiap orang ada kelemahan dan kelebihan,tiada siapapun ygng sempurna kecuali tuhan..cuma kadang-kadang kita sendiri tak dapat mengenali diri kita apatah lagi orang lain.Selalulah muhasabah diri dan sedia menerima kritikan dan pandangan samaada positif atau negatif.Berfikiran terbuka.dan menerima ini sebagai satu kajian bukan keputusan muktamad,Apa pun Waaalahualam.Apapun terima kasih pada pijal yg sudi memberi maklumat - hasil kajian 25 tahun Dato`Dr Fadzilah Kamsah..he,he byk betul dari tak betul..


Isnin, Julai 20

Cikgu letih yer....

Seminggu yang meletihkan,keluar rumah 6.30 pagi sampai rumah 6.30 petang..sekolahku ada Minggu Kokurikulum.pelajar nampak hepi,ye lah sesi pembelajaran nampak kelam kabut,pelajar lebih ramai dok luar dari duduk di dalam kelas...sesi P&P ditamatkan lebih awal.1.50 dah habis belajar..budak-budak ni mestilah hepi bila belajar kurang,tenaga membara-bara,bagai tenaga kuda,tak kenal letih segala aktiviti dipulunnya...cikgu tengok pun cam nak pitam,lebih-lebih budak lelaki..aduuh kuatnya diaorang!!


Cikgu pulak sakit-sakit badan dah,kunun buat hari usahawan,cikgu pulak kena wat over time,pusing kampung cari bekalan pisang,keledek,cempedak,mengikut idea budak2 ni nk wat bisnes goreng-gorengan.pas tu cikgu kena pi pasar borong cari tepung,minyak,pas tu pi tempah gerai.sampai ke hari usahawan potong pisang dengan cempedak pun tak reti,dikorek2nya cempedak tu dengan jari manis,tergedik-gedik cikgu tengok..diaorg buat keja..ahli kelab sejarah semua yer lelaki,budak pompuan segan nk join sebab ramai budak lelaki nakal kt situ,agaknya sebab guru penasihat dia nakal kot,jadilah cikgu tukang goreng cekodok dari pagi sampai ke petang berdiri depan api,budak2 ni pegang sudip pun tak pandai,last2 dia layan mengorat...aduuh sakit yer jiwaku...malaslah nak bising-bising kat depa ni...depa dah besar bila tengok cikgu diaorang teruk wat keja untuk diaorang,harapannya diaorang faham hmmm harapan tinggal harapan...lastnyer cikgu ni rasa cam nak demam....



aduuh jelesnya tengok kucing tu dibelai diurut begitu...jarang benarlah kucing jantan nk mengurut,biasanya kucing betina yg kena mengurut...aduuhai...untungnya kucing tuuu....
yang cikgu nampak sekarang adalah..SPA...berehat sambil diurut satu badan...aduuh best yer...tapi ni tengah bulan!!!tak per lah demi masa depan ku yang gemilang..aku...perlu berehat dan kena pi servis jugak.....tak kisahlah sejam rm150.00...pun...dah sangat lotih la den..

Jumaat, Julai 10

Cikgu..kena sabar...selalu





Mai sini cikgu cerita sikit senario yang cikgu selalu `jadi hangin`..hiss bawak bersabar jer lah...

Senario 1,

Berlari-larilah cikgu mas ni dari kelas tingkatan 5 tingkat 3 ke kelas 4 Perdagangan ditingkat bawah,takut terlambat masuk budak menunggu..dah lambat 10 minit ni...sampai kelas suasana senyap sunyi..laa tido rupanya..

Pelajar: Sambil mengelap air liur basi beri salam.
"Assalamualaikummmmmm cikguuuu Mas"...(oh alahaiii...bunyi macam orang jawab call phone pukul 3 pagi..tak pun..macam bunyi sekumpulan bayi tak de gigi..malas tak bersemangat...

Cikgu Mas :..Bangun semua.."beri salam kat cikgu sekali lagi"

Pelajar : Assalamualaikum cikgu Mas....hah barulah kuat..bersemangat...(hilang rasa nak marah)



Senario 2 :

Cikgu Mas begitu bersemangat nak mengajar..minta maaf sebab terlambat masuk..baru nk pegang marker tulis tarikh.kat white board..bangun sorang pelajar lelaki ke depan


Pelajar lelaki : Cikgu tandas!!!!
Cikgu Mas : Aiiiik sejak bila nama cikgu jadi cikgu tandas....(sambil memandang tepat ke muka pelajar....tolong belajar bersopan sikit.....(nape lak budak-budak sekarang ni!!miskin betul budi bahasa..
Pelajar lelaki : he,he.."cikgu nak minta izin pergi tandas"...

(hah barulah betul...nak marah jugak ni..baru kita nak mula mengajar baru dia nak pi tandas..tadi masa ada dok tido..aduuh sabar je lah...



Senario 3 :

Cikgu mas : ok bukak buku sekarang..kita beralih ke tajuk "Sumbangan Kerajaan Abbassiyah"..
Pelajar : Cikgu buku apa???
Cikgu Mas : ok..bab 6..buku biologi yer...isk,isk..budak ni!!!!


(Astafiruallahalazim...bertahun-tahun dia tahu cikgu mas..cikgu sejarah..boleh dia tanya..buku apa?????takkan buku biologi pulakkk....aduhhh mencabar kesabaran betul..


"Sesungguhnya...bila bekerja dengan manusia mood kena jaga...perasaan perlu diketepikan....itulah namanya profesional,itulah pesan seorang kawan pada saya..."

Sabtu, Julai 4

Cikgu nak rest yer...


Selesai dah berkursus.Pegawai Kurikulum Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional,Kementerian Pelajaran..dah tapau dah semua projek kami,So seminggu memerah kepala hotak mcm mesin tebu memerah air..cikgu dah rasa `ting-tong`..i need the rest...
Nama pun dah di Melaka..apa lagi vrooom balik rumah mak lah...weekend ni nk kutip buah manggis...nak panjat pokok rambutan..lama dah tak buat semua tu...Bolehkah lagi aku memanjat,,???.dulu 6 adik beradik lelaki..abang ku selalu ajar panjat pokok kundang..tahu dek abah kena belasah dengan ranting kayu..budak pompuan mana boleh memanjat pokok...pas sekolah menengah aktiviti memanjat pokok di haram terus oleh mak dan abah..jadilah budak pompuan `lomah lombutt`..tu depan mak jer..kat sekolah diaorang tak tahu..tapi study tetap study..nama ibu bapa tetap ku jaga hingga ke akhirnya..................Alhamdulillah
Balik kampung berehatt yer...lotihlah....

Cikgu say..I love u so much...




Saya adalah seorang insan yang sangat menyenangi ucapan keramat ini...saya tidak pernah takut untuk mengucapkan `I love you` pada sesiapa yang saya senangi..pada orang-orang disekeliling saya,..bagi saya,untuk apa kita takut menzahirkan rasa.??.sedangkan hidup ini Allah sisipkan hati dan jiwa untuk kita terus sayang menyayangi sesama kita..saya senang memanggil seseorang dengan panggilan sayang..cuma kita perlu berhati-hati dengan nada dan caranya..janganlah bernada merenggek..lain pulak maksudnya..lain pula tangkapan dan persepsi orang lain terhadap kita.
Perhatikan dengan mata hati betapa kosongnya jiwa Nabi Adam a.s walaupun hidup disyurga Indah..Allah maha mengetahui ....dititipkan Hawa buat penghibur,penenang,dan penghilang sunyi sepinya dan terciptalah "Cinta Adam dan Hawa"...
Saya senang memanggil pelajar saya dengan panggilan sayang,dan sering mengucap perkataan ` I love you lah`..bila mereka menjawab soalan dengan betul dan memberi respond yang baik ketika saya mengajar..tak kira lelaki dan perempuan,Saya perhatikan pasti mereka tersenyum bangga mendapat ucapan itu dari saya dan spontan menjawab .. "I love you too cikgu..."
Siapa yang tidak mahu disayangi????..Allah maha penyayang..Allah mahu hambanya berkasih sayang..bercintalah hingga ke syurga...lahirnya kita juga atas dasar kasih sayang..amannya dunia kerana rasa cinta dan sayang..musnahnya dunia kerana demdam dan kebencian..sesiapa yang amat sukar mengucapkan i love u..mereka terbelenggu dengan rasa ego..dan keras hati..
I JUST WANNA SAY ...I LOVE U ALL....WHY??????????????????????????
BECAUSE YOU LOVE ALLAH.....................
I LOVE U SO MUCH...PLEASE TELL ME WHAT?????
P/s : Amaran kerajaan Malaysia: janganlah say i love u..kat suami orang,anak bujangan orang or sesiapa yang anda temui dijalanan..kena kejar saya tak tahu..pilihlah tempat dan individu yang sesuai yek...............

Khamis, Julai 2

Cikgu kesian dengan dia....tolong dia!!!


Ni kawan cikgu....
cikgu rapat dengan dia....
baru-baru ni dia ada bagitau kat cikgu..dia sedang sakit teruk..
takda ubat sakitnya ni...
dia tak tahu nak buat camner??
tak da hospital pun yang boleh merawat sakitnya....
Dia tanya cikgu apa gerangan penyakit yer ni.......??
cikgu tak tahu tak pernah cikgu sakit seteruk ni...
sekarang tolong cikgu jawab ..DIA SAKIT APA?????????????????

Ahad, Jun 28

Cikgu nak pi out station...


kenapa lak CM letak gambar meeting room ni??hah..lah cikgu nak kena pi mesyuarat kat Melaka lagi,Hujung bulan lepas dah pergi..ni kena pergi lagi,bukan sehari 2..tapi dekat seminggu....mengeluh pelajar form 5,bila dengar cikgu mas depa nk kena keluar lagi,,baru nk bermanja pas habis exam..nak buat camner cikgu kena berkhidmat untuk negara...pandai-pandailah belajar sendiri..latihan yang cikgu tinggalkan tu..sila buat..cikgu balik tak siap cikgu piat telinga.
Meeting apa cikgu????he,he,he malu lak cikgu nk beritahu "Mesyuarat Kawalan Mutu,Aliran Teras (subjek Sivik dan Kenegaraan)..he,he, sivik ker cikgu ni???Kementerian pun satu beribu2 cikgu yang sivik,CM yang sokmo mamun mamai ni dipilih jadi pengubal modul sivik,tak bimbang ker???..he,he..masa mengajar n bekerja CM selalu sivik skema..di alam maya n berblogger CM selalu lok lak jer...(bila sebut sivik n skema teringat sorang kawan yang jauh di Mekah)..he,he.hah tu conpom sivik..sukran n wassalam tak tinggal...
Boleh ker berblogger seminggu ber outstation???jangan risau WIFI free...kt hotel..lagi pun masa berbengkel..buat kerja depan lap top,bila otakku penat..cikgu pi cari ketenangan kat Makkah tengok kaabah,kat situ ada cik lie...pas pi Makkah jenguk kak pinat or alis kalau diaorang ada masak sedap-sedap...boleh gak jenguk tikah tengok gambar cantik-cantik..or en mie yang suka bertazkirah tu..bagi insaf sikit.....kalau rasa nk jadi muda remaja pi kt umah merah or sazlie yang suka buat cerita lawak...rasa nk bercinta pi umah Teja...rumah uncle seronok jugak..diaorang lah mengisi masa cikgu....masa terluang or masa sibuk ...kekadang uncle google ajak dating...kena layan jugak pakcik google ni nk tambah ilmu...kalau tak sia-sia bayar servis uncle google tiap2 bulan...
ok cikgu pi Melaka dulu tau....kalau cikgu sempat cikgu update..selalu yer sempat..tak berapa syok dok hotel ni,tidur tak berapa lena,tapi cikgu suka hepi2 dengan kawan2..nanti depa mesti sewa my pesona ajak pi makan2,ikan bakar kt Umbai or Duyong..makan free cikgu asal rela jadi driver..rela sajer...cikgu nk bodek kawan yg sama lok lak pi tengok midnight pas bengkel malam..dekat MBO melaka tu,selesa sgt panggung yer,,,tak ramai orang..dah 3 kali cuba tempah tiket transformers kt Alamanda..habis sokmo,hujung minggu kirim salamlah kalau ada...pasai apa??transformers meletup sangat yer????teruja yer cikgu!!!!...
bila pi mesyuarat kt Melaka ni teringat cikgu tergolek dog depan lobi hotel hujung bulan lepas...nasib baik kali ni hotel lain..doakan cikgu tak tergolek lagi yer...dah tukar kasut baru dah...ada bunga lagi...insyaallah tak tergelincir..he,he,he

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....