yg sudi bersama cm....

Khamis, Februari 21

Tasik Dayang Bunting yang penuh kenangan....

Hari kedua,,kami bercadang nak pusing pulau,,,malam sebelum tu dah tempah daripada kaunter di desa motel tempat kami tinggal..satu kepala rm 25,,dari pukul 9pg-2ptg.Sebenarnya ini kali pertama CM dapat ikut island hopping ,,percutian sebelum ni selalu tak sempat,,,namun jauh sudut hati saya,,saya bimbang dengan keadaaan kesihatan dan keupayaan ibubapa saya menjalani aktiviti ini,sebulan dua ni abah CM mengalami lemah-lemah separuh badan yang menyebabkan dia tak kuat dan stabil berjalan,,mak pulak memang sedikit uzur dan sakit-sakit badan,,,namun mereka kuat semangat dan percaya mereka mampu ikut aktiviti ini ,,,saya berdoa agar Allah memudahkan segalanya...
Pukul 9pg van datang untuk membawa kami ke jeti di Awana Porto Malai untuk naik boat ke Tasik Dayang Bunting..sebelum tu kami bersarapan di hadapan Desa Motel dan membeli bekalan makanan yang cukup untuk di bawa bersama,,,sebab memang separuh hari di pulau,,konpommm lapar dan makanan disana dah tentu mahal dan pilihannya terbatas,,,tengokkk gambar tuuu banyak pilihan kuih muih dan nasi bungkus yang siap dipacking kecil2 memudahkan kita membawanya,,,saya habiskan dalam RM 30 untuk membeli berjenis2 makanan,,,sekaligus untuk lunch kami di pulau nanti...
Alhamdulillah,,boat laju membawa kami sekeluarga ke Tasik Dayang Bunting,,bersama pengunjung lain yang semuanya mesra ,dan baik budi.Mak kelihatan agak takut ,dia tak pernah naik boat selaju itu,,saya memang mengaku lambungan ombak pada boat laju tersebut memang buat jantung kita berdebar bagai nak tercampak keluar,,namun langkah keselamatan dengan life jacket yang cukup dan sempurna buat hati saya lega,,,tapi pengalaman saya island hopping di pulau-pulau lain sebelum ini,,saya rasa di Langkawi paling mengecutkan perut bila saya rasa boat yang dipandu sangat laju woooo...
Di tengah-tengah laut,,,pemandu boat berhenti sebentar menunjuk pada kami bentuk pulau yang dianggap unik yang dikatakan menyerupai bentuk badan wanita yang mengandung berbaring,,hmmm betul saya nampak lekuk tubuh seorang wanita dan hati saya berkata,,,,hmmmmm cantik pulau ni,,tak kalah kita dengan keindahan Phuket Island     






Sampai di Pulau Dayang Bunting kami diberi masa sejam disana,,,saya berjalan ke depan,,,oooh rupanya nak melihat Tasik ini ia bertangga dan mencabar keupayaan dan memerlukan tenaga yang kuat,saya kembali rasa bimbang kesian mak dan abah nak naik tangga,,,tapi kalau tak naik tak berpeluang pulak nak tengok sendiri apa rupa Tasik Dayang Bunting yang diperkatakan orang,Saya tanya abah dan mak bolehhh kerrr????mak dan abah kata diaorang cuba.....saya tak henti berdoa mohon jauhkanlah ibu bapa saya dari sebarang kemalangan,,,

Abah saya mula memanjat ,,dia ambil satu kayu untuk dijadikan tongkat membantu dia memanjat tangga dan bukit.
Abah berjalan perlahan-lahan,,tangganyer curam,,,tenaga orang muda pun tercunggap-cunggap nak mendakinya tapi abah saya kuat semangat,,saya tahu dia penat dan letih,,namun peluang yang ada dia tak lepaskan,,,mak pulak tak mampu nak turun bawah,,mak cuma berjaya mrenghabiskan separuh sahaja perjalanan dan meninjau pemandangan tasik dari atas.

 Abah ambil masa lebih kurang 20 minit secara perlahan-lahan saya sangat bimbang,,tapi abah saya mmg hebat,,,

Akhirnya abah saya sampai dengan jayanya,,,dia tak pun letih yang amat saya pulak yang tercunggap ,,,may be kenderaaan berat kot kikikikiiki

                               Selamat datang,,,,untuk kesayanganku...sungguh kuat semangat saya bila dah tua nanti mampu tak lagi mendaki bukit bagai,,,saya rasa sayu,,saya tahu mak dan abah pun suka berjalan,,dulu tak berpeluang sebab gigih bekerja membesarkan kami..
Anak-anak saya pulak mandi,,,air tasik agak dalam,,boleh sewa life jacket dengan harga RM 5,,,tapi kena beri RM 10,,,nanti bila pulang jacket dia beri balik RM 5 tu,,,sekejap jer mandi sebab boat hanya beri masa sejam,,proses naik turun dan 30 minit......ramai jugak orang mandi ,,ada yang berkelah,,,anak-anak saya semopat baca kisah dayang bunting dan kat situ banyak monyet-monyet yang comel2..ada yang mencapai makanan di tangan..



Indah sungguh percutian ni,,ok dah petang dah ni dah pukul 6.05 petang,,,saya berhenti dulu,,nanti saya citerrr lagi yerrrrrr........

Selasa, Februari 12

Percutian ke Pulau Langkawi Januari 2013

Alhamdulillah,,segala puji bagi Allah,,diberi kesempatan bercuti lagi tanggal 31 January -4hb Febuari 2013,,cm dan keluarga berkunjung sekali lagi ke Pulau Langkawi ...kali ni cm bawa sekali ibu bapa CM untuk sama bercuti...entah kenapa percutian kali ini terasa begitu,,bahagia,lapang tenang dan kami betul-betul puas menikmati keindahan bumi mahsuri ini,,,

Sekali lagi terima kasih pada Air Asia yang cm cayangi,,kerana berjaya membawa cm ke merata tempat dengan rege yang amat berbaloiii,,,siyokk takkk kalau dapat ke Langkawi berlima pergi dan balik dengan harga cuma RM 290,????,rasanya naik bas dan feri pun boleh jadi lebih mahal,,dan hanya 40minit kita dah sampai ke airport,,,alangkah siyokknyerr,,,untuk dapat semua ni anda mestilah menjadi perindu kapal terbang merah nii,,menunggu dia siang dan malam kalau promosinya mula dibuka.

meh kita layan gambar duluuu,,,percutian cm kali niii...... dengan ayahanda dan bonda tercinta...
ni abah dan mak cm,,kami sampai ke airport tepat jam 6.05 petang ,,,perjalanan lancar cuaca di pulau pun baik..panas kering kata pemandu teksi yang bawa kami ke hotel dah sebulan pulau tak hujan,,oh ya kami terus mengambil teksi dengan harga RM 18 membawa kami ke bilik yang di tempah di Pantai Tengah.hmm Desa Motel kami tinggal disitu,,family room nya sangat memuaskan hati,besar,ada ruang keluarga,bilik air yang besar serta balkoni mengadap garden yang kita rasakan seperti berada dirumah sendiri,,di samping dikelilingi dengan gerai-gerai makanan yang melayu,kedai runcit yang buat kita rasa sangat selesa,,dan harga biliknya amat berpatutan....dan suasana kampung di Pantai Tengah rupanya amat damai berbanding hiruk pikuk di Pantai Chenang.


Suasana di hadapan Desa Motel,,hmm recomended...        





gerai makan yang beraneka,,,cuma di hadapan jerr Desa Motel nii,,dan harganya murah,,hati berbunga2 bila makan sedapp rege berpatutan... 


Keesokkanya sebelum solat Jumaat kami pusing di Pantai Chenang yang hanya kira-kira 5 minit sahaja berkereta kami ke Under Water World Pantai Chenang,,tengok ikan,..kami habiskan masa sampai pukul 12 dan selepas itu  abah saya bersolat di Masjid Temoyong(betul ker ni),,yang hanya 5 minit juga berkereta dari Pantai Chenang di hadapan masjid ada gerai laksa yang mabeless...kat langkawi ni laksanya semua siyokk mungkin ikan segar jadi faktor utama nape saya bukan pengemar laksa,,jadi siyokk dengan laksa di sini,,

petangnya kami cuma berehat-rehat di Pantai Chenang,,berenang,,tengok sunset dan shopping...

Malamnya kami menjamu selera di Gerai Selera Lubuk Buaya di hadapan hotel kami dan harga nya amat berpatutan,,ikan siakap masak 3 rasa,sup tulang ,kailan ikan masin,telur dadar,ayam paprik nasi 5,,air buah-buahan RM 60 ok kan,,,,,,,?????ni berkat bawak ibu bapa berjalan agaknya...


ok nanti saya sambung cerita untuk hari kedua yarrr...
hari kedua kami pi island hopping ,,,bestttttttnyerrrrr.... tasikk dayang bunting dalam kenangan,,,


datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....