yg sudi bersama cm....

Rabu, Januari 23

Bercuti di Morib Gold Coast

17 Desember 2012 yang lalu,,suami CM menyerah voucher hotel dan tiket water theme park di tangan,,,kat mana tanya saya? Banting..katanya,,,,,saya tergelakkk kecil..alamakk jauhhnya belakang rumah jerr,,,tapii apapun pemberiannya mesti dihargai dengan sepenuh hati,,ok jugakk,,sungguh pun hanya sekitar 30 minit dari rumah,,kami jarang ke Banting...pantainya cantik..

Bila sampaiii hmmm no bad,anak pun happy dapat bermain air sepuasnya cuma waktu petang hujan,,cuaca tak mengizinkan namun boleh disambung waktu pagi...,cuma bila malam hari saya tak tahu apa punca kawasan ini berbau seperti air kumbahan,,saya terbau sendiri seperti mana yg banyak dibaca di internet,,namun tidaklah terlalu kritikal...dan bila malam hari kawasan ini happening dengan restoran mewah terapung di tepi pantai,,tapi malangnya banyak sungguh menjual air kencing setan tu,,dan mereka minum sambil duduk di kerusi-kerusi yang cantik mengadap pantai...

di hadapan lobi,,,sementara menunggu check in,,,mak oooii suami saya mengeluh bila proses beratur untuk check in mengambil masa sampai 45minit,,tu weekday tu,,weekend or public holiday tak dapat lah den nk membayangkanya..

kreditt untuk MGC ni bila bilikknya luas dan canteek...ada jakuzi gitruuu..tak puas mandi di bawah boleh berangan  diatas,,sambil pecah2 kan lemakk

gelungsurrrrr,,,,,anak cm enjoyy sungguh

dinnerr,,bersama pakej yg kami ambil,,,sedapp tauu,,kemain promote lg saya

mee udang katanya,,,bolehhlahhhh,,,

berlatar belakang kt bilik hotel

tapi kalau nk dibandingkan dengan Tiara Beach Resort di PD,,tempat ni lebih kecil,,bolehlahh nk basah2 kan badan

tapi bolehlah untuk percutian pendek,,satu tempat yang tak jauh dr KL,,,selain dr water park ,,ada pantai yg cantik,,ada spa,,ada lumba kereta yg kecik tu apa namanya buggy kot...hmmm,,,Gold Coast Morib kena beri saya menginap free ni atas promosi yg saya buat,,,hmmm dua tiga hari lepas saya tengok drama Hingga Hujung Nyawa kt TV3,,,,diaorang shooting episod bulan madu,,kt resort nii,,,lawalahh pulak....

Ahad, Januari 6

Taman Negara Laut Pulau Pinang



Awal..november 2012..CM berpeluang mengiringi pelajar CM ke Penang..maknanya tahun ni dua kali CM dapat mengunjungi Penang..kalau kunjungan pada Julai lepas dengan misi Jalan-Jalan Cari Makan,,kali ni CM ke Penang untuk bersama meneroka keindahan Penang....

Taman Negara di Penang????kedengaran asing ,rupanya memang ada sebuah taman negara laut yang indah terletak tak jauh dari Pantai Feringgi atau lebih tepat ia terletak di Teluk Bahang.,,hmm malas nk taip bebanyak,,,meh sini cm copy n paste jer,,cuba baca tentang Penang National Park ini...

Taman Negara Pulau Pinang terletak di daerah pentadbiran Barat Daya Pulau Pinang. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur adalah lebih kurang 375 km dan kira-kira 30 km dari Georgetown, Pulau Pinang.

Taman Negara Pulau Pinang hanya menerima pelawat harian sahaja. Tiada kemudahan penginapan dan tapak perkemahan yang disediakan bagi mengurangkan impak terhadap kawasan tersebut. Perkemahan hanya dibenarkan kepada program pendidikan konservasi yang dijalankan oleh perkhidmatan Taman Negara untuk sekolah-sekolah, kolej dan pusat pengajian tinggi tempatan. Pelawat boleh menginap di hotel-hotel yang boleh didapati disekitar Batu Feringghi dan Teluk Bahang yang mana merupakan kawasan pelancongan yang dikenali ramai. Kawasan ini juga mempunyai rangkaian gerai-gerai makan, kedai-kedai runcit, cenderahati, pusat hiburan, klinik dan perkhidmatan pelancongan yang lain.

Tarikan semulajadi yang terdapat di Taman Negara Pulau Pinang termasuklah Hutan Pamah dan Bukit Dipterokarp, kawasan Hutan Paya Bakau, habitat pantai berpasir, dan keunikan Tasik Meromiktik serta keindahan dirian tumbuhan Seraya yang merupakan persekitaran semulajadi Hutan Dipterokap Pantai yang boleh dilihat di lereng-lereng bukit di sekitar Muka Head. Terdapat lebih dari 1,000 spesies tumbuhan yang direkodkan di Taman Negara Pulau Pinang yang di dominasikan oleh family Dipterocarpaceae, Leguminoceae, Apocynaceae, Anacardiaceae, Euphorbiaceae dan Moraceae.

Airnya yang jernih,,,memukau mata memandang.....kalau diteliti batu tuu berbentuk penyu tauu..

Batu yang menyerupai buaya,,,yaaa betullah cam buaya kan.....

pemandu boat yang ramah,,,mereka kebanyakkan Ahli Pengasih ,,tu ada nombor contact ...bolehlah hubungi,,kalau tak silap CM,,kami bayar RM 100,,untuk boat dan bawa kami pusing-pusing Taman Laut ini,,satu boat boleh isi 10-12 orang so boleh share-share tambangnya...

Anak bujang CM,,yang sangat siyokkk dengan aktiviti island hopping

Gambar Jeti di Taman Negara Penang,,disinilah pelawat menaiki boat ke pulau-pulau terhampir

hanya sempat berphoto-photo sajer di pantai keranchut kalau tak silap(dah lupa nama pantai ni)

batu berbentuik rabbbit,,,cantikkkan,,,cm sangat asyikk dengan keindahan laut,,

Hi Cikgu Mas di sini,,,belakang tu body guard i,,,

Aktiviti
Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan di Taman Negara Pulau Pinang termasuklah perkhemahan, pemerhatian hidupan liar, burung, merentasi titian kanopi, berenang, berkelah, pusat interpretasi, memancing, merentas hutan, mendaki bukit dan berkenu menyusuri hutan paya bakau.

Kami sangat happy disini,,,,Indah sungguh ciptaan tuhan,,Alhamdulillah...
Saya berpendapat tempat yang sebegini cantik,,perlu promosi yang meluas...pelihara dan pastikan ia tidak tercemar agar generasi selepas kita masih mampu menatap indahnya ciptaan Allah ,,dan menjadi hamba yang bersyukurr..... 

datang menjengukku

Dian Sastro

di saat waktu berhenti...
kosong dimensi membutakan mata,
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

WHEN I NEED YOU, I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....

WHEN I NEED YOU,  I JUST CLOSE MY EYES AND I WITH YOU....
AND ALL THAT I SO WANT TO GIVE YOU,ITS ONLY A HEARTBEAT AWAY..........I LOVE YOU...

Doaku dalam hidup yang sementara..

Doaku dalam hidup yang sementara..
Ya Rabbi..izinkan aku menjadi...seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekelilingku dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu..sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas tika dirinya menyembah bumi..
Powered By Blogger

Life must go on........

Life must go on........
When u need a shoulder to cry on..i ll be there....