Dalam silibus sejarah SPM bab 3''Tamadun Asia Tenggara..anda mesti teringat pada satu tasik Air tawar terbesar di Asia Tenggata yang bernama Tasik To le sap .kalau pelajar saya..saya pasti suruh hafal kepentingan tasik Ton le sap pada perkembangan pertanian kerajaan Angkor..tasik.yang terletak.di Cambodia yang meliputi 25%bumi Cambodia...
keluasannya sampai ke Vietnam .dan Loas..
cikgu akhirnya dapat melihat sendiri dan dapat berada di tengah Tasik..tasik yang merupakan anugerah tuhan pada kemajuan pertanian kerajaan Angkor ini mempunyai keunikkan yang tersendiri kerana ia mampu mengembang dan mengecil mengikut musim..musim kemarau Disember hingga Mei keluasannya mengecil sebesar 2500 km persegi tetapi ia mengembang dan membengkak di.musim hujan sebesar 16,000 km persegi..
Tasik ini besar umpama laut tetapi tidak dalam..kedalamannya sekitar 1meter dimusim panas dan 9 meter dimusim hujan...ada masyarakat Vietnam yang mendiami perkampungan terapung di sini..
Ada 5 buah kampung di sekitar Siem Riep..kehidupan mereka agak dhaif dan basic..tapi kanak2gembira berenang dan tertawa.
Agak jauh juga perjalanan dari hotel ke jeti boat tasik ini. Dalam perjalanan menaiki tut tut aku dapat lihat kampung kampung orang Islam dalam perjalanan ke jeti tasik.. Ada kelihatan masjid.. Kalau aku tak silap harga boat cruise untuk melihat2 tasik ini sekitar 7usd.
.Saya singgah sebentar mengunjungi restoran menu buaya di tengah Tasik..banyak nk cerita..tp panjang sangat nk taip..
#cmtravelnjourney
#kembaragurusejarah
#siemriep2018 @ Tonle Sap Lake
Air tasik yang tenang |
Kapal penumpang seperti cruise di kawasan tasik |