Masjid Raya Medan,,ditengah-tengah Kota Medan |
Dah lama saya nak ke Medan akhirnya kesampaian..Alhamdulillah. .kepergian kali ini bersama kira kira 17 orang ahli group sebahagian besar adalah kenalan baru.Trip kali ini saya serahkan semua dibawah travel agent dan saya kira agak berbaloi dengan Rm 1000 dengan menaik MAS Airlines.
gambar pemandangan tasik Toba dari atas bas.. |
Ke Medan bagai tak lengkap jika tak mengunjungi tasik toba yang jarak perjalanannya kira kira
beberapa jam dari medan city. ..kami bermalam di pulau samosir untuk menikmati sepuasnya pemandangan tasik toba yang sangat besar..membiru...dan bagai bersatu dengan awan..pemandangan begini membawa saya terkenang indahnya tasik melinjau di bukit tinggi dahulu
Untuk ke pulau Samosir kita perlu menaiki boat merentasi Tasik Toba yang luas terbentang,jangan ditanya berapa harga tiket segala..kerana semua diuruskan oleh pakej yang saya ambil,sambil menikmati kebiruan air tasik,didalam feri kami dihiburkan dengan nyanyian lagu kanak-kanak Batak yang menyanyikan lagu dan pastinya tidak manis jika mereka menyanyi tanpa kita sumbang sedikit wang ricihan,saya minta mereka nyanyikan lagu Tegar...
Sampai ke pulau Samosir ,ada resort disitu,,,pemandangan mengadap tasik...aktiviti yang saya buat petang itu ialah berbasikal mengelilingi kawasan resort tersebut,,,sebuah perkampungan Batak yang dah tentu beragama Kristian kerana saya tidak jumpa satu pun masjid,tetapi ada gereja yang besar,menurut pemandu pelancong kami memang 100% penduduk disini beragama Khatolik.Kami makan malam di restoran resort tersebut yang menurut pemandu pelancong kami situ ada makanan halal.Kami bermalam disini..malamnya saya dan teman bersembang di cafe resort..aktiviti lain tiada rasanya...akhirnya aku dapat juga menyaksikan birunya Danau Toba,tasik yang sering ku baca kisah-kisah dogeng dan misteri ketika kecil dahulu di perpustakaan sekolah rendahku..