yg sudi bersama cm....

Isnin, April 22

Bercuti di Banda Acheh- Hari Ketiga menjejaki tinggalan tsunami

Seawal 9 pagi selepas sarapan di hotel kami bergerak ke kawasan yang dahulunya paling teruk di landa tsunami iaitu pinggiran Pantai LongNgka. Disitulah terdapatnya Masjid Rahmatuallah satu-satunya bangunan yang terselamat ketika tragedi tsunami di kampung itu.Masjid ini dibina oleh orang Turki mengikut sejarahnya.
Maha Suci Allah,,yang memelihara rumahNya,,menjadi peringatan kepada mereka yang berfikir.Masjid ini menjadi satu-satunya yang terselamat dikampung ini.

9 tahun berlalu,,Masjid ini kembali tersengam indah,,diperbaikidan menjadi bukti pada pengalaman yang tak dapat mereka lupakan,
Didalam Masjid di letakkan satu sudut pameran gambar-gambar tentang kejadian tsunami bagi mengingatkan penduduk tempatan tentang tradegi tsunami yang perlu diinsafi bagi menguatkan iman dan kesabaran mereka.
DONT FORGET TSUNAMI...
 Kampung dipinggir pantai ini musnah sama sekali,hampir 3 ribu penduduk kampung telah meninggal dunia dalam tragedi tsunami.sebuah perkuburan besar yang menempatkan perkuburan 3 ribu jenazah ada dikampung ini.
Kini kampung ini dibangunkan semula hampir semua rumah-rumah baru dibina..menurut supir rumah-rumah batu berwarna putih berpagar dan tersusun dan terancang pembinaanya dibiayai oleh Kerajaan Turki.Namun sebahagian besar penduduk asal kampung ini telah meninggalkan kampung ini kerana trauma dan mahu membina hidup baru dan melupakan kenangan indah bersama mereka yang telah pergi,Kini kampung iniramai didiami oleh pendatang dari kawasan lain.

 
Selesai melawat Masjid Rahmatuallah kami dibawa menikmati kesegaran air kelapa Acheh sambil merenung lautan Andaman dan menikmati angin laut yang nyaman...Alhamdulillah ..
Kami juga sempat melawat Muzium Tradisional Acheh,,untuk mempelajari serba sedikit tentang budaya Acheh.
CM bergambar kenangan di dalam rumah tradisional Acheh
Di zaman kegemilangan Acheh sebagai pusat perdagangan dan kebudayaan Islam,Acheh pernah dikunjungi oleh Laksamana Cheng Ho,ketika itu zaman pemerintahan Mahkota Alam.Laksamana Cheng Ho menghadiahkan kerajaan Acheh loceng sebagai tanda persahabatan.
CM bergambar dihadapan loceng yang dihadiahkan oleh LCH dihadapan Muzium Acheh


hmmm dah panjang sangat CM bercerita,,,next episod kisah jalan-jalan dan makan-makan di Acheh,
in sha allah

 


 
 

Ahad, April 14

Bercuti di Banda Acheh- hari kedua..

Hari kedua di Banda Acheh,,banyak lagi tempat yang bakal kami kunjungi,selepas sarapann kata Pak Zul selaku supir kami akan dibawa ke
- Kapal Apung
- Muzium Tsunami
-Masjid BaitulRahman
-Pesantren
kami memulakan perjalan seawal 9 pagi selepas bersarapan di hotel,,hari sabtu Banda Acheh kelihatan tenang,,tiada bangunan tinggi di Acheh,,kata Pak Zul semua bangunan tidak boleh melepasi menara Masjid Baitul Rahman di tengah-tengah Banda Acheh,,hati saya tak sabar untuk melawat masjid Baitulrahman yang dijadualkan kami akan bersolat asar dan seterusnya maghrib di situ nanti
Pagi itu kami dibawa ke sebuah perkampungan nelayan yang paling teruk dilanda tsunami,,sepanjang perjalanan saya lihat banyak bot-bot nelayan yang digunakan untuk menangkap ikan,kata Pak Zul nelayan di Acheh banyak menangkap tuna yang dieksport ke Jepun dan Singapura.Kami ke kampung ini untuk melihat sebuah kapal yang telah dibawa tsunami hingga terapung dirumah seorang penduduk dan di atas kapal inilah telah terselamat 60 orang penduduk ketika tragedi tsunami..Maha suci Allah segala yang berlaku pasti ada hikmah,,kampung ini kembali membangun dengan rumah-rumah baru dan mengharapkan sinar pada kehidupan baru.
 
Dahulu sebelum tsunami kawasan ini adalah sebuah perkampungan yang mempunyai penduduk,,akibat tsunami tempat ini telah menjadi laut,bagai padang jarak padang tekukur,,
Hari makin meninggi,,kami dibawa ke Pusat Bandar Acheh untuk melawat satu monumen baru yang dibina dari dana antarabangsa yang menjadi tarikan baru pada Banda Acheh,Muzium Tsunami,muzium yang dibina untuk memperingati peristiwa tsunami.Muzium yang mempunyai ciri rekaan yang menarik,moden dan penuh simbolik,Muzium ini dibuka mengikut waktu pejabat,kami disambut oleh dua orang pegawai dan diberi keterangan tentang peristiwea tsunami..kami dibawa juga menyaksikan tayangan visual tsunnami sungguh menginsafkan.Muzium ini ditutup ketika waktu rehat makan tengahari.Ramai pelawat datang termasuk seluruh penduduk Indonesia .

nama-nama mangsa tsunami dicatat didinding muzium..terlalu ramai yang telah pergi,,menurut pak supir kami 75% penduduk Acheh telah meninggal kerana tragedi tsunami,,yang tinggal kini kebanyakkannya adalah pendatang terutama dari Medan..   



   


Selepas makan tengahari kami dibawa ke sebuah kapal janakuasa elektrik yang berat beribu tan telah dibawa arus tsunami ke daratan.Ya Allah tak dapat dibayang kuatnya arus tsunami itu.
kami bergambar di atas kapal janakuasa yang terapung didaratan ..di bawahnya ada dibina galeria tentang tsunami



Kami dibawa makan tengahari,,,makanan tradisional Acheh lagi wahhh kali ni sangat menambat selera,,ikut pakej saya tak tak tahu berapa harga,,tapi rakan serombongan sangat berpuas hati dengan mutu makanan di Acheh,
petang tu selepas solat zohor dan berehat sebentar di hotel kami dibawa ke Masjid baitul Rahman,mengikut tentatif program kami berada disini dari Asar hingga maghrib,bersebelahan masjid ada pasar Atjeh tempat membeli belah,,hmm tapi takde apapun yang menarik mungkin menarik lagi apa yg ada ditempat kita.


CM di dalam masjid BaitulRahman,,masjid kebanggan rakyat Acheh,,Masjid yang menjadi bukti kebesaran Allah,,,ombak tsunami terpecah dua tiba di masjid ini,di Masjid ini beribu orang berlindung dari ombak tsunami.Binaannya mengingatkan cm pada Masjid Nabawi di Madinah.Di masjid ini di waktu asar ada pengajian AlQuran dan fardu ain pada kanak-kanak Acheh,
selepas maghrib kami dibawa ke sebuah pesantren untuk mendengar ceramah,makan malam,,disamping menziarahi anak yatim,sekolah agama ini serba kekurangan,,namun mereka berusaha bersungguh untuk menyambut kami seadanya,,Alhamdulillah,,moga segalanya dalam rahmat Allah.
wajah-wajah suci anak-anak pesantren,,moga dewasa menjadi solehah,,


nanti kita sambung lagi yarr,,,
 

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....